Pages

Showing posts with label Miewanlittlecrib. Show all posts
Showing posts with label Miewanlittlecrib. Show all posts

Sep 19, 2015

Store bawah tangga part II

Assalamualaikum

Di entry sebelum2 ni aku dah pernah cite yang aku nak buat store bawah tangga. Boleh scroll2 kt bawah2 tu je entrynya. Minggu lepas siap la store bawah tangga ku itu. Alhamdulillah mmg it turn out very well! 

Bismillahirrahmanirahim! 
Proses nak pasang store bawah tangga ni rumit jugak ler. Walaupon ko bayangkan die hanya tempek kayu aje. Tapi lama jugak nk siapkan. Memula kontraktor tu mmg dah ukur siap2. Jadi tinggal datang pasang je. 

Haa ni gambar inspirasi. Pertama kali tengok dah terus jatuh cinta. So in love dengan petak2 tu. Padahal frame je! 

Pertama kali aku deal dgn kontraktor ni mmg just nk suruh die buatkan store bawah tangga ni je. Tapi dah melarat pegi suruh die cat, reno toilet, store, pasang lampu, buatkan window bench, pasang pump air. Hahaha. Semua dia lah! Kira aku deal dgn sorg kontraktor je. 

Okay utk store ni die charge rm1500. Mula2 aku dah survey harga utk orang buat store bawah tangga. Around tu lah semua yg gtau. Jadi aku takde lah rase mahal sgt ke apa. Asal jd rupa yang aku nak je. Yang best pasal kontraktor ni, ko bagi je die gambar rupa camane ko nak. Nnt die dtg ukur, baru die quote harga. 

Haa die datang sekeping besor mcm gitu. Hehe. Masa ni ada la aku turun sekejap nak snap gambar. Mesti die pelik ape rajin bebeno snap gambar. Dik, akk ni blogger. Ko jugak akk nk review ni haa. Kahkahkah. 

Ni aku snap dr atas je. Malas dah nak turun bawah. Pintu dah masuk. 

Tadaa~ siap dah store aku. Walaupon nampak kecik je kan tp banyak woo barang aku sumbat situ. Letih jugak la menyumbat barang2 dalam store malam tu. Husband takde. Pegi outstation. Memang keje aku la buat semua tu pelan2. Nnt aku nk pasang rak satu nak muat dalam store. So boleh letak barang tindan2. Lagii banyak barang muat. Huhu. Jom layan before and after bawah tanggaku.

Haa amacam. Okay? Klau berminat boleh la whatsapp kontraktor ni. Nama dia Nizam. Phone number 017 886 8680. Senang je deal dgn dia. Pakai whatsapp pon boleh selain ko rajin nak call. Haha. Orang melayu. Paling best bila tanya. Dik, awk boleh buat ni? Boleh kak. Boleh kak. Semua jawapan die boleh. Hahaha. *thumbsup* die pon buatkan skali window bench dlm master bedroom. Window bench ni aku tak plan nak buat tp sesaje suruh die ukur pastu quote harga. Sekali dgn bench2 ni pon aku dela dgn dia. 

Dalam master bedroom tu ada dinding terkeluar gitu. Aku pon pening nak buat apa la, klau nk letak kepala katil kt situ jauh dgn kipas. Kang panas pulak. Lagipon aku tak suke klau kite susah nak selak langsir. So window bench lah penyudah. Nnt aku cite di lain entry pasal bench ni okay? 

Okay till then. :)

Sep 11, 2015

Transformation Kitchen Cabinet

Assalamualaikum

Sebelum aku lupa semua benda baik aku cerita pasal kitchen cabinet rumah aku. Fyi, kc dalam rumah ni mmg dah siap sedia. Aku beli rumah ni mmg dah ada kc tu. Jd pasrah jela dgn kc yg sedia ada. Tapiiii. Kc yg sedia ada tu idok la buruk ke apa. Cuma color je old school sikit. Tapi takpe. Memandangkan die kayu so kite cat aje lah. Wee

Jom tengok transformasi dari yg dlu


Haa gitu. Gelap aje aku tengok kc ni. Tp semua dalam kondisi yg elok takde rosak apa. So its bonus for me. Sbb skrg nk buat kc besar ni skali dgn stove hob apa semua maunye cecah belas2 ribu. Paling murah 10k kot. Phew. Lega hati mak. Sbb mak cat baru jee. 


Setelah di cat baru. Weee~ aku pelik jugak color cat ni. Sbb seingat aku, aku pilih color pink putih. Tapi takde pink tu. Tinggal putih je. Kahkahkah. Perasan tak aku cabut meja kecik tu? Berbelah bahi sebenarnya nak bukak tp disebabkan peti ais aku beso gedabak, so kena let it go let it gooo jugak. Klau tak bukak meja tu maunye aku tak dapat bukak pintu peti ais. Hahaha. 


Haa amacam? Cerah sikit kan? Klau sape2 nk transform kc tu pegi la beli cat minyak. Color mcm2 boleh pilih. Haritu aku ada plan nak cat bawah tu grey gelap atas putih. Tapi memandangkan table top aku tu kepink jugak jd mari lah kite selaraskan aje semua putih. 

Jgn tanya aku berapa upah cat kc ni sbb aku mmg suruh contractor tu cat satu rumah, dari gate depan sampaiii lah de belakang. Termasuk pintu, grill, tangga, kc. Semua lah senang cite. Huhu. 

Skrg barang dah masuk nnt2 la gmbr kc yg skrg. Mcm huru hara lagi barang aku. Smlm dan harini contractor tu siapkan lagi window bench dalam bilik master dan store bawah tangga. Mmg aku puas hati! 

Till then...

Sep 7, 2015

Kami dah pindah

Assalamualaikum

Harini dah 3 hari aku pindah ke #miewanlittlecrib. Penat masyaAllah. Kaki ni sikit lagi nak krem. Tambah kami mmg pindah dengan barang yang maha banyak tu kan. Lagi lah giler nak mengemas. 

Takde mood nak update blog tapi saje gagahkan diri sambil tunggu rafif dok main kt setia city ni. Hmmm. Mata pulak mengantuk. Penat sangat. Harini rehat kejap sebab dah pening sgt nak mengemas rumah tu. 

Kitchen cabinet pon aku x sempat nk cite  lebih. Aritu nk update blog tak sempat. Skrg so far alhamdulillah semua barang kami berjaya angkut ke rumah baru. Lori 5 tan 2 bijik kena sewa. Hahaha. Tp sebab aku dah banyak kali pindah, aku tau dah prosedure nak pindah rumah ni. Camne nak pack, nak wrap. Semua dipermudah. Aku dapat kotak free je dari budak keje logistik kosmetik marykay tu. 20 bijik kotak besar dia bg. Tny je dlsm group ada je tukang jawab. 2 org bg kotak free. Dah packing2 barang, keje husband cari lori pindah rumah. Alhamdulillah dapat semua yg okay2. Ni aku bg terus contact number lori pindah. Incase ada yg mencari lori pindah rumaj kan. Wan - 0192167047. Servis mmg terbaik. Pastu cermat la buat keje. Dan paling penting kita yg kemas kotak2 ni kena sistematik. Klau apa yg nak kena letak kt atas, tulis atas. Bawah, tulis bawah. Lagi senangkan keje dia dan kita jugak. Oh! Charge lori sewa aritu, 5tan lori dgn 2 org tukang angkat barang rm450. Aku sewa 2 lori 5 tan. Jd 4 org tukang angkat. Letih aku menengok diorng ni buat keje. Hmm aku tengok letih, klau buat keje x tau lah. 

Struggle angkat peti ais mak. Hahaha. Diorng datang 5 org. So okay la takde lah penat sgt kan. Jiran sebelah rumah ni baik giler. Siap datang tolong angkat barang2, siap buat air bg tukang angkat barang. Huhu. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. 

Smlm pulak aktiviti unbox, unpack barang. MasyaAllah penat jgn cakap. Tambah kena turun naik turun naik. Kaki ni krem giler. Naseb baik aku hired part time maid 2 orang. Alhamdulillah, sekejap aje kotak yg bertimbun2 kt dapur settle. Tp tak dapat nk buat banyak keje sgt. Insyaallah next time nk hire lagi, mintak lap2, mop lantai apa semua. 


Mintak iron langsir pon die buat. Aku ni ada perangai tak sampai hati, mmg kesian nk suruh2 orang. Keje baik je. Skrg dapur dah settle, ruang atas pon dah tak banyak nk kemas, cuma kt bawah mmg huru hara. 

Smlm jugak bukak ekon rumah lama, pegi pasang rumah baru. Habis dinding kena tebuk lg. huwaaa. Tp disebabkan Malaysia ni panas sgt, pasang jugak la dekat family hall. Kalau tak berpeluh2 tengok tv. Ala2 bersenam. Lol!

Pagi tadi. Tinggal lah kami 2 ketul kt rumah tu. tp skrg aku dah kajang tdo rumah mil. Kuang3. 

Okay itu jela cite kami berpindah. Hmm one word i can describe is "LETIH"

Aug 20, 2015

Progress cat rumah

NiAssalamualaikum

Semalam ke rumah lagi sebab nk terangkan toilet bowl. Smlm ptg toilet bowl dgn sinki dah sampai rumah. So takot tukang rumah tu x tau nak pasang kt mane. Kang main hentam pulak die pasang. Skali mmg btol die hentam aje hahaha.

Aku ni x tau rumah tu dah cat habis bhgn dalam. Ingtkan baru undercoat. Rupanya dah siap yg bhgn dalam. Weee! Cepat jugak la buat keje sbb die start buat sabtu lepas. Bhgn dalam same je dgn luar. 1 lapis undercoat, 2 lapis cat. 

Masa smp tengok dalam rumah nampak ikut tingkap pinknyeee! Oh em gii. Haha sbb malam. Pastu tukang tu mmg dok situ. Die bukak downlight living room tu color kuning. Lagi nampak pink! Haha. 


Aku mmg pilih color ni. Husband pon takde kata pape, jd on je. Pink kan warna  lembut aku mmg sukeee~~ itu pon aku dah pilih color yg lembut dr chart. Buatnye aku pilih pinkkk lagi. Tak ke dah jd hello kitty town pulak rumah aku. Hahaha. 

Dining area ni downlight bercampur. Ada kuning ada putih. Haha. Dr owner lama. Bila tengok2 balik eh takde lah pink mana pon. Maybe sbb depan lampu kuning jd nampak lagi lah kepinkan ( ada ke ayat ni) dinding tu. 

Jom kita tengok before and after:

Dari orange jigga ke pink! Yeay! Grill tu nanti cat putih saje. 

Haa bab tangga ni. Bila die cat pink tu kan. Jd sama color dgn tiles tangga! Hahah. Dah sekata je warna die. 

Ni dari pandangan family area atas. Rasanya owner lama ni die cat sendiri kot. Nampak tak sekata color cat. Tu tgk sebok la rafif nk turun pulak. Saboo jelaa. So far, aku puas hati hasil cat dia. Bila aku masuk rumah tu pon x berbau sgt cat tu. Takde la pening dgn bau cat kan. 

Gambar rafif kt atas tu family area. Tempat lenjan tengok tv! Bahaha. Cuba tengok yg gambar bawah, takde lah nampak pink sgt pon kan? Sbb family area ni lampu kalimantan putih biasa tu je. So btol lah. Mata aku tak kero >.<

Sorry yg ni gambar x kena pulak. Pening pulak lepas ni mikirkan langsir. Rumah ni pelik. Dah ada sliding 3 pintu, ada lg tingkap, baru pintu. Banyak ler nk kena potong kain ni. Huwaa. 

Ni dr family area, ops ternampak bilik tetamu. Color purple! Diorng ni malam2 pon ngecat. Patut lah laju je buat keje. Sofar tengok hasil kerja okay dan cepat. Tu dok cat pintu, pintu asal color grey gelap. Semua tukar putih. Bilik sebelah tu bilik rafif. Yg kelakor kisahnye. Aku nk cat hitam putih bilik tu sbb tengok rumah nani idayu tu cantik giler cat hitam putih. Aku lmbt pulak bgtau yg dinding hitamnye satu je. Die cat hitam seluruh bilik! Hahaha. Tp dia dah betulkan dah. Phew! Orang yg cat ni sub kepada kontraktor aku dok deal la. Orang acheh. Ckp pon slang2 org sana la kan. 

Nnt aku tunjuk yg dalam2 bilik pulak. Bilik air pon smlm dah siap 2 toilet pasang tiles. Hmm agak cepat la die buat keje. Tp keje masih banyak. Cat luar rumah blom lg. Suiz tak habis tukar lagi, lampu tak pasang semua lagi. Go go go! Hehe

Okay bai! 

Aug 19, 2015

Store bawah tangga

Assalamualaikum

Harini nk cite lagi pasal tangga. Haih letih memikirkan tangga ni. Maklum la rumah skrg takde tangga. Rumah nanti dah kena memanjat lah pulak. Huhuhu. 

Memandangkan owner lama rumah ni tinggal gitu je. Takde buat pape bawah tu, jd aku plan nk buat store bawah tangga. Lagipon ruang lain dah takde tempat utk buat store! Nak tak nak kena buat bawah tangga tu. Ko x tau camane banyaknya barang kitorang yg perlu sumbat dalam store! Luggage kitorang pon ada brape byk jenis. Dr besar gedabak, sederhana besar, kecik, beg galas keras, beg galas kecik. Haha. Husband la ni suke beli luggage. Sbb die slalu travel. Mmg pakai semua tu. 

Ni lah ruang bawah tangga tu. Ruang tak berapa besar pon sbb tangga bukan naik straight gitu. Die naik belok naik belok. Pitams. Aku ni x biasa dgn tangga. Pastu rafif pulak ingt tu mainan ke apa. Dok turun naik turun naik. Eii geram btol klau bawak die pegi rumah tu. Blom pape aku dah pening. T_T

Aku dah mintak kontraktor yg sama jugak buatkan store bawah tu. Pakai playwood je. Yg paling muroh. Hahaha! 
Contoh tak menahan! Hahaha. Rumah omputis mana la aku amek contoh ni. Tp konon2 gini lah idaman hati tu. Pintu bukak keluar gitu je. Senang aku nk sumbat mcm2 dalam tu. Tong air pon situ jugak la aku sumbat. Huhu


Best giler kan yg mcm gini. Drawer gini. Tapi aku tetap tak nak buat sbb aku mmg perlukan ruang yg besar utk letak barang besar.


I like these too. Cantiknyee~ 😍😍😍


 Hehe ni lagi bagus ada toilet siap. Haha. Tapi serius aku ckp tak praktikal langsung klau nak buat. Kang dok berak org lalu atas tangga berbau. Hahahaa! 

Tak sabar nak tengok hasil store bawah tangga tu. Store tu pastinya akan di cat warna putih sahaja. Tak yah pening2. Huhuhu. Aku nk tgk rumah siap je dlu. Tak nak fikir nak tambah pape lagi. No more new furniture, no deco2, no! Nada! Bahaha. Aku pening nk pindah ni pon x habis lagi. Brape beso lah lori aku perlukan ni. 

Nanti dah siap insyaAllah aku akan share hasilnya. Err nk tambah satu lg. anak tangga tu skrg hanya tiles biasa, lantai atas bawah marble. Aku mmg suke marble tu, tp aku tak suke tiles tangga tu. Ingt nk pasang vinyl kat tangga, bila tny org buat die quote rm180/anak tangga! Oh mannn. Kite tunggu dlu lah. Duit banyak lagi nk pakai. Xpe dekat tangga kite bukan letak pape. So next time bila dah pindah pon boleh buat. (Sedapkan hati)

Oh tangga idaman~~ cat warna pemegang aku tiru yg ni. Pemegang dan tiang besar warna coklat gelap. Tiang kecik2 tu cat putih. Harapnya satu hari nanti boleh la pasang vinyl color sejibik camtu. Lawanyeee! 

Okay itu je baii~ 

Aug 16, 2015

Toilet Renovation

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita harini ye? Hehe. Arini nk sambung entry pasal toilet renovation. Maksud reno di sini ialah tukar tiles dgn tukar toilet bowl aje. Bukannye pecah dinding pong. Hehe. 

Kitorang mmg dah plan akan tukar tiles toilet rumah tu sbb rumah kami beli tu dah lamaaa. Dah 15 tahun usianya. Kikiki. Amek PMR tahun ni. Jd mmg plan nk tukar buat bilik air baru sikit la. Misi mencari tiles dah settle utk tiga2 bilik air tu. Sini aku nk kongsi jugak la kos utk reno toilet. Bukan apa, jenuh aku google bajet dan kos utk buat reno ni. Jarang yg nak share. Takpe lah, aku share lah yg aku. 

Tiles aku beli kt meru ni je. Dekat giler dengan rumah. Pegi la cari kt meru klau sapa2 nk beli tiles. Mmg harga murah. Aku beli utk 3 bilik air, kira termasuk skali lantai dan dinding. Tapi dinding bukan smp atas tau. Agak2 6 kaki je. Takde bajet nk buat sampai atas. Tapi okay dah tu 6 kaki. Kosnya Rm1300. Tiles dah settle, pegi cari la toilet bowl lagi.

Yg biasa aku tgk toilet bowl ni jenama american standard, jonhson suisse, clayton, inno. Aku pegi cari kt puchong, dekat tepi highway sebelum sampai houses lighting tu. 3 bijik kena beli. So harga bercampur2 dan tak sama jenama. Klau nak beli toilet bowl ni kena check jarak antara dinding dan lubang najis. Ukur baru beli. Jgn main hentam keromo je. 

Untuk bilik air bawah beli yg ni sbb yg ni jarak kena pulak. Jenama ape ntah. Aku pon lupa. Tapi yg jenis jatuh smooth tu. Idok ler bila tutup penutup tu gedebang jatuh. 

 Utk sinki pon kami cari kt kedai ni sekali. Ada mcm2 pilihan. Dan mcm2 harga. Untuk bilik air bawah, dan bilik air rafif pakai yg biasa je. Takde storage bawah mcm ni. Takde bajet! Haha 

Aku pilih yg biasa mcm gini je utk master bedroom. Sinki dan storage bawah tu. 1 set jela beli utk bilik aku. Aku nk sinki yg agak besar sbb nnt senang kot2 beranak kecik nk mandikan bby dalam tu hahaha. Dan bilik air aku hanya warna hitam dan putih sikit. Nampak tak "rajin" menyental toilet? Kikiki. Harga utk sinki ni rm399. Blom masuk paip dan saluran2 bagai tu. 

Ni pulak satu hal, water heater! Dlm bilik air rafif dah ada water heater peninggalan owner lama. Masih elok boleh guna. So kite topup satu jela utk bilik aku. Nk beli nanti2 pon susah jgak sbb klau boleh nk pasang skali arong dgn tiles apa semua tu. So beli jela. Jenama Rubine tu. Inventer, ada paip shower biasa dgn rain shower. Rm800. Harga asal rm900 lebih. Tapi sbb kami beli dah byk jd ada less. 

Paip sinki dapur pon beli jugak kt sini. Husband nk beli yg elok sikit katenye. Sbb sinki dapur la paling byk kite dok guna. Bukak tutup bukak tutup. So klau beli yg biasa2 takot loose la, karat la. So beli jela kt sini terus yg elok. Jenama serius tak ingt. Huhu. 

Itu je setakat ni progress membeli barangan bilik air. 
Haa ni dah berlonggok semua barang dalam living room. Itu toilet bowl semua blom sampai sbb kena order dlu. Dlm masa 2-3 hari sampai. Takpe lah sbb proses pasang tu semua lmbt lg.

Smlm kontraktor dah start datang buat keje, datang2 je terus melulu pegi toilet. Prengg prengg ttttrrrr tttrrr pecahkan tiles toilet. So babai toiler lama. 

Aku dapat harga dr kontraktor yg sama yg nak cat rumah ni. Die charge utk 1 bilik air, tukar dan pasang tiles pasang toilet bowl, sinki apa semua. Rm1500 utk 1 bilik air. So darab 3. Dah Rm4500. Mintak2 kurang dapat Rm4300. 

Dah habis2 cite pasal pecah sane pecah sini, timbul pulak satu benda pulak. Frame pintu toilet! Frame pintu toilet tu kayu, yg dah lama. Jd kayu dan air ni kan x serasi bersama. Haha. Jd alang2 die pecahkan tiles tukar aje frame pintu baru. Skrg frame pintu dah pakai aluminium. Aku pulak nk pintu semua color putih. Hmm ape jd ntah nnt. Cat aje la kot frame pintu tu nanti.

We will see.

Okay itu aje. Baii

Aug 10, 2015

Mie wan little crib

Assalamualaikum

Hai hai hai. Menyeeeepii aje keje aku ni kan? Dlm blog je. Sbb x sempat nk bukak blog. Nk baca blog apetah lagi. Naseb baik instagram aku hidop lagi. Hahaha. Busy memanjang. Klau tak busy menjahit busy jaga rafif. Tak pon busy tengok running man. Kahkahkah

Haa okay. Dah lari jauh dengan tajuk. Hmm sebenarnya tak tau nk mula dari mana. Aku x de hati pon sebenarnya nk update blog tp sbb bosan menunggu kontraktor ni maka aku cerita lah sikit2. 

Bismillahirrahmanirahim.....
Awal tahun haritu aku survey2 nak beli rumah double storey. Lama tau aku survey. Naik pening aku tengok harga rumah sekarang. Memandangkan aku dah berjaya menjual apartment dan penthouse aku kt kajang jd mari lah kite cari landed house yg agak beso utk mengisi barang2 aku yg maha banyak tu. Sobs. Lagipon aku survey beberapa ciri la utk rumah sampai ke tua nama dia. 

Here goes the list:
1) Kawasan kejiranan melayu. 
 aku ni kan skrg duduk dengan kejiranan 1 malaysia ni. Kahkahkah. Jadi aku tau baik buruk duduk kawasan tu. Aku x nak state lebih2 kang kena block pulak blog aku yg suam2 kuku ni. Hahahaha. 

2) double storey landed
Wahh gitu mcm ape je kan pilihan aku. Kikiki. Tp aku kan menjahit. Klau boleh 1 bilik tu aku nak buat bilik menjahit tanpa share dgn sape2. Skrg ni dah takde #rafif playroom sbb aku dah tukar jadi #mimisewingroom hihihihi. 

3) jarak tempat keje husband tak boleh jauh sgt. 
Ini bukan choice pertama. Sbb mcm aku ckp td la. Kawasan situ susah nk cari rumah yg within our budget. Klau ko kaya takpe. Haha. Klau kayap je mcm kami ni mmg tak la dapat beli 2nd stry kt sane. Semua 450-600k dah. So cari atleast paling tak 30minit smp office. Yg penting point pertama tadi. Kejiranan melayu.

Itu jela kot. Ape lagi ek? Ciri2 idaman hati? Hmm nanti2 lah aku fikir. 

Cari punya cari punya cari punya cari. Akhirnya jumpa lahh rumah sekarang ni yg dah menjadi our new property. Takde dh lepas ni kot. Rafif kira membesar kawasan ni la. Haha. Walaupon nama die our new property tak bermaksud ianya new tau. Hahaha. Kami mampu beli 2nd hand house je. Tak mcm org lain semua baru. Ini pon dah bersyukurrr~~ 

Jadi memandangkan kunci dah dapat. Masa ni paling kritikal skrg. Dimana semua benda kena buat skali arong sebelum bebetul pindah ke sini. X nak la klau dah pindah baru nk buat sane buat sini. Kompem lah bersepah dah la aku ni "rajin" bebeno mengemas. Wakaka. Pastu pulak ada "pembantu yg maha rajin" tu lagi lah haruuu. 

Tapii yang best pasal rumah ni selain dari harga die yg under mv tu. Die juga didatangi dengan kitchen cabinet, 5 bijik ekon, satu set bilik tdo BARU!, porch tiles with awning, plaster ceiling, mesin basuh BARU! Hahaha. Nampak tak penjimatan disitu. Walhalnye banyak lagi duit ko habis kt tempat lain. Kikiki. 

Kitchen cabinet tu ko x payah la nk expect kitchen cabinet yg 3d glass air mengalir, kitchen island bagai. Aku lepuk kang. Cuma warna die mmg oldschool tp memandangkan die kayu xpe kite cat aje warna kegemaran. Jeng jeng jeng. Seperais btol kc aku ni. >.< 

Smlm aku pegi cari lampu, order tiles bilik air sbb kena pecah buat baru semua, survey toilet bowl. Arghh pening kepala. Itu blom masuk nk order cat, arini terpaksa hantar rafif kt mil kajang sbb nk handle kontraktor. Ada yg servis ekon, ada yg dtg hantar tiles, ada yg nk quot pecah bilik air, buat store bawah tangga. Eh pening kepalaaa~ Kami mmg kelam kabut, everything need to be fast. Sbb by hook or by crook kena pindah next month sebelum husband outstation oversea. Omg! 

Ni kedai kami pegi beli tiles bilik air. Rase mcm kelakor pon ada sbb kena pegi sendiri. Sebelum ni tengokk je ayah buat rumah sikit2. Tak pernah lak aku fikir banyaknyee duit mengalir. Haha. 

Houses lighting puchong. Eh giler ramai orang wei! Bio btol kedai ni. Klau korang nk beli brg make sure dtg awal pilih dan terus byr and check! Sbb check tu lamaaa giler woi. Hmmm nangis2

Ni antara afew yg aku pilih. Nak tukar taste sendiri la. Naseb kedai ni harga die reasonable. 

Ni pulak terkejar2 pegi survey toilet bowl dgn segala mak nenek keperluan toilet. Kami ni bukan apa. X ada masa! Bila husband os mcm arini aku semua kena handle sorg2. Kena pegi bukak pintu rumah. Kena catat apa benda. Mari lah kite ber"huhuhu"

Harini husband terus booked org overhaul service ekon. 5 bijik peninggalan owner lama. Huuu~ tp aku mmg nk review semua kontraktor yg ada klau sempat. Nanti2 la ye. 

Itu je buat masa sekarang. And skrg kena tunggu quot harga dr a few tukang cat yg ado. Hmm terketar2 nk tau harga. Ko jgn la tny kenapa x cat sendiri. Husband aku bukan slalu nk ada kt rumah. Os manjang. Aku? Ha ha ha *echo echo echo* klau dtg dgn rafif nk ngecat rumah terus aku pitams kt pintu rumah. Kuang3.

Okay bai itu saja nk cite. So aku akan cuba rajin2 update blog la buat masa skrg utk kenang kenagan aku tua2 nanti hahaha. 

_live update dari ciken rice shop setia city mall. Smbl boring tunggu org servis ekon habis buat keje. 
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com