Thursday, August 16, 2012

LR for my LR

Little Reader for my Little Rafif


 
+



will pickup after raya with kak watie GBOB.
sape mommy berminat nk beli Little Reader skrg ada promotion.
RM1386 je. Little Reader with Little Math tau. bukan LR je.
klau berminat nk beli contact kak watie ye.



Wednesday, August 15, 2012

Shopping baju raya iqi DONE!

Assalamualaikum

haa. smlm ktorang pegi Jusco kan. time tu dah dekat pukul 9 sbb ayah tak habes-habes reply emel, reply emel, reply emel. geram je nak jerit HANTUUU!! hantu kerja! erghh. tapi takpe. ibu get readykan iqi. time tu time tdo die. mesti la nk tdo kan. sbb iqi klau malam mmg tdooo je. until pagi. kesian die pulak bila bawak pegi jalan2.

turun kereta tu okay la. i letak dalam stroller. mula2 terlopong tdo. tapi kejap je tersedar. terus tengok kiri tengok kanan. masuk jusco die dalam stroller lagi. smp ktorang naik dekat bahagian baju pon die still dalam stroller. ku sangkakan panas ke petang, rupanya ribut petir die tengahari. die dah gelisah mak esah. takot die nanges beriya die tu. husband amek dukung. i lah pegi cari baju die. memandangkan tema ktorang merah tahun ni. nak jugak la cari baju merah. hahaha. mak die ponnn!! i terus ke bahagian Disney sbb i tau cutting baju disney kecik sikit. so mungkin padan iqi. i ingat nk cari baju biasa je la. tp husband insist nk pakaikan anak die kemeja. siap bawak dah 1 color hijo. eh laki ku ni tau tak tahun ni tema merah ni?? i pon kelam kabut la cari lagi baju merah. sudahnye 3 helai baju sume Disney. sbb iqi mengamuk!! brape kali i masuk baby's room menyusu die. tapi sudahnye. waaaaaaaa waaaaa!! habes satu section baju tengok ktorang. hahaha. bila die macam reda sikit husband nk jugak cari seluar jeans ke pants yang macam bawak pegi berjalan kan. i told him mane ade yg kecik bang oii. sume beso2. skali terpandang bahagian Poney. ada seluar kecik. 0-6m. baju Disney td pon 0-6m. seluar tu seluar pendek. tp mesti jadi seluar panjang jugak iqi nanti. hehehe.

ktorang main rembat je. macam menang peraduan plak kena amek suke hati kau nak. yang sales girl pon menggigil tangan nk buat resit. tengok iqi menangis. hahahha. seluar Poney tu i pilih2 jugak. mane yg ada discount. husband kate. takpe takpe. amek jeee! sambil menggelabah. i sempat tengok harga 1 yg kecik rm100 lebihhh. mak aihh! seluar kau nak. seluar mak 5 hengget je. baik ko jangan nanges. haha. rempat 3 helai pants sume Poney lah. sbb malas dah nk survey yg lain. pegi counter bayar dekat 400!! amboi nakkk!! huhu pastu letih mengamuk gamaknye. tertdo. tp i dukung laaa. taknak letak dalam stroller takot die terjaga karang waaa waaa balik. hahaha. sempat lah pegi potong tali jam i. masuk kedai jam i tengok lahhh harga jam i tu. wakaka.

moral of the story. tak nak dah bawak iqi jenjalannn smp die kurang sikit berpeel. bley plak td husband cakap. arini kte bkk puasa Jusco la ek. nk cari barang sayang plak. nk beli seluar ape sume tu. takpo laaa.. den sanggup tak berayo. asal anak den tak menangeh camtu. huhuhuh.


Raya pertama merah la kte. hehehe. seluar poney tu kan yang bestnye ada boleh level macam maternity pants tu. hehehe

p/s: sape tanya stroller tu nanti ye yang. stroller kat dalam kate dah. nk tunjuk function pon susah. nanti i buat entry simple2 je dlu okey.

Tuesday, August 14, 2012

Home Sweet Home and Homesick!

Assalamualaikum

I dah sampai rumah. After 8 hour punya perjalanan. fuhhh! penat. penat sbb iqi meragam. my son ni mmg unexpected la. awal2 die nk duduk dalam car seat. fuhh. lega la I kan. siap tdo alas kepala dengan car seat die jugak. haha. smp bentong ke mane ntah. die buat muka ceria die kejap. pastu waaa waaa waaaaa. smp lah rumah nenek die kat kajang. I pegi letak stock EBM since mama yang nak jagakan iqi. masuk kete balik die dah waa waaa waaa balik. letak dalam car seat jap pastu bila nk bumping sikit terus terjaga. ayah cakap nanti ayah belikan merc lah camni. myvi mmg bumping. sambil perli sbb ibu suruh pelankan sikit bawak kete. tapi dalam hati ibu terus cakap. ibu nak AUDI plsss. wakaka. ok kelaut!

Sampai rumah kan. i tak brape nk happy sbb fikir OMG kena jaga anak sorang2. husband dah la gler kerja. asyik balik lambat. sedeyy sbb rindu mak. rindduuu sangattt. tahun ni raya kan balik kedah. tengok keadaan iqi klau die ok kte balik kb. klau x ok kte terus balik kl. waaaaaaa!! haa..amek kau! tu ibu punya tangisan tu. wakaka. semalam first day jaga sorang2. peratusan menangis iqi 50%. dah peratusan ketensionan ibu 30%. kelas kau. siap ada peratus. susah jugak la sbb iqi ni klau bangun mulut macam mulut anak burung. cip cip cip. terus nak nenen. smlm sidai baju smp teketar2 tangan takot die bangun. last2 berterabur hanger. hahaha.

ape yang best bila balik rumah, boleh buat suke hati. nk mandi pukul brape. tak nak kemas pon takpe. nk kemas lagi bagus. anak menanges lmbt sikit nk bg nenen pon takde orang marah. best2. hehe. ni la my simple home sweet home. bersyukur sangat2 dah ni dapat rumah gini. walaupon tak beso macam rumah orang lain. aku puas hati!! sbb aku tak perlu nk sapu rumah lama2. lol.

 Ye. aku tau tb rumah aku tb beso gebadak! bukan flat screen macam u olls. haha. Jarang kot tgk tb skrg ni. terperap dalam bilik je. abaikan play gym iqi. saje bkk sbb curik gantung2 letak kt buai. huhu

Tu je new furniture husband beli. lemari putih tu. katenye nak letak file2 keje senang. pergh. lemari gitu letak file? baik lah bini mu g cari set pinggan vantage. tayang dalam tu khen. kelas bini mu! 

haaa..tu jela yang mampu den tunjuk. dalam bilik agak bahaya ye. eh ke nak tengok gak? alaaa. malas la nk tunjuk kerajinan ku mengemas bilik plak. adoi jangan la paksa. *pangggg! lempang sedas*

hah! amek kauuuu!!!

kahhhh!! abaikan katil x sempat nk kemas tu. buai tu bergerak sbb iqi dok dalam tu. huhu. 


Malam ni insyaAllah klau husband balik awal. kte 3 beranak ni nk try outing. try tau! bukan betul2. hahaha. outing tempat paling dekat dengan rumah. Jusco. 5 minit je dr rumah. klau iqi ok. boleh la ibu pegi shopping2 dlu. klau iqi tak ok, mari balik!! hahaha. smlm husband ajak pegi shopping baju raya iqi sbb sepasang pon nan hado lagi anakku ini. maknye hover dah ada 3 pasang baju kurung. jadi makanya, malam ni nk shopping la baju anak. seluar mak. potong jam mak yang pak bagi adiah. tq husband! nk beli blouse mak. kasut raya mak. eh banyaknye barang mak! hahaha. malam ni jugak la kte try letak iqi dalam stroller. berdebar2 la hati ibu. sbb iqi kan tdo meniarap. acane nk meniarap dalam stroller. huhuhuh

nk tengok stroller iqi? merah membara semangat waja betul! murah jeee stroller iqi. hehe

 Taraaa!!! Puas hati dari segi function sama macam maclaren. lipat pon sama. umbrella fold. paling ibu suke, canopy comel lahaiii. tayar boleh pusing ligat. amboi ayatt. tapiii. nk duduk ke tak? kte nantikan episod shopping raya malam ini! hahaha. (tak bawak turun lagi la sbb tu bley posing dalam rumah. haha)

Next entry ibu cite pasal stroller nak? sape2 nk cari stroller bley la continue baca entry lepas ni plak. eh car seat belum cite lah. nanti ibu cite jugak ok. ibu nk pegi mandi sementara iqi tengah berayun tu. bagus nak! tidur lah. hehehe



Friday, August 10, 2012

Challenge accepted!

Sudah mau balik kl. Haa. Orang balik kampung beraya. I balik bandar. Kelas kau mimi! Mana2 jela. Asal dengan both my hero tu. I on jee. Haha.
Pantang dah tamat. So husband pick up esok. Ahad gerak balik rumah sendiri. Rindu weh rumah! Yg pasti husband ada tambah new furniture. Wohoo. And husband dah belikan stroller and car seat iqi. Tq hubster!

Paling i risau how can i handle iqi sorang2? Tp kt rumah mak ni pon dah praktis dah. Mandikan iqi. Siapkan baju die. InsyaAllah boleh! Huhu. Td lepas bkk puasa sementara iqi tdo i dah kemas barang balik kl. Mak aihh. Muat ke myvi aku ni. Hahaha.

P/s: tak sabar nk letak iqi dalam stroller and car seat. Nak ke die duduk. Iqi beli stoller x pemes pong macam orang lain. Sbb ayah dgn ibu ada invest benda lagiii bagus utkmu nakk. Hehe. Cant wait!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Puasa with iqi

Assalamualaikum

Puasa dengan iqi memang mencabar. Bila nk bkk puasa dalam pkl 6.30 i mmg akan mandikan die. Sbb 7.30 dah bkk puasa. Bila die mandi tu. Lepas tu tdo la kejap. Tp elok2 i nk jamah nasi. Tadaaa!! Bgn buat muka ceria kejap. Pastu dah meraung2 mcm sakit sgt. Cett!!

Camtu jugak ngn sahur. Die mmg akab bgn!! Walaupon pkl 4 dah bgn menyusu. Kot2 tdo la sejam kan. Nk makan pkl 5 tu mesti die bgnnn. Adoyaii. Pastu dah bgn susah dah ler nk tdo. Buat muka ceria lgi. Sudahnye makan beriba la. Meraung smbl i makan. Haha. Bila pagi i paling la tensen. Die xnok tdoo. I harapkan pagi tu lacnk tdo topup tdo i kan. Hampeh! Kejap je tdo nye. Bgn yg lebih. Iqi mmg budak x suke tdo la. Anak korang camtu ke??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

My little iqi: tidur

Tajuk tak nak la pelik kan. Huhu. Arini dah 39 hari pantang. Goshh!! Cepat lah habes. I dont like berpantang at all. Benci ada lah. Ewah. For now, still enjoying being a mother. Hari2 perkara paling best buat kiss iqi. Hehe. Best sbb pipi gomuk.

Ok. Nak cite lah kan. After a month. Little iqi pegi kk utk cucuk sebulan. Kan saya x pernah g kk even skali pon time pregnant kan. Sbb mmg dah decided nak delivere private. So langsung x jejakkan kaki pegi kk. After balik kampung, mak dah pesan kt ayah pegi report kt kk. So mmg ada nurse kk dtg rumah. Lepas sebulan g cucuk. Macam best la pulak kk ni. Much more detail la die check iqi. Smp meraung2 anak aku kt kk tu lama sgt. At least my husband satisfied okay la. Bila sudah cucuk nurse pesan yg ada dah tulis dalam buku tu la. Then, die tekankan bab tidur.
Klau boleh jangan tidurkan baby dalam buai. - tettt!! Iqi dah 2 minggu lebih tdo dalam buai.
Tidur telentang adalah yg paling bagus. Jangan tidurkan dengan cara meniarap - tettt!! Iqi all the time tdo meniarap. Tp iqi very good boy die pandai angkat kepala tukar position sendiri. Klau lenguh sebelah kanan. Tukar kiri plak. Kadang2 iqi meniarap angkat kepala lama macam budak besar je. Ellow. Baru sebulan lebih nak macam budak besar dah. Huhu

Pasal tdo dalam buai. Orang kate jgn ajar anak tdo dalam buai. Macam2 la. Susah nk travel la. Ape la. For us, what ever that make him comfortable dan paling penting tak menanges. We do it! Husband belikan buai skali ngn motor die la. Takde la i nak tunggu je die kat situ.
Tidur meniarap ni plak i yg start. Bila die menanges gler2, i terlangkup kt tangan ni kan. Die senyap. Smp tertdo atas peha. Bila i tdokan meniarap mmg lama die tdo. 2 jam. Lamaa dah tu. Biasa sejam lebih sikit je dah bgn. Mak risau takot kepala die bulattt. Hahah. Org kelate panggil butuk. I dont care jugak! Dari letak tdo telentang tp terjaga2 every 2 minutes. Camane tu. Baby kan perlukan tdo yg secukupnya. Huhu.

Raya ni insyaAllah i balik kg atok husband kt kedah. Malam raya tdo rumah tok baba. Next day kte check in hotel. Agak2 kena bawak x buai? Haha. Biar la husband bertukar jadi buai. I dah penat goyang badan ni dodoikan iqi. Sbb iqi x kan tdo dalam buai sewenang wenangnga klau mata die terbukak luas. Kena dodoi peluk2 dlu. I nak rehat!! Huhu.

Copp!! Apsal gambar akan terbalik bila update guna note ni!! Argghh.