Sunday, January 19, 2014

DIY Deco Baby Carrier (PATAPUM)

Assalamualaikum

Harini baru berkesempatan nak update cite pasal carrier yg aku beli aritu. Tetiba jekan decide nak beli carrier. Hehe. Kegunaan lama ni. Nanti adik adik rafif pulak pakai. Eh?! Haha. Sebab Amal gtau tinytapir ada buat promo cepat2 lah aku click. Lepas gtau husband, die ckp ok je. Murahh sgt! Harga dari rm280 kot, promo jadi rm120 gitu kot. Maunye aku tak rembat.

                               
Servis tinytapir sangatlah pantas! Arini byr esok pon ponn dah sampai depan rumah. Wow! Thumbs up!

Aku pilih color hitam, sebab konon nnt nmpk ilusi kurus. Lol!, takde lah. Sbb color lain tak minat sgt. Kot?! Tp patapum ni mmg plain je. Klau yg hitam ni, mmg satu color tu jela.

Jadi aku decided nak deco sikit. Design bhgn blkg tu. Actually, dah survey byk tempat boleh tak nak buat embroidery jahit atas tu. Tp sbb benda ni dah siap. Klau nak jahit embroidery kena design yg kecik2 tu boleh la. Pastu mcm fikir tak cantik la pulak klau kecik plus design kite tak boleh custom sgt.

Hmm, jadi aku dapat idea nk guna felt je design baby yoda. Beli felt kt daiso rm5 satu pack ada 5 color. Which is murah bg aku. 

                         

Bermula lah aktiviti gunting, tampal, gam, jahit. Huu. Part jahit tu paling sakit sikit la. Sbb kain carrier ni kan jenis mcm jeans gitu, tebal. Kite jahit pakai tgn. Mmg sakit la nak cucuk masuk elok sikit, grrr! Bertabahlah!

       
Aku design gambar baby yoda dgn tulis little padawan. Padawan tu maksudnya mcm ninja lah kot. Mcm pahlawan gitu. Hahaha! Baby yoda tu aku google je, ada design tu. 

                                      

Ni lah hasilnya!! Heheh. Bila aku pakaikan. Baby yoda tu mcm kena part bontot rafif la pulak. Tp ok je. Cuma nampak tenggelam sikit. Phew! Nanti bila aku pakai aku tunjuk gambar yg lebih proper ek. ;)

Disclaimer: sebarang cerita yang diupload tidak ada kena mengena dengan niat menunjuk, riak, dll. Aku berkongsi cerita berdasarkan kisah hidup, kalau tak suke jangan baca. Sila tekan X merah dihujung kanan atas tu ye. (Bukan apa, skrg ni mcm2 jenis orang yg berfikiran negatif--berkongsi gambar cerita tp disalah tafsir dengan benda lain). Baca atas tanggungan sendiri ye. Kang tak pasal2 mengalami masalah kemurungan--peace yo!! :)




Friday, January 10, 2014

Perkembangan Rafif 18m

Assalamualaikum semuaaa!! 

Harini jumaat, mendung pulak kan. Sedap tdo ni. Heheh, tadi dah bangun lambat. Ayoo. Eh eh tapi harini nak cerita pasal perkembangan anak bujang sorang tu. 

Hurm. Dari segi fizikalnya masih lagi same. Mmg kecik orangnya. Berat baru 8.5kg. Hehe. Tinggi dalam 70++cm. Tapi aktif jangan cakap. Melompat aje keje die. Dah brape kali tertonggeng jatuh dari couch tu. Hehehe. 

       

Makan banyak mcm biasa. Die suke jenis kuah sup gitu. Klau naik sup ayam mmg banyak wei. Lepas tu berakk. Hahahhaa. Skrg die campur la susu. Masih bf macam biasa cuma siang banyak minum fm. Sehari 4x bancuh susu utk dia. Pagi bangun, lepas makan tghari, minum petang dgn malam sebelum tdo.

Gigi dah banyak. Yg depan tu dah nampak penuh. Dengan taring dah keluar. Act, taring tu dah lama keluar tapi slow sangat keluarnya. Hehehe. Geraham pon dah ada. So far Rafif tak pernah demam naik gigi. Alhamdulillah. Last die demam yg masuk spital tahun lepas. Nak masuk setahun tu. Pastu last week die panas sikit la badan dia. Naseb baik tak melarat. 

                                
Rambut dah tak tau brape kali potong. Sume ibu potong sendiri je kat rumah. Ada pakai mesin, ada pakai gunting. Hehhee. Sbb dlu pernah bawak g saloon melalak dalam tu. Baik la ibu potong sendiri. Settle. Senang je, bagi die tengok cite kat ipad. Pastu kasi potongg laahh.

Dari segi bercakap pulak die biasa2 je, mulut jenis ikut ayah kot. Tak banyak cakap. Hehehe. Yang skarg yg die slalu sebut pon efent! Hahaha. Asyik2 elephant je. Banyak yg die sebut apa yg die baca kat buku dia. Bangun pagi terus sebut ABC. Haa cane tu? 

       

Petang2 mesti nak main kat luar. Dapat la ibu exercise dengan sapu segala daun kering tu. 

Kalau pegi playgroup pulak, die dah tunjuk perkembangan yg bagus. Dulu die pegi second class menangis mcm hape je. Masa tu masuk class puchong kan. Bila dah enroll aku bawak die g class kat shah alam branch sebab dekat sikit la dengan rumah. Plus aku driving sendiri. Husband baru skali je teman g class. Husband busy, aku pon paham keadaan husband. Takpe, selagi kudrat mak ni mampu. Aku tetap jalankan tugas. InsyaAllah. Bila masuk class kat shah alam ni die nampak ok sikit. Walaupon Rafif dah melebihi 18m, still joint level 3. Belum masa nak joint level 4. Bagi die biasa dulu dengan environment tu. Sebab level 4 ni ada art class la ape la. Dengar teacher baca strory book la. Macam tak leh handle je lagi. Student lain sume dah besar. Ada satu hari tu aku tunggu nak tengok level 4 punya class. Rafif kecikkk je. Klau masuk dalam level 4 mmg paling kecik la rafif, hehe. Tunggu smp dia 20m. Yang best skrg bila aku praktis aktiviti kat rumah. Mmg die dah ingat. Mcm joget2 tu die dah hafal step. Hehehe. 

Aktiviti kat rumah. Macam biasa tengok tv! Hahaha. Aku jenis mak yg tak cerewet sgt bab2 tengk tv ni. Sebab aku jaga sendiri. 24jam tolak tdo 12jam. Ada lg 12 jam ko duduk je dengan dia. Tolak makan mandi mungkin ada lagi 10 jam sehari! Dia takde kawan kat rumah. Aku je kawan dia. Tak kan la aku nak bagi dia belajarrr je kan. Hehe. Kesiannye! Kalau dok taska tu lain la. Kawan ramai. Aku bagi die layan cartoon gak. Layan ipad tengok abc. Sekarang dah banyak la huruf yang die kenal dah tak tertukar. Thanks to ipad! 

     

Skrg pattern tdo same je. Tengahari tdo skali je. Malam tdo lambat dah skrg. Tak kuasa nak tdokan dia awal. Dari aku berperang nak suruh tdo. Baik die pepandai naik katil sendiri tdo sebelah aku. Skrg dah buat camtu dah. Kalau aku rase nak tdo. Aku cakap je. Rafif jom tdo. Pastu aku tak nak ajar ngempeng. Dah dua malam dia tdo cenggitu je. Tengok2 dah krooh. Aku buat2 pejam mata dengkur sikit. Tdo la dia. Hehehe, kadang tu lepas die tdo. Aku bangun g tengok tv kat luar dengan husband, hahaha.

Itu jela perkembangan Rafif setahun setengah. Blom pegi inject 18m lagi ni. Asyik la tak menyempat.




Wednesday, January 8, 2014

New year new me!

Assalamualaikum

Walaupon dah lebih seminggu 2014, tapi aku baru terhegeh2 nak cite pasal new year ye? Hahaha. Maafkan hamba. Ramai orang update blog highlight 2013 best moment. Tapi aku malas la nak cite satu2. Malas nk cari gambar lama2 balik. Tapi memang 2013 banyak sgt best moment for me. Dari Rafif pandai merangkak dan bertatih dan berjalan dan berlari. For me itu the best moment. Tengok anak membesar depan mata. (Walaupon kadang2 terasa pening sbb takde masa utk sendiri) 

2013 pon tahun kami banyak habiskan duit pegi holiday jauh sikit. Err. Rase mmg banyak kot habis duit. Kadang tak terkira brape byk habis pegi europe aritu. Tp dah tak nak fikir semua tu, yg penting memori itu biar kekal dalam kepala kami. ;)

2014 mula menjelma. Azam? Mungkin same mcm tahun lepas. I want to be a better wife, mother and daughter for my family. Dan azam baru tambah sikit. Nak kurussss! Pls pls pls! :( 

Aku dah "mulakan" untuk kurus tu. Nnt klau betul kurus baru aku review. Hahaha. So far berat aku dah turun 2kg. Sikit2 xpe. Asal kekal. Actually, ada sebab nape aku nak kurus sikit, bukan banyak pon. Tp biarlah niat tu aku pendam je. Hehehe.

Dannn. The most important for me. Tahun ni aku nak btol2 tutup aurat. MasyaAllah. Itu niat dari hujung tahun lepas. Aku tak nak buat dgn drastik pon. Cuma sikit2 aku nk tutup btol2. Tp biar kekal. InsyaAllah. Yang aku harap cuma aku istiqamah untuk buat ni. 

Target aku.
1. Pakai handsocks - klau baju tu aku lipat lengan die. Sebab aku banyak kemeja. Dan aku slalu lipat lengan. Harap lepas ni handsocks tu sentiasa ada. 

2. Tudung labuh sikit - bukan aku nk pakai tudung besar sgt. At least klau aku beli shawl tu mesti yg jenis boleh cover chest. Klau boleh biar aku x yah adjust. Die mmg btol2 cover chest. 

3. Stocking - yang ni aku rase susah sikit nak buat. Harap lepas ni btol2 aku pakai la. Skrg aku pakai jenis jarang. Mungkin kaki aku tak brape selesa lagi, insyaAllah aku cuba! 

Jeans dah tak nak pakai ke? Eh tak la. Aku nak buat biar pelan2 tapi kekal. Aku tetap akan pakai jeans dgn baju yang labuh. Dan lebihkan pakai palazzo and skirt. 

                      
Yang ni aku pakai skirt kembang. Mula2 pakai rase mcm "jangok" sgt. Sbb maybe kain kembang kan. Tp bila keluar dah tak perasan dah kain kembang segala. At least aku nak pakai yg aku rase selesa sikit. 

Banyakkan baju chiffon. Hehehe. Maklum la kite ni dok negara panas. Klau kite pakai baju berlapis2 ni kompem panas. Dgn handsocks lagi. Kadang syaitan dok hasut. Panasss niii. Alhamdulillah. Ada jugak kata hati aku dengar dok cakap neraka lagi panas! MasyaAllah! Timbul jugak kesedaran ko kan mimi. 

Aku mmg betul2 ikut kata hati. Takde sape suruh atau paksa. Cuma aku inspired by orang pakai tudung labuh ni. Macam Dena Bahrin ke, Erine Nadia ke, terbaru aku suke tengok Nadia Bayu. MasyaAllah lawa sgt diorng ni. Sebab dionrg pon slalu share kat mane beli itu ini. So senang nak cari. 

Korang doakan aku istiqamah ye!

Dannnnnn. (MasyaAllah yang ni paling payah aku rasa) aku btol2 nak tutup aurat depan ipar. :((
Rase jahil sgt bila fikir, aku klau blah suami takde masalah sgt sbb aku ada adik ipar pmpn. Blom kawen. Tapi bila balik kg tu ada abg ipar. MasyaAllah harap aku btol2 tutup aurat aku. Kena pakai tudung jugak dalam rumah. (Skrg amek masa sikit nak balik kg. Huu)

Nak kurangkan masa bergadget ni. Lebih tumpukan dengan Alquran. (Macam susah-jahil sgtt kan)
Nak kurangkan masa bergossip. Eh ade ke? Maksud yg lebih mendalam. Aku just nak mind my own bisnes. Ade ke gitu? Aku pon rase aku dah dewasa. 27 wei tahun ni. So tumpukan dengan family, belajar menjahit yg mane tak reti lagi tu. 

Doakan aku ye!!!

P/s: aku tetap akan menjadi diri sendiri. Yang suke berceloteh. Suke #makselfie. Suke upload gambar. (Sbb aritu ada org share gambar mcm terkena kat muka sendiri) yang penting aku tau niat aku. ;))




Monday, January 6, 2014

Hadiah pemenang Ibu Rafif first giveaway

Assalamualaikum

Salam isnin untuk my reader. Actually, ni baru balik dari tesco. Penatnye. Pagi tadi i dah post tau hadiah buat pemenang giveaway tu. Tq tq tq pada yang joint. Mmg susah nak cari pemenang. Tp i ikut kata hati pilih yg mane berkenan. Semuaaa comel2!! 

       
Tapi i post biasa je tau. Pakai stem. Tak guna pos laju sbb tak sanggup nak ber"drama" dgn Rafif kt post office. Hehe. And ada surprise sikit dekat parcel tu. Harap mommy yg terima tu jgn terkejut sgt. Hehe.

Lain kali insyaAllah i nak buat lagi GA ni. Tunggu dulu maybe sebulan dua. Hehe. 

        

I tau hadiah i bg tu biasa je. Tp ada jugak yg sudi joint ga i, tq tau semuaaa!! ;)))
Harap ukhwah kite sesama ibu menjadi lebih akrab. 




Thursday, January 2, 2014

Pemenang GIVEAWAY IBU RAFIF!

Assalamualaikum

Harini dah 2nd January, aku x brape sihat ni tp kena gigih update jugak pemenang giveaway yg pertama ni. Seronok buat giveaway ni. Plus ramai kids yg cute2 gler. Mmg rambang mata nk pilih. Tp i choose the best. Dari pandangan mata i la kan. Hehehe.

Tak nak bebel panjang. Here goes the winner!

First price! Goes to.......... CORETAN MAMI AIRIS (mamiairis.blogspot.com)

                               
Omg, this is too cute for me, gaya kalah ANTM okay. 

And untuk saguhati.. Tiga pemenang goes to....

      
Zila Mahadi. (mrs.asarsolutions.com) yang ni pon pon gler baca buku dalam float. Hahha. Budak2 ni macam2 kan..


      
Miszhafiza. (miszhafiza.blogspot.com) serius okay muka dia tp cute!! Pandai sgt color2! Plus i can see the playroom there!

                                            
(fiedaeryda.blogspot.com) Ketiga saguhati goes to this little cute teacher! Haha, pandai sgt dia ajar mama ke? Boleh jadi teacher and boleh jadi chef ye? Aunty nampak kitchen set tu. Hehe

Congrats kepada semua pemenang! 
But, can u do me a favor? Pls contact me at 0102214895 to claim ur prize

I pakai ipad je update blog. So tak dapat nak letak2 link. But please contact me ya!