Wednesday, October 30, 2013

I Heart You GOJES

Assalamualaikum

Kemahin aku update blog skrg kan. Haha. Time semangat ni doa2 jela semangat memgupdate ni berkekalan. Eceh. Ok. Kite tinggalkan update pasal rumah sekejap ye. (Aku masih hutang update pasal SOHO dan kitchen). Kita beralih update pasal gathering gojes pada sabtu lepas di Taman Metropolitan Kepong. 

Bila ciknaa up nak gathering aku mmg berharap sgt kali ni aku dapat pegi. Sebab aku rase byk kali gak aku ni tak joint. Paling terkilan raya kt rumah aty. Haha. Ramai gler kot waktu tu. So kali ni aku nak jugak joint alang2 aku kt keyyel ni kan. Kang aku balik kg ape pon tak boleh! 

Aku balik kedah ari kamis sbb emergency nenek hubs masuk icu. Sakit tua. So jumaat tetap aku balik kl dah tapi dah malam buta lah. Aku tulis menu bihun goreng nak bawak skali mane ade kedai bukak dah malam2 buta nk beli bihun. Terpaksa lah aku goreng nasi. 

Aku smp dah lewat gak la. Jauh kot dari klang. Dekat sejam jugak tu. Hubs pulak ada urusan kt bank pagi tu. Pegi bank dlu. Naseb la depe ni tunggu aku. Haha. Anez siap tepon aku "mimi!! Ko kat mane??" Amboi mcm marah je cikkak kite ni. Hahhaa

      

Sampai je dah ada kedai kak amy bukak!! Haha. Aku mcm biasalah pelupa tahap tenuk aku. X brape nak cam jugak sape2. Klau yg slalu camwhore tu aku cam lah! Hahaha. Ampunn.. Salam. Kiss2 pipi sikitt.

      

Cik kak anez ni lah org palinggg nak jumpa! Tak sangka kan kite berjumpa kt taman ni. Anez ni skali jmp pon compem akan rapat. Cakap banyakk. Hannah baik je diamm je buat hal sendiri. Nampak sgt tak amek genetik mak die. Wakakka! 

      
Waktu ni aku dok makan. Sampai lah kak mimy dengan ika. Hehe. Lama kot x jmp kak mimy. Rinduuu. Ika pulak jenis diam je org nya, sopan santun. Aku je suara mcm petir! Ika buat spagetti. Sedapp. Aku siap tapau bawak balik. Hahaha

        
Yang ni khai dengan hero dua org ni. Kelakar la weh. Mama mama! Nak main layang2. Terpaksa la pegi beli mama ni. Skali angin pon nan hado. Tak naik la layang2. Huhu. Sedih je x dapat main. Nnt kite dtg petang sikit ek. Angin kuat baru naik. Ni penat mama kamu lari2 cubaan untuk naikkan tak dapat2. Hahha

     
Waktu ni aku nak tegelak tengok hannah pasgrah je mak die snap gmbo org lain. Huhu. Tapi hannah ni mmg sweet girl la. Baik je die. 

     
Semua yang datang aritu. 12 geng gojes! Meriah ni. Opss. Sori anis. Anak ko x bg kerjasama. Tutup muka ko dgn kipas, hahhaa

     

Waktu ni ciknaa start nak balik. Sume org pon amek plastik kemahin tapau sbb banyak sgt makanan tak habis sbb sume dok menjemah. Haha. Takpe, balik smbg makan kt rumah. Sbb hari pon makin panas. Anak2 sume dah nak melalak dah. Mak je x sedo diri lagi. Hehe. 

Alhamdulillah sonok sgt jumpa korang. Yg mane first time jumpa tu kite pon makin rapat. Aku doakan ukhwah kite ni sampai bila2. Aku tau sume mummy gojes baik2. 

Klau ada masa yg sesuai, aku nak joint lagi. Harap tahun depan kitenye plan family day jadi la ekkk. Cherating kannnn









Reveal the SAILOR-room.

Assalamualaikum

Disebabkan aku teaser je bilik Rafif semalam, sume pakat sakit hati dengan aku. Hihihi. Ampun. Bilik tu sebenarnya belum sudah. Tapi aku cite la dekat sini sikit2. Ingat sabtu lepas aku kate aku pegi IKEA tu kan. Memang banyak barang yg untuk bilik Rafif aku nak beli. 

Yang paling utama, rak TROFAST tu. Memula mmg aku dah berkenan dengan rak yang jenis macam tu. Ala ni kes terpengaruh dengan Wilayah Qaleef la ni. hehe. Aku search dalam website IKEA. Ada satu jenis TROFAST tu harga dia Rm129. Okay, aku dah berkenan. Jadi masuk list lah. Selain dari TROFAST tu aku aim payung canopy omei tu. hehe. hurm lagi. Carpet. 

Jom layan picture pulak. 

Keadaan bilik buat masa sekarang. Okay sebelum tu ape kate kite tengok proses aku menyiapkan bilik ni. Aura playroom punya pasal kan. Nak salahkan sape? Salah group gojes! haha


Ni keadaan bilik selepas aku dah tolak almari baju aku ke master bedroom. Tinggal lah almari Rafif yang dah lama aku beli tu. IKEA jugak. Harga aku tak pasti. Dalam rm200++. (kak mimy tanya aku tolak sendiri ke almari tu, ye kak. saya tolak sendiri. Lepas tolak terus rase ketar2 tangan- jangan tiru aksi aku ni.wakaka)

Kosong!. Waktu ni belum beli lagi TROFAST tu. cuma dalam kepala aku ni dah plan benda tu nak letak mana2. Senang dalam pale otak je. Hihi. 

Waktu ni aku dah balik IKEA. Dan katil dah masuk bilik. Tapi rak TROFAST tu belum pasang sebab aku amek khidmat hantar ke rumah dengan pasang terus. Sebab? tak muat kete! haha. And aku ada beli a few benda lain yang besar. Kos penghantaran ke rumah RM70. Klang Valley. Dan khidmat tukang pasang tu kos 8% from each item. Macam aku kena dalam Rm70 lebih sikit. Bagi aku berbaloi. Sebab aku tak nak susahkan husband nak kena ngadap satu2 pasang. Memang boleh tapi alah dah alang2 suh die hantar tu kan baik suruh die pasang je. 

 Eh alamak. Cerita aku belum habis lah tadi. Mulanya aku nk beli TROFAST yang harga rm129 tu. Sekali aku cek kecik sangat bagi aku. Mungkin half tinggi die dari yang gambar kat atas ni. Sebab memula aku plan nak turunkan bed Rafif ke level paling bawah. Kira nak sama tinggi dengan rak TROFAST tadi la. Pastu bila nk collect barang dari IKEA tu. Habis stock! puas aku dengan husband dok melilau cari takde. Pastu hubs decided nak amek yang ni. Mahal sikit la. Rm209. Belum termasuk rak merah hijo tu lagi. Tapi amek jugak la. Dah takde kan. Bila balik rumah pasang mmg ngam2 lak size die. So tak jadi nak turunkan bed Rafif tu. 

 Taraa! setelah siap susun atur. Sume aku buat sendiri. Sebab husband os kan. Aku send gambo ikut wassap je. Hehehe. Alphabets mat tu aku dah lamaa ada. Aku beli masa mydear warehouse sale. Harga dalam rm20++ kot. Carpet Hijau and pink tu pon beli kat IKEA aritu. hahaha. Kalau ahli dapat la murah rm24.90. tapi aku bukan ahli IKEA. So harga die rm34.90. Susun lah situ. kenapa aku amek hijau pink? sebab awal2 aku nak beli rak drawer TROFAST tu color hijau pink gak. Sekali pink nan hado yang besar. aku amek lah merah. 

Kotak ni pong aku beli sane. kahkahkah. Kan memula nak amek yang TROFAST kecik tu. Kalau letak ni dalam drawer tu mmg ngam2. Skali aku beli TROFAST besar, tapi kotak ni still beli gak! haha. Lagipon macam kena dengan tema Sailor aku tu. Itu yang lain sume benda lama. kecuali frame gambar. 

Atas rak TROFAST ni aku letak education toys untuk senang Rafif capai and main. Yang rumah tu die suke sangat. Kalau tak kena masuk ngamuk! T_T. Ring stack yang itik tu beli kt mydear warehouse lama daah. dah siap hilang ring tu jumpa balik. hahaha. 

Ni pandangan ke arah katil. Nampak macam tinggi lak katil tu. Tapi anak teruna aku tu boleh panjat! kemahin die stretching gler2 kaki die nak naik. kahkahkah! Tapi Rafif tak tdo situ pon. Cuma jadi tempat tukar salin baju je. tu sebelah sane ABC and 123 masih ada aku lekatkan atas sikit. takot nak letak pape kat situ terlindung. Sebenarnya push walker tu takyah letak pon takpe. Disebabkan Rafif takde pushcar ke bajak ke. Aku letak jela buat memeriahkan majlis. hahaha.

Diapers and clothes change here! Die mmg tak kan tdo sini lah! Nanti besar2 kena tdo jugak tau. Suruh ayah pasang pagar. buat masa sekarang pagar buang. Sebab senang nk guna katil ni sebagai changing table. Eh tetiba aku rase senang lak pakaikan pampers baju Rafif kat sini. hehehe


Okay ni kat bahagian bawah katil. Aku lekat barang2 macam bedak, minyak yuyi, sikat dalam bakul kuning tu. And kotak rabbit tu mmg benda awal gler aku beli sebelum beranak lagi. dulu aku letak baju Rafif, pastu bila baju pindah masuk almari. Aku guna untuk letak buku2, drawing pad, color pensel. Skrg pon masih aku guna. 

 Untuk isi pampers! hahaha. Berguna sangat kan?
 
Ni bahagian tingkap bilik ni. Masih lagi mengekalkan langsir lama. Tapi aku akan tukar soon. Sebab dah beli dah. haha! Cuma panjang blom jahit pendekkan je lagi. Itu meja cam tak? Meja aku letak PC hubs tuu. Sekarang PC dah ada meja die sendiri. So aku recycle jadikan meja Rafif sebab asalnya nak beli meja LACK kat ikea tu tapi habis stock! takpe jimat duit ayah. hehe. Kusi tu beli kat Daiso je. 5 hengget!



Itu jela kot seleruhan bilik Rafif atau Playroom atau Sailor-room! haha. Tapi nanti akan ada penambahan lagi. Yang major dinding! hehe. Nanti aku akan buat "sesuatu" kat wall tu. Soon~ Book Shelf pon belum pasang. dah beli tunggu hubs balik drill. Aku dah brape kali hubs ajar drill. Sekali haram aku tak berani nak guna! haha. Panjang beno entry kali ni. hehe. Reveal sangat kan!! err. satuu je lagi picture ye. 

Thanks mom! I LOVEEE MY ROOM~

Hehehe. Saje buh toto situ. tapi tak letak pon. sebab btol2 pintu toilet. tak proper eh.
Gitu jelah kot cite Sailor-room kali ni. Tak nampak sailor sgt kan? hurmm..
Nanti2 aku upgrade jadi sailor sikit. hehe

Till then, 
daa~

Monday, October 28, 2013

Rafif's Playroom!

Assalamualaikum

Tak tahu nak start dari mana cerita pasal playroom ni. Actually, aku ni boleh dikatakan sudah terjebak dengan geng gojes. (korang mmg saje kan ada aura) untuk buat playroom untuk anak. haish.

Tapi aku amek dari sudut positive, buat playroom untuk anak ni ape kelebihan dia. Ok, aku listkan ape yang aku nampak okay.

1. Ruang yang sesuai.
- kenapa aku cakap sesuai? sebab sebelum ni kan Rafif hanya ada play corner. Di ruang tamu, situ jugak aku longgok mainan die. Tempat die change baju pon situ. Kalau orang datang. Mesti pelik nape la pakai baju anak depan2 ni. wakaka!

2. Privasi untuk anak.
- eceh, kecik2 dah nak privasi bagai. hahaha. yela. at least die ada RUANG dia sendiri.

3. Ajar anak mengemas.
- errr. yang ni aku rase buat masa skrg aku yang lebih penat dari dia. hahaha. tapi aku slow2 ajar Rafif untuk main-kemas-main-kemas!. Dan aku nak buat syarat, mainan dia tak boleh keluar dari bilik dia. So harapnya dia paham rules tu.

Bilik ni bilik no dua rumah ni. Alah, macam yang korang dah tengok tu kan. tapi aku gigihkan diri buat jugak playroom. Hurm, kategori playroom ke ni ek. Kira mcm room lah sebenarnya. sebab sini ada katil. ada almari die.

Bercakap tentang bilik ni. Sebelum2 ni aku rajin google idea deco untuk playroom atau baby's room. Dan aku tertarik sangat dengan satu tema ni! Memang aku akan realisasikan tema ni. (walaupon Rafif tak faham) tapi buat masa sekarang takde satu pon barang dalam bilik ni kena tema. hahaha!

Mesti korang nak tau kan tema ape? (feeling2 sangat mimi oi)

The theme is..................................

SAILOR!

Aku tak tahu kenapa aku berkenan sangat dengan tema sailor ni. Maybe orang lain tema lebih kepada colorful atau bola atau superhero. Tapi aku berkenan tema sailor. hehehe. Aku propose dekat hubs. And like always. He agreed! Alaa. Laki aku takde masa banyak eh nak fikir tema bagai. Dia cakap. sailor?? ok. gitu je. Senang keje aku. kahkahkah.

jadi. nak tengok tak bilik ni? haa. jom la kite.

..

....

 .....

.......

........

 .........

...........

............

..............





 tapi. kite teaser jelah dulu eh! 
hahaha!

Jadi dengan ini, ada lagi satu label. Playroom Rafif. Nanti pape pasal bilik ni aku update sane ye. Rajin2 lah click.


Daa,
jangan marah!

:)

Sunday, October 27, 2013

Ubah suai master bedroom.

Assalamuaikum

finally aku boleh la nak tunjuk bilik aku yg aku ubah suai tu. Sabtu aritu aku pegi gathering geng gojes dan lepas tu aku melencong ke ikea. mmg dah plan lama ni nak pegi ikea. aku siap study dlu apa yg nak beli. sbb apa tau, sbb aku takot aku sampai sane aku blur kat mane nak cari benda yang aku nak tu. hehe. punya la semangat. aku cakap kat laki aku, enough for this year. lol! ni dah nak masuk nov mimi oi. jgn nak kelentong.

untuk bilik tdo aku, aku cari lampu tdo je. sebab aku mmg takley tdo dalam gelap gulita. tak nampak nk nyusu. rafif kan ngempeng lagi malam2. aku cari jumpa la. jom kite jenguk bilik tdo aku.

 masa ni aku tengah ngemas. ni pandangan dari pintu bilik. kepala katil aku dah alih ke tingkap sane. dan katil rafif aku dah keluarkan dari bilik. 

ni lah bilik kedua rumah aku. sebelum ni ni la keadaan bilik ni. wakaka! semak sgt kan? ni kira mcm bilik baju bajan.

taraaa. carpet pertama aku ni aku dah alih letak kat kaki katil. jangan ingat bilik ini akan lapang gini ye. harap bersabar dengan perubahan. jeng jeng jeng!

...

..

..

..

..
 

pergh. terus penuh carpet tadi. huwaa. ko jangan tanya kenapa kat kaki aku terus ada rak sejadah tu. konsep bilik aku, bangun pagi terus hampar sejadah semayang subuh! lol. islamic tak konsep bilik aku. kipas tu lak kegunaan untuk siang hari. sebab siang mmg aku tak bukak ekon. malam aje aku pakai ekon. jam tu? kenapa duduk di sipi pintu toilet? sbb aku malas nk tebuk tembak lain. boleh gitu?

gituww. siap ada model atas katil uolls. tak pakai suar lak tu. wakaka! gini la rupanya. langsir tu jarangg sgt aku selak. sbb aku tak suke bilik yang terang benderang. feeling2 romantik la gelap2. wakaka

ruang ni sempit aje. muat la jalan ketam. lol. tapi disebabkan almari aku sliding mmg jimat space kan. slide ke kiri baju laki. slide ke kanan baju aku. 

ni side table aku. ada frame gambar kegemaran aku. itu sebenarnya hadiah kawen aku dari budak uniten dlu. gler suke! itu bulat tu lampu aku beli kat ikea ritu. bulat omei. klau ikut aku nak beli yg murah rm16 tu je. tapi laki aku slalu gitu. amek yg molek sikit die cakap. ok la aku ikutkan aje. mesti lah color putih. aku mmg peminat putih kan. and itu remote ekon aku. eh ada org tanya aku pasal portable yg aku pakai tukan. hurm. review aku, die sejuk gak. same je dgn ekon atas tu kot. tu tengok aku pakai 24 je suhu. tu pon sejuk sgt. tapi die bising sikit dari ekon tu. ala. klau lama2 ko dah biasa dgn bunyi tu. hehe. dari segi bil letrik. aku tak pasti. aku rasa biasa. skrg ni bil letrik rumah aku mmg 150 ke atas everymonth. aku pon pelik. ke sebab esbok aku besar. hurm. ntah la.

tu jela kot aku nk cite pasal master bedroom. result? puas hati! sebab aku rase senang sikit aku nak pakai baju tak yah g bilik sebelah. hehehe.

Keadaan rumah!

Assalamualaikum

Ye, sekarang aku tengah re-arrange barang2 dalam rumah aku. ade pulak org tanya rumah baru ke? adoi. rumah same aje. cuma aku ubai suai susun atur dalam rumah ni. hihihi. sebab?

aku nak buat PLAYROOM untuk Rafif terchintaa. gituuu.

ko nak tengok keadaan rumah aku minggu ni camane. hahaha. *amaran untuk org sakit jantung tak payah tengok.lol*


itu korang nampak tak play corner rafif. sebelum ni rafif hanya ada playcorner. tapi skrg tidak lagi. Rafif has his own room! walaupon tdo celah ketiak mak lagi. wakaka.

sekarang ni aku syok gler baca blog org masuk rumah baru. boleh deco2. aku deco pon tak mampu. apetah lagi rumah baru. wakaka. tapi serius ni cite. klau korang update pasal ruma korang, aku ni terkinja2 tumpang gembira. sambil2 tu mengemas rumah sama. jadi aku harap jgn la ada orang yg penyakit PHD ni ada. kite amek yg positive la. jangan ko nak cakap depe ni menunjuk show off bagai. kite amek yg baik2. klau orang boleh deco, ngemas elok je. kite pon g la ngemas skali rumah kite. macam aku buat niii. hahaha! macam tongkang pecah rumah aku. tp part ni je aku nk review. yg part lain nnt aku cite by part okay.

ada master bedroom, Rafif's playroom, Small Office Home Office (SOHO), ruang dapur sikitt je lagi, sonok lah pulak ngemas ni. hahaha!


Thursday, October 24, 2013

Teaser dua bilik!

Assalamualaikum
                
                                    

Jengjenjeng! Lemari dah masuk bilik! 

                                   

Jengjengjeng lagi skali.

Ce teka ce teka!! 





Tuesday, October 22, 2013

Floating foam alphabet! Spongebob and Dora!

Entry jualan lagi skali ye. Hehe. Sape nk order foam letter alphabet boleh jugak order dgn saya. Serendah harga rm24! Ada dua design, spongebob atau dora. Mmg comei2!

                           

Boleh maim lekat2 kt dinding bilik air. Sambil mandi sambil belajar kekdahnyeee..

                            

Comei kann. Cepat order tauuu. Nk pm kt fb pon boleh. Nk sms pon boleh. 010-2214895

    

Pre-order Apple Quran dan Safety Harness

Assalamualaikum

Nak buat sticky post tp tak reti. Haha. Mommies, sape nak order Apple Quran dan Safety Harness boleh order dengan saya ye! Nak order boleh pm di fb, atau for fast reply sms di 010-2214895

      

About this item;
Includes strap to loop around neck or wrist. Includes full product manual in English and Arabic. On/off button in the back. Bright and colorfull. This is sure to be hit with children.

Features;
-26 everyday Duas.
-16 surah from the Holy Quran
-how to make morning prayers.
-6 children's nasheeds.

Testi;
                                 

   
                                      

Ramai mommies yang dah buat review bagus apple quran ni. Boleh order dgn i dgn harga cheapest in town! Rm22 sahaja! (tak termasuk postage)

                                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

satu lagi barang Safety Harness. 

                         

Rafif pon dah lama guna abah-abah ni. Sofar, i yg puas hati sbb Rafif tersgt lah aktif klau dok kat luar. Kalau pakai safey harness ni at least kite tau mmg die tak jauh dgn kite. Klau nk order boleh sms je. Rm25 sahaja! (belum masuk postage) 



   
       

Monday, October 21, 2013

Picnic di Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum

Jumaat lepas aku boring gler tak tau nak buat ape, aku nk bawak Rafif pegi taman kt klang ni je. Skali hari dah nak hujan. Cancel pegi taman aku pegi beli cakoi je kt kg.jawa. Pastu aku tetiba plan dgn adik aku nk pegi picnic pulak hari sabtu kt putrajaya. Adik aku tu on aje. Haha. Aku ada msg kawan aku anis joint sama. Alang2 die dok serdang tu je. Paling dekat la nak pegi. 

So sabtu tu aku goreng nasi sikit. Semangat ni. Siap ada tikar ape. Aku dok risau hujan. Waktu pukul 3 kat rumah aku mmg hujan. Dok harap ke petang sikit die tak hujan dah la. Sedap aku nk picnic. Hehehe. 

                                      

Sampai putrajaya mmg tak hujan. Dan ramaii org! Ramai bebudak pakai baju jubah graduation tu tangkap gambo. Aku je siap bertikar bagai. Hehe. Tp Rafif tu takde maknanya nk duduk je. Die lah org paling excited. Letih aku nak mengejar. Nak makan lg

       
Makanan bekal kami. Hehehhe. Picnic lah katekan. Aku goreng nugget, tempura pastu bawak je air masak. Rafif punya bubur jgn dilupakan. 

                                       
Ko tengok die nak lari tu. Eii. Letih tau bawak budak ni klau takde ayah die nak menjaga. Dah mcm running man dah aku ni. 

                                       

Klau aku layan die main bubble takde la die lari sgt. Atleast die dok kejar bubble tu je. Mulut tak habis2 sebut bubble! Bubble! Andainyee. *Rafif dah boleh kenal PURPLE!*

         

Alahai anak bujang. Pakai baju same mcm juna lak. Hehe. Act, baju ni aku beli kt H&M london aritu. Skali tgk ig fynnjamal ehh. Same lak bajunya. Hehehe.

Lepas dah main kejar2, makan ape baru kawan aku si anis tu smp. Lama bebeno nak smp. Aku dok cakap dalam hati jgn la sesat budak tu. Hahhaha. Smp je die terus makan, rindu nasi goreng aku lettew. Dok sedap menyembang hujan lakk. Berlari anak aku ke kete. Jumpa di Alamanda lah pulak. Mak aihh penuh manusia kt alamanda. Nak cari parking pon susah. Dah duduk kejap je mkn waffle kt rasa tu gerak balik sbb blom smyg maghrib lagi. Nk smyg surau alamanda mcm malas nk berebut2. Singgah smyg di masjid uniten. Alaa. Rindu kenangan kt uniten. Di tempat ku berjumpa jodoh. Choii. Org belajar aku cari jodoh pulak. Dah alang2 tu kan, menyelam smbl minum air. Lol! 

                                      
Meet Anis Wahyuni. Best friend since 2005 and still counting. Rindu kawan lama, bila lah sume ada masa nk jumpa lepak2 ni. Hmmmm...

Itu je cite hari sabtu. Semalam ahad aku pegi lepak pd lak. Hihihi. Nnt2 lah cite. 

Daaa..

    




Friday, October 18, 2013

Sesi mengemas: master bedroom dan dapur

Assalamualaikum

Memandangkan arini jumaat and got nothing to do. (macam lah kot tu keje mimi oi) aku rajinkan diri mengemas. Untuk org mcm aku yg slalu tinggal rumah kosong ni. Mmg bykk keje nak buat bila masuk rumah. Barang tak cukup lah. Ape lah. Paling aku malas bab nk mengemas ni. Huuu. 

Tapi arini aku gagahkan diri jugak ngemas bilik aku, aku alih keluar meja putih yg aku letak pc hubs ke bilik no 2. Tujuan die nnt aku cite later la. Skrg ni pc tu dok meja tecik je warna hijo. Ekeke. Sbb pc tu dah lama weh tak bukak. Padanal pc tu power tu. tapi tak kose aku nak bkk pc. Skrg laptop pon malas nk bkk. Online pakai ipad, update blog pakai ipad. Kan senang tu. 

      

Arini tukar bedsheet baru. Eh baru basuh lah. Takde maknanya aku nk beli baru. Ekeke. Dan segala mak nenek barang Rafif aku keluarkan. Nyah kau dari bilik aku. Gituw. Dok lah bilik blkg nun. Itu kotak putih tu ekon aku. Haa. Jangan darat sgt lah! Itu portable ekon namanye. Di sebalik langsir tu ada corong kuarkan asap panas. Huhu. Canggih tak? T_T

       

Nampak tak meja hijo tecik tu. alololo. Nak runtuh aku tengok, lol. Nak kena beli meja jepun lain dah tu.  aku rase org paling happy skrg mesti lah rafif! Sebab die boleh tekan2 keyboard tu. aku rase takde meja putih tu lapang sikit bilik aku. Alaa, bilik ni kecik je wei. Almari baju dgn meja solek pon aku tak letak dalam ni. Letak dalam bilik no 2. Oklah, puas hati. Skrg nk mendobi segala cadar lama. Hmm. Malasss


Dan semalam aku ngemas dapur. Kate beli lapik meja color fink kat daiso kan. Aku cuci2 sikit la dapur ni. Dapur lah tempat paling kena menten clean. Kite memasak kt situ kan. Mesti kena bersih. Dapur aku pon kecikk. Hehehe. Tapi tak bermaksud aku tak boleh masak. Aku hari2 masak kt sini. Cuma kt kg je malas sbb masakan mak lagi sedap. Lol! 

       

Ruang je yg aku kemas. Sebelum ni susun atur yg meja tu serabut sikit. Skrg aku rase much better. Nak amek nasi pon senang. Maklum lah rumah iolls takde kitchen cabinet. Itu je mampu. Hehe. Tp ok la tu. asal tersusun elok tak pe.

       

Pandangan dari petiais. Segala barang2 yg memerlukan letrik ku letak side tu sbb ada plug. Microwave, oven, kettle, blender, rice cooker. Settle! Klau mcm mixer tu aku tak letak la situ sbb aku simpan atas lemari tu. klau nk guna baru aku kuakan. Alamak, kantoi lah pulak resepi tomyam kt petiais. Hahaha

                                      

Haa, ini esbok ku. Ko jgn tanya kenapa esbok aku besar tak padan dgn dapur. Ekeke. Sebab laki ku beli murah dgn officemate die. Menang first price peraduan shell. Die taknak. Jual murah almost 1k. Sape x nak kan. Laki aku rembat lah. Paling die suke sbb ais boleh buat byk2. Erkkk. Laki aku tu mmg minum air sejukkk je die. Aku je sikit2 milo panas. Hmmph

                                     

Haa, tunjuk sikit aku punya koleksi FM. Banyak tak koleksi fm kakton?? (tetiba sgt nama ko naik kakton) aku mmg suke kumpul fm. Sejak aku brenti keje aku dah tak kumpul keychain. Aku rase biar aku stick to kumpul fm jela. Ni sume mmg dari tempat yg asal. Maksudnya, klau tulis korea, mmg beli kt korea. Tp bukan lah semua aku beli. Ada org bg souvenir. Aku sukeee. Takde yg tulis amsterdam tapi beli kt S&J. Lol! 

So next year, aku akan keeee........tettt! Nnt aku cite later2. Sape nak kirim fm pon voleyy. And sape nk g bercuti jauh2 mahupon dekat kasitau aku. Aku nk kirim fm. Hehe..