nak tengok hasil inai saya sila tengok picture kat bawah.
haha. hitam legam jari jemariku. majlis saya ni tak de lah majlis inai kecil ape sume tuh. yg pakaikan inai ni pon mak saya 2 hari before majlis akad nikah. saya pakai semalaman, nak tdur pakai. bila bukak salotape pagi tu. mak aih. terkejut hitam. saya siap jerit2. "mak!! tangan mie hitam" hahaha. kelakar je ingat dlu. pastu mak cakap. lepas ni ok lah tu. basuh dulu. huhu. buat malu je aku ni. inai saya beli je dekat mydin.
it cost around rm2 je kot. or rm2 something. tak ingat dah. tapi nilah rupa inai tu. memang merah sangat. tak perlu la pegi cari daun nk tumbuk2 letak arang segala bagai tu. beli je inai ni. senang. hehe. Hasina namanya.
act, klau zoom gambar saya tu. ada lukis corak2. tapi tak nampak sebab lukis beberapa jam before majlis akad nikah. dengan saya ni tak dok diam mmg tak melekat la inai tu. hehe. and for those who really concerned tentang lukis inai tu. kat sini saya statekan fatwa dari efatwa.com.my. Hukum pemakaian inai bercorak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan
Harap dapat membantu bride-to-be di luar sana :)
tetiba2 terasa rinduu nk pakai inai :)
ReplyDeletekan2? mimi pon rindu nk pakai inai.kang klau pakai orang kate ngade pulak,hehe
ReplyDeleteooowh..bru ku tahu
ReplyDeleteifa; thanks for visiting dear~
ReplyDeleteharitu ingt nak cari inai ni kat mydin, tapi tak sempat... tapi memang merah ye mimi..?
ReplyDeletemerah sgt~~ kena pakai semalaman. jgn pakai kejap mmg x merah kot..lagipon inai ni murah gler~ hehe
ReplyDeleteboleh tak sy tau awak pakai katering ape dekat kajang?? pm me nurhidayah.hashim@gmail.com
ReplyDeleteokay2~ i'll pm you~
ReplyDelete