Tuesday, February 28, 2012

What you need to expect on 3rd Maternity & Baby expo Mid Valley 2012

 Assalamualaikum

hai. bertemu kembali. lol. kemain rajin nye nk update~ biasa lah. tengah keje suam2 kuku ni boleh la update banyak kan? okay. sape excited lagi nk expo? saya! *aku ni bab shopping mmg excited*. so next expo yg kali ke 3 kt midV ni mungkin lebih kurang same je dengan 2nd expo aritu. sape pegi  mesti tau la kot apa yang dijual. brape percent harga reduce sume kan. saya sempat jugak pergi Nov lepas. even that time baru 7 or 8 weeks pregnant. saya pegi beli seluar maternity. hehehe.

ni antara link2 yang saya cari dan jumpa. huhu. link orang buat review 2nd expo Nov lepas. so my next target utk 3rd expo ni. ofcourse diapers mamy poko. dan breastpump! i nk yang macam aty tu. murah nye dapat. rm199 eh? instead of rm599?

rajin2 click la ye. ^___^


http://www.myvitrd.com/2011/11/salam-semua-hari-ni-nak-cerita-dulu.html

http://squarecutring.blogspot.com/2011/11/final-purchase.html

http://vanillapink3113.blogspot.com/2011/11/baby-stuff-feeding-set-sawan-lepas.html

http://vanillapink3113.blogspot.com/2011/11/baby-stuff-biler-shopping-memang-selalu.html

Baby boy or girl?

Assalamualaikum

Susahnye nk tau gender bby saya ni. doctor scan tak nampak. punya la die pusing2. ada kawan saya aritu cakap die pregnant 4 bulan lebih dah boleh nampak gender. sbb die boy. saya ni minggu depan dah 24 weeks. dah 6 bulan. tak nampak2 lagi. huhuhu. saya saje je usha2 kt internet tengok betul ke tak ramalan orang ni. jumpa link dari puan amal ni. saya share ye

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 

-Saya tengok perut saya buncit ke depan. hahaha. tak reti la nk tengok camne. tp budak2 office cakap macam bundar/melebar ke tepi. pandai la korang ni. hahah. kesimpulan x reti tengok. lol.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...

-anak first tak boleh tengok lagi ler. kena tunggu yang dalam peyot ni beso. hehe

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

-saya suke tdo mengiring ke kiri. sbb baca dalam buku. nutrisi makanan yang kita makan senang smp ke bby klau tdo mengiring ke kiri. smp sy tukar tempat tdo ngn husband sbb nk lebihkan mengiring ke kiri. hehehe.
 

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

-tak suke makeup sgt dah skrg. sbb apa tau? sbb panassss!! skrg ni malaysia panas betul kan? dengan office ni macam hampeh je tak nak baiki ekon. geram nyeee!! klau kt rumah. sah2 rumah takde ekon. lagi laaa mls nk apply bedak sikit pon. tp still makeup lagi la yg simple2. bedak2 sikit.
 

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan

- garisan bawah pusat ni kan? terang dan tak putus2! tp my sist pon camtu dlu. dapat anak pmpn plak. huhuhu

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

-wajah i mmg takde seri ponggg. dari dlu lagi. kawen ke tak kawen ke. mengandung ke tak mengandung ke tak nampak any seri pon muncul. ekekee. 


8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

- dua2 pon tak ni. camne? ada tak option yg buku lali menggerutu? lol 


9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

aritu pernah dukung cucu makcik depan rumah. bby boy. baru 3 ari. die diam je. sedap je tdo. camne? anak i perempuan kah? heheheh.

semua ni tak ley percaya sgt ni. just main2 je. same la yg tengok calendar chinese predict gender tu. kita semua kena percaya. semuanya dari Allah swt. kuasa dia. kita hanya mampu mendoakan je. stakat ni barang yg dibeli semua nye universal color. so both can wear. tak kisah pon dapat anak lelaki ke perempuan ke. janji bby sihat. sempurna. =)  

tak sabar nk scan lagi bby lagi. yeayy!! suke tengok dia. 

Monday, February 27, 2012

Weekend activiti: MyDear warehouse sale, Motherhood expo KLCC

Assalamualaikum

angkat tangan sape dah pokaii?? angkat cepat! baik ngaku je ko tak pokai tp husband ko pokai. kuikuikui. saya lah tu kan. weekend lepas tak yah tny lah pegi mane. dah jawab dah. memenatkan badan pegi cari barang bby. penat sikit takpe. janji seronok. hehe. kaki ni balik rumah sampai krem2. lenguh.

act, kamis petang saya bertolak ke cameron highland. buat ape? ikut husband keje. hehehe. pastu sabtu dah bertolak balik ke kl. dah otw ke kl Ety msg tny pegi ke tak klcc. Nak pegi dah ni etyyy~ hehe. jalan jam segala bagai. saya cakap kt husband pegi mydear warehouse sale dulu lah. sbb tutup pkl 7. klau klcc smp ke malam. dah tny ety. hehe. cian ety. tak sempat nk jumpa. sob3. bulan 3 awak datang la kl lagi.

pegi la warehouse tu. dah tny Hana kt mane tak sesat pon. *kate orang puchong kan*. takde la byk sangat yg dibeli kt warehouse tu.

Ini hasil shoppingan 2 tempat ye. bukan 1 tempat. huhu.

kt warehouse mydear beli hursing pillow! terbaik! rm50 je. pastu beli tilam bby. murah gak. rm30++, pastu lagi beli bakul bby. yeay! comel sgt. rm47 je. baju 5 ke brape ntah. stokin comel 1 je sbb tak tau gender lagi. nk main hentam keromo karang susah plak. 
 nursing pillow ni sebenarnya taknak beli pong. pastu baca la dekat internet klau kita tak support bby betul2 time feeding. lama2 breast akan lanj*t. lol. terus takot. hahahha. terus semangat berkobar2 nak beli. dapat murah plak tu. mmg rembat jela. 
Ini bakul isi bby. comey kan? ringan je bakul ni. smlm bwk balik rumah FIL. ayah tny. ni sampan sape ni? hehe. sampan budak tecik dalam peyot belum kua lagi. hehehe. 


pastu penat2 tu. ayah dengan ibu terus pegi klcc *bajet anak aku baca suatu hari nanti* penatnye hanya tuhan yang tahu. lol. saya survey2 je barang ape. klau ada breastpump murah2 nak beli. tp tengok harga macam murah online je lagi. masuk2 je ktorang pegi tengok stroller. bakal dibeli. lambat lagi lah. tunggu baby kua dlu la kot. husband tak berkelip tengok quinny zapp extra. bila lipat kecik je. pastu tayar pon kecik. aritu dah survey stoller kt OU. saya tengok yang quinny moodd. cantiknyee! harga pon cantik. rm3800. sekian terima kasih. pastu die kate mmg mahal sbb baru. tunggu sikit2 lagi mesti turun harga. takpelah. takde lah nk membazir beli yang mahal gler. tp yang quinny zapp extra ni husband cam bg green light je. aritu promo dengan maxi cosi jadi rm1999. ek elehh. online murah lagi lah. heheheh. - akan dipertimbangkan

yang saya beli bumble bee storage bottle, bumble bee breastpad, kedai tu tak ingat nama ape. murah jugak ler. pastu kedai mum dreams beli baju selai, nursing bra, tungku bby comel. husband tak tau tu ape. die tekejut tgk tungku bby cute gler. hahah. pastu pegi pureen beli baju lagi. adoi la. kenape comel sgt baju bby ni. mitten n booties, wet tissues. beli lagi storage milk yang plastik. autumz. byk beno beli. *berdoa agar byk ler susunye*.

tu jela kot yang saya beli. dah angkut pegi rumah FIL. sbb bakal pantang kt situ dalam 10 hari before balik kelantan. barang yang dah bawak balik sikit jela. baju2 bby tunggu nk basuh dlu. 


 comeykan? tp bau die tak comey. T_T

ni yang saya rase berbaloi je. pls ignore bantal peluk dibelakang. hehe


MIDVALLEY!! i nk serbu gak nanti bulan 3. tak sabooo. harap ada la breastpump yg berkenan dihati.

Thursday, February 23, 2012

DIY: Nursing cover for public breastfeeding

Assalamualaikum

macam tak percaya semalam saya berjaya DIY poncho sendiri. hehehe. dah lama tak start menjahit. seronok plak rase. hehe. act, saya dah lama lah usha2 nursing cover ni. sbb bg saya amat penting bila nk menyusu di khalayak ramai. aurat harus dijaga. nak2 lagi aset wanita. ;p so tengok2 online macam mahal je. around rm50 untuk cover ni je. kualiti kain saya tak pasti lah camne. pastu datang idea terfikir nak jahit sendiri je sbb MIL ada bg kain cotton untuk jahit baju kurung my niece. lebih sbb kain tu banyak.

saya try jahit sambil sakit2 belakang ni. menjadi jugak lah. hehehe. takpe. yang penting jimattt~ so mommies. let's DIY. ^___^

inilah nursing cover jahitan sendiri. hehe

Kain ni MIL beli dekat Jakel. kain perca je. harga klau ikut kayu mahal gak rase. rm50/meter. tapi dah beli perca murah la. sape slalu beli kain perca kt jakel ni banyak kegunaan. design yang saya jahit ni paling senang. sbb die macam jahit apron je. hehehe.

inspired by this. tapi takde besi yang penyambung tu. jadi saya hentam je jahit straight macam apron.

Peanut shell nursing cover

 Ini cantik kan? polkadot!! saya suke saya suke. klau mommies semua ada kertas yang keras tu. boleh jahit skali bahagian atas. kegunaan die senang nk intai baby. huhuhu

 same macam saya jahit cuma saya tak jahit yang besi sambung tu

barulah rase best kan public breastfeeding pon. =)


act, poncho ni ada 2 jenis. satu cover betul2 start dari belakang atau macam apron ni. disebabkan kepakaran dalam menjahit amat tipis. saya jahit jela macam ni. hehehe. takpe. dah puas hati. tips klau mommies nak jahit nursing cover ni. sebaik2nya guna kain cotton, pastu kain jangan beli yang murah sgt. takot panas bby dok dalam tu. bab tali sangkut kt leher tu. klau nk ikut macam saya buat, kena jahit agak panjang sikit. just bayangkan kita bertudung, dengan tebal tudung lagi. pastu jangan jahit singkat sgt. estimate bwh perut kita. sbb nanti ada bby die kembung lah kain tu. eh. faham ke arahan ni. hehehe.

selamat mencuba ye mommies! =)

 

Wednesday, February 22, 2012

Meet Baby lagi!!

there you are my little baby.

budak ni suke tau tendang2 perut kite. ntah ape la die buat dalam tu kan?
sabtu lepas saya g poliklinik medi-nur. dekat je ngn rumah ni. semata2 nak tengok baby gerak2. hihihi.
act, ktorang tak sabar nk tau gender baby. masuk je dalam bilik doctor terus cakap saya nk scan
hehehe. doctor mintak buku merah. then saya cite scan kt az-zahra aritu cepat2. nk tengok baby pon tak puas. *jujur betul pengakuan aku ni*.
pastu tny doctor kot2 boleh tau gender. sbb dah masuk 5 bulan lebih kan. aritu time kt az-zahra dah tny doctor. tp die tak nak godek2 perut saya. die scan camtu2 je. mesti lah tak puas hati kan.
tp scan di medi-nur ni walaupon mesin scan die kecik je. tapi puas hati tengok baby. tengok die gerak2. pastu doctor pon cakap banyak. mungkin tak ramai orang. mmg tak ramai pon sbb pagi lagi. 

doctor try la nk tgk gender. die pusing2 alat kt perut tu. pusing situ. baby guling. pusing sini. baby guling lagi. 
doctor kate. eh aktif anak awak ni. hihihi. doctor cakap bby kecik lagi ni. tp dia tak dok diam. susah nk tengok. hehe. takpelah. masih tak de rezeki nak tau gender baby.

sepanjang mengandung ni. saya takde mengidam langsung! makan mmg same je macam dulu2. hurm.
dapat rase pergerakan baby time dah 20weeks camtu. baru lagi. first time rase. mmg confirm itu bby. bukan angin. bila rase je saya cakap "baby gerak!" husband sebok letak tangan. kesiannn. mane la rase bahagian luar. hehehe. ayah tunggu baby beso sikit ek. sian ayah. pagi petang siang malam pegang perut ibu nk rase baby. ;p


pesanan buat bby; ayah dan ibu nk pegi beli barang bby banyak tau weekend ni. so baik bby behave dalam perut ibu okey! klau tak. ibu majuk! hehehe. 

Unplanned Vacation

Assalamualaikum

lama oiii tak update blog. ape celup? eh ape cite ni. act, skrg keje banyak bertimbun2. nak update je malas. blogwalking masih rajin. huhuhu. last week saya terpaksa pegi vacation. wahh. kelas kau jah. terpaksa okey. act, kena teman husband pegi training. huhuhu. took 2 days off. ibu ayah dan bby berada di pd.

takde apa yang saya buat kt pd since husband training. i just lepakk je dalam bilik. tgk tb. order makanan hotel yg mahal. lol. petang sempat la mandi pantai jap. mandi pool. huhu. orang kate swimming ni good exercise utk preggy woman. pergh. masuk dalam pool terus rase ringan je badan i. lol. mmg lah! sbb dalam air. saya nak kate perenang hebat tu xde lah. tp boleh la berenang2 ke tepian tu. best je waktu berenang tu. tp bila naikkk. masuk bilik. adoi lahh. sakit dada oii. kenapekah??

malam aktiviti makan malam macam biasa lah. pastu jumaat petang ktorang dah bertolak balik kl. husband keje sabtu ahad plak dekat putrajaya. kesiannyeee. asyik kerja je.  ktorang stay kt Selesa Beach Resort. resort ni best. pantai die private. cantik. bersih sgt. cuma breakfast agak kurang makanan. mungkin sbb weekdays kot.

sea view 


babai pd. till we meet again =)

Tuesday, February 14, 2012

BFF Engagement!

Oh my! finally lah kan. after my wedding saya tunggu punya tunggu punya tunggu. sape lah akan ikut jejak langkah saya ni. which mean change new chapter of life pulak. hehehe. dan skrg sudah terjawab. my bff azni dah selamat jadi tunangan orang. she's so beautiful on that day. berseri2. hehehe.

cantik!

 tunang tunangan =) azan! jaga azni baik2. tunggu next year 

 semua excited tengok gambar dari camera fujifilm sheila ni. awww. comel gler kot. dah la color pink. pastu terus print keluar. tapi kena setting cantik2. klau tak. keluar lah muka minah minachi mane ntah. hahaha. tapi serius mmg tertarik dgn camera ni. yg tulis2 tu i edit je guna tepon. hahaha. tulisan buruk.

 form left; sheila. anis. azni. mak buyong perut tak ley control. lol

Lepas ke labu, negeri sembilan. kemana pulak kite lepas ni? hehehe. insyaAllah bandar tasik selatan kot? hehehe. insyaAllah. doa2kan. cuma aku berharap jgn lah buat majlis bulan 6 7 8 tahun ni. tak boleh nk attend wei. bulan 6 sarat. tunggu masa. bulan 7 8 balik kampung pantang. sob3~ 

to azni; selamat menjadi tunangan orang. take ur time to prepare ur big day plak. lepas ni aku stroll anak aku pegi wedding ko. time ko tunang die dalam perut lagi. hehehe. time ko kawen. insyaAllah da dapat tengok dunia. hehehe.

Batuk dan batuk

Assalamualaikum

arini rase semangat sikit nk update blog. dah seminggu badan tak brape sihat. mula2 saya sakit tekak, pastu demam dalam 2 3 hari. lepas demam batuk. batuk + pening gler biler batuk. skrg ni batuk + sakit tulang rusuk plak. waaa. complete tau sakit. haha.

klau stakat demam boleh la amek panadol biasa. bila dah masuk batuk2. saya tak berani langsung nk amek ubat batuk. surf2 internet ubat batuk effect bby. terus tak berani. pegi jumpa doctor pon die tak suggest any drugs. doctor kate biar antibodi recover sendiri je. saya rela batuk smp termuntah2 tp tak nak makan ubat batuk. huhu.

pegi homeopathy bangi. amek ubat. makan jugak la. tapi susah sgt nak baik. malam2 mmg batuk berterusan. setiap malam akan bangun sejam skali. wuuu. penat rase bila bangun pagi. orang suggest makan madu + limau nipis. dah ada madu yg beli lama dah. try minum tak baik2 jugak.

smlm kakak office gtau madu khaula elok. try la survey kt internet. orang kate madu ni bagus. smlm husband dapat cari madu khaula ni dekat carrefour puchong utama. rm80 ada sarang. madu ni sedappp sgt. mmg lain rase dia. dan tak panas. smlm lepas minum 2 sudu. tdo. nyenyak betul tdo. terjaga kejap2 sbb rase perut gerak2. bby main bola kot. hehehe.

arini continue lagi la madu khaula ni. berdoa sgt2 batuk ni brenti. tp orang kate madu ni minum saje2 pon bagus untuk kandungan. berbaloi la beli. =)

ni lah rupanya madu ni.

"Ya Allah, kuranglah kesakitan ku ini. hanya kepadaMu aku berharap"

Wednesday, February 8, 2012

Checklist barangan ibu dan bayi: Keperluan Hospital

Assalamualaikum

harini saya nk share checklist yang saya ada. tp harini saya update yang keperluan hospital je dlu ye. banyak sangat klau semua nk list skali. hehe
anyway, saya dah batuk 4 hari dah. penat rasenye. anyone have idea tak camne nk hilangkan batuk? tq. =)

 gambo ihsan pakcik google

Keperluan hospital
*Untuk Ibu*
1. Kad lawatan hospital / Kad merah
2. Kad pengenalan
3. Baju / Blouse                                            5
4. Kain batik                                                3
5. Baju / seluar dalam                                   5
6. Skarf / Tudung                                         2
7. Stoking                                                    3
8. Tuala mandi                                             1
9. Tuala muka                                              1
10. Peralatan mandi (cuci muka.etc.etc)
11. Maternity pad                                        1pax
12. Selipar                                                   1
13. Nursing bra                                            4
14. Breast Pad                                             3
15. Baju sejuk (sweater)                              1
16. Bag plastik                                             2
17. Makanan / Minuman (biskut,kurma)    
18. Air zam-zam/ Air selusuh
19. Minyak angin
20. Thermos air panas
21. Majalah / buku
22. Al-Quran
23. Telefon bimbit
24. Camera

*Untuk bayi*
1. Baby diapers                                            6
2. Baju                                                         3
3. Stoking / Sarung tangan                            4
4. Topi                                                         1
5. Selimut / Bedung                                      2
6. Barut perut                                              5
7. Peralatan mandi
8. Tuala mandi                                             1
9. Baby wipes                                             1pax kecil
10. Minyak telon                                         1

*Untuk Bapa*
1. Pakaian dan peralatan mandi


selesai sudah list untuk ke hospital. sape2 nk ikut saya punya list boleh. hehehe. kesian tengok list untuk bapa. hahaha. aritu tunjuk husband die kate..haa.senang lah abg nanti..hehe..insyaAllah cukup bulan nk masukkan segala list ni dalam beg. letak je dalam kete tak bawak kua. senang nanti sakit perut je. zapp masuk kete. jalan!

share la u guys punya list! nanti saya pi jenguk. =)

Thursday, February 2, 2012

Breastfeeding

Assalamualaikum

smlm saya ada update entry pasal beg baby. tapi gambar terbalik. hahaha. tak tau kenape jadi camtu. saya update pakai phone je. so arini rajin sikit nk buat survey dengan kakak office yang dah ada sepasang anak tentang breast pump. huhu. bila bercakap tentang breast pump. saya zero knowledge! nak tanya kakak. dia tak pump. direct feeding + formula for her baby yang dah setahun sebulan tu. nak tanya mak. no clue! sbb die pon direct feeding dekat kami adik beradik ni. plus pulak cerita dah berpuluh tahun lepas. mana lah mak ingat. haha.

so nak tak nak. kena lah menimba ilmu dengan pakcik google kesayangan. dan tanya2 kakak office yang ada pengalaman mengepam susu. hehehe. bila masuk bab BF (breastfeeding) saya terus keliru. apa yang nak kena sedia, brand apa yang nak dibeli, mahal ke tak, brapa banyak botol nak kena ada. hurmmm T__T *pitam.

skrg ni saya dalam keadaan tidak pasti tentang status pekerjaan lepas bersalin ni. kerja lagi kah? sambung kerja kah? berpindah rumah kah? tak pasti! yang saya pasti. klau kerja. kena anta anak nursery then of course lah saya nak bagi stok susu sbb impian nak BF berkobar2 sbb tau lepas BF badan akan susut. *yeay! bersorak gembira* tapi mampukah saya? itu yang menjadi persoalan. jadi saya pon survey lah breast pump yang terdapat di pasaran skrg.

orang cerita jenama medela lah. avent lah. spectra lah. bla bla lah. macam2. ada orang tu kate sakit bila pump. ada orang kate tak sakit. jadi saya bingung! saya rujuk lagi kakak office saya ni. dia pakai jenama spectra. dual-pump. sbb dlu pernah tgk dia pump dekat surau. rilek2. buat stok susu. hehehe. die kate okay. tak sakit pon. beli set termasuk beg ade botol n cooler beg , kalo tak silap dlm 500++ kot. ok jugak lah harga dia. takde lah sampai ribu2 kan. sbb skrg ni saya tak pasti. kerja ke tak lepas ni. jadi pelaburan mesti tepat. jangan mengambil risiko beli harga riban2. last2 ko tak pump pon. sbb ko dok rumah je boleh direct feeding. saya start2 survey yang ada elektrik lah. bukan manual. mau kurus tangan saya yang gemok ini. hehe.


Ini paling comel. hehe. saya suke! Medela Swing
harga dekat mybrestpumpshop RM 649 (with 6 months warranty) 


yang ni dual pump spectra. macam kakak office saya pakai kot.
not bad lah harga dia lagi murah dari medela. tp ada dua pump. jimat masa!


nanti expo bulan 3 ni saya nk beli 1 jugak. tak kisah lah mana2. orang kate murah. heheh. klau murah boleh beli. pastu nk kena fikir milk storage bottle lagi. tapi saya berkenan dengan plastik je. sbb senang nk muat dalam fridge kan. plastik suri ramai orang beli kan? 

gambar ihsan lunatots.com


uiii. banyaknye nak kena fikir. ni belum cite kt husband lagi. bg pening die. hehehe. breastpump ni kena beli before delivered lah kan. sbb dalam pantang mengepam lah selagi boleh. hehehe. next thing kena fikir stroller and car seat! *ka-ching, ka-ching* 


Wednesday, February 1, 2012

Pembelian on9 yang mengejutkan

Mengejutkan betul bila saya bukak parcel yang di post ke office. Act. Ada 2 color yang sama pattern. Satu pink dan satu biru. Saya yang tak tau gender baby lagi ni. Pilih la color biru sbb saya fikir biru baby boy boleh baby girl boleh. Sampai je parcel. Bukak tengok dia tulis my precious girlll!!! Agagaga. Camne klau anak aku boy? Haha. Hentam lah labu.
Huhu. Lepas ni takmo beli on9. Beg ni beli sbb nampak dalam tenet cam beso. Pastu ada 3 untuk harga rm49. Terus rembat. Bayar. Dalam hati cakap 1 boleh isi pakaian saya. 1 pakaian baby. Nk bawak pegi hospital nanti. Bila smp. Kecikkkk!! Muat baju baby je. Tu belum nk sumbat pampers dia. Towel dia. Toiletteries dia. Huhu