Monday, January 30, 2012

Perubahan hidup

Assalamualaikum
Dah seminggu lebih saya tak update blog. Skrg kerja workload banyak. Pastu makim hari makin penat bawak perut ni. Balik rumah dah terbongkang penat. Skrg ni drive kete yg auto tu pon rase penat. Huhu. Ni pon update blog sambil baring. Guna phone je. Haha. Punya lah malas.

Apa yg saya nampak perubahan dekat diri saya stakat ni. Saya menjadi semakin sensitif. Ore kelate oyak kesot hati. Hahaha. Tp saya cuba utk bersikap ceria supaya tak stress. Kadang2 tak tahan jugak bila orang kate makin gemok. Sememeh je g office. Pakai tudung color lain baju color lain. You know who you are. Hahah. Kadang2 nk cepat g office. Bila pakai tudung matching singkat. Terus tak selesa. Saya prefer tudung yg menutup dada. Org pregnant mesti tahu kenapa. *Alhamdulillah. Satu perubahan bagus bg diri sendiri*

Saya act makeup jugak simple pegi office tp disebabkan muka ni jadi berminyak gler since preggy. Makeup last like an hour je. Hahah. Pimples are everywhere!!! So malas nk touchup. *mungkon orang tak pernah rase situasi kita tak faham*

Takpelah. Small matter saya tak amek port. Klau nak kate gemok pon takpe lah. Ada orang sebok pipi saya tembam. But who cares?? Husband pon tak sebok. Everyday cakap dekat husband makin gemok makin gemok. Tp dia senyum je. Just said, normal tu sayang. ;) he never said i'll back to normal shape tapi tak pernah terasa hati. I know well how he take care of me when im pregnant. *now i miss my husband*

Now both of us tak sabar nk tau gender baby. This coming saturday ada next checkup. Saje nak tny doctor. Kalau boy senang nk nampak. Klau girl malu. Hehehe. Nama utk dua2 dah ada. InsyaAllah kami tak akan reveal nama until delivered. Sbb dalam islam tak galakkan kita gtau nama sampai lah selamat bersalin atau lebih afdal hari ke7 hari akikah. ;) cuma gender mungkin akan diberitahu. Tengok lah nanti. Hehehe

Semalam mak mertua dgn ayah mertua datang rumah. Discuss about nak buat solat hajat atau org kelate panggil melenggang perut nanti 7 bulan. Saya okay je. Boleh sediakan air smyg hajat skali. Dan discuss pasal akikah nanti. I know its too early to discuss but this is what we are. Same goes what happen masa kenduri dulu. Byk planning yg dobuat awal sbb takot kelam kabut. Huhuhu

Skrg nk tbah beli barang bby pon husband kate tunggu tahu gender. Baik! Menurut perintah! *sbb guna duit dia kan* hehehe.

Weeks: 18w4d
Weight: 58kg
Total gain: 4kg

*saya tulis bukan utk orang kutuk. Gemoknye!!. Saya tulis utk catatan sendiri*

Sunday, January 22, 2012

Look what i found!!! Mommy cha.

Congrats mummy cha. Dapat no 1 tuu. Hehe. Dah lama mummy cha x update blog. Tunggu jugak berita baby dia. Doakan semua selamat


Friday, January 20, 2012

Deco Deco Baby's Room

get idea! senyum lebar bila my FIL cakap dia nak belikan baby cot. yayy!!  
at first mmg  tak nak beli kan. tapi ada yang nk bagi free. 
Alhamdulillah. =))))




alahaiii.. comeyyy 
tapi kotrang ni pon x tau lagi dok mane lepas bersalin nanti. hurm, harap2 dapat dok rumah besar sikit
senang saya dengan baby nk sepahkan bersama. hahahaha


Thursday, January 19, 2012

Panggilan nama kami.

Assalamualaikum

dah berapa hari tak update. life agak busy skrg. kerja pon banyak dan memeningkan. hais. takpe. itulah lumrah orang bekerja. *tak sabar nak dok rumahhh*. ok. back to topic asal sebelum saya membebel dengan lebih jauh. hehehe. topic saya arini tentang panggilan ibu bapa. =)

act, when u get pregnant. alottt of things comes out of your head. salah satu benda terpenting nenamakan baby. dan panggilan baby untuk kami. awww. *berdoa dapat bercakap cepat. hehe*. sbb ni kan anak pertama. so kita fikir panggilan ni. sekali je seumur hidup. ke ada org berubah2? hehe. so saya terfikir dan terfikir. kami nak jadi mama-papa kah! mummy-daddy kah! emak-ayah kah! ummi-abi kah! bonda-ayahnda kah! bla bla bla. banyak kott. tak terlist pair ni. hehe.

saya ni klau boleh. tak nak lain2 pair. maksudnya. klau mama mesti dengan papa. sbb syerasyi bersama lah katekan. klau mummy mesti dengan daddy. so on, so on. and then at first saya terfikir nak amek panggilan mummy-daddy since my name kan mimi. so mami dengan mimi tak jauh beza. wahh. kelas ko jah! *tetiba* boleh pulak fikir camtu. then when i think my kids will call my husband daddy. saya risau. sbb nye? sbb daddy macam untuk panggilan orang kaya2? hahaha. *imagine my kids will call my husband, "daddy, nk iphone! nk ipad! nak PS"* pitammm!! so cancel. haha. mmg sebab saya fikir panggilan daddy ni orang kaya2. lol. kami ni mane lah kaya pong. bersederhana je. *my 2sense jelah kan*

then mama-papa, mmg reject awal2. sbb? my sist dah guna. wahh! alasan tak munasabah. saya risau klau balik kampung. anak2 kami (adik beradik saya) akan confuse bila semuanya mama-papa. hahaha. diorang confuse. eh mana mama saya? nama papa saya? ekeke. so tak boleh. then lepas after all saya malas nk fikir. saya kate tunggu jela smp seru nak panggil apa kan.

akhirnya seru yang ditunggu smp jugak. eceh ayat. saya nk panggilan yang biasa dan simple. dann saya suke panggilan ayah since saya call my dad is ayah. then one day ni. my husband pegang perut dan panggil baby dalam perut pastu bahasakan diri dia ayah. i was shock. yes! u are absolutely ayahhh!! sepadannn. hahah. boleh ke? itu lah namanya seru dah sampai. LOL. saya rasa ayah ni seorang bapa yang tegas tp baik dengan anak2. ok. ayah dah di pilih. cop! *bila tengok iklan OREO comell je budak tu panggil ayah dia. "ayah, boleh bukakan oreo ini untuk saya?"* then next thing yang perlu fikir ialah panggilan saya!!

ok. memandangkan panggilan mestilah selari, ayah sesuai untuk emak atau ibu. fikir fikir fikir. saya pilih ibu!! sebab? bila anak saya nakal2. saya pasang lagu sudirman "ayah dan ibu....ayah dan ibuuu..itulah permulaan kami...." boleh? hahah. bagi anak insaf sikit. kuang3. dan baby kan mesti die boleh sebut "air" dan "abu" dlu. abu dengan ibu kan nak dekat2. so berharap bby dapat panggil ibu secepat mungkin dari ayah. lol. (berlumba pulak)

dan selesai lah pencarian panggilan nama kami. Alhamdulillah. harap2 bby dengar cakap ibu dengan ayah tau. jadi anak yang baik. =)

Ayah dan Ibu! =)

Wednesday, January 11, 2012

sebenarnya bukan tak nak follow

Assalamualaikum
saya sebenarnya nk berterima kasih kepada pembaca blog saya yang hingus-hingusan ni. *ayat orang demam selsema* dan juga berterima kasih kepada yang memfollow saya. saya sebenarnya nak follow balik, tapi apekan daya. atas sebab2 tertentu tak boleh nak follow sbb bila bukak internet dekat office. dia blank-kan part follower tu. sebenarnya office saya ni block blogspot. tp atas kedegilan staff yang pandai menggunakan ikhtiar lain. jadi saya boleh jugak la bkk blogspot. walaupon kadang2 time nk sign in. bahasa apa ntah kua. hehehe.

bila dah balik rumah, kadang2 bkk guna lappy husband dah tak ingat nk tekan2 follower tu. tp saya ada terfikir bagi nk menghargai follower2 saya ni. saya nak buat give-away untuk follower saya. suke tak suke tak? hehe. tp ni khusus untuk mom-to-be jela. adiah mesti lah barang2 bby. hehehe. tapi bila nak buat tu tak tau lagi. nanti saya akan umumkan okay! =)

Tuesday, January 10, 2012

Shopping for the first time. seronok! =)

Assalamualaikum

kandungan dah 4 bulan this week. so mari kita bercerita pasal barang baby. yaeayy!! bila cite pasal barang bby semua orang seronok. yang tak seronok bila nak membayo tu je. hehehe.

saya start beli dah barang bby. yang dalam list saya bykkk lagi tak beli. bila hari2 tengok list. risau bukan main kepalang lagi. bila nak beli ni. bila nak beli ni. tdo malam pon tak lena. *yang ni over* jadi saya dengan berjayanya menghasut husband beli barang baby. *rupa2nya husband lagi excited dari saya T__T*

 cubaan pertama kami! =) 

pergi sogo je sbb murah kot. yeke? ntah lah. sbb tempat lain tak tau lagi. ktorang beli dah baju. kuang3. tak menyabo. sbb tak tahan tengok comelll sgt. ada yang saya amik 0-3 month. ada 0-6 month. tengok saiz same je. bila saya nk amek yang besar sikit. husband terus NOOO!! nanti kesian dia baju besau dari tuan. hehehe. warna mmg memainkan peranan yang penting. sbb tak tahu gender. maka, kami amek warna selamat je. but for now, say no to pink color. hehe. jenama kami beli pon campur2. ada Anakku, Pureen, pooh ke ape ntah.

 

dah boleh tick!
1. Baju lengan panjang 4
2. Baju lengan pendek 1
3. Mitten and booties 5 pasang
4. Topi comel siap ada telinga. >.<"
5. Towel baby
6. Selimut / Bedung. ni ada telinga gak kot. tak ingat dah. boleh? haha
7. Baby Wipes 2 gulung tu. murah wei! 19.90 je. ke mahal ek? Baby Kiko 
8. Sabun basuh baju bby. Pureen.

Total Damage; rm200++

jadi dengan ini, persoalan saya;
1. kena basuh tangan ek baju bby ni? klau sumbat dalam mesin boleh? hehehe. sbb kecik bebeno. karang koyak pulak. 
2. penting ke rompers? sbb tengok anak buah takde pakai rompers pon. 





Kerisauan lagi

Assalamualaikum

skrg ni malas sgt nk update blog. few days dah demam selsema. maklum lah cuaca kat kl ni panas terik. tdo malam berpeluh2. fuh! fuh!
ni nak gtau, risau lah pulak kan. officemate saya ni baru dapat bby girl. wife dia bersalin jumaat lepas. 3.2kg. dia cerita pengalaman. wife sakit perut terus bwk pegi hospital putrajaya, pastu doctor cek bukaan 1cm. then doctor suh balik sbb penuh! full. takde bilik kosong. then dia tny yang berbayo *macam yang saya plan nk amek ni lah* pon penuh! ada org FPP tapi tak dapat bilik. makan pon tak bagi camne ntah die cite. smp orang tu fikir nak saman la. ape lah. errrr, cuak!!! putrajaya ni pemes betul. then officemate saya ni tny lah. kenapa ramai sgt sini. nurse cakap. sebab sume berebut nk tempat bersalin anak nama PUTRAJAYA T__T saya dengar PITAM!!

ada ke pulak camtu. pastu officemate saya ni pegi az-zahra bangi. dia terima. dan dia recommend kat situ pulak.. alahaiii. pening balik aku nak pilih spital ni. grrrr.

Monday, January 9, 2012

Testing

Saje test guna android ni. Jdi ke tak. Tp macam x puas hati je.....

Tuesday, January 3, 2012

Babymoon

Assalamualaikum
2011 dah pergi meninggalkan kita. saya rasa tahun 2011 tahun terbest dalam hidup saya. *boleh ke terbest?* tak kira lah. dari;
2009 - single
2010 - engaged
2011 - married
2012- mommy! insyaAllah

berharap tahun 2012 membawa seribu makna lagi dalam hidup saya. amin! :) 
my new year's eve saya spend time with husband pegi mini holiday. act, tak plan pon pegi holiday ni. since my husband nak masuk kerja baru kena perabih masa dlu before he got less time for me lepas ni. husband tny. sayang, nak pegi mana? saya saje2 cakap bukit tinggi. then, terus ON. die mmg sentiasa on je. hihi. ktorang menginap di Colmar Tropicale. best sgt tempat ni. smp je kagum dengan bangunan hotel dia. feeling2 dekat france lah konon. hehe. cuaca pon best. cuma petang tu hujan kejap. menambahkan lagi sejuk. act, tak sejuk sgt pon klau nak compare pegi aussie aritu. 

dan paling saya suke bilik!!! cantik sgt dan luass. bilik paling best kot saya pegi holiday. ^_^. selitkan sikit gambo mak buyong.

 katil dia best sangat!!!. tak nampak sangat babybum. saya pakai baju longgar.
 ni ada lah secebis nampak perut sikit.

.
.
..
.

.
.
.
.
.






tada!!


p/s: nanti next update saya upload keindahan bukit tinggi okey. 

quote for today; i can't anticipate what people will talk about me, they can say we are proud. but who knows only me and the only one ALLAH swt. =)