Pages

May 31, 2013

Rafif 11mo and outing

Assalamualaikum.

Skrg tajuk mmg dua sekaligus. Senang. Jimat masa. Hahaha. Rafif dah turn 11mo 27hb aritu. Alhamdulillah. What can i say. Ceh cakap omputis. Haha. Yelah. Ape lagi kite sebagai ibu nak mintak. Hanya kebahagiaan anak dan kesihatan die okay. Cukup la tu. Besar tu kan. Tak kan nak expect lebih2 kot. Huhu. Perkembangan Rafif terbaru. Lepas cucuk pneumoccocal tu. Tak demam. Tp selsema. Sedih tgk. Yg best. I ada penyedut hingus pegion tu. Alhamdulillah mmg sonang kijo lah. Skrg dah pandai joget! T_T. Kenape nak. Kenape berjoget dlu ko pandai. Hahaha. Bila dgr lagu je kt bbytv die tu. Terus bergerak perut. Haha. Xpe. Good boy!

Rasenye xde beza dgn 10mo punya perkembangan. Berjalan tu dua tiga tapak boleh la. Itu pon den paksa. Kejammm. Haha. Berat baru 7.3kg. Wiwiw. Halusss.

Oklah. Next lah. Cite outing. Okay Rafif ni kan x pernah pegi day care. Taska. Babysitter. Whatnot. So dlu time die kecik2. Ada la mulut yg x sedap di dengar cakap. "hurm. Klau hari2 berkepit celah ketiak mak. Takot orang la nanti". Choiii sgt. Rafif tak mcm tu okay. Walaupon die x pernah duduk ngn org lain. So far die x takot org. Sengih2 ada lah. Masa die 0-6mo. I mmg takot nak bawak die keluar. Tak keluar rumah la klau husband keje. Tak brani. Lepas i start bisnes tu. Nak tak nak. Kena pegi ngepost. And Rafif behave sgt. Walaupon buas. Die takde la over mengamok. Ok je.

Skrg ni memandangkan die dah boleh memanjat. Merangkak pon laju gler. So i byk bawak pegi main kt mall. Bg die feel sikit ramai kawan. Sebelum ni klau die tgk satu benda mcm mainan masuk syiling tu tak berkedip mata. I bg la rase main. Kesian pulak tgk je. Bg die seronok sikit.



Klau yg ada stering mcm gini. Lagi lah die suke. Huhu. So far klau benda tu brenti. I terus cakap. Ok esok kita main lagin kite balik dlu ek. Pastu arini i gedik pegi masukkan die tempat kids main yg dalam jusco tu. Agaknye suke sgt. Bila i angkat nk balik letak dalam stroller. Menangis. Hahaah. Nk main lg la tu.





Sukenyeee. Lepas ni klau boleh bercakap agaknye cakap je nakk nakk nakk kan? Itu la pepandai je ibu. Hahaha. Takpe. Anak aktif bagus. Minda die nk berkembang lg tu.


Klau kt tesco. Rafif siap ada kad weh. Arked game. Tp balik2 main kereta bunyi tu je. Kahh. Haha. Nk main ape lg. Tak kan nak main lumba kete. Haha. I dgn husband suke gler kot maduk arked kt alamanda. Dlu time belaja. Siao buat highscore penjaring terbanyak main basketball yg baling2 bola tu. I dlu pemain netball skolah. Aktif tau dlu. Skrg je mcm badak. Hahaha. So klau rafif suke main tu jgn heran la. Mane tumpahnye kuah klau idok ke nasi. Gituuww.

Tp dalam alang2 bawak keluar tu. I make sure jugak la tak pergi tempat crowded. Mcm dlu i tgu post office bukak. Sbb i suke pegi tesco pagi. Bila fikir Rafif terdedah dgn org ramai. I prgi tghari sikit. Dalam pkl 11 lebih. Waktu tu org ramai di post office tu. Tp i jalan2 la masuk tesco dlu. Beli barang sikit. Pastu tgk no dah nak dekat2 pegi balik post office. Susah mmg susah. Bawak anak kecik. Angkat brg lg. Tp tulah. Dah suke meniaga.

Bila ada Rafif ni. I banyakkk sgt belajar utk jadi ibu yg hebat. Skrg ni hujung mgu ktorang husband dah rilek. Tak payah cari brg masak. Sbb i dah boleh pegi sendiri beli dgn Rafif. Lagipon beli hari weekend sume dah x fresh. klau pegi pagi isnin ke mmg fresh. Itu untung dok rumah. Tapi hati kena kental wa cakap lu. Bukan senang nk handle anak. Dgn shopping lg. Orang selalu tegur i. Akak sorang ke? Mata cari laki den. Mesti igt den ibu tunggal. Sedihh. Sbb tu la. Perempuan boleh jaga anak susah mane pon. Laki? Mesti kawen lain!. Eh. Lari tajuk dah ni. Hahaha.

K lah. Baii

May 27, 2013

Second anniversary with Rafif

Assalamualaikum

Malam tadi kami 3 beranak ni keluar dinner celebrate second anniversary dekat concorde hotel shah alam ni je. Mula2 tu hubs dok tny yang nk makan kt mane. I blurr x tau nak makan mane. I ckp ala. Kite call mcdelivery je. Sedap jugok. Haha. Hubs nak special sikit katenyee. Kan anniversary. Setahun sekali je. Ok la. Fikir lagi. Hubs cadang nak pegi sri ayuthaya kt bangsar ke mana ntah. Alahaii. Malasnye i nk tercongok kt belakang smbl perang dgn Rafif. Dari klang. Jauh tu. Alahai. Dekat2 jela bang oii. Pastu i suggest. Shah alam takde ke yg best sikit. Oklah. Concorde la. I pon ok je sbb dekat. Hahah. 20 minit pon boleh smp. Kite call booked dlu. I yg pilih buffet sbb nk merasa masakan concorde okay ke x. Satu lg reason i. Klau dinner mesti x yah bangun sbb kite tercongok je kan. Ini mesti akan mengundang marah Rafif. Haha. Die mana boleh duduk je. Ishh. X romantik la Rafif ni. Hahaha.



Budak ni dah makan siap2 dah kat rumah. I bg die kenyang suke hati dlu. Pastu konon die kacau la ktorang makan. Takde maknanyeee. I suap lagi biskut farley tu. Smp je suap die dlu. Tp hahahampeh die nk makan jugakk. Tp i bg la makan fruit. Heee.




Makanan kt concorde hotel ni quite okay la. Orang tak ramai pon. X penuh pon meja. So duduk suke hati lah. Ni first round i. I amek sate. Sedapp. Paling sedap ketam die. Sume sikit2 sbb nk rase. Itu buah bg Rafif makan. Hehe. Pastu second round i amek nasi jagung. Dgn lauk2. Ada kambing golek. Macam2 la. Sayur pon sedap. Die buat lasagna. Sedap gilos.



Yg ni hubs punya. Kemain amek oyster. Weekk. X sedap. Hahaha. Eii. X boleh nak telan la i klau benda x masak ni. Hahaha.




Ni bahagian dessert. Cake giler kau. Banyak choice. I amek tiga je sbb pening dah sume sedap. Haha. I amek aiskrim. Apple crumble. Sumenye sedap. Dan cake die lembut. Rafif sebok nak capai cake tu. Haha. No. Not this time.




Lepas makan tu takde ape dah. Balik rumah sambung menjahit. Hehe. Total kite makan rm205. So far i rase berbaloi gak. Sbb makanan die sedap. Smp arini. Pukul 3 baru i jumpa nasi. Sbb kenyang. Hahaha.

Dlu waktu first anniversary. Sambut ramai2 kt pd. Family day blah husband. I tempah cake dgn hana sedapsedapbelaka tu. Red velvet die mmg akan ku kenang smp bila2. Klau dekat order dah. Ni jauh je. Waktu tu, i pregnant 36weeks. Tepat 9 bulan. Sebelum pindah rumah skrg. So bayangkan die memboyot gitu g family day. Hehe. I mmg aktif waktu mengandung. Sbb tu tak sangka sakit bersalin 4 jam je. Tahun ni Rafif genap 11 bulan. Alhamdulillah. Dgn kurniaan yg Allah bagi. :') next month double birthday. Husband and Rafif. Ayoo. Pening nk cari hadiah. Hadiah anniversary ni i request special dr husband. Jeng jeng jeng. Memandangkan hadiah hari ibu die x bg pape. Die kate 2 in 1. So i request yg rege ribu riban sikit la. Hahahah. Tp bukan la utk i sorng. Utk kesejahteraan bersama. I request pasang aircondddd!! Panass weh dok rumah ni. Hahaha. Bijak tak i? So bang, gud luck with the bills. Haha. Rabu baru datang pasang. Nk pasang aircond pon kena amek no weh. Skrg musim panas. Sume nk aircond. Haha.

*happy anniversary to husband. 2 years past. Many years to come. InsyaAllah. I love u. I always do.

May 25, 2013

Gathering bersama ctmah dan shopping!

Assalamualaikum.

Tadi baru je balik dr Jusco Bukit Tinggi ni. Mula2 tu sebab nk tengok Aaron aziz. Huhh. Aaron aziz kemana. Aku kemana. Haha. Ok. Cenggini. Mula2 ajak je sape mommy dr group gojes tu gathering. Saje la nk jumpa. Pastu ctmah on je. Sbb dekat dgn rumah die. Eh? Dekat jugak dgn rumah i. So i keluar la pegi ngepos dulu sbb ada customer beli tudung. Ty! :) rupanya takdo org oi kt jusco pepagi. Amek no terus g post. Bagusss. Pastu i pegi tunggu ctmah dalam kidz art and fun tu. Lepas tu kejap je die dah smp. Pertama kali ni jumpa ctmah. Uii. Kurus nye uolls. Jadi la i mcm badak. Bawak anak die alisha. So ktorang ni same la xde laki keje. Haha.



Haa. Gambar mesti kena snap sekeping dua. Comei sgt la anak ctmah ni. Pipi pau die hoiii. Geramm. Tp senyap je. X mcm Rafif. Uncontrollable. Wahh. Tetiba dapat title tu Rafif oi. Tp rupanya alisha ni lg berat dr Rafif. Wuu. Segan i. Anak iolls mcm x cukup makan. Xpe. Aktif. Aktif. Jom kite layan gambar Alisha dan Rafif pasangan bercinta. Tettt. Overnye mak.


Comeinyeee dedua ni. Hai awakk. Kate Rafif. Mari lah naik kuda bersama sama. Okayy. Kate Alisha. Haha. Pandai je aku buat dialog.



Biasalah klau bercinta mesti bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula orang bercinta. Haha. Berebut kereta uolls. Brape kali Alisha jatuh tp rilek je x nangis. Bagusnyee. Sbb licin kot pakai stokin. Hehe. Rafif pulak tgk tangan Alisha mcm sedap je. Nganga. Haha. Rosak majlis la korang ni.


Rafif ni mmg aktif. Badan mmg kecik jo. Tp haa. Sekejap je klau die merangkak tu. Ctmah pon terkejut. Eh. Sampai sane daa. Haha. Sebenarnya masuk sana per entry rm10. Tp org kaunter tu tny. "ini budak boleh jalan ke belom??" tak boleh lg. "okeh. Free!" lepas ni klau Rafif boleh jalan pon aku nak dukung pura2 x ley jalan. Hahah. Kejiii. Pastu klau Rafif berjalan dalam tu. Die tny ini kenape dah berjalan. Cakap la wahh. Anak sy baru boleh berjalan. Hahaha. Kenape keji sgt ni mimi oii.

Okayy. Semalam pulak hari pegi shopping kt midv. Kesian husband die tersalah makan. Asyik nk membuang je. Ktorang dah lama gler x pegi midv. I ok je jarang2 nak pegi. Act. Nak cari baju Rafif la. And sweater or jacket. Tmbh lagi. I pon ada la shopping sikit2 barang i. I beli jeans Poney dalam Metrojaya. Sale 70% dapat rm38 je. Wuhuu. Pastu i terjumpa lah seluar color nak ala2 la seluar jeans Rafif yg i beli kt cotton on aritu. Ape lagii. Murah. Rembat la.


Hehehe. Same kee?? Lain sikit la kt luar. Dalam gambar nampak same pulak. Rafif punya skinny jeans candy beli kt cotton on aritu lagi. Dua helai rm99. I beli i punya dekat pdi. Selai rm39. Lagi muroh dr Rafif. Haha. I cakap. Bang. Kena pakai camni la sedondon. Whatt??!! No!!! Husband i x kan layan lah. Kompem! Haha.


Ni pulak i beli tadi kt padini concept store. Memandangkan sale. I rembat la tiga blouse. Boleh di katakan sesuai la utk breastfeed mom. Sbb die ada butang kan. Yg biru tu actually xde butang tapi boleh selak. I beli sbb senang nanti nak pakaikan dengan inner nursing. Sume color pastel. Cantik kan. Dan murahh. Sbb sale ni. Biru tu rm35 je. Kuning and peach tu rm45 gitu kot. Lupa dah. Haha.



Ni kasut holiday. Haha. Ya Allah susah nye i nak cari kasut. Disebabkan nak cari kasut yg mmg selesa nak mampos. I malas nk tny org sbb kasut ni kita kena pegi cari dan try dulu okay ke x dengan kaki kite. I masuk dah jusco awal2 tu. Tengok kasut karipap camel active mmg cantik. Dan comfortable. Bila tgk harga rm199. Ok mahal. Letak balik. Pastu hubs kate beli je xpe. Yg penting selesa. I kate xpe lah. Jalan2 dlu. Dulu pon masa pegi australia mmg i pakai kasut karipap. Selsa. Pastu jalan2 tgk crocs masuk kedai. X pasal2 rembat kasut ni dgn harga rm209. Hoii. Bukan lagi mahal dr tadi ke? Aku rase kedai crocs ni pakai mandrem lah. Barangsiapa yg masuk. Wajib membeli. Eii. Berantu. Tp kasut ni pon selesa dan ringan gler. Ok pass!



Ni shopping aritu dekat Mahkota Parade Melaka. Jaket Rafif tu i loikee. Petak2. Haha. Sbb poney ada rebate kan. So beli la. Jaket tu rm109 ke brape ntah. Pastu sales girl cakap klau rm120 ke atas tolak rm20. Ok amek la kemeja jeans tu. Rm89. Pastu die cakap lagi. Ni sikit lagi ni. Klau tmbh satu lagi tshirt bg cukup 240. Tolak lagi rm40. So beli lagi tshirt great holiday with poney. Mmg lah great! Habis dah 200 ni.

Lepas ni ingt nk gathering lagi la dgn mommies. Sonok tau. Tp td xde la lama sgt dgn ctmah. Sbb Rafif nk tdo. Merengek2. I pon balik je tanpa sempat tgk Aaron aziz. Huwaaa. Eh. Over lah! Ctmah x bawak stroller pon. Bawak ssc je. Patut la kurus. Aku je malas balik2 tolak stroller. Hahaaha. Adios!

May 22, 2013

Rafif and his education toys

Assalamualaikum

Rajinnyee i update blog kan? Kahh. Memandangkan i blom start operasi niaga lg ni. Ada la sikit masa. Bila dah start meniaga. Haa. Malas dah la nk update blog. Kikiki. Okay. Arini saje nk share barang 'mainan' Rafif. Menan Rafif ni xde la banyak bebeno. Kira berpatutan la. Hehe. Dah baru balik dr kg. I mmg dettolkan semua mainan die. Lantak ko la menan serabut aku tgk. Dah la berdebu. Aritu ktorang laki bini bekerjasama kemas rumah. Berabuk x tahan tu. Pastu make sure brang yg kat bawah tak bahaya utk Rafif. Adoii. Penat gler. Husband vacuum. I mop. Rafif main. Eh? Hoi. Kemas lahhh. Tu arini terfikir nk share menan Rafif yg i rase education. Utk bg die fikir.



Balik aritu die mcm terkejut eh. Ni sume menan akuuu. Haha. X tau nk sentuh mana. Sentuh sikit2 sbgai mukadimah. Haha

Ok. Kite mulakan. Macam i. I main beli je mainan die. Asal i rase bagus utk die i beli. So kebanyakkannye yg jenis main je la. Hahaha. Tp ada la sikit2 utk education toys.




Ok. Yg papan ni. Sume i beli kt klang ni je. Paling i suke magnetic board tu. Tulis sapu tulis sapu. And Rafif tukang sapu. Haha. Blom siap ajar lagi dah sebok tgn die tu. Haha. Yg mickey white board tu tak pakai sgt. Fungsi die sama je dgn magnetic tu. Tp sbb leceh nk sapu2 x pakai. Simpan je. Huhu. And yg abc wooden board tu sebenarnya ada alphabet tu boleh lekat2. Tp dah tercabut. I think tak sesuai lg utk umo Rafif. Sbb die cabut masuk mulutt. Wakaka. Utk 2 tahun okay kot. Tp bagus sbb ada garis2 utk budak belajar tiru tulis mcm mane rupa alphabet. Harga yg mane i ingt i gtau. Magnetic board rm5. White board rm10. Abc wooden board rm12 rasenye.


Yg ni. Numberic tu sebenarnya dok di mickey white board tu. Tp die kecik sgt. Boleh tercekik tau. So i amek lekat2 kt peti ais. Bila nk masak i sebut la kuat2. ONE PLUS TWOOO. EQUAL THREE!! hehehe. So die tergagam. Oo. Benda ni kena jerit rupanya. Padahal i nak bg die x hempas segala pinggan mangkuk i. Wakaka


Yg ni paling i sukee. Yang ring tu beli kt ikea je. Rm49 gitu kot. Gigih la beli. Husband tny. Die reti ke main ni yang? Takpe bang. Kite cuba dlu. Owh. Rupanya Rafif reti main. Yippie. Yg biru tu paling expert. Die dah tau kena move from right to left or the other side. So i tunjuk die tau buat sendiri. Pass! Yg wooden block tu baru beli dekat Mahkota parade melaka. Jauh tau. Hehe. Rm42. So far Rafif pernah berjaya sekali je. Die x reti nk keluarkan. Bila i keluarkan. Tunjuk contoh masuk ikut atas ni. Die faham. Cuma bila die nk masukkan tu kecik sgt kan. X masuk. Cian anak ibu. At least die faham masuk dr atas. Pandai!


Hah. Yg ni stack yg dah kurang korum tu. Lamaa dah beli. Rasenye first education toy Rafif. Tp smp skrg die masih x reti stack ikut turutan. Huhu. Xpe. At least tau masukkan dr atas. I beli kt mydear warehouse. Rm15 ke brape ek. X sure. Yg xylophone tu sebenarnya education toys ye. Jgn x tau. Cuma stick je hilang mane ntah. I ketuk. Rafif nk ikut. Last2 ketuk lantai. Xpe la nak. At least tau benda tu utk die ketuk2. Huhu. Beli kt cameron highland harga x pasti. Tp murah je.


Okay. Ni pulak yg jenis zaman skrg. Sume budak nak ada ipad ni. Kemain kan. Mak dgn bapak android user je. Ko sorang je apple user. Hahaha. Ipad smp ada dua. Satu utk doa2. Surah lazim. Ayat qursi. Beli dgn Laila. Rm29 ke brape dah. Ok la utk die kenal surah lazim sume. Yg putih tu function die x de la best mana. Ada utk kenal few animal. And sound. Numberic jugak. Ada org bg hadiah. Ty! :) and i phone tu lagi la skali pakai je. Rafif ketuk2. Terus bunyi die hidup segan mati tak mahu. Haha.


Utk flash card. Education toys jugak. Toys jugak ni. Haha. Sbb main campak je dalam bekas menan die. So far Rafif ada 3 jenis kecuali yg little reader die. Word with picture. Card word only. And doa harian. Yg doa tu mmg la die x reti baca. I yg bacakan sbb i sendiri pon x ingt doa2 tu. Haha. Kejinyeee mengaku. Klau die xde hasutan luar seperti tv Rafif mmg akan focus dgn flash card die. Smp kerut kerut dahi. Huhu. Klau yg bergambar tu mmg mata die akan tgk gambar je. Die dah x tgk word. Klau i tutup pon die mesti pgg tgn i nk tgk kebenda tu. Haha. Hai la anak.


Utk books. Ni je yg die ada. Sedih kan? I ingt lepas ni klau bigbadwolf ada lg. Gue mau terjah. Biar anak gue minat membaca. Jgn jd macam gue. Eh apsal mcm rempit sgt ayat ni. Hehe. Dua buku tu org bg hadiah lahir. Hebat sgt uncle kuch ko. Belum pape dah bg buku. Hehe. Dan lagi dua. Ibu belikan. Satu di mph alamanda yg abjad tu. Rege x smp rm10. Yg foam tu beli dekat kedai buku johor bharu aritu. Mall ape dah lupa. Hehe. Pon x smp rm10. Murah je buku budak ni.

Itu jela kot mainan Rafif yg i rase ala2 education. Terfikir lepas ni apa lg ek. Ehhh. Ada satu lg. Bubble. Haa. Jgn x tau ye bubble ni pon bagus utk minda bayi. Die tengok nanti dapat resap dalam minda die. Ooo. Bubble ni nnt akan pecah dan bg renyah rumah aku. Kesian mak aku kena mop pulak lepas tu. Hahaha. Jadi main lah kt luar rumah ye. Lagi bagus. Rumah i ni perumahan lama. So taman die ala2 taman rumah hantu je. So xde harapan la petang2 nk tolak Rafif dalam stroller nk jenjalan. Baik gue jenjalan mall. Hehe

Ape pulak anak2 korang punya toys? Share lerr

May 20, 2013

Rafif first injection pneumococcal

Assalamualaikum

Ok. Skrg i dah balik kl. First thing dalam kepala nk cucuk Rafif. Ari sabtu smp kl. Fil dtg amek kt klia. Sehari before tu mil dah gtau diorng nk pegi holiday melaka. Okla. Nak tak nak kena ikut kan. Semalam je dok melaka. Plan nak jumpa Etty. Tp etty x nak jumpa kiteee. Eh? Mati kena marah dgn etty. Hahaha. Xde rezeki nak jumpa lg. Etty antara org paling rapat la dgn i. Walauponnnn x pernah jumpa. Whatapps. We chat. Pm. Msg. Kemain lagi kan etty kite. Hahah. Eh? Kenape cite pasal mak ety pulak ni. Org nk cite pasal Rafif. Huhu. Sokmooo gituu.

So arini kite dah g cucuk Rafif dekat az-zahra bangi. Tak pernah cucuk tempat lain. So alang2 balik dr kajang. Singgah bangi cucuk si tecik dlu. Mula2 tny je dlu sbb i x bawak buku kk tu. Die kate xpe. So proceed je. Jumpa dctr. Di sebabkan Rafif dah lepas 6m. Kena cucuk 3 jab jela. Next appointment lagi sebulan. Two days before we fly london. Ya Allah jgn la die demam. Dctr mcm biasa la cakap setengah budak x demam. Just incase demam bg je terus ubat demam. I tny boleh guna panel x. Sbb Rafif under pmcare. Rupanya tak boleh. Cost sekali cucuk rm251. Takpe nak. Ape sgt la rm251 tu zaman skrg. Ayah kate on je.



Ayah cuba tenangkan anak die. I x nak masuk campur. Lantak korang la. Hahaha




Ok muka mcm tenang je. Tp lepas tu huwaaa. Kuat weh. Bergegar bilik dctr. Dah la time tu die ngantok. Cian anak ibu.

I x amek rotavirus. I cuma amek pneumococcal je. Act. Once u decided nk vaksin anak. Tutup telinga pejam mata je bila org cakap pape pasal vaksin. Jgn x tau ada org anti-vaksin. I bukan la nak cakap i pro-vaksin. Cuma lepas kematian bby Aqil. I mcm kena tampar tersedar dari mimpi indah. Hoii. Cucuk anak la samdoll. Gituuwww. Kelas sgt mimpi aku.

3 kali cucuk ni cost me dekat 800. Ape lah sgt. Pecah la tabung buluh. Hehehe

K. Sape nak cucuk anak dgr la nasihat i td. Wah nasihat gitu. K lah nk g makan. Baii

May 16, 2013

Hari Ibu

Assalamualaikum

Tahun ni first time la kan sambut hari ibu. Tahun lepas baru nak jadi bakal ibu. Hehe. Mula2 tu x ingt pon i dah boleh sambut hari ibu sbb dah jd ibu. Cuma dok ingat nk sambut hari ibu sbb ada mak. X sedar diri btol. Heheh

Tahun ni memandangkan i dekat kg. So i celebrate makan2 je. Dengan mak dengan family terdekat je. Kite buat bbq. Seronok jugak petang2 buat bbq mcm piknik la konon. Sudahnye i dok kejar Rafif je. Adoii. Rata die merangkak. Itu baru boleh merangkak. Klau berjalan x tau la.







Tahun ni x dapat la nk celebrate dgn husband. Sedih woo. Lama gler x jumpa. Xpelah. Tp husband tak lupa pon nk wish mothers day sbb i dah warning dua tiga hari sebelum. Hahaha. Kejamm. Husband ckp die ada nk bg surprise hadiah. Aahh sudah. Sbb biasa husband kalau surprise hadiah mmg i btol2 surprisee. Rase mcm nk nangis sbb tak kena taste. Hahaha. I pujuk tny apa benda die nk bg. Bila die ckp only in sabah ni. Gulp! Telan air liur la i. Rupanya nk bg i mutiara hijau yg rare. Err. Err. Bang. Duit tu baik lah abg blanja mie melantak dekat Ayutthaya ke. Haha. Sbb i x minat pearl. Klau org bg gelang. I simpannn je. X pakai sgt pon. So dah cancel. Naseb baik dah tny. Haha.

Skrg i blom balik kl lagi. Adoii. Lamanya bang oii keje. Kesian tau. Xde cuti. Org weekend jenjalan. Public holiday g holiday. Tp gue? Nadaa!! Yilekk!! Tp tix flight dah beli. Fly sabtu ni. Hubs blom boleh balik lg. So i tgu la result die. Klau kate die balik 2 3 hari lepas i balik. I on je balik sabtu. Tp klau lamaa lg smp hujung bulan i xde la nak balik. Jangan harap. Hahaha. Kite berkampung lagi ye Rafif. Amek masa ko nak tgk kambing kuda bagai tu. Bila dah balik kl sume tu xde dah. Sumenye tgk dalam tv aje. Huhu.

*this entry suppose to upload few days back tp x terpost. Smp arini dah hari guru. Heheh. Selamat hari guru to all guruss. Haha

May 8, 2013

Pengalaman menaiki kapal terbang bersama anakku si Rafif Rifqi

Assalamualaikum

Harini i nak share pengalaman i terbang bersama Rafif. So far, Rafif dah terbang lebih kurang 11 ke 12 kali dah. Dan experiencenyeeee...adalahhhh.....tak besttt!!! 12 kali naik pon 12 kali lah melalak dalam tu. Wakaka. Eii. Klau nk cakap tebal muka i ni malu weh. Tebal ala ala tepong gomak yg cite p ramlee tu.

Ok. Setakat ni paling lama pegi jakarta aritu je. Dalam dua jam setengah kan. Eh. Btol kot. Die punya melalak dalam tu dah sejam. Haa. So ada sejam lebih sikit je nk dok rilek2. Grr. Rafif mmg tak suke naik flight. Klau naik kete okay pulak. Takot gayat ke apa. I rase die rase lemas la dalam tu. Nak kate sakit telinga. Kapal blom bergerak lagi. Dah start enjinnn nak melalak. Hahaha. Hai la anak. Sume org tgk nak oii. Malunye mak. Ko besar nnt. Mak nk cite sume ni. Bio raseeee.




Yg lain i byk balik kb je. Dalam 45 minit. So 30 minit nangis. Hahaha. Mak baru feeling2 nk makan kacang masin. Wakaka. Aritu g kedah. Die nangis gak. Naseb la hubs ada. Klau i balik kb. Mmg berdua je dgn die. X larat la i nak bgn buat2 nak g toilet ke apa. Huuu. Ni i nak share tips sikit nak naik flight bawak bby.

Tolong pilih seat. Dan pilih seat depan je. Ko x payah nak gigih ke belakang. Sebab sempit oii. Nak dukung anak lg. Bawak handbag ko ala2 beg perang sume benda ada. Habis la kepala penumpang lain ko libas. Satu lagi. Ko x payah la nk feeling2 tgk awan dok tepi tingkap. Klau anak melalak susah nk keluar. Anak beyak ke nak ke toilet. Duduk je isle tu. Senang nk bangun. And klau MAS atau AA. I mmg nak pilih MAS. Sebab. MAS ko x payah gigih nak panjat tangga. Klia terus masuk badan kapal. Klau naik AA. Ko nak menapak kt airport tu dah lama. Naik pulak tangga besi tu. Kecik bebeno anak tga. Huii. Geram aku. Pastu klau smp kb ni. Die terus turun ke dalam airport. X payah nk turun tga besi lagi skali. Haha. Cop tmbhan pasal seat. Klau MAS. Pilih la seat yg no 5. Btol2 belakang dinding pemisah antara bussines class atau economy class. Situ mmg luas sikit. Senang kita nak handle anak. Sbb tu i suke MAS. Klau AA u kena pick hot seat. Paling depan. I malas nk tempek gambar. Haha. Voley??. :p luas die idok ler luas sgt. Tp at least ko boleh la nk luruskan kaki tu. Haha

Hurmm. Ape lg ek. Klau utk travel jauh. Kena booked bassinet la kot. Pastu lg skali lah x boleh nak feeling2 tgk awan. Sbb bassinet tu kompem yg kusi tengah2. Huuu. Sedihh. Pastu bawak la any toys yg x membahayakan telinga org lain. Hahaha. Kang kena bebel lak.




Untuk travel pegi London next month. I mmg dah booked bassinet. Harap Rafif muat la dalam tu. Klau tak muat mampos. Dan ibu x boleh nak feeling2 sgt la. 12 jam oii. I really hope die x meragam. I kena sedia mental and fizikal ni. Grrr. Doakan semua okay je. Dgn makanan die lg. Wuuu.

K lah. Babai!

May 6, 2013

Kaki Rafif berlubang!

Assalamualaikum

Suspen x? Hehe. This is short entry je. Malas nk menaip panjang. Aritu start Rafif pandai merangkak. Belakang jari kaki die berlubang. Lol. I tak reti nk cakap camne. Tp berlubang la. Keras. I tny intan. Rupanya Amani pon gitu. Fuhh. I dah cuak. I sebenarnya tak brape gemar nk sapu ubat. I takot ubat tu ada kandungan pape. I dah la x reti nk tgk ape benda dalam tu. Rupanya sbb budak tu tgh melasak nk merangkak skrg. So benda tu normal.




Gini la berlubangnyee. Hehe. Tp skrg dah okay. So mommies dont worry sgt ye. Hehe

May 4, 2013

Al-fatihah untuk baby Aqil Hamzah

Assalamualaikum

Bangun pagi ni rase bengkak mata menangisi pemergian aqil. Sedih tak terkata. Walaupon aku hanya sekali je jumpa erina and aqil. Ye. Sekali tapi rase mcm dekat. Atau aku lebih emo sebab dah menjadi ibu ni. Susahnya nk telan perit dugaan besar Allah bagi ni.

Erina hanya sempat post di group gojes supaya doakan aqil sbb admitted kt ward about 3 days back. Semua berlaku dengan cepat. And kak mimy hamid ada kutip sumbangan. And aritu nak cari hp yg i guna utk request tac bila buat transcantion tu ntah nama letak. X dapat nk bg sumbangan aritu. Semalam zura nk pegi visit aqil lg. Sempat kirimkan sikit sumbangan. Itu dgn bantuan etty kamal. Lepas solat mgrb smlm aku doa. Supaya Allah pulihkan aqil. Pastu aku bukak hp. Check fb. Aqil dah takde..........dah pergi menghadap illahi. Ya Allah! Sekejap nye pinjaman mu Ya Allah. Aku terus cari mana Rafif! Aku peluk kuat Rafif. Aku berkata dalam hati. Rafif bukan hak aku. Rafif adalah hak milik Allah yg Allah pinjamkan utk aku. Ya Allah. Jangan kau tarik dia daripada ku. Aku belum puas berkasih manja. Tapi aku sedar.....bila Allah berkata. Kunfayakun! Maka terjadilah ia.

Damailah Aqil di sana. Arini aku tak pasti aqil dikebumikan di mana. Aku cuma berharap. Erina tabah menghadapi dugaan besar ni.

Aku nak share jugak simptom apa yg menyebabkan aqil demam. Tp aku ni tak arif bab penyakit medical. Mmg fail. Yg aku tau. Die mulanya demam on off. Pastu bila bawa g hospital. Dc kate ada masalah darah putih gitu la. Lepas tu virus dah masuk buah pinggang. Tak berfungsi. And aqil koma. Semua berlaku pantas. Penyakit apa tu aku susah nk cakap. Tp ada di sebabkan oleh virus yg merebak melalui tempat kotor gitu la. Sama mcm adik beradik penyakit kencing tikus. Aku dah la benci tikus.





Ni satu satu kenangan aku dengan aqil. Rafif mungkin tak mengerti. Tp bila aku gtau husband. Die pon turut sedih. Ya Allah. Damailah aqil disana menghadapMu. Erina, awk dah ada satu jaminan utk ke syurga. Aqil tunggu mama ye. :'(

Al-fatihah.
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com