Wednesday, December 28, 2011

Bahan bacaan baru :)


First time ni beli Pa & Ma. mmg byk sgtttt info saya dapat dalam ni. mmg pelanggan setia la lepas ni. mag young parents tu mag dari singapore. tp gambar2 comel. hehe. dan cleo. hehe. takde kena mengena dengan keadaan skrg. tp beli cleo sbb dari dlu lagi suke mag ni.

nk cite mag PAMA ni. ada satu column yang saya tertarik sangat2. tak sure tajuk apa. tp dia cerita pasal how to make a genius baby. first time baca tak percaya anak dia boleh "membaca" dalam masa 5 bulan. bila saya google dan tengok di youtube. mmg betul! masyaAllah. pandai nye. dan bermula hari saya baca tu. saya terus cari ape yang buatkan anak dia genius. bila tengok dekat youtube ramai lagi bby yang boleh membaca seawal 4 5 bulan.

betul lah orang kate, ilmu tak kan habis. bila mengandung ni. banyak sangat bahan bacaan saya skrg. klau keluar g mana2. mesti saya masuk MPH. hehe. feveret. mesti anak dalam perut cakap mak ayah aku ni asyik masuk kedai buku je. hehe. ktorang mmg suke MPH. bila masuk berejam2 la dok dalam tu. saya mesti dok bahagian magazine je, ;p husband mesti bahagian weapon. tak pon comic. kuang3. tp skrg byk beralih ke bahagian buku bby. yes! buku bby! mungkin orang akan kate awal betul. yup. thats true. you can make ur baby genius as early as you can.

satu tips untuk anak genius. play sudoku when u're pregnant. :)

saya beli 1 haritu. cari2 takde yang level rendah2. terus 9x9. waaa! T_T i never play sudoku before. but i know the rules and how to play. husband kate beli je yang ni. mencabar minda sikit. balik terus main. now im addicted to sudoku!! satu malam tu ktorang pakai main before tdo. last tdo lambat. esok bangun lambat g keje. hahaha. ada pro and cons jugak ler. hehe.

selamat mencuba untuk ibu yang lain! :)

Sunday, December 25, 2011

Buku Merah!

Assalamualaikum
yeay. dah pegi buat kad merah or buku merah. smlm ada appointment dekat az-zahra bangi untuk buat kad. appointment pukul 10 tp pegi awal sikit sbb takot ramai orang..naseb baik takde orang. terus boleh buat check up. first time buat check up takot jugak la. karang doctor tny macam2.heheh. *penakot nak jumpa doctor*

smp clinic terus amek tekanan darah. urine. dengan berat. Alhamdulillah. tekanan darah okay. berat mmg berat. hahaha. masuk bilik doctor, ada scan baby lagi. sbb az-zahra mmg akan scan every time pegi checkup. dapat tengok bby membesar elok je dalam perut ni. doctor kate bby kecil lagi. perut pon kecil tapi saya tengok perut saya ni macam besarrr je. lemak agaknya. haha tapi dah nampak kepala tangan dia. hehe. dan nampak heartbeat dia lajuu. dan doctor kate perkembangan baby normal which is mmg dah 13 minggu. perkembangan selari dengan minggu. doctor takot bby terlampau kecik atau besar. doctor pesan dont eat too much since I have to gain 1 kilo per month. wuu! risauuu. doctor cuma bagi obimin dan pil kalsium. tp saya still continue jugak dengan supplement salindah.

Thursday, December 22, 2011

Rezeki baby?

Assalamualaikum

entry ni entry kegembiraan bercampur kesedihan. here goes, last 2 weeks. husband saya dapat interview remaco. remaco ni anak syarikat tnb. mmg husband saya keje tnb. dan dapat pulak interview remaco klang. time tu saya dah tdo, husband kejut cakap dapat emel interview. dia tny okay tak? sbb nama dah terpilih untuk interview. dalam beratus candidate PEP, 10 nama yang dapat. including him. I said, as long as u think okay. mie ikut je. mie okay.

then smlm, office hour husband call kate dah pegi interview. HR call dari office remind arini *smlm* interview dekat remaco klang. dengan kereta buat hal. naseb baik dah inform datang lambat interview (selamba badak datang lambat) haha. pastu interview okay je.

then malam tadi, saya dengan husband discuss la. kot2 dapat kerja remaco ni. apa plan kitorang. for those who don't know. remaco ni kerja dia tak duduk office. serata malaysia la pegi nye. so makna nya. klau dapat kerja ni. saya kena tinggal la sorang2 kat rumah. :((( (sedih!!) tp saya takde nak menaruh harapan tinggi pon. sbb 1 position je remaco nak ambil. change 1:10.

tengah2 discuss, husband panggil. "sayang, meh baca ni" mata sambil tengok laptop. saya pon pegi lah baca. TERKEJUT! husband saya betul2 dapat position tu. saya dan2 sebak. dan kepala otak ni fikir macam2. pasni dah kena tinggal. Ya Allah, sepanjang saya kenal husband saya ni. saya tak pernah nk berpisah dengan dia. ada satu waktu tu je. time praktikal. saya praktikal kt kb. husband praktikal kat kl. berpisah untuk 3 bulan. ala.time tu kan couple. takpe je.

saya fikir, boleh ke aku sorang2 ni. klau dia outstation? saya cuma berharap saya boleh jadi isteri yang kuat dan ibu yang cukup tabah. InsyaAllah. tp since 2007. saya kenal husband saya ni. saya dah dimanjakan dengan lebih2. saya jadi lembik sbb husband terlalu manjakan saya. saya tak pernah nak bangun pegi amek sudu klau makan kat foodcourt sbb bila nak bangun je. husband saya dah amek. saya tak pernah nak bawak kete klau keluar. sebab kunci dah mmg ada dengan dia. klau nak angkat barang2 ke apa ke. jangan tny lah. mmg dia akan bawak.

dan lepas ni, saya kena independent lah. hurm. tak pe. saya boleh! yakin! waa.. (menangis dalam hati.lol) saya kena fikir jugak. tahun depan family bertambah. insyaAllah dan jadi 3 orang. duit banyak nak pakai nanti. rezeki bby la kot husband saya dapat kerja ni. ringan sikit la belanja bulan2 tu. cuma saya je kena sabar.

husband posting 9 january 2012. klau ikutkan PEP37 tnb tamat bulan 4. Alhamdulillah kira husband saya confirm awal. wee! :) dannn. yang paling saya suke (selain gaji banyak.kuang3) husband saya posting remaco klang jeee. skrg husband saya tnb klang. dan tnb klang bakal di shut down in 2014. so semua staff akan posting tempat lain. saya dah risau takot dapat manjung ke paka ke. waaa~! jauhnye nak pegi mid valley. (itu je dalam otak fikir ;p) skrg dah tak risau lagi. remaco tak shut down pon. Alhamdulillah. takde lah kami ni berpindah2 jauh2.



*wah.panjang tau luahan perasaan arini, smlm tdo mata bengkak nangis husband nk tinggal kita. wuu :(*

tadi bangun pagi husband cakap nk kena pegi holiday awal takot nanti posting susah. yeayyy! double joy.

3 bulan lebih preggy boleh naik flight tak kawan2?

Wednesday, December 21, 2011

Shopping Survey: Tilam baby!

Assalamualaikum

arini saya buat survey2 tilam baby yang super adorable! >.<" comel nyeee! kepada mak2 yang nak beli tilam tu. baca sampai habis ye. *saya tukar promote barang orang tak berbayo* hehehe.

1. Junita Khalid. Click facebook JUNITA KHALID

hasil kerja tangan puan ni mmg cantik! tengok dari gambar lah. live belum tengok lagi. hehe. tapi yg puan Junita ni 1st choice saya la.



 comel kan? puan junita kate kain dia cotton. brapa percent cotton tu saya tak pasti lah. hehe. tengok pulak bantal karipap. awww. comelnyeee!! *ni ada yang mak berebut bantal dengan anak ni*

puan Junita ni guna tilam kekabu. asli rasanya. tilam kekabu ni bagus. ingat lagi dlu2 ada bantal kekabu. best gler tdo malam2. macam tak nak bangun. ok.over! ;p. harga saya dah tny puan Junita. a bit pricey jugak la. mungkin kemas dan cantik jahitan. tilam with 2 bolster dan bantal RM200. tak termasuk comforter. klau nak comforter tambah lagi RM65. Harga belum termasuk postage. :)



2. Mimi Alina. Click facebook MIMI ALINA

Puan Mimi ni pon cantik2 jugak tilam dia. :)


kain yang ni corak cantik!

tapi yang puan Mimi ni tilam dia bukan guna kekabu. dia guna fibre. alaa. tau tak fibre ni camne? gi google sendiri. hikhikhik. harga okay jugak. set tilam, bantal karipap dengan 2 bantal pelukRM130 termasuk sarung. :) affordable la. puan Mimi ni jual jugak klau kita nak beli tilam saje. kot2 nak jahit sendiri sarung. yang berangan macam saya ni nak jahit sendiri. kuang3. ntah jadi ke tak.

 tilam sahaja RM65. tak termasuk postage. harga postage RM35. mungkin beso kot nak mengepos.
3. Nor Mazrah Baharum. Click facebook NOR MAZRAH BAHARUM.

tilam puan Mazrah ni kekabu. katenye. cantik2 jugak. *aku ni semua cantik* 

baby girl

baby boy

kembar boy girl. lol. sbb color pink tapi mickey mouse. hehe

tilam kekabu betul. harga RM130 skali semua. tilam, 2 bantal peluk, 2 bantal tidur. kualiti kain saya tak pasti.


saya berkenan nak beli tilam saje. sbb dia kekabu kampung. konon berangan nak jahit sendiri lah sarung. tp kena fikir 80x. betul ke nak jahit sendiri. hahaha.
satu set ni rm100. belum termasuk postage. kekabu asli kampung. 




sape2 yang pernah beli kat tempat2 saya survey ni. sudilah kiranya comment dan gtau camne ek. puas hati ke tak. kain ok ke. hehehe. panduan masa hadapan. ;)

Tuesday, December 20, 2011

Supplement

Just nak share supplement saya baru makan ni. produk Salindah. product ni i get it free since my sister does not eat during her pregnancy. so she gave it to me. banyak lagi. ada sikit je dia makan yang peringkat2 dah nak bersalin.

 banyak kot. huhu. jenuh jugak la nak menelan ni semua. tapi product ni makan sampailah ke lepas habes pantang. yang saya perlu makan skrg B1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

 satu botol B1 ni harga rm46. klau tak silap lah. boleh jenguk Salindah.com.

*ramai jugak la family saya makan salindah ni waktu mengandung. bagus untuk minda bby katanya. dan anak confirm2 jadi aktif. waaa, takot! (mak pulak takot dengan anak.haha)*


Cara menghilangkan morning sickness

Assalamualaikum

cara nak kurangkan rasa morning sickness version mimi. haha. boleh pulak buat version sendiri kan. ni dari sudut penyelidikan saya lah. sepanjang pregnant ni. so far, Alhamdulillah dah masuk 12 weeks dah tak muntah. loya pon rasa sikit2 je.

1. jangan makan banyak sangat at the same time. lepas makan nasi ko bantai pulak roti. mmg loya dan muntah. huhu. sakit tekak tau muntah. *pengalaman sendiri sbb makan banyak* T_T

2. jangan terus gosok gigi lepas makan. hehe. ini mmg betul2 terjadi la dekat saya. lepas makan saya g gosok gigi sbb nk tidur malam dah. pastu terus muntahhh. weekk.

3. instead of minum air kosong. sbb orang pregnant ni mmg kena minum air banyak. minum lah air suam kosong. jangan air sejuk taw. sbb mmg senang rase loya. klau minum air suam hilang sikit rase loya.

4. klau kajian saya, jangan makan asam. kuang3. orang kate nk hilang loya makan asam. saya bila makan asam. lagi loya. pastu husband gtau asam ada bahan2 yang boleh buat badan kita banyak angin. so klau masuk angin. idok ke senang muntah? hurm. saya try tak makan. mmg kurang sikit. klau rasa loya2 tu try makan kismis. rase manis2 dia sedapp. saya beli kismis minda HPA. sedap!

5. last, saya tak tahu la di mana betul ke tidak ni. ada kakak office ni gtau, nk kurangkan morning sickness ni senang je. baca selawat 3x, pastu try bercommunicate dengan anak kita. cakap la dekat dia. jangan bagi kita sakit. jangan bagi kita penat. pastu tangan kita usap2 perut kita. selalu buat camtu. saya buat Alhamdulillah. betul2 terjadi. itu semua kuasa Allah. :)

Alhamdulillah. skrg dah tak muntah. saya muntah dari weeks 6 ke weeks 10. sebulan je rasa teruk muntah. mmg seksa. mintak2 dah takde rasa.

*orang2 kata. klau kita morning sickness ni bagus sebenarnya. janin kita dalam keadaan yang baik* wallahualam.

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Lamanyaaa tak menulis

Assalamualaikum

lama betul tinggalkan dunia blog ni. seminggu dekat melaka terseksa! penat sangat kena jadi urusetia program. dah la bukan bidang saya nk urus2 training ni. wuuu! memang menguji kesabaran betul. tak pelah. tinggalkan jela masalah2 remeh temeh tu. kena fikir masa depan. dan perut yang semakin ke depan ni.

arini dah genap 12 minggu. yeay! dah 3 bulan. tak sangka. kejap je pulak masa berlalu. cewah. ayattt. skrg ni mak adik ada kat rumah. since arini saya dah masuk office. +_+ mls mls mls. nak bangun tdo lambat. diorang datang sini jalan2 cuti sekolah. aritu bwk pegi sogo. ada jugak lah jenguk2 baju baby. bila tengok baju baby terus rase nk terkucil sbb excited. korang pernah rasa camtu tak? wargh! tak aman nk memilih tau tak! tp saya memang tak nak beli lagi. cuma survey2 harga je. dengan kena prepare *kaching-kaching*.

tak tau la bulan brape nak start beli barang baby ni. ada orang kate awal lagi. ada orang kate beli awal2 nanti dah sarat tak larat nak jalan2. hurm.. bagi saya. tunggu ada duit dlu.hehe. saya ada list barang untuk di beli. nak share kat blog tak tau camne sbb file PDF. list tu mmg lengkap.

bila tengok2 list barang baby tu. saya dengan husband ada argue something tp last2 saya menang. yeay! husband nak beli baby bed. ala2 camni

alor2. comei nye. macam dalam zoo! ekeke. pastu saya gtau husband. mengikut firasat mak mengandungkan anak ni. anak tak nak tdo pon dalam benda alah ni. so jangan beli! membazir. dah la rumah "luas". makan space benda ni. hehehe *tapi klau ada orang nak bagi.kami terima.aww*

pastu beralih ke katil yang lebih besar sikit. ala2 macam ni.

pastu saya still cakap "ini dia 2 3 tahun boleh la nak tdo kat sini, pastu dah besar tak muat dah. pastu tak tau nak campak mane". okay terus tak jadi. hehehe. akhirnya! kami membuat keputusan. *yang dicadangkan oleh saya*

tadaaaaa!!

takde jiwa kanak2 betul lah. baru tau betapa kedekutnya mak ko ni. hehehe

so, smp ke besar pon still boleh guna katil yang sama. bijak tak idea i? hahaha. yela. ingat lagi dlu ayah saya belikan ktorang katil. second hand je beli. smp skrg masih elok. adik2 saya pulak guna katil tu. kan jimat tu. hehehehe


minggu depan dah nak pegi buat kad merah! eh buku merah. minggu ni tak sempat lagi nk buat. tak pe ke buat lebih 3 bulan eh? wuu. risaunye!

progress
week; 12 weeks
weight; 56 kg. T_T
total gain weight so far; 3 kg! T___T

tak pe ke wei naik 3 kg dalam masa 3 bulan je baru mengandung ni?

Monday, December 5, 2011

Live From Melaka

Assalamualaikum
tak dapat nak update sbb skrg ni kena handle kursus kat melaka. tak pasal2 kena jadi organizer. bidang terjun btol. ke payung terjun? hehe. dah la saya plan nk bercuti dengan husband, mak, adik2 nak datang melaka this weekend. skali kena handle training pulak kat melaka. T_T

smlm smp hotel. check in peserta. penat glerrrr. dengan peserta ramai. grrr. nk kena angkat barang2. risau betul la saya. dah la preggy baru lagi ni. hurmmm..kerja kerja~

Friday, December 2, 2011

Penyakit orang pregnant

Assalamualaikum

semalam 1 Dec kan? bersamaan lah 10 minggu dah kandungan ni. ceria je saya menyambut december. bulan terakhir tahun yang penuh bermakna. :) dan semalam catat rekod saya tak muntah! yeay~ tp loya tetap ada. tak pe lah. beransur baik la tu. tp semalam 3 penyakit sekali datang

al-kisahnya, kawan office ni bawak kurma, kismis, kacang2 pegi office sbb mak dia baru balik mekah. saya mmg suke makan sume2 tu. dan tengah2 makan kacang. tetiba. gigi goyangggg. aaaaaaaaa! gigi saya goyang. ok. saya admit yang saya kurang menjaga gigi time2 kecik dlu. makan bedal yang manis2 aje. pastu gigi mula la rongak. hehehe. dan before kawen saya dah cabut 2 gigi geraham saya. nampak tak kat situ betapa saya tak jaga gigi saya? T_T satu tahun 2007 dan satu 2008. sedih gigi takde. tapi lagi sedih klau dok sakittt je.


time gigi saya goyang2 tu. saya terus sms husben. cakap nk pegi cabut lah. die kate ok. then tetiba saya fikir nk google jap la. after google, satu lagi ilmu saya belajar TAK BOLEH CABUT GIGI KETIKA HAMIL. esp hamil bwh dari 4 bulan. klau lepas tu kena g jumpa doctor dlu dapatkan nasihat. fuh! naseb baik saya google. sape nak tau bahaya cabut gigi time hamil. gi google sendiri. heheh. byk forum2 yang saya baca cakap tak boleh klau belum smp 4 bulan. boleh membawa kepada kecacatan bayi atau keguguran. ;( ngeri tau baca. tapi tak pe, at least saya dapat lagi 1 ilmu. saya tau saya ni kurang kalsium sbb tulang2 saya ni berbunyi mengalahkan lagu dangdut klau time solat. hehe. saya perasan mostly my family members mmg camtu. baik dari atok, ayah, mak, kakak. hurmmm...klau time solat berjemaah tu. haa. macam tengah konsert lah tulang temulang. hehe. saya terfikir nak beli anlene. tp bila google ada orang cakap anlene tak berapa bagus untuk orang mengandung. pulakkk!! tak pe, ni saya nk pegi tny doctor sendiri. *nanti akan di update kat sini*

ok. petang smlm dalam pukul 2 atau 3. saya perasan mata belah kanan ada sikit bengkak. tak tahu lah sbb ape. tak rase sakit. tapi skrg dah beransur ok dah.

then, smlm tengah tdo. ok. nak tny. sape yang tdo malam tak selesa sangat bila nk pusing2? angkat keyboard!! hehehe. smlm saya tdo, then nak pusing. skali KREMMM!! krem pulak dekat belakang blah kanan. T_T adoi. nak urut susah. kejut husben die pulak dah mengantok sangat. kesian pulak. naseb baik dengan sendiri. hurmm...lepas ni saya nk pegi amek pil kalsium lah. 

korang2, ada masalah sama tak macam saya??