Sunday, December 29, 2013

Review Vacuum

Assalamualaikum

Tetiba arini aku nak review vacuum. Hehe. Act, lama dah nk review vacuum apa aku guna. Tp asyik tak jadi je nak menaip. Dalam pale otak aku ni ada lagi dua lagi entry nak taip. Satu perkembangan Rafif 18m dan Carrier Patapum yg baru beli tu. Yg tu nanti2 la ek. 

Masa masuk rumah ni tahun lepas laki aku laju2 nak g beli vacuum. Aku mmg tak suke sgt menyapu guna penyapu ni. Sebab tak praktikal bg aku. Sapu sini terbang sini. Sapu sane terbang sane. So smp skrg aku mmg penggemar vacuum. Laki aku beli sebijik sejibun same mcm mil aku punya. Jenama GLOBAL. Haa nampak tak glemer kan. 

                                    
Haaa itu dia! Die bukan saje rupa seperti R2D2 cite star wars. Mahal die 3in1. Boleh vacuum, blow and  ape lagi satu ntah. Boleh lak aku lupa. Lol. Tp dua tu jela aku pakai. Yg best pasal vacuum ni die punya sedutan dan hembusan tu kuat ko!! Haha hembusan tu blow okay. Aku translate terus. Wakaka

      
Antara fungsinya. Menyedut hujung sapu kaki aku ni. Lol. Die punya sedutan tu kan mmg kuat tau. Plus die punya tali panjang! Cuma tali die tak ley scroll masuk dalam badan la. Die manual gulung guna tangan. Pastu pepandai la ko selit mane2. 

      
Pastu klau nak tau depan rumah aku ni ada pokok besar. Slalu mengugurkan daun2 yg kering. Adoi lah. Mmg hari2 kena sapu. Klau aku malas, aku blow je. Senang cite. Cuma still kena sapu masuk plastik sampah. Itu skali je aku blow. Terus terbang sampai sane. Tapi yg tak best bg aku la. Bunyi die kuat! Mmg klau ko tdo pon akan bangun. Lol. Sepadan dgn kekuatan die sedut tu kan.

                                   
Tengok aku saje2 blow alas kaki tu. Hambikk. Mmg kuat. Aku puas hati la vacuum ni. Die bising sikit je. Plus besar. Tapi! Die murah jeeee! Aku rase die antara vacuum yg murah. Sebab mungkin faktor muka die toye gitu. Hahaha. Maksudnya die x cantik sgt la. Tp jangan main2 aku kadang2 tu tersedut kaki seluar sendiri. Mmg die sedut btol. Ini yang kite mahu. Aku vacuum satu rumah mmg kejap je. Puas hati! 

Pegi la beli. Itu je.





Monday, December 23, 2013

My Breastfeeding continue....but....

Assalamualaikum

Hurm, topik ni topik yg jarang sgt aku tulis kat blog ni. Bukan tak nak berkongsi cerita tp aku tak berapa selesa untuk bercerita. Tapi arini aku menaip sedikit sebanyak untuk kenangan aku sendiri di masa depan. 

Okay, masa aku mengandung dulu. Ilmu aku pasal breastfeed ni tak banyak. Serius blog ni banyak sgt membantu aku cari ilmu tentang penyusuan susu ibu ni. Keputusan untuk menyusukan anak semestinya dari hati aku sendiri. Tak boleh disangkal lagi, susu ibu adalah susu yang TERBAIK untuk anaknya. Dan juga dipengaruhi oleh mak aku sendiri. Bila mana kami adik beradik memang menyusu ibu. Ada yang sampai complete dua tahun. Ada yang tak. Aku complete dua tahun. Sbb aku dapat adik 8 tahun lepas aku lahir. 

Jadi, pencarian ilmu tentang penyusuan susu ibu mmg aku gali segalinya. Memandangkan aku wanita bekerjaya. Apa yang perlu aku beli sediakan untuk anak nanti. Husband aku memang banyak membantu, terutama dari segi kewangan. Dari breastpump, dari botol susu, dari rak pengering. Semua lengkap. 

     


Lahirnya Muhammad Rafif Rifqi di muka bumi ni. Aku struggle enough untuk bagi die minum susu ibu. Memang susu mula2 takde. Aku pam pam bagi die minum guna botol. Waktu seminggu baru lahir tu campur dengan susu fm. (Aku tak pernah kecam kepada ibu yang bagi anak dia susu fm. Prinsip aku senang, everymom want the best for their child kan. Everyone have their own reason) seminggu selepas tu susu semakin ada. Aku pon mula mengumpul stock ebm. Tetapi masa berlalu, dalam pantang lagi aku mengambik keputusan untuk TAK BEKERJA. Kalau sape tau tu paham2 la. 

Siapa sangka, aku 100% bertukar menjadi SAHM. 
Jadi kerja aku lebih senang di mana aku hanya direct feeding. Berbulan2 berlalu, Rafif mula makan, kadang kala aku pam susu sikit untuk letak dalam makanan dia. Tapi minum, mmg direct feeding. Kalau outing, kerja aku senang je. Tak perlu bawak botol, tak perlu siapkan air panas, tak perlu fikir susu. 

Tapi! , 
jangan ingat direct feeding tak susah. Jangan ingat kami ibu yang direct feeding ni sentiasa ada susu. Kalau badan penat, stress, tak cukup makan, tak minum susu atau milkbooster, same jugak. Susu memang merudum. Aku pernah mengalaminya! Aku punya milkbooster adalah susu soya dan air masak. Tu jela cepat2 aku topup susu aku balik. 

Setahun sudah masa berlalu, 
orang kata sudah Degree in breastfeeding. Tak sangka pulak aku ada pangkat, (bagi aku tu kerja aku sebagai ibu je). Alhamdulillah, susu masih ada walaupon dah tak bengkak macam dlu. Bila masuk setahun, selera makan Rafif bertambah. Dia tu nampak je kecik. Tapi makan Alhamdulillah. Selera! So demand untuk die mintak susu kurang sikit. Dan Rafif ni tak reti minum air lain selain air masak dengan susu ibu sahaja! 

Dugaan Allah bagi,
 dua bulan lepas. Nipple aku melecet giler dan sakit toksah cakap. Pegi jumpa doctor, doctor cakap mungkin aku allergik sabun. Mungkin btol mungkin tak, aku tukar sabun. Kurang sikit melecetnya. Dan bila susu semakin kurang, nipple semakin nipis. Setiap kali df sakit yang amat. Walaupon nipple aku melecet, aku tetap teruskan df. Ya Allah sakitnya, aku siap pm tanya Nana, ubat apa. Cuba buat, okay sikit. Alhamdulillah

Sudah sampai masa, 
aku berbincang dengan husband. Nak intro FM dekat Rafif sebab aku sendiri yg rase aku makin takde susu. Die pon macam tak puas, nak bergayut satu hal. Sebab takde susu kan, die minum pon mungkin produce sikit2. Husband aku support je apa tindakan aku. :)

Masalah pilih susu.
Memandangkan Rafif ni tak reti minum air lain selain air masak. Jadi aku tak tau nk intro terus ke tak dengan fm. Aku mintak pendapat Kina, since she is SAHM mcm aku jugak. Kata2 Kina mmg meringankan beban aku sikit. Bermula minggu lepas, aku intro milo tawar dekat Rafif. Die minum. Ada jugak orang kata bagi fresh milk. Aku beli, dalam botol tudung hijau dutch lady, sekali Rafif minum die direct muntah. Dan banyak. Ya Allah, takot aku tengok. Aku continue dengan milo. Dua tiga ari lepas, aku continue pulak dengan Dutch Lady 123 perisa Coklat. Harapnya rasa dia macam milo. Berdebar aku nak bg Rafif minum. Aku buatkan dalam botol air masak dia je. 

Alhamdulillah, 
Die boleh terima susu tu, dan aku check die poo poo pon okay. Sehari mesti berak la sekali. Rafif will turn 18mo in a few days. Sekarang, orang kate campur2. Kalau dia nak tdo masih lagi df. Aku tak pernah tdokan Rafif tak df. Die takkan tdo. Camane tu? Kalau keluar dan tempat orang ramai contoh semalam pegi house warming rumah kawan, aku bagi die minum botol. 

Takde masalah botol.
Since Rafif boleh accept botol yg jenis straw tu, aku tak kan intro dengan botol susu biasa la. Takot die sedap pulak minum botol susu biasa. 

Breastfeeding waktu malam.
Ini masih lagi diteruskan, sebab Rafif memang bangun kerap sgt malam2. Bila die terjaga tu klau boleh nak ngap nenen terus. Kalau tak, die bangun. Sekarang ni nipple melecet lagi, sakitnya MasyaAllah! Aku kuatkan hati je. Dalam otak aku berfikir, baby yg kerap menyusu di waktu malam akan menghasilkan otak yang genius. Ini fakta. Camane jadi camtu? Aku tak ingat dah. Ngee. Cuma klau boleh aku nak kurangkan sikit kekerapan die bangun tu. Any tips? Pls drop comment ye. Betul ke bg air masak? Aku dah cuba tp dia tau bangun ngamuk2. Huhu.

       

Perasaan aku? Sedih pon ada, gembira pon ada. Aku sedih sebab emo terlebih bila anak sudah berkongsi susu. Mengarut? Lantak lah. Dalam masa yg sama betul aku baca dalam buku, perasaan "dapat badan balik" tu lain macam. Especially bila outing, tak payah sebok nak cari tempat nak nyorok susukan anak. Itu mmg aku rasa. 

Apapon, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kau kurniakan aku susu untuk aku berikan kepada anakku. Diusia dia 18bulan aku mula campur. Alhamdulillah. 

P/s; proses penyusuan susu ibu bukan mudah ye. Tapi aku berusaha setakat yg aku mampu untuk anakku. Paling aku percaya, antibodi anak kuat dan risiko untuk obesiti bila dia besar tu kurang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Wednesday, December 18, 2013

Ibu Rafif first GIVEAWAY!

Assalamualaikum

Hai korang! Harini i nak buat giveaway. Sebab saje2. Hehe. Orang lain dah ramai buat giveaway ni, kali ni turn i pulak. Yang pasti perlu melibatkan anak2 syurga kita. Hehe. Are you ready?

Contest ni senang je. 
Ibu2 mesti buat satu entry dan tempek gambar anak sedang bermain/belajar di playroom/playcorner masing2. Hehe. Mesti la guna gambar anak sendiri ye. Anak betul. Anak tekak tak layan. 

Syarat2;
>Follow blog i dlu. Ada kat tepi ni. Tekan je follow!
>Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best)
>Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) 
>Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen ye. (I akan check one by one)

Itu saje! Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013 (lambat lagi)

Contoh gambar;

                                          
Kalau takde playroom/playcorner pon takpe. Asal kat mana tempat biasa anak kite bermain. ^_^

Dan hadiah??

Mesti la nak tau kan hadiah ape? Untuk first price. Akan dapat 3 item. 

       
Tadaaa! Ini untuk first price. Hanya seorang sahaja akan dapat ni. Mengandungi Modelling Dough 12 colors (non-toxic) save for our baby, Height scale (boleh stick to wall), 1set sewing-motor skill (sangat bagus untuk memantapkan motor skill anak2 kita. Ajar cara untuk focus dengan belajar mencucuk tali ke dalam lubang) 

Ye, hadiah pertama akan dapat ni. Tapi jgn risau, klau tak dapat hadiah pertama. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati (3 orang sahaja). 

       
Mengandungi Modelling Dough 12 colors (non-toxic) save for our baby, Height scale (boleh stick to wall). 

Jom2 sertai IBU RAFIF FIRST GIVEAWAY sekarang. You might be the lucky one! 




Monday, December 16, 2013

Cuti-cuti Malaysia: Langkawi

Assalamualaikum

Malam ni ada masa sikit mak update blog. Sementara Rafif tdo. Ok lets start! Plan nak pegi. Langkawi ni dah lama and suppose my sil joint sama. Dia yg utama kena ada sebenarnya. Ikut plan nye lah. Alih2 die tak dapat balik awal. (She is doctor wannabe) so plan tetap diteruskan sebab waktu tu rasanya husband dah booked hotel. Plan asal nak pegi dgn kereta. I on je. Tp hubs fikir kang nnt same je kena gak sewa kereta kat Langkawi kan. Alih2 a few days dah nak pegi die booked ticket flight. I lagiii lah suke. Hahaha! Tak payah aku nak bergaduh bertumbuk dgn Rafif dalam kete lama2 kan. 

Mari lah kite tengok map. Langkawi. 
      
Ni aku snap dr pemplete ape ntah. Hahahaha. Aku stay dua malam kat pantai cenang. Eh tak nampak ek. Kan ada aku bulatkan tu. Hentam jela wei,. Waktu aku nak pegi tu kan. Excited gak la sebab aku tak pernah smp Langkawi. Darat la sikit. Kahh. London paris dah smp kan. Langkawi sikit punya dekat tak pernah sampai. Mak aku gtau dlu die pernah pegi. Orang Langkawi baik2, skali mmg betul. Sepanjang aku kat sana, aku jumpa orang yg baik2 je. Mungkin sbb aku baik kot. Puiii. 

Eh2 nak cite pasal hotel ni. Aku stay kat Best Star Resort. Dekat pantai cenang. Masa otw nak smp resort tu, aku dok tengok jalan2 meriah sgt sepanjang perjalanan tu. Mostly mmg foreigner ramai. Bikini je uolls berjalan kaki. Feeling2 mcm kat gold coast. Hahaha. 

                                    
Ni la resort tu, bilik studio room. Tp amek connected room. Dgn pil. Tengok sebok aje budak kecik tu. Harga per night rm150++. Affordable. Aku dok tingkat bawah je takyah nak panjat tangga. Sebab die ada dua tingkat je. Ada pantai die la. Dah kate dok pantai cenang kan. 

       
Pantai die cantikkk. Dan bersih. A wayyyy better than pd. And maybe cherating. Tett. Cherating dah jatuh ke tangga ke dua. Kikiki. Masa nak landing lagi aku tengok air die biru2. Kan die pulau. Mmg cantik la. 

                                    
Tapi Langkawi ni panas weiii. Mmg terik sgt panasnye. Silau2 mata. And die sunset. Cherating sun rise. Klau nak mandi petang mmg terik gak la panasnye. Hari pertama aku smp dah lewat, so balik hotel tu pegi pantai rehat kejap aku nak pegi Kuah terus. Nak settle bab shopping. 

                                   
Aku shopping takde la banyak sgt pon. Aku tak ingin lagi nak tambah koleksi corelle aku. Cukup lah satu set je dlu. Tapi aku teringin nak ada satu pon takpe periuk visions. Alhamdulillah, permintaan di tunaikan. Terima kasih suami! Aku pergi Haji Ismail Group je. Tak pergi pon Idaman Suri tu. Aku tanya orang hotel. Die kate same je. Aku malas nk survey banyak2. Yg sempat aku beli. Periuk visions, mangkuk skali dgn tutup kaca tu, sudu garfu, sudip la. Aku punya visions tu je yg aku pilih. Yang lain sume husband aku yg rembat. Eh! Dia lak lebih2. 


The next day, aku plan nak naik cable car. Aku tak kira! Aku nak gak. Lol. Ni sebab mak aku la cite die pegi dlu naik cable car. Skali aku smp ramai glerrrr org beratur. Dengar cite orang yg jaga tu, beratur beli tiket dalam setengah jam. Pastu masuk check in pertama dalam sejam lebih. Masuk check in kedua atas sejam lebih. T_____T

Tapi naseb baik ada yg fast lane tu. Tapi bayar lah rm99/person. Sebab nak naik gak dan malas beratur, bayar jugak la. Hehehe. Klau tak, ngamuk la Rafif. Dah la panas. So korang kena pegi awal pagi tau. 

       
Sepanjang naik tu seram2 sikit la. Hahaha. Gayat jugak wei. Tapi sebab nak tengok view yg cantik tu ku redhoo je. 

      
A very breathtaking view. And sejukkk. Besttt. Sayuppp je mata memandang. 

     
Nak jugak mak ayah. Kena gilir2 amek gambar. Tokwan dgn Maktok Rafif tak naik sebab Maktok gayatt. Hehhe. Waktu turun tu, aku dengar ada pakcik tu call sape ntah. Haa. Lame dah tunggu ni. Tny orang tu die kate dua jam lagi. Kesiannyeee. Ramai sgt dok tunggu giliran kat bawah tu. 

                                    
Lepas tu ktorang terus gerak ke Makam Mahsuri, dapat tengok Makam dgn Rumah. Pastu ada telaga, rumah jiran2 Mahsuri. Lol. Aku tak tau la. Tapi ada la a few rumah. Rafif setiap tangga rumah pon die panjat. Kedai souvenir pon panjatt. Bertabahlah wahai hati. 

     
Budak darat jumpa ketuk padi. Aku pon darat. Hahaha. Sini masuk rm7 je. 

Lepas melawat2 ni aku dah flat sbb main kejar dgn Rafif. Aku terus balik hotel. Tapi husband dgn mil pegi lagi HIG sbb mil nak beli sudu mcm aku beli. Hehhe. Mmg rambang mata. Murah2 yg berkualiti. Bukan nipis punya sudu. 

Petang dah aku mandi pantai je. Enjoy the nature. 

      

Malam tu aku keluar makan kedai depan. Jalan2 tengok kedai. Teringin nk masuk refrexology. Murah je. Rm38 selama 45 minit. Tp bila ku fikir rafif malam2 nk tdo dah. Demimu nakkkkk!!

Pagi td bgn breakfast, terus gerak ke airport dah. Kejap sgt masa melawat Langkawi. Its a must visit place for me! Lets go holidayyyy.....






Tuesday, December 10, 2013

Big bad wolf is here again!

Assalamualaikum

Dah few days x update. Totally lost bila mak aku datang kl. Aku bukan la busy sgt. Cuma nak take time menulis tu macam takde masa sbb aku fikir baik aku spend my quality time with family. So sekarang baru ada masa nak update. Hehehe. Mak dah selamat balik sabtu lepas. And ahad smp isnin semalam aku joint familyday-inlaw. Meriah klau ramai2. Tapi arini aku nak cerita pasal pegi big bad wolf.

Aku pegi first day bukak lagi. Jumaat lepas. Pepagi lagi aku dah bangun siapkan Rafif. Adik2 aku sume mandi siap terus gerak dari klang pukul 8 lebih okay. Sekali lah tu jam dgn org nak pegi kerja. Haish! T_T tsk!
Sampai je sane parking masih ada. Aku siap pegi makan nasi lemak dlu kt kedai bawah. Siap breakfast sume aku naik atas bg Rafif pegi main kt playground die ada sediakan. Mak aku tolong jaga Rafif. Kesian mak kena kejar Rafif lari2. Prrff!


Aku cepat2 turun pegi book fair. Orang ramai jugak tp dikatakan tak sesak sgt la. Aku siap bawak troli ko. Tak mampu la nak angkut. Buku kan berat. Aku main tolak je.


Aku dok sane tak lama sangat. Dalam sejam lebih je. Mula2 tu aku mcm pening mata sebab bookssss is everywhere! Pastu nak pilih yg sesuai tu lagi satu hal. Aku jenguk je dlu bhgn child's book. Pilih2 mane yg nak bg Rafif, Rania and Hannan anak sendawa aku dua orang tu.




Orang semakin ramai. Penuh setiap ruang. Naseb lah Rafif dok main kat atas. Senang aku nak memilih.



Dah pilih2 aku dok tepi jap before bayar sbb nak calculate. Hehehe. Kira2 ok lg. Tak lebih bajet. Pastu aku beratur lah bayar tak yah tunggu. Terus masuk lane bayar.



This is mine! Tapi sedih sbb tak jumpa chicken soup for the soul tuuu. Rase macam nak pegi lagiii jee.


Total damage rm132!! Murah kannnn!! Wuhuu. InsyaAllah klau sempat nak pegi lagi. Klau tak tunggu jela next year bak kate Leenda. Hehehe.

P/s: bebudak kalau boleh dok atas la bg die main. Tp make sure kids and guardian sock in. Rm10/hour. Or rm30 for the whole day. Datang pagi atau lewat malam. Tp aku check ig #bigbadwolf tu pukul 2 3 pg pon ramai orang wei. Haish lah!