Pages

Aug 9, 2011

Resepi: BBQ Chicken

entry ni mungkin akan mengejutkan jantung mak saya kt rumah
oleh kerana tidak percaya anak perempuannya 'pandai' memasak.
hahaha.
ok. saya akui, saya memang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan ni
tu pon, klau saya masak kat rumah.
saya akan bagi nama suka hati je dekat makanan tu.
contohnya;
ayam gulai suka hati aku.
ikan sumbat belakang main bedal.
sayur asal boleh makan.
etc.etc

tapi hari ini dengan bangganya. saya mempersembahkan.
ayam bbq!
wow. macam sedap. insyaAllah sedap. ;p

bahan-bahan yang diperlukan.
-ayam sekor potong kecik-kecik. (besar pon takpe)
 -air sarsi

rencah bbq
-halia, serai, bawang merah, bawang putih (blend)
-serbuk kari
-gula, garam, ajinomoto

cara-cara membuat
ayam dibasuh bersih. ewahhhh (act, ewah tak perlu ikut pon)
klau nak bagi hilang bau yg kurang menyenangkan hidung, basuh ayam dengan limau nipis

sudah basuh, rendamkan ayam dalam air sarsi selama beberapa jam 2-3jam. percaya atau tidak.
dia akan memberikan rasa yang lebih sedappp. percayalahhh~ (ikut lagu siti)

rencah bbq, bahan yang diblend tadi, masuk dalam mangkuk.
letak serbuk kari, masuk garam, gula, tok aji. 

ayam yang direndam air sarsi tadi, dimasukkan pula dalam perencah bbq
letak dalam peti ais semalam.pagi esok bakar. eh. tak puasa ek? 
opss. petang bakar untuk juadah berbuka puasa.
boleh la makan ramai-ramai. nak beli kt pasar mahal *gulp

act, saya takde lah kagum dengan ayam bbq saya, tapi kagum dengan bbq box hadiah dari kawan uniten time wedding aritu. aww. sweetnyee bagi bbq box! terbaik! dan juga comel. ada kaki gitu.

3 comments:

  1. HEBAT nyer !!!! kak long teruja dengan air sarsi tu je...sebab yg lain tu kak long tahu la, n pernah la dengar....bagus2....

    ni satu perkara baru bagi kak long....

    toceh2...cik puan mini...eh salah...chef mimi auuuuwww!!!! ;)

    ReplyDelete
  2. atiqah; hehe.dap2~

    kak long; adoi kak long ni..mane ade chef.baru je nk belajar masak ni.heheeh

    ReplyDelete

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com