Thursday, June 30, 2011

Hey hey! another 16 days

cant wait cant wait!
mintak cuti cepat! nanti boss mengamuk mintak cuti lambat-lambat.

encik husband da sgt sebok prepare the aktiviti
konon macam hari jadi aku je aku dok diam tak buat ape.haha
sori encik husband. saya memang tak reti 

dan sekarang! yang settle dan sudah beli tiket!
wuhuuuu! (walaupon aku tak tau ape kejadah ada dalam tu)

ok.nak peluk koala macam ni pon boleh. sebab die benarkan. 
(walaupon aku memang geli binatang-binatang ni)

nak bg makan kanggaro pon boleh. tp jauh2 sikit takot die tendang

nak menyandar di kandang biri-biri macam budak ni buat pon boleh. 
masuk dalam kandang tak sure boleh ke tak. haha. baik jangan. nanti jaga marah

macam-macam boleh buat dekat paradise country ni.
dia mmg berada di Queensland, Australia
sape pegi Gold Coast wajib pergi. 
sbb dia tak semahal warner bros movie world. huhu 



cuma ini je tak boleh buat

haram haram haram. yang ni belakang office aku pon da belambak.hehe
tak payah tunggu pegi aussie. 
ini map die! 
aloo.map pon lukis-lukis. comei.


sebenarnya. dalam hati ni kecut perut jugak ler nk terbang jejauh. 
sebab biasanya terbang balik kb je. hehehe.

Wednesday, June 29, 2011

Bila saya semakin serius

Assalamualaikum

arini saya pagi dah online. bukak blog. update blog kesayangan. 
tengok tajuk macam serius sgt je kan? hehehe

ya! saya semakin serius sekarang ni untuk belajar asas solekan.
saya memang minat tengok perempuan-perempuan cantik.
mata menawan, bibir mungil (lain macam je bunyi) haha

and
after a few discussion with my husband 
saya decided untuk memulakan proses solekan ni.
makeup stuff sudah semakin banyak, 
duit pon mengalir je keluar sekarang ni dok beli barang.

tp tak pe. itu modal
orang kata nak buat bisnes ni kena berkorban dulu,
tak pe =)

sudah banyak tutorial dicuba, sudah banyak produk dibeli
Alhamdulillah, husband memahami bila isteri asyik dok meja solek je
masih lagi dalam proses belajar.
practice make perfect!


masih dalam proses belajar, 
so nak terima customer pon takot-takot lagi.
insyaAllah saya akan post 'before' and 'after' make over okeh!


Tuesday, June 28, 2011

Kisah saya, bff dan...............................pregnant!!

I told her.................
and im not gonna tell you









or










may be 
just read it!


.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.














okok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Click to see more!

Pre-Honeymoon

Assalamualaikum

haa. dah berapa hari balik kl tapi tak sempat lagi nak mengupdate blog kesayangan. wuu. jangan marah ye cik blog sayanggg. sedikit busy lah sekarang. semalam baru masuk office after 2 weeks. terus lupa password. adoi. risau pulak sebab muda-muda lagi kan. (muda ke?) eh baru 24 lah! hehehe

arini terasa nak update tapi tak tau nak cerita apa. jadi ape kate cerita je ktorang pegi konon-konon pre honeymoon dekat Cameron Highland. kenape pre? sebab pegi jalan-jalan je. tak stay sana pon. lagi pon kami memang menanti-nantikan waktu honeymoon kami. adoi. lambatnye julaiiii.

memandangkan saya ada training dekat ipoh, so suggest dekat husband nak pegi cameron tak. sbb kan da dekat. die on je. pastu die datang ipoh jumaat after office hour. kami gerak pegi cameron sabtu. sampai sana tempat pertama pegi wajib lah Bharat tea farm.


tak sejuk sangat pon. beriya lah bawak sweater. last2 tinggal dalam kereta je. huhu. tp kat sini nyaman jee



pls ignore my round face. just menghayati keindahan alam je. haha

Cameron Highland Resort. cantikkkk. teringin nak tdo sini. =)

pastu kami meneruskan melihat keindahan alam. pastu teringin nak makan strawberry chocolate. encik husband terus bawak zappp!






and i brought this!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.


end my pre honeymoon =) 

malas nk upload gambar sebab lambatt sgt internet office ni

Friday, June 24, 2011

Esok balik kl!

Haiiii. seronok niii. sebab..sebab..sebab esok dah balik kl. yeay!
husband insyaAllah datang malam ni.huu.esok tak sanggup nak bawak kereta sorang-sorang. 
thanks to kak ain yg nak bagi tumpang husband.hehehe.

tak sabar nak balik rumahhhh. rindu rumah :(

Wednesday, June 22, 2011

What is the best thing when u travel?

ok.for me.the best thing bila travel ni.tak perlu bawak barang yang banyak.

untuk travel kali ini, paling best about my stuff is my telekong. yeay me! its travel telekong! my sis in law gve it to me for my wedding gift. aww. like it alot.

How small is this telekong that can fit into my hbag! fuyoo. tak de masalah telekong busuk dekat times square anymore! yes~! 


pssstt: remember, how far that we go still remember yg Maha Esa. Alhamdulillah

Bride to be. Tolong lah tdo awal!

Ini penting.
betul orang cakap. nak kawen kena cukup rehat. cukup tido. tapi itu semua dusta! saya tidak percaya! hahaha. saya before kawen memang tak cukup tido sebab banyakkkk preparation nak kena buat. tu pon naseb baik la mak kakak adik sebok dok menolong siapkan apa yang patut. klau tak tolong memang tak siap la kawen saya. hehehe

every night saya akan tdo lambat.kira melepasi pukul 12 la. every night! a week before majlis. wuuu~ dan apa yang saya dapat???? MATA PANDA! sampai makcik saya a.k.a mak andam saya cakap time nak mekap. ni mesti tak cukup tdo ni. hehee

die pon tempek-tempek la macam-macam kt bawah mata. tapi bengkak bawah mata saya still tak ley hilang. wuu. tak po lah saya cakap. naseb eden. hehe

Ini gambar.nampak jelas mata ku bengkak donggg!

Tuesday, June 21, 2011

We ties the knot

Assalamualaikum

masih lagi berada di ipoh. sangat rindu husband sekarang. nak nanges tapi kena tahan nanti tak nampak macho dah. haha. so, as i promised i nak update pasal akad nikah night. *masih lagi mood kawen*

sori memang akan upload gambar je banyak sebab malas nk menaip.hehehe. kte mulakan dengan gambo main mekap-mekap dlu. =)


Mekap malam tu saya nak simple je sebab saya tak suke mekap beriya-iya ni. baju malam tu memang saya pakai baju yang husband bagi time tunang. baju sangat simple. saya yang pilih. bagi saya malam tu malam saya bertukar tanggungjawab. dari ayah ke suami. saya tak ley fikir lebih tentang baju ke veil ke mekap ke. sebab bagi saya the most important thing is we ties the knot. saya nak kena hormat family saya, ada yang datang nk berjumpa, bagi nasihat, so need to spend my time with them. malam tu malam untuk semua. dua keluarga bergabung. bukan untuk malam kami pengantin je. so i prefer simple majlis untuk kedua keluarga. =)



 
 anak sedara ku Rania yang buat-buat muka garang.aumm.hahah





Husband orang kl. so kena ada orang tukang translate dialek kelantan. hehehe. takot die tak faham pulak. ini biasa berlaku ye klau pasangan anda lain negeri ni. hehehe

 

 tak sure time ni saya da jadi isteri orang ke belum. sebab dok sengih2 atas tu je.kahkahkah


nak nanges je rasa time ni sebab tak sangka dah kawen. tadi time belum kawen tak sangka nak kawen. da kawen, tak sangka pulak ada suami. Alhamdulillah =)




my simple akad nikah night. a night to remember. neway, simple kan baju saya? suke!

Tuesday, June 14, 2011

Kalau dah perempuan

 Kalau dah perempuan memang kerja die shopping je klau g mana-mana pon.huhu.naseb jusco ipoh ni ada PADINI concept store.boleh shopping.hehee.semalam sempat ke ipoh parade. walaupon berseorang saya tetap gagahi jua ke shopping mall. semangat shopping memang tak ley nak elak. pastu bila habis beli-beli barang mula la kira duit.hahaha.

 test lipstick color, mana satu yang berkenan. last saya pilih peach from Revlon (favousite lipstick ever!) time ni sambil tunggu nasi tapau dekat ipoh parade. huhu. time pegi food court. tengok ramai cina je berniaga. da risau. was-was nak order. tapi usha-usha lagi ada je kdai melayu. tapi order nasi goreng cina pulak. hahha.

balik bilik hotel je bosan x tau nak buat apa. tunggu nora elena yang da minggu last. wuu. makin besttt. call husband siap pesan lagi "sayang, nora elena minggu last" skali die cakap "OH NO!" sambil perli. husband saya tak tengok cite melayu T_T.



insyaAllah weekend ni jumpa husband yeay! dia datang ipoh. ingat nak jalan-jalan cameron you! wuu. cejuk cejuk. mak sukeee~

psssstt, esok birthday husband. =)

Monday, June 13, 2011

Bersiaran langsung dari Ipoh

Assalamualaikum 

saya tengah bosan menunggu waktu makan (sibuk nak makan je aku ni) update blog kejap. macam ni la kehidupan saya 2 minggu akan datang. selagi tak habis training USP di KPTM Ipoh ni. wuuu. rindu husband. 

semalam dekat Star Movie ada cite Titanic. menangis-nangis saya tengok cite tu. wuuu. sedey kot. (baru perasan bila kita kawen, saya kita kepada pasangan kita dah lain) bertambah-tambah lagi sayangnya. aww~

selama 2 minggu ni saya tinggal di Hotel Excelsior Ipoh. So far, bilik okay je. ipoh pon ok. hehe. sempat dah pegi Jusco. Shopping baju husband (Fyi, this is my first time beli baju dekat die.hahaha) baju saya baru sehelai sempat beli.pegi Jusco ipoh siap ada PADINI Concept Store. yeay~!

gambar bilik *curi dari website die.haha*

InsyaAllah kalau jadi encik Husband nak datang weekend ni. Yahooo!!! boleh jalan-jalan tambun ke cameron highland ke. best-best. =)

Friday, June 10, 2011

Off to Ipoh

Hye guys. After office hour, im heading to Ipoh for two weeks training. What? two weeks? yes!!! T_T wuu.menangis tinggal husband. i may be not update my blog in this two weeks. ;( hurm..*rindu *rindu

bye bye kl!

Review wedding guestbook

Assalamualaikum

sori memang tak habis lagi cerita pasal kawen. haha. pengantin baru la katekan. so arini saya nak review wedding guestbook saya yang ditempah dengan. SHARE YOUR LOVE WITH CARD. Alhamdulillah.amat berpuas hati. suke sangat. sweet. memang menepati citarasa. sampai sekarang klau tak de buat ape mesti nk selak-selak guestbook tu. baca apa orang tulis dekat kita. hehe. seronok!

saya order paling murah je.rm40.satisfied! boleh pilih design and color. even content color pon boleh pilih. saya pilih pink sebab nak gedik.LOL. takde lah. pilih pink sebab nampak sweet gitu.


klau ada yang bagi hadiah dan kepilkan sekali dengan card, saya akan tampal kad card tu dalam ni jugak. untuk buat kenang kenangan nanti masa tua. mesti kita ingat sapa yang dok bagi kita hadiah kawen. lepas ni kawan-kawan kawen, kita bagi pulak card tu. hehehehe.

tak sempat nak ambil gambar isi dalaman, buku pon da semakin gemuk. dengan tampalan-tampalan kad. suke! content yang orang dok tulis pon ape kurangnye. penuh jugak ler. Alhamdulillah. semoga doa kalian mengiringi kami berdua. =)

boleh terjah SHARE YOUR LOVE WITH CARD. ada guestbook saya jugak!

Thursday, June 9, 2011

I just love photography

my merisik and engagement rings. taken using my Nikon D3100


*away; asah skill photography and editing.haha

Wednesday, June 8, 2011

Official Photographer for my wedding

ada ramai jugak tertanya-tanya my Official Photographer untuk kedua-dua majlis akad nikah and sanding. Lagi sekali saya bagitau. my OP is 10bucksphoto.com. Alhamdulillah, saya amat amat amat berpuas hati dengan photographer Azri Othman yang memang sporting habessss.

klau kte keras kaku tak reti nk posing pon dia ajar. memang terbaik. sapa yang mencari photographer untuk kawen di Kelantan. boleh contact 10bucksphoto ni. MasyaAllah, diorang punya servis tu memang tip top! sabtu saya sanding, isnin dia da post cd! =)) i loikee~ haha

Antara gambar kami yang sudah diedit;

ini pokok tebu ok. klau tengok real. pokok tebu ni tak cantik macam ni. hehehe


Outdoor Photoshot yang terbaik! thumbs up!

Tuesday, June 7, 2011

The moment that Ive become a wife | Akad Nikah

The night that I can't forget. Alhamdulillah =)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed

I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on



p/s; I Love You Mr.Husband!

Rindu blog rindu blog rindu blog

Assalamualaikum

rindunye saya nak berblog. tadi bukak blog tengok list Bride to be sebelah ni. ramai yang dah selamat kahwin. Alhamdulillah =) bermula la hidup baru. congrats semuaaaa~!

sekarang nk mulakan dengan review my wedding day. kita mulakan dengan yang biasa orang tanya.
1. Andaman, Pelamin, Busana, Makeup
klau yang mana mengikut perkembangan blog saya yang tak seberapa ni. mesti tau saya memang ambil package dengan makcik saya je. Anita Bridal. so far Alhamdulillah. memang menepati cita rasa saya. sebab saya just gtau color tema je dekat makcik saya. then tengok result puas hati. (saya malas nk cerewet2 ni.pening kepala je)

so inilah rupa pelamin saya.

 theme actually blue. tapi makcik suggest combine color lagi cantik. so saya combine light pink sikit. hehe

hiasan bilik. saya pinjam katil along je.haha.sebab saya bukan dok kampung. takpelah, kte posing katil pinjam sat.hehe


color dinding bilik ni memang dah biru.so kena la tema. cuma cadar pilih pink bagi menyerlah sikit. biasa je hiasan. simple yet beauty. hehe.

bagi meja makan beradab pon makcik saya buat sekali. die package 3 in 1. saya buat meja tu dalam garage kereta je sbb tak perlu nk sewa khemah banyak-banyak. kesian ayah. hehe.

bila buat bawah garage.so memang background dia akan nampak motor2. tong gas. dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannye.hehehe.

khemah temamu, saya mmg tak amek tau sebab ayah yang pilih sume. saya malas nak fikir benda-benda camtu. bia ayah uruskan. hehehe


so far Alhamdulillah, saya suke all the color theme. walaupon saya tak beriya pilih color theme. tp hasil ok. dan cuaca on that day panas. i better prefer panas instead of hujan. nanti leceh. (tapi orang kate, klau hujan rezeki murah.hehe.)

next entry akad nikah! =)