Friday, September 21, 2012

Review Diapers

Assalamualaikum
Harini i dapat anak buah baruuu. Yeayy!! My second sister dah selamat bersalin petang td. I dapat anak awal dari dia. Rezeki Allah dah aturkan. Hihi. Alhamdulillah semua selamat. Diorang sume pegi hospital ni. I dok rumah dengan rafif sbb budak tecik tu tdo. Kesian plak nk kejut. Takot tak cukup tdo karang mengamuk ler die. Hehheh

Ok. Arini i nk review diapers i guna for my baby. Stakat ni i dah try 3 jenis. Mamy poko i pakaikan dr awal bersalin smp la 2 minggu lepas. Then i tukar ke huggies. Saje i nk try sbb i rase mamypoko mcm mahal la pulak nk pakai selama-lamanya. Pastu i ada try 1 je drypers wee wee dry tu. Amek yg my niece. Sbb kakak i cakap murah je. So tahap kepuas hatian i sama ikut mcm gambar. Heheh.

Ofkos no 1 i suke mamypoko. Walaupon mahal. Tp tak pernah beli guna duit i. Ada aku kisah mahal ke x. Eh?!! Hahaha. Seriously i suke mamypoko. Walaupon dah berat. Byk kali kencing masih lg mcm kering tau. Plus skrg rafif poo poo 2 hari sekali je. Klau arini poo esok tak. Tp ble dah poo tu penuh lah satu pampers! Panik la i. Hahaha. Stakat pakai mamypoko mmg tak pernah bocor.

Bila i tukar ke huggies tu sbb pampers mamypoko i pakai before ni saiz s. Pastu nk tukar i nk try yg baru. I pilih huggies sbb org kate huggies okay jugak. I pakaikan saiz m. Tp i kurang berpuas hati. Die nipis dah die x brape lebar. Since i dah bandingkan dengan drypers wee wee dry tu. Die lebih tebal. Lebar dan lebih murah! I tengok rafif pakai takde rashes dan tak ketat dah kat peha. Maklumlah. Drumstick sedap. Eh! Haha.

So lepas ni i nk continue mamypoko utk malam. Sbb i tak tukar pampers malam2 takot die buat muka ceria. Mampos i x tdo malam. Hehehe. Siang i pakaikan drypers. Pakai murah2 sudah la nak. Rafif pakai pampers satu hari dalam 6-8 psc. I mmg slalu tukar jugak la. Takot die gatal ke tak selesa ke kan

Sekarang ni rafif suke berdukung. Adoiii i risau gler. Sbb skrg takpe la dekat kg ramai yg boleh gilir2. Nanti i balik rumah sendiri. Pitam la ibu nak oii. Die tau klau kte duduk. Terus nanges. Bangun je mcm tutup radio. Senyap! Aaaaaaa. Tensen la ibu. Ada je akal baru awak ye rafif. Aritu rafif dah meniarap. Yeay!! Tp 2 kali je. Skrg ni tgk die bila mengiring nk angkat kepala. Tp mengamuk lah. Kepala berat! Heee. Mcm2 la dah ada anak ni. Seronok tgk perkembangan die seharian!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 17, 2012

Im fat and i know it! update berat mak and anak. wuu

Assalamualaikum

I kat kg skrg ni. Holiday. Kahh. Holiday lah sangat. My husband pegi outstation kt perak. So i balik kg la kan. Bila balik kg mmg sume heaven. Tak payah basuh baju. Tak payah masak. Sume makk. Heheh. Tp tak best sbb ramai sgt la concern about my weight. Hahaha.

Ok. Mari la update berat badan anak dulu. Hehe
Rafif's weight
Born: 2.7kg
1month: 3.74kg
2month: 4.9kg

My weight
Start pregnant: 54kg
End pregnant: 73kg. Gulp!! I gain 19kg okey! *pitamm
Current weight: 61kg. Lagi 7 kilo x berganjak. Benci!!

So klau lepas ni jumpa i kat mana2 x payah nk sebok cakap i gemuk or what okey! I dah tau dah. *warning smbl mata berapi* haha

Ada mcm nk control makan jugak. Tp production susu kurang. Stakat ni mmg i df je baby since im housewife kan. Jadi i mmg kena isi perut. Klau perut kosong mmg susu sikit. Mcm puasa haritu. Bila petang je i risauu. Anak mcm meragam sbb masih lapar. Huhuhu. Alhamdulillah dah abes dah bulan pose. I tinggal 16hari. Tunggu bila bby besar baru i nk ganti.

Korang nk ganti bila? Huuu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

Cerita Raya shaye!

Assalamualaikum

hoho. orang dah habis beraya aku baru nk update cerita raya kan. hahaha. whatever. ok. raya pertama saya rumah PIL dekat kajang tu. Alhamdulillah. sempat la balik kajang before raya. Rafif mengamuk gler2 that day. terkesima mak ayah mertua i. ;p baru tau ek cucu camni. ekekeke. Hari raya pagi salam2 kte gerak pegi klang rumah mak cik husband. sbb semua berkumpul kt situ.


tengahari ktorang gerak pegi kedah. ini first time dalam hidup i hari raya habis masa dekat jalan raya. blerghh. anak ibu pulak asyik berpeel dalam kete. mau nye ibu jadi org sawan dalam kereta. haha

Raya ke 2 kte g beraya rumah sedara husband. atok, makcik, kte ikut je kan Rafif. tapi awak tu la. segenap rumah pegi beraya awak mengamuk kan? adoii. penin ibu!! -__-

day 2

 day3 kte dah gerak blk kl. lagi skali ibu pening naik kete dengan awak rafif. -___-"" 
smp rumah je terbongkang sume tdo! kepenatan. ayah penat drive, ibu penat melayan rafif, rafif penat mengamuk. hahaha. i cakap dekat husband nk belikan rafif closet sbb baju dok dlam kotak je, kesian dia. (padahal napsu ibu yg nak.haha) ayah kate jom ikea. raya ke 4 pegi ikea. naseb baik la last2 dah nk abes shopping baru rafif mengamuk. hihihi. 

muka tensen je 

gitu jela cite raya i. raya tahun ni mmg la seronok sbb ada bby kan. tapi bby kecik lagi pon payah gak. nk beraya rmh org pon susah. i plak kena control2 makan lagi. org hidang air ais. mesti tak ley minum. terpaksa teguk air liur. hahaha. org bg teh pura2 minum. takot kecik hati. kte kan masih berpantang makan. nak2 lagi i bf. takot kembong perut anak. takpe! next time, i nak bajet betul2. next princess mesti raya kena dia dah beberapa bulan. ewahh!! laju nye ko plan. hahahah
aritu i ada buat mini open house. sbb ajak2 family je. ada jugak blogger datang, thanks mommy cha datang! bawak mikha comel. tp kesian pipi lebam kena smackdown kot. hehehe. 

Ini duit raye shaye! ibu cakap nak simpan Tabung Haji. ayah cakap ASB. tapi shaye nak beli toyssss!! nak lego, nk airplane, nak robottt! *ibu pitam*

masih lagi tak tau nk simpan mana. duit die kehulu kehilir ku bawak. tak decided2 pon lagi. ada la jugak 700++ duit dia. kemain lagi kau anak. kau mengamuk rumah orang pon orang bg duit kat ko. agak2 klau ibu mengamuk orang bg apa la. mesti lempang sedas. hehe.
btw, korang simpan mana? jgn cakap insurans tau! i dah sedia maklum pasal tu. hurmmmm..



Friday, September 7, 2012

Review Stroller: Silver Cross

Assalamualaikum

ok. i ada hutang review stroller. hehe. mari laksakan hutang ituw. tapi sori la entry cincai2 je. dah susah nk berblog macam dlu. memandangkan i ada kereta optima myvi je. jadi apa yang paling penting bila nk berjalan mesti nk sumbat stroller dalam bonet kete kan. jadi paham2 la bonet kete myvi ni alahaii. hidup segan mati tak mahu betul. hehehe. so mmg kena cari yang lipat jadi kecik. mari lah i listkan apa yang i nak pada stroller bby i. 

1. lipat jadi kecik. at least muat bonet kete
2. senang untuk lipat sbb i akan handle bby sorang2. so kena senang dan tak memerlukan tenaga batin
3. ringan. sbb biasanya i klau malas naik kete balik kb. i akan naik flight. so klau berat2 mati lahh. eh?
4. tayar die tak kejang macam trolly dekat giant. or carrefour or tesco
5. bley guna dari new born smp ke yang new born tu dapat adik dah. eh? haha

haa..tu jela kriteria2 yang i nak. time tu i kt kg lagi. pantang. husband yang carikan dekat mybabyworld. eh. ke onebabyworld ha? haha. xtau la. mula husband cakap nk beli yg maclaren quest 2012. tapi disebabkan orang jual tu cakap newborn tak sesuai. jadi cancel. orang jual tula recommend yg silver cross ni. kain die mmg sama macam maclaren. boleh laras tempat tdo tu jadi rata. eh paham x? haha. i mmg suke la. dah la canopy comei. tayar die mmg smooth sgt. bley lock. biasa la tu kan. lipat mmg jadi kecik. byk lagi space bonet kete. dannn. tempat duduk die tu kan. tempat lutut tu. boleh lipat ke atas klau new born. takde la kita risau anak kite terjatuh kebawah. dan bila anak kte besar. ada tempat bby letak tangan tu. tp die boleh cabut2. so klau nak bley letak. klau tak nak cabut je. sori takde gmbr. sbb stroller tu dok dalam kete je.




gini la jadi bila lipat. i cilok google. haha. die umbrella fold. so beli! harga murah je. rm499. rasenya waktu tu ada sale. from rm699 kot. i pon lupa la. eh. review ape aku ni. hahaha. naseb la i tak beli maclaren quest 2012 tu. sale pon rm999. half price tau! hurm.. tu jela kot. hehe

Thursday, September 6, 2012

Im turning 25!

Assalamualaikum

today is my birthday. my 25 birthday. arini ada masa sikit nk menaip sbb bby asyik tidur je. ok. first of all. dalam entry ni saya dengan ini akan tukar panggilan nama bby. korang tau before this i panggil my baby iqi right? disebabkan ramai org yang question kenape iqi? ada yang dengar ricky la. ada yang dengar nicky la. hahaha. so i stick to Rafif. walaupon dalam perut lagi i called him iqi. so settle. nama panggilan je pon. bagus jugak ada 2 nama ni kan. hehe

alright. skrg dah 2 bulan lebih i tak bekerja. termasuk cuti bersalin 2 bulan. haa. mesti ada yang pelik kan. kenape suddenly je i resign. yes. i resign with 24hours notice. kena bayar gaji sebulan dekat company. sebab? RAFIF! yup. of course sebab die. i tak rasa sapa2 pon sanggup jaga die. act, i berkecil hati. never mind! lupakan jela. i mmg happy dapat jaga anak sendiri. tapiii. bukan senang tau nak jadi fulltime housewife ni. yang susah bila ada orang menanya. tak bosan ke dok rumah? takpe ke takde pendapatan tetap? cukup ke gaji husband?. arghh! fed up nak jawab. but im happy with my life now. boleh tengok anak setiap masa. 24 hours dengan dia. anak manja? biarkan! die masih bby. of course die nak attention kita. klau nak cite pasal duit. camni jela. "semakin besar periuk tu, semakin banyak la keraknya" yup. kami ada 2 bijik kereta, rumah, bil itu ini. insurans. mmg semua jadi tanggungan husband. tp die lagi suke i dok rumah jaga anak. Alhamdulillah. its not about money actually. Rafif bukan senang nak jaga dia. die mmg kerap menangis. or suke menangis. i donno. tapi pening tau nk menjaga die. skrg ni dah biasa dah bg i. cuma nk keluar pegi rumah org or pegi mall im not ready yet. i sanggup tunggu die besar sikit. kurang menangis. then we go out. takpe. klau amek masa berbulan2 i sanggup. amek masa bertahun pon i sanggup. sbb die my baby. im his mother. pengorbanan tu penting. before raya, my mil cakap bley tinggal Rafif dekat rumah dia. boleh i pegi shopping pon i tak sanggup. i terbayang anak i menangis tp i pegi suke hati shopping. no. not gonna happen in a million years. 

dia adalah anugerah paling terindah. hadiah hari lahir ke 25 yang paling bermakna. =)

im always be with you my teddy boy. =)

Saturday, September 1, 2012

Short Announcement

YUP! IM A HOUSEWIFE!

haish. this is not easy decision to make. especially when im thinking about my money dalam maybank2u ku ituww. dah susah nak click2 online shopping!! huhu. now i have alot of time with my teddy boy. Alhamdulillah. petang2 boleh layan HBO, boleh tdo sesuka hati. anak tdo aku tdo. hahaha.


eh, pasal raya belum cerita. and i ada hutang nk review stroller. sori yanggg~