Friday, April 27, 2012

Alah bisa tegal biasa

Assalamualaikum

arini mmg hari saya baca pengalaman orang bersalin je. wuu wuu. panik betul bila baca tu. konon2 feel lah sgt kann. lain orang lain pengalaman. ntah camane la saya nanti. harap semua dipermudahkan. skrg dah masuk 31w ni. perut mmg rase berat. nak tidur malam punya la susah. nak2 lagi bila nk pusing tu. bby plak tak suke saya mengiring ke kanan. mesti die bergembira menendang perutku. adoi. terpaksa kalih ke kiri. senyapp je die. amboi! pandai ek.

dlu awal2 time masuk 3rd trimester, saya dah start sakit pelvic. mostly sakit blah kiri. mmg bila nk bangun tu. 2 3 minit nk amek masa. sini tak kena. sana tak kena. adoii. *jangan banyak merungut* haha. dan2 tu la saya google. baca pengalaman orang lain. ada jugak la orang kate. awal2 sakit mmg rase la sakit. bila dah lame2 sakit tu orang kate alah bisa tegal biasa. skrg ni sakit tu tak de pape dah. mmg still rase sakit. tp dah biasa. tak merenget macam dulu. huhuh

mmg la akan sakit sbb kepala bby dan makin menyentuh tulang pelvic kita. saya scan dari minggu ke 25. kepala bby kt tepi bawah kanan. scan 30w. kepala die still dok situ je. tak berganjak. doctor pon tunjuk kaki die mmg kat atas. bawah breast kiri. ooo. patut la selalu tendang situ. amboii!! *eh jangan marah*

saya mmg lah berharap dapat bersalin normal. dan harap2 la die tak pusing ke atas. scan 30w my bby dah 1.3kg. doctor cakap. klau 34w. berat bby tak ley lebih 2kg. nanti bby besar. lorrr. camne nk kontrol doc? saya makan tak brenti ni. hahaha.

so mommies~ jgn risau sakit tu. lama2 biasa la tu. skrg masih lagi solat berdiri dan berharap boleh solat berdiri smp 40w. *eh kompiden je 40w baru bersalin.haha*

Monday, April 23, 2012

Weekend Update!

Sabtu; back to my home sweet home kt puchong. After 2 weeks tinggal rumah. sbb PIL pegi Mekah, so dok Kajang. adik ipar ada sorang kt sana. tak kan nak tinggal die sorang2. and yesss!! penat lah bila balik rumah. nk basuh baju 2 mesin. nk kemas baju segala bagai. tak abes lagi kemas. ekekek. dan yang paling penting, i miss my bed! :( dah balik bergumbira la aku kt atas katil. wakaka

katil yang dirindui. 

before balik, saya dah pegi booking tempat bersalin. fuuu~ finally, i choose KPMC! hehehe. act, plan begini. bulan 6 saya dah decided nk dok Kajang since my husband keje tak menentu. kejap balik lambat. kejap balik lambat. eh asyik balik lambat je ni. wakaka. jadi klau sakit nk bersalin tak kan lah nk drive sendiri pegi KPMC. maka, kami mengambil keputusan nk stay Kajang je. dok rumah PIL. apa2. MIL boleh dirft kejap je g KPMC. huhu. aritu pegi checkup first time dengan Dr. Mimi. Amboi doctor, nama nak same ajeee. ehehe. skrg dah 30w, doctor dah suruh datang check up 2 minggu skali. tp az-zahra still lagi sebulan skali. tak paham aku. first time jumpa doctor KPMC, okay! Doctor pon nampak macam baik. scan bby, bby aktif and skali lagi doctor gtau gender. insyaAllah boy la kot. dah 4 doctor cakap same je ni. 

Ahad; my rest day!! sedap gler tdo smp pkl 10.30. bangun je terkejut dah pukul 10.30. husband cakap biasa la. dok hotel mmg bangun lambat. lol. husband slalu cakap. hotel syazwan. hahaha. combine my name and his name. ktorang keluar tengok wayang je. then balik rumah MIL kejap sbb g amek susu kambing. saya saje nk minum susu kambing awal2. orang kate elok nk cegah anak kena kuning nanti. wallahualam. 

ini akar kayu, mak bawak dr kampung. suruh rebus air dan minum hari2. start 7 bulan. alamak. saya ade je skip2 ni. mak kate dlu die minum ni insyaAllah, senang nk bersalin. my sister pon minum jugak air akar kayu ni. first bby. 8am masuk labour room. 8.45 selamat dah bersalin. tp saya ni jenis malas nk minum. gulp! risauu~

Wednesday, April 18, 2012

Baby's Bedding

Assalamualaikum

cantik tak?

Tutorial Here 

 Source Here

Tutorial Crib Skirt Here

I wish, i still strong enough nak menjahit. hahahha. baju raya sepasang dah otw. 


Tuesday, April 17, 2012

Kisah Hidup Saya

Assalamualaikum

Saya dilahirkan pada 6 September 1987. Di kampung Lundang Paku, Kota Bharu, Kelantan. Pukul brape tak ingat. nak kena tny mak lagi skali. hehe. Mak beranak kt saya kat rumah nenek. kira rumah mak mertua mak saya la. rumah ayah. Saya dilahirkan tanpa bidan! percaya atau tak. itulah kenyataan. semangat nak keluar awal. bidan otw datang. smp je bidan. saya dah keluar. hehehe. sbb tu saya lebih independent dari adik bradik saya yang lain. *vangga* hahaha. saya dilahirkan berat 2.7kg. itulah berat yang paling ringan saya. lol.

Dulu masa mak mengandungkan saya, ayah berharap yang saya ni anak lelaki. sbb time tu saya dah ada 2 orang kakak. dah 2 orang la anak perempuan ayah. so ayah berharap lelaki. tapi hakikatnye yang keluar masih lagi seorang bby perempuan. sbb tu jugak, saya time kecik2 macam lelaki. mmg macam lelaki.

Saya takde gambar time kecik2. kesian kan? kate mak. saya gemok! makan banyak! *smp skrg pon* takde rambut. tak boleh berjalan. tergolek je. dan saya tak merangkak. klau anak saya lepas ni tak ley merangkak. tak hairan lah. mmg gen saya. hahah. setahun, tak boleh berjalan lagi. 13 bulan. takde perubahan. 14. bulan takde lagi. 15. masih tak boleh berjalan. smp mak saya pepagi bawak saya jalan2 atas rumput. atas embun. nk suh cepat berjalan. akhirnya! 16 bulan. saya berjalan. yeay!! tp bila besar, saya lah olahragawati kt sekolah. *vangga lagi skali* dan saya paling aktif berbanding adik bradik yg lain.  bila dah besar sikit baru lah saya ada rambut. dan rambut saya bukan macam adik bradik yg lain. rambut saya perang! yang amat!

macam biasa. umur 6 tahun saya pegi skolah tadika kemas. atau lebih dikenali sbgai tadika makan dan main. mmg tak belajo pon. main je. cikgu Latifah rasenye. smp skrg masih ada lagi buku rekod time tadika. cikgu tulis saya lebih kepada seni lukisan dan mewarna. sbb tu kot skrg saya kerja Multimedia Designer. haha.

 Muka taknak senyum sbb cikgu pakaikan lipstik. i kan macam lelaki. hahha

masuk darjah 1. saya start puasa. tahun pertama puasa. berjaya bertahan sehari je. wakakaka! yg lain. yang2 yuk. siang2 bukak periuk. darjah 2 baru saya dapat adik. dan berlagak macam orang besar. time tu seronok. dapat adik lelaki. time skolah rendah. tahun 1 2 3 pegi ngn ayah. anta pagi2, naik motor. dengan 2 orang lagi kakak ku. korang bayangkanlah camane ktorang naik motor 4 orang.wakaka. smp dah darjah 4, ayah tak boleh anta dah. pastu saya belajar naik bas. belajar jadi orang muka tak malu. tahan jela sape2 pepagi tu. haha. tp mostly naik bas ke skolah.

smp la skolah menengah, ada time bawak motor, ada time naik bas. ada time kayuh basikal. ada time tahan kete cikgu. *dasar muka tak malu*. tp itulah kenangan susah saya nk smp sekolah. dlu ayah saya jenis tak amek port sangat. korang nk pegi skolah pepandai lah. duit poket waktu tu. rm10 seminggu. rm2 sehari. nasi singgit. air 20sen. pastu g beli kt koop kerepek 50sen. settle masalah. tengahari makan kt rumah je. saya tak pernah dok asrama. sbb skolah dekat je ngn rumah. belajar2. main2. main2. eh byknye ko main mimi! smp lah SPM. sekolah menengah kenangan susah senang saya nk membesar sebenarnya. dlu kami hidup sederhana jela. ayah keje makan gaji ngn tnb! keje techinician. gaji brape sgt lah. klau nk mintak beli pape, mesti menggelabah nk mati. siap buat rehearsal tu. kakak akan berlakon jadi ayah. hampeh betul!

lepas SPM masuk PLKN. pergh! tak nak la jauh lagi dapat kan. kt perlis sana nun! hujung dunia kem aku. sikit lagi nk masuk siam. Kem Wan Kelian. perlis. dekat gler ngn gua kelam. seronok wei PLKN. walaupon budak sebelah katil asyik kena rasuk hantu je. tensen aku. nk tdo memalam tak lena. haha.

lepas PLKN, masuk U. *vangga* LOL. Mak sedih nak anta saya jauh2. tp ayah maintain muka ketat. seriusly seronok gler masuk U. ntah pape. siap senyum2 lambai bila diorang nk balik. mmg saya ni jenis takde perasaan ke ape. tak de pon homesick. orang lain lebih2. bila tny, orang mane? rumah kat mane? boleh plak die jawab Ampang. aku lempang jugak budak ni. Ampang kentut pon dengar dari Bangi. lol. pastu jaman U mmg paling best. kenangan paling terindah la. walaupon result tak brape nk vannga. tp still seronok. Alhamdulillah, sume housemate baik2. siap pernah menang Rumah tercantik lagi. kelas kau jah! ko pegi belajar ke. pegi mengemas? hahaha.

 Kau mampu? siap ada sign nama lagi. die ni bilik ke kiri. aku ke kanan. kot2 tersalah masuk bilik. lol

Juntai2. gigih betul kak dayah siapkan ni. hahahaha

Habis U, balik rumah. bosan tak tau nk buat ape. Ayah suh amek lesen kete. pastu lepas je amek lesen kete. terus dapat panggilan keje. datang lagi kl. bekerja company sama smp laaa lani. Dulu time nk mintak keje. saya berdoa supaya saya dapat keje tempat yg menyenangkan, senang saya nk beribadat. takmo la keje yg nk semayang pon susah. Alhamdulillah. company saya keje skrg mmg menitik berat pasal agama. tiap2 minggu ada ceramah. tp time tu jugak la aku g lepak surau tdo. lol. penat lah. mak buyong kan. 

2010 saya tunang. 2011 saya kawen. 2012 insyaAllah dah jadi Ibu! =) 
Hidup kita mmg ada ups and down. Hanya berserah kepada Allah dan jangan lupakan DIA. sentiasa berdoa biar hidup kite sentiasa diberkatiNya! amin.

Thursday, April 12, 2012

Belum apa-apa dah masuk ward

Assalamualaikum

Im back! yup. back to blogging and back to office. entry tak brape best nk update sebenarnya. sbb dah takde benda nak update baik saya update je. hehe. Mungkin ada yang dah tau saya terpaksa admitted dekat az-zahra because mak buyong ni berjalan lenggang kangkung smp masuk lubang!!

kejadian terjadi isnin malam. saya pegi Marriot Putrajaya sbb nak antarkan baju mak mertua. Flight ke Mekah delay. then lepas dari hantar tu. dah nak ke kereta. jalan bukan main suke skali. bedebukkk!! satu kaki masuk lubang. walaupon berlaku cepat gler. tp Alhamdulillah. masih lagi sempat fikir jgn drop punggong. saya tahan guna 1 lagi kaki. tapi still rase sakit bawah tu. menjerit saya sbb terkejut. bila nk bangun tu rase sakit. saya cuak! check ada keluar air ke tak. mmg takde. kering. darah? i dont know. kawasan public. tak check pon. masuk kereta i monitor pergerakan bby. takde any movement. im crying like hell! panggil bby. die still tak gerak. my husband pecut smp az-zahra. terus masuk emergency coz i dont feel any bby's movement. doctor plak takde pakar O&G. jumpa doctor biasa je dlu. nurse cakap doctor laki je ada. i dont care! saya nk scan dlu. masuk bilik scan. doctor bg tengok bby ada gerak. then lega bila nampak heartbeat bby.

tp saya sakit belakang, sakit tulang punggong tu. doctor suggested warded sbb nk monitor heartbeat bby. plus doctor suspek ada tisu tulang punggung koyak. T__T. takpe lah. kte tdo spital la bby ye.

 bermalam la ku disini satu malam. tak lena nk tidur. 1 sbb risau bby. nurse like everyhour datang check jantung bby. Alhamdulillah. okay. lega sangat! rase macam nk beli je alat dengar jantung bby tu.
smp ke pagi dok terkebil2 mata tak boleh nk lelap. nurse datang tny. "puan,. puan tak tidur ke?" hahaha. nampak sgt ke nurse oii..
pagi dah baru saya jumpa dr pakar. datang kejap je. die tak suggested utk amek any drugs sbb mmg akan effect bby. die just pesan, jalan pelan2. huhu. Dr cakap tulang punggung orang mengandung mmg akan jadi fragile sbb nk bukak jalan. tapi biasa nya akan dirasai oleh wanita mengandung bila dah nk smp due. but in my case. i have to face it now! until delivered. T___T


apa yang boleh saya cakap, saya tak suke hospital! one: kesian husband tdo bawah. *tp die siap berdengkur*, two; saya tak suke tengok orang sakit ditolak guna katil boleh bergerak tu. itu naseb saya dah dok sebilik sorang. klau dok ramai2. maunye aku meraung tgk orang lain. ok three; makanan tawar. *panggg*. 

so conclusion, dont jump to any hole dear mom to be. please take care of ur bby. and urself.

Wednesday, April 4, 2012

Hubs is awesome!

Assalamualaikum

Last few days saya mmg tidur dalam kepanasan. nak2 lagi rumah ktorang atas bukit. permandangan mmg cantik. tapi malam2 azabbb~! panas nk tdo okeh! so setiap malam saya akan mengigau *salahkan kepanasan* hahaha. husband slalu kejut. cakap saya membebel2. hahaha. di sebabkan saya selalu kepanasan. smlm husband balik kerja dan belikan ini! wuhuuuuu!!! ^__^

Thanks hubs!!! Love u to the max! se-max suhu yang ku tekan2 di remote ituww~

Portable air-cond!! weee~ smlm dua2 tdo masuk selimut. tak pernah2 okey masuk selimut. hahaha. tp bear in mind sape yang nak beli portable air-cond ni. die bukan macam cooler ye. cooler tu takde cerowong yang perlu sumbat keluar rumah sbb nk bg angin panas keluar. ini air-cond ye. so pandai2 korang la. macam sepandai2 hubs jadi engineer ada juga gunanya. lol. *pepatah baru*. memandangkan ktorang dok rumah sewa. tak kan nk tebuk rumah orang plak. ktorang just sumbat muncung tu ikut tingkap. dan tingkap tu ktorang buat lubang menggunakan kotak. aaa! susah nk cakap. hehehe.

saya mmg mengada2. tapi dengan husband je. orang lain tak berani. mak ayah pon tak pernah saya mengada2 camni. hehehe. awal tahun dlu. time husband dpat kerja baru tu. saya sedih sbb fikir die akan slalu tinggalkan saya kt rumah. smp skrg baru sekali je die tinggalkan saya kt rumah. haha. sbb kena pegi cameron. 5 hari gak la tinggal saya. pastu dlu, bertambah la sedihnye sbb saya takde laptop. takde pc. takde smartpong  yg boleh on9 kat rumah. then, husband tny. nk belikan apa? laptop or ipad or smartphone. memandangkan handphone ku sudah nazak. hidup segan mati tak mahu tu. saya nak smartphone. google punya google. choose between 4S or NOTE. saya pilih note. okay. husband belikan. *senyum* 

skrg plak!! kerja berlambak. asyik kena stay je after office hour. husband risau takot penat. then saya suh die baiki la pc die yg time belajar dlu. husband sebenarnya gembira jugak tu. elelele. boleh la main game balik kan? so husband baiki pc. total burn rm600++. T_T. bila nak kaya klau camni!! terima kasih husband! anda mmg baik hati. nanti blanja tutti fruitti okay! weee! 

p/s: birthday hubs June nanti. smp skrg tak kumpul duit lagi. wakaka. hadiah bby jela ye. duit takde. T_T

Tuesday, April 3, 2012

Nama oh Nama

2 month pregnant!

List Baby Name;

Boy;
1.

Girl;
1.


________________________________________________

5 month pregnant!

Boy;
1.

Girl;
..........

________________________________________________

7 month pregnant!

Boy;
.........

Girl;
...........

*******************

hahaha. orang makin lame makin banyak list nama bby. tp ktorang dah terbalik. skrg ni satu nama pon belum dalam shortlisted. *macam interview okay* haha. Bila tau baby boy. ktorang dah tak tengok ler nama bby girl. klau tup2 keluar baby girl. mmg akan pakai je nama yg dipetik awal2 tu. skrg ni nama bby boy 1 pon takde dalam list. adoiii!!

bila nak bg nama ni. saya nk yang simple. senang orang nk tulis. paling pentinggg. maksud nama tu. dan anak lelaki mesti la ikut nama ayah. Huruf R. tp saya ikut nama ayah saya gak. Che Nurul Syamimi Binti Che Soh. seronok sebenarnya nama pangkal C ni. bila cikgu panggil, nama saya mesti kt atas2. so boleh balik awal. lol. nama saya mesti lepas nama Ahmad atau Abdul. tp time MUET paling tension. sume ngn geng2 cina. chiang la. chan la. gggrrr!! patut la MUET aku band 3. cis! *salahkan orang lain* hahaha.

Tadi dengar hot fm cite pasal segalanya tentang nama anda. Maksud nama saya, syamimi - keharumanku. tapi saya langsung tak suke perfume! wakaka. sbb saya ada migrain. klau hidung asyik berbau something je mesti pening. so tak semestinya maksud nama tu betul2 menggambarkan keperibadian seseorang.

ok.berbalik kepada nama bby. tak tau nak sama macam husband ke. 1 je. Ridzwan. atau nak 2. atau macam saya 3? no no no. mungkin tak 3 kot. panjang bebeno yeop! kesian anak aku nk menulis. aaa.. tak tauu!! tak tau nak pilih nama ape skrg ni. husband plak asyik ikut pilihan saya je. klau saya kate. name ni best tak abg? best2.. ni? best jugak. klau ni? besttt! *tak membantu*. hahaha. jadi saya dengan kata putusnya akan biar je husband pilih nama ape. sbb mmg kuasa memilih nama adalah jatuh kepada ayah. mak2 diam je okey. siap cari kt internet. print bg dia tengok. tp tak pilih2 gak! huhu. takpe. kte tunggu lagi. hehehe.

Saya selalu tengok sini http://namanamaislam.com

Monday, April 2, 2012

Alhamdulillah.. Selesai Mendobi! =)

Assalamualaikum!

Dengan ini, saya. cik puan mimi. tak nak dah beli baju baby. hehehe. *konon2, ikrar la sangattt*. Semalam saya rehat2 kt rumah je since sabtu terpaksa datang office gak sbb kerja berlambak. So saya decided nak basuh baju bby. Terdetik gak dalam hati. ke awal sangat aku nk basuh ni. aahh. persetankan semua tu. skrg dah 7 bulan. so boleh basuh. *andaian sendiri*. hehehe. Sabtu malam pegi dating ngn husband kt IOI Mall, tengok Mirror mirror. Sempat kejap masuk jusco beli kotak. Nak sumbat baju baby. Saya pilih non-woven box je sbb senang nak angkat plus murah. ekeke.

Kotak hitam putih tu. rm29. Kotak bunny yg comei tu ada less 50% jadi rm13 je. murah jekan? berkobar2 nak basuh baju bby. padahal hakikatnya rendam sahaje. wakaka. buat 2 bekas utk rendam. 1 yg color putih sahaja. 1 lagi yang bercolor rendam dalam mesin basuh terus.Baik kte berjaga2 ye. sebelum terjadinya turun color dan melekat di baju yang lain. klau tak emosi mesti merudum. dan terus emo! haha.


Ini mesin basuh electrolux yang dibeli dengan harga rm300. hihi *mesin basuh nk enterprem*

saya guna sabun basuh ABC Pureen. eh ke bukan ABC eh? hahaha. aku tak ingat. boleh camtu? ingat senang je basuh baju baby ni. rupanya sakit pinggang woo. sebab die kecik2 je sume. adoyaii. naseb baik saya decided nk basuh skrg. bukan ape, aritu terbaca dalam facebook. ada yang terpaksa bersalin awal ke apa. senang baju sume dah get ready. 

 ok. semua. beratur2. amek nombor. hehehe


dah selesai sidai segala bagai tu. dah kering nak melipat la plak. satu hal sakit pinggang lagi skali. hehehe. tp ku gagahi jua. sbb tau klau tak buat skrg. tak berkesudahan jugak. so baik siapkan je. alang2 basuh tu saya siapkan terus beg baby nk bawak g hospital. masih ingat lagi tak beg yang saya beli ada tulis my precious girl tu? girl okayyy. ahahaha. beg tu jugak la yang ku guna. hehehe. lantak ler. 

yeay! sudah siap. smlm time lipat baju. bby tendang2. mesti die ingat nk bawak die g jenjalan. ekeke. mesti bby cakap "yeay! holiday!!" lol. skrg tinggal sikit2 jela barang yang nk top-up. rasenye beli kt Manjaku jela kot. saya dah malas nk pegi mane2 warehouse ke. clearance sale ke. sbb skrg dah makin penat nk berjalan. yang nk sumbat dalam beg tu, ada lagi ;
1. Alatan mandi (travel)
2. Minyak telon.

Bag maknye belum siap. nanti2 lah. sume dah ada. cuma tak sumbat masuk beg tu. tp kain batik macam kekurangan je aku ni. Betul2 pakai ke tak kain batik ni? nk g beli klau betul pakai. Alhamdulillah, lega sikit bila dah basuh2 ni. skrg nk pegi order comforter plak. hehehe.

p/s: Mesti korang perasan saya amek gambo tempat sama je kan. hahaha. sbb dinding tu jugak menjadi kegemaran ku. maklum la. rumah tak besar. tapi Alhamdulillah, dah lebih dari cukup husband sediakan tempat kami berlindung. walaupon rumah sewa. kecik je rumahnya. Alhamdulillah, sepanjang dok sini. saya okay. jiran sume okey. tp kami mungkin akan berpindah..........atau tak jadi pindah.........hahah. tak tau lagi. itu next2 story la ye.