Wednesday, March 30, 2011

Majlis Perkahwinan or Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum
tadi saya ada terbaca blog Rahsia Hatiku (my friend from Uniten) she also gonna married in June ^_^. dia confius tentang Kad Kahwin yang ditulis Majlis Perkahwinan or Majlis Kesyukuran. ok. Klau base on my experience, belah Pantai Timur senang cerita Kelantan la. sbb saya orang Kelantan, memang akan ada 2 jenis cetakan which is Undangan Majlis Perkahwinan or Undangan Majlis Kesyukuran.

Macam apa yang telah terjadi, kedua-dua kakak saya kad kahwinnya dicetak Undangan Majlis Kesyukuran (pelik ke klau tulis Undangan Majlis Kesyukuran?) sebab? ok. Here the things (ini la perbezaannya klau orang Kelantan cetak Kad.haha) Klau tulis Majlis Kesyukuran ni memang ajak orang makan free je. Biasa tetamu akan datang lenggang mak minah dengan bawak gula.biskut etc. etc. atau pon bawak hadiah untuk pengantin. Kiranya keluarga pengantin nak buat amal la. bagi orang makan free. sbb tu tulis kesyukuran. (banyak pahala klau kte bagi orang makan). ada jugak orang cakap klau majlis kesyukuran ni tak ramai tetamu. eh tak jugak. sbb kakak saya kawen. majlis kesyukuran tapi tetamu datang Alhamdulillah meriah lebih la seribu orang datang. pastu biasanya Majlis Kesyukuran ni keluarga pengantin tak sediakan banyak door gift. (sbb dah makan free.biasanya lah. klau nk sediakan pon lagi bagus)

And then, bila kad kahwinnya dicetak Undangan Majlis Perkahwinan, means tetamu yang datang akan bagi sumbangan la untuk keluarga pengantin. biasanya klau mak saya pegi kenduri paling tak pon bagi rm10 sekepala. klau dia bawak saya atau adik saya. ah! korang darab la sendiri. hehehe.

itu je perbezaan die.

memang klau ikutkan negeri lain tak macam ni. semua pon tulis Undangan Majlis Perkahwinan. tapi Kelantan tak. Klau nak print tu siap boleh pilih nk tick mana satu. Majlis Perkahwinan or Kesyukuran.

Macam before ni ayah saya buat kesyukuran sebab nak memperingati atok nenek yang dah takde. pergi meninggalkan kami. (macam tu la biasa orang cakap) memang orang akan cakap. hah! habis duit banyak la? yelah! tapi kira lah pulak pahala brapa banyak ko dapat ko buat kebajikan tu (tiba-tiba menaip dengan nada marah.haha)

macam kawan saya Nana tu. dia niat tak nak amek sumbangan, tapi dah tercetak Majlis Perkahwinan. so tak de ape la Nana. dont worry. ur mom will handle it ^__^

so, sape-sape agak confius. macam ni la biasanya terjadi di Kelantan. Lain negeri lain cara dia kan? yang penting niat kita elok. iaitu Mendirikan Masjid.

Monday, March 28, 2011

Review hantaran pertunangan

bialah! lame dah pon! nak kongsi jugak. lol. hantaran tunang saya 7 berbalas 5. means saya bagi 7 lah. tapi time tunang aritu barang bagi biasa-biasa je la.tunang je pon. buang nye kawen kan? (padahal aku kawen pon bg simple-simple.haha) so mari saya nk review hantaran tunang saya.weee ^_^








fuh! penat nak menunggu upload semua gambar ni. tension la dengan internet ni. 1 picture dah amek brape puluh minit daaaa T_T
yosh.akhirnya.hantaran pertunangan saya sudah dikongsi untuk tatapan semua (ayat poyo.haha) so, sape-sape yang bakal melangsungkan hari pertunangan, nak amek idea hantaran boleh la rujuk hantaran saya. simple je. dalam 2 3 jam da siap gubah semua. hehehe. saya guna bekas dari hantaran pertunangan kakak saya. masih elok. ade gak kadang-kadang terfikir nk sewakan bekas. sebab masih elok dan cantik lagi. hurm.nanti saya akan pertimbangkan lagi. klau ade sape nk tanya sewa bekas. boleh emel ye ^_^ murah je. 7-9 bekas tak sampai rm100.

Hey! 2 months more~

Assalamualaikum.
haa, nampak tak gambar yang i letak tu? nampak tak? nampak tak? nampak tak? (omg! im freaking nervous) lagi 2 bulan niii..alamakkk.. macam banyak je lagi tak siap.

polisterin tak beli lagi T_T
bunga tak beli lagi T_T
bantal hantaran belum buat lagi T_T
barang hantaran lagi 4 belum beli T_T
door gift belum siap lagi T_T


abes tu ape yang dah siap?? aku tak tauuuuu...

Friday, March 25, 2011

Jangan ada kebencian

saya sebenarnya tak faham dengan orang yang terlampau mencari kesempurnaan. means dalam hidup dia, mesti semuanya nak perfect. even tho that u r not archiving any goal but you are dream about your perfect life so much. i just dont get it.

just, i need to admit kita mmg ingin mencari kesempurnaan. tapi hidup kita ni, kadang-kadang di atas, dan kadang-kadang di bawah. so memang tak akan sempurna. takde orang pon dalam dunia ni sempurna. and ahh! may be my title looks different than my content. hahaha

kadang-kadang saya suka dengar pendapat or nasihat orang lain. tapi at the same time. even i know that is right one, i still count it in every second in my mind. saya fikir jugak kadang-kadang orang yg memberi nasihat tu. adakah hidup die cukup bagus? adakah dia sedar tentang apa yang dia nasihatkan? apakah yang dinasihatkan itu semua betul?

dalam hidup kita. tak perlu ada rules yang smp boleh membenci itu. membenci ini. ape makna kehidupan klau camtu? klau semua kita nak kritik? pegi sana kritik, pegi sini kritik. buat itu tak boleh. buat ini tak boleh. asal tau berpada-pada, saya rasa itu sudah cukup. tepuk dada tanya iman masing-masing.


eh, ape aku mengarut pepagi ni.

Wednesday, March 23, 2011

White Furniture


ada sape-sape nak bagi hadiah kawen benda alah ni tak? saya amat menghargainya. muahaha.
cantikkan? nakkkk! nanti nak gak beli color putih dan kayu. aku tak kira! klau tak beli camni. aku mengamuk.lol

gambo ihsan google

Cinta dan Kerjaya

Assalamualaikum
brape hari dah tak update blog? hehe. baru 2 hari. malas pulak rasa nk menulis. bila dah banyak sangat benda nak cerita mesti akan jadi tak tau nak start dari mane. haiss T_T

so kita start satu-satu. sekarang ni feeling nak cerita pasal cinta dan kerjaya. as you now that im gonna married in less than 3 month. so klau boleh saya memang nak stay je kerja sini sebab saya kan nak kawen. susah la klau nk cari kerja lain pindah-pindah. kena change the environment. pastu at the same time nak fikir pasal kawen. xde kojo eden. malas

dan satu lagi la sebab saya stay kerja sini even my salary tak sampai 2k. (sedey tak wei? aku ade degree kot) sebab saya minat kerja ni. i am a multimedia designer and i work with flash in every single day. i just soo in love with flash. even tho im a beginner. tapi aku suke wei. tak pening pon kerja ni.

tapi.........nak di jadikan cerita
my fiancee dapat kerja tnb, skrang ni posting dia tak tau lagi kat mane. so im a little bit worried about my carrier after this. klau dia dapat HQ kl. alhamdulillah. saya selamat. hahaha. tapi mungkin die tak terkejar cita-cita die pulak. T_T dan klau dia dapat jauh. terpaksa la i say gud bye to mid valley and say hi to the beach. nak pindah tu tak kisah sangat tapi nak kerja ape lepas ni..haa yang tu aku kisah. huhu

skrg ni tunggu lah 4 april. tengok dia dapat kat mane. tapi skrg ni tengah belajar untuk menjadi isteri mithali. insyaAllah ade la rezeki saya kat mane-mane pulak ni. huuu.

Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, encik tunang berjaya menembus diri masuk program PEP37 TNB. yosh! no need to think about Japan anymore. klau stay Sony lagi probably kena pegi Japan, camane aku nak kawen wei.hahaha. nak tak nak. akad nikah. ngan aku-aku pon angkut pegi tinggal Jepun sebulan dua. huhuhu. 

Congratulationsss sayang!! u deserve it! ^__^


p/s; lepas 4.4 baru carik rumah la gamak nye.

Thursday, March 17, 2011

Nak kahwin jangan panic

Assalamualaikum
eh saya baru perasan la. blog saya ni dah bertukar ke wedding blog. act, tak de niat pon. tapi dah saya tak de bende lain dah nak buat selain fikir pasal kerja kawen. so saya update la cerita-cerita kawen saya. hihihi.

so mari list update terbaru wedding saya;
kelantan side;
pelamin - done
baju - done
photographer - done
door gift (vip) - almost done
door gift - almost done

kajang side;
pelamin - done (dintan collection)
baju - done (aku suke baju niii!!)
photographer - done with www.sallehnasruddin.com

waa.byk lagi ke ek tak siap? saya rasa saya da buat preparation awal da ni. insyaAllah takde pape berlaku kelam kabut.amin

Wednesday, March 16, 2011

Lagi cerita door gift

Weekend lepas saya sempat la pegi semua house nak cari door gift untuk tetamu VIP. ekceli bukan ler VIP datuk datin. VIP tu rombongan belah lelaki je. dan terbeli lah sekali benda untuk bg time merenjis tu. sbb saya tak nak cabut bunga telur. nanti nampak tak cantik plak pelamin.hahahaha. jahat btol. dummy je kt atas pelamin.
so saya tengok ada dekat kedai yin riben ke ape ntah dekat semua house tu. potpouri 20 bijik harga rm50. kira ok la tu kan.

ini lah bende alah potpouri tu
so lepas da beli saya punya excited nk letak tag memori perkahwinan. (tak abes-abes aku ni.haha) pegi la beli riben dekat S&J mines ni. cantik-cantik riben die. terus saya ikat je dekat benda comei ni.

waa.bersepah tau bilik aku kerjakannn
ini lah hasilnya da ikat memori perkahwinan,.awww
 p/s; ayahhh!! dah tak de duitt ;(

Tuesday, March 15, 2011

Honeymoon Plan Trip

Haa. sapa-sapa yang nak kahwin mesti da ada plan nk pegi honeymoon kan? same goes to us. we plan our honeymoon trip long time ago since we are not officially get engage. hahahah. awal gler. at first saje-saje plan jalan jauh sikit. means keluar dari Malaysia la kan. and after he want to visit his sista at Jakarta, ternampak la ade big sale Air Asia. and after we make a few discussion, we decided to pick Australia.

So, Australia! Here we come (lambat lagih sebenarnya ;p)


Gold Coast!!! we gonna arrive at Coolangatta Airport
But skrg ni saya takde masa la nak cari-cari hotel and all the aktiviti ape yg kami akan buat kat sana sebab fikir pasal kahwin. Tapi Gold Coast die lebih kepada beach kan. Klau boleh encik Tunang nak book hotel ngadap pantai la. (tetiba risau sbb tsunami melanda Japan) 
tapi die pon ada gak survey tempat country pedalaman sikit la. Maklum la i kan orang kampung. hahah. Klau jadi kte akan stay dekat Lillydale Farmstay. itu pon klau la menjadi. huhuhu. 



and then gold coast kan banyak park kan? tapi klau saya dengan dia jangan harap la nak masuk yang extreme park. dedua penakot. saya memang gayat. klau pegi sunway lagoon pon naik jambatan gantung. tak sampai suku jambatan saya da menjerit-jerit macam orang hilang anak. >.<" so ktorang decide tak nak masuk la tempat-tempat camtu. dah la ticket die mahal woo.

p/s; wondering brapa ribu nak bawak pegi aussie ni. aiyaakkk

Review kek kawen

Assalamualaikum =)
brape hari da tak mengupdate.huhu.rajin nak menjenguk blog orang je. nk mengupdate talarat la.
arini saya nk cerita pasal kek kahwin. saya tak decide lagi nk beli kek kat mana. so saje-saje la google kek kawin. dah terjumpa Mad About Cake. Fuiyo.chanteekkk~ geram. rasa tak sanggup nak makan

comei nye design
yg ni best.mcm present
tapi paling saya berkenan
waaaa. sukeeee!!!
rajin-rajin la menjenguk mad about cake ye b2b. kot-kot ada yang nk tempah sila cepat-cepat

Thursday, March 10, 2011

Door Gift untuk tetamu

Assalamualaikum
hais.saya tak sempat lagi nk blog walking blog-blog bride to be yang lain. sibuk kerja. dan sibuk fikirkan idea door gift untuk majlis saya nanti. Lagi 2 bulan lebih. pejam celik pejam celik. da sampai 2 bulan. kejap je tau.

so, after I've done a few survey. Brown paper bag telah memikat hati saya. =) disamping cantik dan creative, saya jimat banyakkkk untuk paper bag. hehehehe.

curi-curi idea. picture diambil dari : Prima Donna Bride
Tag yang akan ditampal depan brown paper bag ni buat sendiri je. pastu print dekat office. muahahah. so klau orang buang tak de la rasa nak menanges sangat kan? kikiki. tapi printer office ni sengal sikit. black and white je boleh ;( hentam saje lah labu. tapi saya print kertas color la. fuhh. agak-agak patah tak belakang saya nak membelek satu-satu smp 700 ke 800 pcs? T_T


Pengedar brown paper bag da jumpa. Credit to Iszmir Nazmi. hehehe. sbb tolong cari paper bag ni. dapat murah wooo. 1000 pcs baru rm32. waa. jimat jimat. hehehe

Ape yang serabut kepala sekarang ni. mane nak cari orang jual reben murah-murah? (ceh.aku semua nak murah.)

Wednesday, March 9, 2011

Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Hari ni mood nak cerita pasal hantaran pulak. Memandangkan satu habuk pon tak buat lagi, saya tengah search gubahan hantaran dekat blog-blog bride-to-be yang lain terjumpa lah tema hantaran bantal. alaa. yang macam bantal-bantal tu. comei btol. saya ingat saya nk DIY la bantal ni. da jumpa pon tutorial ni. hehehe



Ini adalah contoh bantal tu. cantik kan? nk try buat? Boleh la jenguk blog MEEYA. B2B ni rajin menDIY. so kte boleh la try buat, since die pon da kongsikan tutorial bantal hantaran ni. Senang je sebenarnya.

Selamat mencuba ya kawan-kawan di luar sana yang rajin nak buat sendiri. macam saya ni memang buat sendiri jela sebab nak upah ni kena tengok cost budget plak. hehehe

Monday, March 7, 2011

Update dengan pantas

Assalamualaikum =)
Happy monday everybodyyyy!! (dalam hati cakap happy ke monday datang??? T_T) hahaha.
Semalam saya menyetelkan benda benda kawen yang tak settle-settle lagi. fuhh. penat gler. menguji keimanan betol la nak kawen ni kan. sabo jela.

sekarang ni benda yang saya terfikir dalam kepala saya ni nak buat or beli je Guest Book. at first saya tak terfikir pon nak ada Guest Book. tapi bila saya fikir, member-member ramai datang nanti mesti la kita nak diorang tulis sepatah dua kata untuk pengantin.aww.malu la pulakk (mengadanya engkau mimi oi)

Setelah berfikir bersama encik tunang, die pon bersetuju nak ada jugak Guest Book. nanti boleh la ye kawan-kawan tulis "Selamat pengantin baru mimi dan ridzwan, aku da bagi hadiah TV kat korang ni. lepas ni boleh la tengok TV bersama-sama- dari; senah bin senoh" mcm tu la lebih kurang. bahahaa

antara yg terpilih untuk dibeli atau dibuat sendiri (klau rajin);
i loikeee ;p
 
cantik tak cantik tak??


butterfly.pewit pewit
Mostly kale putih yang berkenan. huhuhu. tengok la camne. buat ke beli. tak fikir lagi yang ni.

Friday, March 4, 2011

Listen to my HeartBeat

Ingat Lagu 2PM my heartbeat je ke?? 

Ellow ni lagi best dari tu. Ini Heartbeat ada uwang tawww..
Nak tau? sila la click sini!!

woh.denga cite earning die lagi pantas dr Nuffnang
 
p/s: rajin la click untuk duit nk bli goodie bag kt korang jugak

Review on my engagement day

Fuh. da berbulan dah lepas. tapi saya belum lagi cerita ape jadi dengan my engagement day tu. huhuhu. sadis btol. Actually saya bertunang sama date dengan angah saya sanding. saje je nak buat sama hari. save cikit bajet ayah. (eh ayah plak, apsal bukan aku.lol)

So telah berlangsung la majlis pertunangan saya yang serba simple, tapi Alhamdulillah sume berjalan lancar. kadang-kadang saya tak caya yang saya ni tunangan orang. rasa mcm biasa je. hehehe.

Pada majlis pertunangan saya ni saya bersyukur sangat-sangat at least ada gak kawan dari Uniten yang datang. dan ada member sekolah datang tapi tak sempat jumpa sbb saya bergegas ke airport mengantar kawan dr Uniten nak balik KL dah. Sorry guyss ;(

Sheila and Azni yang tolong menyiapkan hantaran. huhu
Inilah rupanya pertembungan dua keluarga.
Ni la rumah saya. biasa-biasa je. rumah kampung kan. yela saya orang kampung mmg rumah kampung.lol. Sebelah kiri rombongan pihak lelaki. Klau anda-anda semua perasan, pihak dia da get ready dengan sirih junjung sebelum berbuka bicara. (ada kisah kelakar tentang sirih junjung)


Berbaju batik hijau berkopiah putih tu ayah saya. da get ready nk tukar sirih junjung. Steady ayah aku. siap duduk camtu. bahahaha =))

dan tibalah saat itu
Orang kata bila tiba saat bakal mak mertua nak sarung cincin tu, kita akan berdebar-debar. (cet! aku tak rasa apa pon) hahahaha. serius! saya rasa biasa je. cuma malu je sebab orang dok tengok.aww

His turn!!
Klau belah saya, saya akan bagi jugak cincin dan mak saya akan sarungkan cincin untuk dia. Yes, i know different place different adat kan. sbb da buat kat rumah saya. ikut la adat cini.

Photoshot timeee.. alahai sopan nye ai. walaupon watak sebenar amat berbeza.
With along and bro-in law. tengok baju kami sama!! ktorang da macam kembar cuma along preggy je time ni.hehe
my new family members. hehehe

Thanks guys datang jauh-jauh. I really appreciate it!! u girls mmg terbaik siap tempah tiket flight awal-awal nak datang. Aku rasa klau korang tunang ke kawen ke. klau aku tak dapat pegi tu. means aku da meninggal la kot. Aku confirm akan datang! so cepat kawen wehh..

Bergambar terakhir dengan rombongan pihak lelaki, Alhamdulillah semua selesai =) gembira bukan main kepalang saya sbb tak sabar untuk beraksi dengan perangai sebenar.hehehe. Petang tu pula, berlangsung la majlis persandingan kakak ku. Huhuhu. Thanks for coming to my engagement day. 

Gambar yang diambil bukan dari camera photographer. ni camera amatur je. lol ;)



Pameran Pengantin 2011

Assalamualaikum. 
dah berapa hari saya tak mengupdate blog ni. Alor, kesian pulak tinggalkan blog lama-lama. Arini just nak share information tentang Pameran Pengantin the latest sekarang ni berlangsung di MINES pada 4, 5 dan 6 March 2011. So sapa-sapa nak kahwen boleh la berkunjung. Saya insyaAllah esok baru ke sana. Arini kerja la. Walaupon saya baru balik dari Mines, tp esok boleh pegi dengan encik Tunang. hehehe

dengar cite Hatta Dolmat Colture pon ada weh. (tapi i tak mampu la nak Hatta Dolmat)

Tuesday, March 1, 2011

Rindu my Rania

Assalamualaikum. =)
pagi tadi bukak facebook than saya punya la excited ble abang ipar saya letak gamba anak buah saya.weeee.
rindu weh. dah besar dah baby Rania. lagi sepuluh hari da cukup 2 bulan. Rindunya raniaaa. nanti mama teh balikkk tawwww..
Kawai Rania =)