Tuesday, May 31, 2011

my different life has started

Okay, first thing first. eh bagi salam dlu.

ok ok

Assalamualaikum

Sekarang ni kehidupan dah nampak lain. even bangun pagi terus terfikir nak buat tu nak buat ni. baju husband dah amek ke belum dari dalam almari (sebab saya yang susun baju dalam wardrobe). kena buat breakfast. even arini bermulanya breakfast kami bersama-sama (walaupon hanya roti je.haha) dan yang paling different dari masa bujang. saya kena bangun pagi. T_T haha. before this, tak de apa nk fikir. bangun pagi. mandi. terus g kerja. sekarang nk kena sediakan breakfast untuk husband. kena anta husband masuk kete dlu. sebab die pegi kerja awal. macam-macam nak fikir.

fyi, saya dan husband da menyewa rumah. even tho this is not our real house, just pretend like our own house lah. hahaha. banyak benda saya kena fikir tentang rumah tu. langsir lah. cabinet lah. carpet lah. belum masuk barang dapur yang makin memenuhi dapur ku itu. 

tapi saya seronok~ sebab kita dah ada rumah sendiri nak tinggal bersama orang tersayang. but the best thing pasal semalam saya kemas barang-barang then amek surah Yassin nak letak atas rak. tengok sejibik sejibun sama dengan saya. hahahaha. what a coincident! ktorang rupa-rupanya baca surah Yassin yang sama keluaran. =))) malam tadi family dia datang rumah buat baca-baca doa untuk rumah baru. then lepas diorang balik, saya n husband nak baca Yassin. skali dia perasan dia cakap "Sayang, camne boleh ada dua?" hahaha. saya gelak je.


=)

Monday, May 30, 2011

Alhamdulillah, saya sudah menjadi Puan


Alhamdulillah dengan sekali lafaz kami selamat diijab kabul pada Jumaat, 27 Mei 2011 tepat jam 9.35 malam. Kenangan yang akan kekal selamanya dalam hidup saya bersama suami. =) Perasaan yang tak dapat digambarkan kerana ikatan perkahwinan terlalu suci untuk diterjemahkan. Saya berharap kalian semua sudi mendoakan kebahagiaan kami seumur hidup selamanya. Amin.

Friday, May 20, 2011

Last post before i get married

Assalamualaikum

harini last day saya dekat office before saya balik rumah dan insyaAllah selamat menjadi Puan. Lepas ni tak de dah cik puan. lepas ni puan terus. wuuuu~ (saya balik rumah confirm saya tak online okay.sbb busy dengan benda lain. most important is nak jumpa my Rania~)

so saya berharap semua dapat mendoakan majlis saya berjalan dengan lancar. dikurniakan cuaca yang elok pada hari tersebut dan paling penting diberkati Allah swt.

so far, arini nye hal da settle. tak de ape dah kot. insyaAllah sumenye ok.

doakan saya ye kawan-kawan,
saya nk update banyak pon tak boleh. sekarang tan of work. T_T



see you in 2 weeks I think =)

Thursday, May 19, 2011

Girls Day Out~!

Assalamualaikum
biarpon sudah 2 hari berlalu. tetap nak update jugak. selasa lepas which is 2 hari lepas. saya dengan girlfriend pegi kua makan sama-sama before i turn to puan. hehe. biasalah nak buat bridal shower tak menyempat. girlfriend i ni mmg busy-busy orangnye. wesak cuti umum je boleh meronggeng. hehehe. 

so.kami bergerak ke sunway piramid seawal 10 pagi. ok! 10 pagi! hehe. betapa semangat berkobar nye kami. haha. pickup diorang ni dekat ktm serdang zapp terus ke sunway. da janji nak makan dekat Fullhouse. (cantik nye kedai ni.geram2)


 Hahaha.muka-muka kelaparan tapi berlagak comel.

eventho u r not coming to my ceremony, its okay dear~ 
as long as you buy me a good present.hahahha

Wednesday, May 18, 2011

10 days & Tips and Tricks

lagi sepuluh hari menjelang hari raya. berakhir lah puasa~~ eh2. kelaut dah. menjelang hari berbahagia ku. eceh! poyo je kan. lagi 10 hari. jantung laju dari biasa klau dok fikir pasal majlis. baik aku jangan fikir sangat. haha.

tapi saje nak bagi tips kepada bakal pengantin. (macam aku dah kawen kan?) bukan. ni jugak tips dari bekas pengantin yang bagitau saya. which is my fiance's cousin. dia bagi 2 tips yang berguna.

1. Jangan buat facial bila dah dekat-dekat dengan tarikh majlis
-sebab takot effect kulit muka. ada yang kulit menggelupas or jadi makin gelap lepas buat facial. tarikh dah dekat so tak dapat nak selamatkan dah T_T

2. Jangan buat manicure or padicure
-sebab takot nanti inai nak dipakai tak lekat dekat jari. dia bgtau la. bila dah tarikh dekat-dekat jangan pegi manicure. bio je kuku camtu. nanti pakai inai cantik la. hehe.

ahad lepas ada buat makan-makan dekat rumah kak hudah (cousin encik tunang) sebab dia akan fly pegi Indiana USA. husband dia sambung belajar so diorang move to stay US lepas ni. dan dia awal-awal dah bagi hadiah kawen untuk kami. hehehe.

our first wedding gift. =)

di sebabkan dia move to US. so dia nak tolak barang-barang rumah dengan harga murah. apa yang kami dapat? MESIN BASUH! hahaha. seriusly bersyukur sangat dapat dah mesin basuh Electrolux dengan harga yang memang murah giler. orang pindah jauh-jauh kita pon merasa untung juga. =)

Pasport sudah siap =)

Assalamualaikum =)

kenapa semenjak dua menjak ni saya baca blog bride-to-be ramai yang cerita pasal dugaan bertunang. Actually, tajuk yang agak menarik untuk diceritakan. but before that, saya nak gtau pasport saya da siap! hehe. pagi tadi saya masuk office sedikit lambat sebab nak pegi buat pasport. saya pegi sebelah rumah saya je presint 15 ni.

saya suggest sapa yang nk buat pasport cepat. pegi la buat dekat presint 15 putrajaya. kawasan presint diplomatik. saya buat tadi tak sampai 15 minit rasanya. terus zapp siap. hehe. bayar rm100 untuk 2 tahun. terpaksa buat arini sebab encik tunang nk apply visa malam ni. so done satu benda yang agak besar. fuuu~


semalam da settle jugak booking apartment untuk honeymoon nanti. encik tunang yang uruskan semua. aku tinggal pegi je. haha. Alhamdulillah da booked dan insyaAllah kami stay di Raffles Royale. mengikut kata dia (sebab aku tak tau apa pasal australia ni.haha) tempat ni murah dan selamat. per night around 80 australia dollar. tempat ni pon ada member die yang suggest. nak tunggu review tempat ni lebih-lebih pon tak boleh. kena tunggu pegi sana dlu. =)

tengok gambar je boleh. hehe

 dapur sangat penting okeh! walaupon bukan rumah sendiri. tapi sebab kot2 malas nk kua mencari makanan halal baik kite masak je. =)



ok la ni kan. saya tak spend byk dekat penginapan sebab mungkin duit akan habis banyak lagi tempat lain. kte pegi tempat orang baik jalan-jalan kan dari terperap dalam bilik. ye dok? hehehe

Monday, May 16, 2011

Settle another hantaran from him

Sekarang ni progress hantaran yang saya 6/9 da siap. yang lagi 3 sumenye makanan. tak kan nak beli awal-awal kan. hehehe. so tak kisah. itu dekat rumah punya hal. sebab minggu ni minggu last dekat kl before i go back.weee~

semalam ktorang pegi hunting last hantaran dia nak bagi saya. Alhamdulillah. semua dah settle. wuu. skrg ni dah tak de masa. jantung pon macam berdegup laju semacam je ni. lagi tak sampai 2 minggu. nervous nak jadi isteri orang ni. adoii

yeay~ D3100 is mine! yosh.

Benci dengan comment

Hai Assalamualaikum
harini dengan semangat waja penuh bukak blog pepagi sbb da 2 hari tidak menjenguk blog kesayangan. yang buat saya membenci komen ni kan. sbb tetiba komen dekat entry saya yang lepas tinggal zero! dah la tak ramai yang nak komen. skrg ko buat tinggal kosong pulak kan? eii. sentap hati mak nak.

ok. cite sentap yang lain.

saya dah beli contact lens konon nak pakai nanti sanding la kan. saya da pilih nak color grey. pastu ok la kedai tu dah tak de color grey. saya amek la sterling grey. tak kisah la kan. before ni saya pakai brand FreshKon. tapi aritu saya terbeli FreshLook. sblm ni tak pernah beli.

first saya bukak tengok tu kan. Lembuttt gler lens die. saya dah risau. sebab lembut sangat. pakai la sekali last week. pastu tak pakai dah. arini saya pegi office sebok nak pakai lagi kan. sekali bukak lens apa jadi?

KOYAKKK!!! 

aaaahh..tensen nye sayaaaa.. terkoyak pulak lens ni kat tepi tu sikit. tapi klau saya pakai rasa tak selesa dah. T_T wuu.rasa nak nanges btol la. baru pakai sehari. lepas ni tobat tak nak beli FreshLook.

Hanya tinggal kenangan. sedeyyy

Thursday, May 12, 2011

Colors your day!

Isnin : Pakailah pakaian berasaskan warna putih untuk kesucian rohani, kesejahteraan minda dan ketenanga jiwa.

2. Hari Selasa : Pakaian yang berwarna merah jambu atau ungu untuk membangkit rasa kasih sayang, dan tumpuan.

3. Hari Rabu : Cubalah pakaian yang berwarna biru untuk memulihkan atau mengeratkan perhubungan serta kominikasi.
4. Hari Khamis : Pakaian yang berwarna kuning atau oren, untuk melapang dan melegakan fikiran serta memberi semangat dan tenaga dalaman.

5. Hari Jumaat : Penghulu Hari, pakailah pakaian yang berwarna hijau, untuk keseimbangan dan kesegaran minda. Hijau juga melambangkan keIslaman.

6. Hari Sabtu : Pakaian yang berwarna merah ataupun merah hati, untuk keberanian, tuah dan kemewahan.

7. Hari Ahad : Hitam itu menawan. Pakaian warna hitam untuk hari Ahad, untuk istirehat dan gabungan.

Wednesday, May 11, 2011

Pamper yourself

Today's Deal: RM88 Instead of RM304 for an Essential Massage (60 Mins) + Relaxing Facial (60 Mins) + Steam Bath (15 Mins) at Monz Beauty & Soul Spa

haa.besau kemain lagi ni. sejam massage + sejam facial + pastu steam bath lagi below rm100.

ok la tu kan? 


view this DEAL

 yolah-yolah. eden tau klau nak murah lagi bagus kan?

Mempersembahkan!!!

jeng jeng jeng!




RM48 instead of RM480 for Full Aromatherapy Hot Stone Massage + Vitamin C Treatment + Eye & Neck Treatment + Ear Candling (3 hours of pampering) at Nuphase Beauty, Subang Jaya [90% OFF]


hamek kau! ni bawah rm50 selama 3 jam kau nk pamper diri kau. hehehe.

 

Monday, May 9, 2011

Posto Posto!

posto posto my kad kahwin untuk my beloved friends. 
akan di post dalam 2 3 hari ni. hehehe. so tungguuu~



and here another story.
ada orang office saya ni tanya saya direct
"mimi, kawen ni buat loan ek"

tetiba saya tekejut. terus jawab "tak!" 
hahaha. saya ni da betul-betul risau dengan loan ptptn saya.
ni kan pulak kawen ni nak amek loan.
sebab tu la saya kawen ni pon bajet-bajet je. 
kerja baru setahun, so dont expect my wedding day ni gempak la ye.
semuanya biasa-biasa je. 

and one more thing. 
saya hanya sediakan door gift untuk guest side kelantan sahaja.
so if my friends nak attend his side, no problem. but no gift from me la ye.
tak kan la saya ni pepandai nak suruh his side sebok-sebok bagi door gift yang saya pulak. huhu 
sori guys. saya pon tetamu la kt rumah dia. hehehe.

and kepada kak dayah and dayah! u guys awesome! =)

Short List

esok;
nak beli lens
decided; Grey!

this week;
1 . remind my OP
dan list ape bondo yang my OP kena shot

2. beli sikit lagi door gift

3. Sabtu? the waiting day! amek kunci rumah!! Hepi hepi

4. sabtu jugak, move out! and move in to my new house.

5. sabtu lagi, The bedroom set arrive~ yeay

6. Ahad, another waiting day~ DSLRDSLRDSLR ^___^


penatnye minggu-minggu terakhir ni 
dugaan orang nak kawen.
duit pon macam air je mengalir

Happy Mothers Day

Assalamualaikum
da wish selamat hari ibu? saya kedua-dua mak pon sudah. semalam da call my mom yang jauh di kb. wuu. rinduuuu~ arini sempat msg je my MIL to-be soon. hehehe. sebab dia baru balik Jakarta. Alhamdulillah saya bersyukur Allah bagi saya mak yang sangatttt baik. dan alhamdulillah lagi sekali akan dapat mak mertua sportinggg habes. hehe.

HAPPY MOTHERS DAY 
BOTH OF YOU! 

love;
your daughter

Friday, May 6, 2011

Oh Veil

ok.aku malas nk marah. so aku update satu lagi. huhuhu.

tadi saya bkk facebook. tengok ada tempah klau nak tempah veil ala-ala dato siti. aww. comei you! klau saya mmg tak ar. sebab bajet lari ke laut. huhu. tak dapek la. sbb dia pon nak amek masa sebulan before tarikh collect. ni rujukan untuk orang lain la. cantik woo. tengok ni;







cantikkan??? huuu.cantik btol.  berkenan? boleh ke KK COLLECTION

tapi klau ada yang nak buat sendiri creative kan. boleh jugak tengok tutorial dekat SINI
SELAMAT MEMBELI ATAU MEN D-I-Y

Ni aku nk mengadu ni

arghh! arini serabut. serabut perut. lol. suppose to be a great day for me since my fiance da abes training. tapi lain pulak jadi nye. arini pagi-pagi da ada makhluk tuhan ni panaskan hati aku.

saya ni kadang-kadang malas nak jaga hati orang. sbb orang tak jaga hati kita pon. cakap main lepas je, pong pang pong pang. saya ni ada hati perasaan yang boleh terasa dengan kata-kata je. aaaagghh! tensen! dengan keje banyak lagi ni nak siap

kerja ni pon satu hal. idea kemain lagi meletop bom kebabom. tapi hasil hampeh. last2 aku jugak kena siapkan wat the hell idea meletop tadi. aaaarrhh!! stresssss.

aku rasa lepas ni aku nk report kat boss la senang. takde la next project jadi camni.

perasaan sekarang ni campur baur. dah la dengan rindu nak balik kampung lagi. dah 3 bulan tak balik kb. sebab nk saving cuti la oi. aku ni kerja makan gaji. klau ada bisnes sendiri tak pe la. cuti main suke suki je.
orang sedap je la cakap "mimi x ingat kampung dah" "ko tak rindu ke family ko". ah! persetankan!

aku ni berfikir masa depan. klau tak saving sekarang. lepas ni nak cuti raya nak kena fikir 2 buah rumah nak kena pegi. makan cuti dah kat situ. dengan cuti honeymoon aku lagi. aaarggghhh!!


malas r nak marah-marah. buat kedut muka je. hahaha

perasaan aku sekarang boleh di ketegorikan macam ni;

Thursday, May 5, 2011

Training lagi!

omg! semalam tau desas desus saje saya terpaksa pegi training. hari ni da confirm dengan boss bulan depan ada training. kena pegi ipoh training. I think for 2 weeks. wuu. baru kawen oi time tu. boss siap cakap lagi. nanti awak boleh la pegi honeymoon ipoh. I was like T__T. hahaha. ok-ok lah encik Azrul. saya pegi honeymoon ye. =)

nak buat camano hah. eden tak ley nak ngelat dah ni ah. orang kato tuntutan kojo. huhu

Guestbook Guestbook Guetsbook!

Hai Assalamualaikum

akhirnyaaa~ kini pasti. ok aku over! akhirnya saya da jumpa tempat nk tempah guess book. yeay~ yeay~
memandangkan bajet untuk guestbook saya ciput je. tapi ada hati nak yang cantik. saya terjumpa blog tempah guestbook murah dan cantik. comei. alololo. gewamm!

sape nak tempah boleh la berkunjung SHARE.YOUR.LOVE.WITH.CARD

alolo.comei. murah je
so saya sekarang ni nak pegi collect picture saya dan encik tunang. pastu nak tampal bagi memeriahkan lagi guestbook itu. huhu. so sape2 nak datang wedding saya wajib tulis sepatah dua dalam guestbook saya tau!! (ugut ni tau) hahaha

Wednesday, May 4, 2011

Tudung

Assalamualaikum

so this week gonna be the unproductive week for me. huhu. dengan encik tunang tak de sekarang ni. this saturday baru dia balik kl sbb pegi kursus obm dekat Lumut, Perak. wuuu. saya terfikir, ni baru tunang klau kawen die outstation ntah-ntah aku pon tumpang sekaki. hahahah.

tapi arini saya nk cerita pasal tudung, actually saya terfikir nk pakai tudung awning jela kan? sebab senang sikit nak tutup muka i yang makin membolat tak berenti ni. tapi tengok-tengok dalam facebook awin seindah wajah tadi saya berkenan pulak haiii dengan tudung yang macam aida gadis melayu tu pakai. dia ada awning gak. mane nak cari ek?



kat mana ada jual ek klau nk beli?

Tuesday, May 3, 2011

The Royal Wedding

Still not too late for me to wish a congratulations to Prince William and Princess Kate

 and i loveee her veil and crown. looks perfect!