Pages

Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts
Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts

Sep 22, 2011

Weekend Chef

Assalamualaikum
ok. mungkin arini dah khamis but its okay ke for me nak update cite pasal weekend lepas? hehehe.tak kisah lah kan? sementara ada mood nak mengupdate ni. baik saya update. ok. here we goes. klau weekend mesti saya a little bit rajin untuk memasak. wow. mungkin orang lain mmg hari2 rajin masak. saya weekend je rajin. or ada husband je rajin. hehe. klau husband ada keja ke. ada meeting ke kt luar. saya makan sorang2. opkos la ikan goreng ngn telur je. haha. saya mmg jenis makan tak kisah. makan je apa saje. (tengok lah badan camne kan?)

ok. ada kisah disebalik garlic bread n chicken soup ni. hahaha. tapi tak yah lah cerita. act, garlic bread ni bukan nye buat sendiri pon. beli instant je. kahkahkah. then panaskan dalam oven. siap!

and for lunch i make;
 terong goreng bercili. first time try. boleh tahan. resipi cari dekat myresipi

ayam bakar madu. tapi madu letak sikit. so tak rase sangat. hahaha

hurm..tu jela. memandangkan menu saya senang je. boleh la orang lain pulak try2 buat. haha. (klau yg malas macam saya boleh la tiru. klau rajin buat la yang susah2 sikit) 

p/s: Tahniah kepada para2 blogger ex-bride to be yang sudah 'berisi'. Alhamdulillah. tahniah. saya? belum lagi. orang kate, take ur time. and appreciate ur time together with ur husband while u still not hv to think about baby. coz once u'll get one. then all the time in ur head is just a baby. (sejuk hati dengar orang cakap camni ^__^) insyaAllah, ada rezeki one day :)

Sep 20, 2011

New addiction

Assalamualaikum
dah lama tak update blog. ewaahh. padahal baru bape hari tak update. kehkehkeh. rase tak best ler pulak klau membiarkan blog tanpa urus. tak bagi makan kt blog. (macam lah blog ni bernyawa). so ape yang new addiction tu? my new addiction tu membuat apam potkadot comel. harharhar. (siap puji tu comel. sabo jelah)

dah lama dah dok usya je resipi apam dekat myresipe. tapi simpan je hasrat nk buat. act, tergoda bila tengok kecomelan apam tu je. bukan nak makan sangat. disebabkan tersangat comel lalu mengambil keputusan nak jugak buat apam tu. tak kira! siap mengamuk2 nak buat (over!) ;p

last weekend pegi la tesco cari barang masak for this week. pastu cari ler jugak barang2 untuk buat apam. takde pulakkk. name je tesco extra. ntah pape btol la tesco extra puchong ni. huh! pastu decided nk pegi kedai bahan2 bakery dekat bangi. punya lah pusing jauh pegi bangi. last2 2 kedai tutup!! gggrr.. mencabar keimanan btol la. pastu terus ke giant kajang. sbb nak balik kajang jap amek barang. pastu ada!! yeay! high-five untuk GIANT! (capslock sikit!)

ahad malam tu bermula lah misi untuk membuat apam comel tu. bahan da ok. stimer dah ada. skali kukus apam tu leperrrr...wakaka. tak nak amek gambar. mmg tak sanggup nak tengok ketidak comelan apam tu. pastu pegi office tny akak sebelah ni. dia cakap kena letak dalam plate yg untuk apam tu. kahkahkah. mane lah tau. lalu semalam membuatlah apam tu dengan jayanya.


kesian dapur. betapa aku ganas menggunakan ko. maklum lah. dapur kecik je. pastu panas pulak tu. terpaksa guna kipas geleng2. eh kenapa geleng. korang tak perasan ek kipas tu asyik menggeleng je.hehehe. saya buat 2 color je. biru dan pink. pewarna biru tu dah beli lama dah time buat nasi kerabu aritu. guna yang sama je. jimat2. 


inilah plate tu. smlm beli terus guna. beli dekat ACE hardware. murah lagi dari giant. high-five ACE! hahaha. murtad dah kepada giant. ekeke.


hasilnya tadaaa!! apam yang ni adalah pusingan awal masuk dalam kukusan. so hasil dia agak cantik dan comel dan kemas. tapi bila dah pusingan yang kebelakang tu. masyaAllah. tak sanggup nk tengok. takde dah potkadot tu. dah bertukar corak .hahaha. ada yang lebih sbb buat mmg banyak dapat sekali buat tu. dalam 40 biji ada kot. bawak datang office arini. bagi la rasa sikit2 kt office mate. Alhamdulillah, diorang cakap sedap. (ke sbb saje nak jaga hati aku ni? haha) begitulah ketagihan saya membuat apam. insyaAllah ahad ni buat lagi. :)
p/s: cadar bertukar baru lagi. pewitt! 

 previous
 now! 


thanks for those who gve us this cadar. yang hijau tu tau sape. hehe. Sya and the geng. member office husband. thanks Sya! Alhamdulillah ini semuanya hadiah kawen. tak pernah beli lagi stakat ni. rasenye cadar saya dapat dalam 6 atau 7. rezeki2.


Aug 12, 2011

So you think you can cook?

semalam or a few days yg lepas i told my husband, "best kan klau puasa kt Australia, pukul 5 dah boleh buka puasa", then cepat-cepat cakap "tp kt sana takde bazar ramadan, tak nak lah" hahaha

my husband mmg agreed je. dia malas nak argue la tu. sejak puasa ni saya tak masak pon. act, bukan malas. ok ada la malas tu sikit. can't help it! saya bekerja, sampai rumah pon dah around 5.15. sampai rumah paling malas nak bukak gate, argh! malas ok. bukak pastu masuk balik kete, masuk kete dalam garage. its not a garage pon actually. muat la myvi i yg kecil tu. masuk rumah nk rest kejap after half an hour drive. fuh. penat tu. ;p

gate yg buat i sengsara setiap kali nak keluar masuk rumah. haha. 


that's why i cakap je dengan husband beli jela dekat bazar. i masak nasi jela kt rumah,ekeke. Alhamdulillah kenyang jugak beli kt bazar tu. kadang-kadang klau mmg hari yang i lapar sangat. i masak nasi mesti lebih sikit. hahahah. that's why lah badan ni tak kurus-kurus. ggrrr.

tengok betapa berjimatnya kami. *bangga*
tapi yang merunsingkan kepala skrg ni. this coming sunday, my Family in law nak datang rumah. sebab ktorang jemput utk makan buka puasa sama. since his lil sist just coming back home from jakarta tak pernah lagi melawat rumah kami. so jemput la datang rumah. and guess what i nak masak ape? 

NASI KERABU! jeng jeng jeng. cuak nye. alahai.

but lucky me, my mom in law is a very supporting mom. so far, im just feel "selamat". ahaha. even i balik rumah mak mertua, i tolong-tolong camtu je masak. hehehe. bertuah punya menantu. act, i tak reti nak react klau dekat rumah orang. for example, rumah i sendiri dekat kb pon. ble masuk dapur je mak suruh masak something, i mesti terjerit-jerit tanya. mak, halia kt maneeee? ajinomoto kt maneee??. tak kan i nak buat perangai camtu pulak dengan MIL kan. 

so, korang dengan mak mertua camne? 


Aug 9, 2011

Resepi: BBQ Chicken

entry ni mungkin akan mengejutkan jantung mak saya kt rumah
oleh kerana tidak percaya anak perempuannya 'pandai' memasak.
hahaha.
ok. saya akui, saya memang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan ni
tu pon, klau saya masak kat rumah.
saya akan bagi nama suka hati je dekat makanan tu.
contohnya;
ayam gulai suka hati aku.
ikan sumbat belakang main bedal.
sayur asal boleh makan.
etc.etc

tapi hari ini dengan bangganya. saya mempersembahkan.
ayam bbq!
wow. macam sedap. insyaAllah sedap. ;p

bahan-bahan yang diperlukan.
-ayam sekor potong kecik-kecik. (besar pon takpe)
 -air sarsi

rencah bbq
-halia, serai, bawang merah, bawang putih (blend)
-serbuk kari
-gula, garam, ajinomoto

cara-cara membuat
ayam dibasuh bersih. ewahhhh (act, ewah tak perlu ikut pon)
klau nak bagi hilang bau yg kurang menyenangkan hidung, basuh ayam dengan limau nipis

sudah basuh, rendamkan ayam dalam air sarsi selama beberapa jam 2-3jam. percaya atau tidak.
dia akan memberikan rasa yang lebih sedappp. percayalahhh~ (ikut lagu siti)

rencah bbq, bahan yang diblend tadi, masuk dalam mangkuk.
letak serbuk kari, masuk garam, gula, tok aji. 

ayam yang direndam air sarsi tadi, dimasukkan pula dalam perencah bbq
letak dalam peti ais semalam.pagi esok bakar. eh. tak puasa ek? 
opss. petang bakar untuk juadah berbuka puasa.
boleh la makan ramai-ramai. nak beli kt pasar mahal *gulp

act, saya takde lah kagum dengan ayam bbq saya, tapi kagum dengan bbq box hadiah dari kawan uniten time wedding aritu. aww. sweetnyee bagi bbq box! terbaik! dan juga comel. ada kaki gitu.

Dec 4, 2010

Mari memasak ;')

ini iklan semata setelah kenyang membedal mee goreng >.<
Macam seronok pulak tengok blog yang tulis banyak tutorial memasak ni.huhu. aku ni nak kahwin tapi memasak tahap boleh-boleh aje aku ni. haha. abeh la aku. TAPI! (wah.capslock la pulak) pagi tadi cuba sedaya upaya bangun pagi dan masak mee goreng. hehehe. hasil die boleh tahan la. nak bagi resipi takot ramai pulak gelakkan aku. hahaha. semua orang tau kot macam mane nak goreng mee ni. senang je sebenarnya. 
Haa.amek kau! dengan senduk2 tu nampak


Sambil menengok Itu Dia mmg sedap jd mee tadi.haha

bahan-bahan ;')
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com