Monday, April 29, 2013

Rafif 10 months young!

Assalamualaikum.

27 haribulan aritu genap la Rafif Rifqi 10 bulan. Fuh. Dah 10 bulan rupenye den jd mak orang. Cepatnye masa berlalu. Pengalaman bersalin mcm dah nk makin lupa dari ingatan dah. Haha. Overnye. Umo x masuk 26 lagi dah nyany....choii!! Tp pengalaman dalam pantang paling den x boleh lupo. X besttt weii. InsyaAllah klau ada rezeki lebih ingat second child nk pantang rumah sendiri. Dah gtau husband. Die mcm agree. Jangan die tinggalkan i pegi oustation dah la. Haha. Nnt mil la jagakan pulak. Agagaga. Klau dah preggy anak kedua nnt mesti ku gigih cari contact number bidan. Hahaha. Nnt la i share kenape i choose to pantang kt rumah sendiri.

Hurmm. Mcm lari tajuk je mukadimah aku ni. Hahaha. Sokmo gitu. Eiii. Nk cite dak tecik kite dah 10 bulan. Blom boleh jalan. Tateh2 je. So far apa yg rafif pandai ye. Hurmmm...

Babai. Tepuk amai2 klau rajin. Wakaka. Kemain susah nk tepuk tauu. Die dah boleh kenal cat. Ciken. Horse. Duck. Maklum la dok kg ni. Ala2 mini zoo. Hahaha. Sume binatang ayah aku nk bela. Klau kite tny where is cat? Zapp. Terus pusing tgk cat. Cuma lampu dgn kipas x pandai lg. Hehehe. Biasa budak lampu and kipas die senang ingat kan. Semakin melasak la haii. Kejap tgk dah pegi dapur. Kejap turun ke luar. Pandai dah setakat turun bendul rilek je. Aritu dah bertateh 10 langkah. Bila ibu nk record dah x nak jalan. Bencii. Haha. Setakat meja jepun yg boleh lipat kaki tu kan. Selamba je die panjat uolls. Tgk2 dah atas meja. Hahaha. Pitam ibu. Wuu. Mmg aktif. Tp makannnn. Puas memujuk. Adoyaii. Kadang2 pujuk smp ke kandang kuda gue pegi. Hahaha. Asalkan ko makan nak. Die punya ketap bibir tutup rapat ala2 ada emas 24k dalam mulut. Eii. Cubit kang. Penat ibu masak. Walupon aku tinggal je dalam peruik. Kang masak amek blend je. Hahah. Kat kg ni malas btol nak mencuba masakan yg lain. Klau kt klang nnt ibu sambung masak ye. Huu.




Skrg dah pandai suap ibu makan. Alahai terharu nak. X payah la suap ibu nak. Ibu dah bedal nasi dua pinggan tadi. Hahaha. Makan jela. Bila die mkn biskut die. I buat pap pap mulut i. Die suap. Weee. Pandaii. *puji anak sendiri lah*





Ayah mesti jeles. Hari2 la kena update. Apa dah anak pandai arini. Dah nk dekat sebulan x jumpa. Rindunyee. Ayah keje leklok. Kite kt kg okay aje. Makan je keje ibu. Adik x nak makan. I ingt nk g beli vit utk selera makan. Anyone know? Tp die nyusu kuat. Kejap nk nyusu. Cuma pedih jugak la telinga ni bila org kate. Ehh. Mane boleh. Kena bg susu botol tu. X cukup susu badan je. Sentap hati mak nak. Gigih mak makan mcm2 nk bg ada susu. Gitu pulak ko gtau. Klau bg susu botol x berjaya la proses penyusuan susu ibu smp 2 tahon! Den klau smp setahun pon dah vangga gler. Hnnss hnnss *kembang idung. Hehe

Okay berbalik kepada perkembangan Rafif. I olls rase berat die 7.5kg aje. Hahah. Boleh pulak rase2. Ce teka i timbang pakai ape. ...i timbang pakai penimbang dukuuu. Wakaka. Ntah btol ke idok. X sempat lg nk ke klinik. Padahal klinik kesihatan dgn rumah i dekat gler. Sbb takde kete nk drive pegi. Motor ada tp motor adik laki ala2 motor rempit. Jatuh arwah i. Eh. Maruah i. Hahah. Nanti2 la klau rajin. Huuu.





Ibu hanya dapat doakan Rafif jadi anak yg bijak. Di kurniakan kesihatan yg baik dr Allah swt. Jgn susahkan ibu. Cepat2 pandai berjalan ye.

P/s: thank you kepada pembaca yg masih setia. And ada yg siap tny tips utk ke gold coast. Alhamdulillah x sia2 la i menaip. Dapat jugak ilmu utk org lain. Klau nk tau tips perjalanan ke gold coast australia. Boleh klik di label honeymoon ye. I rase dah lengkap. I tulis semua harga sewa kereta gold coast. Masuk park. Sewa service apartment. Rindunya nk g gold coast. Yg pegi singapore aritu i sempat update satu entry je sbb singkat sgt masanya. InsyaAllah. June nnt i akan melawat london. And birthday Rafif insyaAllah i dekat paris. Nk update perkembangan pon takde apa. Cuma tix jela dah beli and hotel. Park semua i blom beli. Still hv time. Yippie. :)

Thursday, April 18, 2013

Seronok ke menjadi surirumah?

Assalamualaikum

Tajuk kemain kan. Haha. Saje nak share pengalaman jd suri rumah dah 9 bln ni. *ini adalah pengalaman saya ye. Dan pendapat saya. Pandangan saya. Kite rambut sama hitam tapi hati lain2. So jgn melatah klau tak sependapat*

Sejak menjadi suri rumah ni. I x tau nak cakap bestnye sbb dapat tgk anak depan mata. Hurmm. Klau dah hari2 24 jam. Asyik berkepit pon bosan gak. Kakaka. Bukan. Maksudnya. Posibility utk anak menjadi super manja dgn ko mmg lah tinggi. Dan x dapat la kite nk berehat sgt sbb setiap masa adaaa jeee keje nak buat kt rumah tu. Klau g keje. At least lunch boleh masuk surau tdo. Dan tiada siapa yg akan kacau. Ekekee.

Mcm biasalah setiap tindakan yg kite buat tu mesti ada pros and cons kan.

I dlu brenti keje xde nak fikir apa dah. X sempat nak fikir. Rafif kan jenis menangis. Ada masa ke nak fikir bila anak kite nangisss je. Xde. Brenti on the spot. Jaga Rafif waktu tu horror weh. Nak lg husband i ni jenis workaholic. Balik keje lambat. Kadang weekend keje. Mmg lah horror. Tp skrg bila fikir balik. Klau lah i keje. Mesti i xdpt nk handle stress tu. Penat keje lg. Balik rumah dgn anak lg. Actually. I mmg byk handle Rafif alone. Sbb hubs kadang2 2 3 hari x jumpa anak. G keje Rafif tdo. Balik keje Rafif tdo. Huu. And hubs i jenis byk outstation. Dlu tiap kali hubs os i gigih la duduk dgn mak mertua. Penat tau bila kite asyik x duduk setempat ni. Baju asyik dalam bag je. Rumah pon huru hara. Mane nk setting brg dapur. Mane nk basuh baju. Haish. Naseb lah xkeje. Klau keje hubs os i nk urus Rafif sorng pepagi antar bs or taska. Adoii. X dpt nk bayangkan. Better i x keje lah bila laki jenis os aje ni. So mcm skrg i dok kg. Heaven gler. Hahaha. Hubs mayb balik hujung bln kot. Baru i fly dgn Rafif balik kl.

Bg i rezeki tu Allah dah tulis. Even dalam islam pon cakap. Klau suami mampu. Biarlah suami je yg kerja. Isteri dok rumah urus anak2. Urus hal rumah tangga. Sbb tu lah i gigih nk belajar masak apa. Dah la tak keje. At least i amek peluang ni utk belajar masak. Org kate stakat dok dua org makan beli jela. Klau asyik beli. Sampai bila nak pandai masak? Buatnye i ada sorng anak je smp bebila. X kan nk membeli je smp ke tua. Hahaha. Bkn nk masak hebat. Masak ala kadar je. Mknn utk harian. Prektis gitu. Lg satu bila kt rumah ni. Kita ada byk masa utk tumpukan perhatian kt anak. Sofar i mmg amek masa 5 minit pg 5 minit ptg utk ajar Rafif belajar. Bkn la belajar susah pon. Tulis je nama die. Ibu ayah. Pastu prektis yg little reader tu. Klau kita x konsisten. Xde jadual mmg main jela keje die. Skrg balik kg i ada beli yg drawer magnet tu kan. Kadang termiss jugak. Hahaha.

Paling i suke jadi surirumah bila dapat senangkan husband. Husband i mmg la susah nk cuti. Ade cuti tp susah nak amek. Haish. Jd bayangkan klau i keje. I ada komitment keje. Die lagi la. Super busy. Klau i ada nk kena stay lama ke kt office. Boleh ke die nk take off nk handle anak? Jd bersyukur lah tak keje. So biar die focus career die. I dgn anak2. Ehem. Dgn anak. Jadi back supporter. Hubs kan jenis byk cakap phone kan. Pastu laki i ni klau jenis ckp phone kena tumpukan 100% perhatian kt phone. Jgn ko pandai2 nk ckp pape waktu tu. Die x kan dpt tgkp. Baru lah i faham org ckp lelaki boleh fikir satu benda je dalam satu masa. Jd bila die tgh busy tu. I amek Rafif buat benda lain. Sbb i selalu cakap. Jgn kaco. Ayah tgh keje. Cari duit utk kite jugak. Naseb baik ibu tak keje. Haha. Even klau outing pegi mall ke. Nama je weekend. Hubs still keje. Call org tu call org ni. I cakap. Bang. Take ur time. Buat keje dlu. Kotrang pusing mall. Bg duit je. Hahaha. So hubs akan lepak memana settlekan keje die. I shopping lah. Haha. Pastu cakap naseb baik aku x keje.

I x kisah org nak cakap perabihkan duit laki je. Xkeje. Itulah keje suami. Cari nafkah utk isteri dan anak2. Dan i bukan jenis suke mintak pelik2 pon. Most of the time. Hubs offer. Klau hubs ada rezeki lebih die yg sebok nk belanja. Alhamdulillah. Soal masa hadapan i hanya berserah pada takdir. Cuma masa skrg i buat dan galas tanggungjawab ini dgn sebaik mungkin. Ingt senang ke jd SAHM ni. Ingt enteng sgt ke. Ce try!

Jd apa yg i rase. Jd surirumah buatkan i rase hormat suami. Jd kite tau kedudukan kite. Bkn nk ckp org keje x hormat suami. Ini pandangan sy. Dr kisah i sendiri. Mane lah tau klau i keje. I rase x best la bila i je yg asyik nk handle anak. Dah la i penat keje. So better i duk rumah dan berdoa supaya Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan beri kebahagiaan kepada kami. Itu jelah nk kongsi. Hehe.





One happy family. :)

P/s: i mmg tabik hormat dekat isteri kt luar sana yg hebat keje balik rumah handle anak lg. Moga Allah memberi balasan dan pahala yg setimpal dgn perit lelah kita ye.

Sunday, April 14, 2013

Perkembangan si kecil ku. 9m+

Assalamualaikum

Amboi main cak cak dgn blog ye puan mimi. Hahaha. Biasa la. Its been a longgg time i x bkk pc. So mood utk update blog kelaut weh. Blog walking pon jarang. Bagai katak di bawah tempurung. Gituw. Haha.

Biasalah sejak jd ahli perniagaan kecil kecilan dari rumah ni masa tu tak cukup nak bg utk blog. Klau anak tak tdo jangan harap la. Rafif skrg makin aktif. Penat ibu melayan. Org kate anak melasak mak boleh amek kesempatan exercise utk kurus. Masalah nye gituu je i tgk badan i ni. Macam dah pasgrah je. Hahaha

So perkembangan Rafif skrg. Byk membebel. Babababa..tatatata. Bububuu. Itu jela ayat die. Tp klau die merengek kadang2 die pgl nama terus. Mimimimi. Hahaha. Pandainye anak ibu. Merangkak jugak la skrg. Sbb paksa die. Muahah. Kejam. Sbb Rafif ni byk abiskan masa dalam walker tgk tv. Serius. Die mmg suke tv. Aritu blk kg. X tgk tv 3 hari. Bila balik klang balik bkk tv. Seronok die. Hahaha. Hantu cerita jugakk. Mane nak turun kuah klau idok ke nasi kann??





Pastu pegang kusi bangun. Konon je nak berjalan. Tp bila dirikan die. Lepas tgn. Aaaa. Aaaa. Penakot nak menapak. Org kate eksyen.
So far Rafif jenis x takot org. Cuma takot ladybird je. Hahaha. Tp skrg dah x takot. Ciss. Ibu kena beli senjata baru. Klau nk tgk die nangis takot ladybird tgk dalam my keek akaun. Ibu kejamm. Muahaha




Pastu skrg klau ada benda yg buat die suke mmg gelak sakan. Adoii. Kelakar la weh. Gigi dah ada 6. Lama dah x timbang. X tau la brape. Tp mcm ringan je die. Die mmg halus je orangnya. Agaknye 7kilo lebih kot.





Masih lg fullbreastfeed. Direct feed ye. Tak pernah minum botol ini budak. So ktorang x pernah berpisah. Di mana ada Ibu disitu ada Rafif. Hahaha. Tdo malam pon kuat sgt menyusu. Alhamdulillah. Cuma ibu la kena byk makan makanan berkhasiat. Makan sayur byk. Moga Allah curahkan rezeki yg byk utk Rafif.

Till ya'. Kita update lg tp x tau la ble. Hehehe.