Pages

May 22, 2013

Rafif and his education toys

Assalamualaikum

Rajinnyee i update blog kan? Kahh. Memandangkan i blom start operasi niaga lg ni. Ada la sikit masa. Bila dah start meniaga. Haa. Malas dah la nk update blog. Kikiki. Okay. Arini saje nk share barang 'mainan' Rafif. Menan Rafif ni xde la banyak bebeno. Kira berpatutan la. Hehe. Dah baru balik dr kg. I mmg dettolkan semua mainan die. Lantak ko la menan serabut aku tgk. Dah la berdebu. Aritu ktorang laki bini bekerjasama kemas rumah. Berabuk x tahan tu. Pastu make sure brang yg kat bawah tak bahaya utk Rafif. Adoii. Penat gler. Husband vacuum. I mop. Rafif main. Eh? Hoi. Kemas lahhh. Tu arini terfikir nk share menan Rafif yg i rase education. Utk bg die fikir.



Balik aritu die mcm terkejut eh. Ni sume menan akuuu. Haha. X tau nk sentuh mana. Sentuh sikit2 sbgai mukadimah. Haha

Ok. Kite mulakan. Macam i. I main beli je mainan die. Asal i rase bagus utk die i beli. So kebanyakkannye yg jenis main je la. Hahaha. Tp ada la sikit2 utk education toys.




Ok. Yg papan ni. Sume i beli kt klang ni je. Paling i suke magnetic board tu. Tulis sapu tulis sapu. And Rafif tukang sapu. Haha. Blom siap ajar lagi dah sebok tgn die tu. Haha. Yg mickey white board tu tak pakai sgt. Fungsi die sama je dgn magnetic tu. Tp sbb leceh nk sapu2 x pakai. Simpan je. Huhu. And yg abc wooden board tu sebenarnya ada alphabet tu boleh lekat2. Tp dah tercabut. I think tak sesuai lg utk umo Rafif. Sbb die cabut masuk mulutt. Wakaka. Utk 2 tahun okay kot. Tp bagus sbb ada garis2 utk budak belajar tiru tulis mcm mane rupa alphabet. Harga yg mane i ingt i gtau. Magnetic board rm5. White board rm10. Abc wooden board rm12 rasenye.


Yg ni. Numberic tu sebenarnya dok di mickey white board tu. Tp die kecik sgt. Boleh tercekik tau. So i amek lekat2 kt peti ais. Bila nk masak i sebut la kuat2. ONE PLUS TWOOO. EQUAL THREE!! hehehe. So die tergagam. Oo. Benda ni kena jerit rupanya. Padahal i nak bg die x hempas segala pinggan mangkuk i. Wakaka


Yg ni paling i sukee. Yang ring tu beli kt ikea je. Rm49 gitu kot. Gigih la beli. Husband tny. Die reti ke main ni yang? Takpe bang. Kite cuba dlu. Owh. Rupanya Rafif reti main. Yippie. Yg biru tu paling expert. Die dah tau kena move from right to left or the other side. So i tunjuk die tau buat sendiri. Pass! Yg wooden block tu baru beli dekat Mahkota parade melaka. Jauh tau. Hehe. Rm42. So far Rafif pernah berjaya sekali je. Die x reti nk keluarkan. Bila i keluarkan. Tunjuk contoh masuk ikut atas ni. Die faham. Cuma bila die nk masukkan tu kecik sgt kan. X masuk. Cian anak ibu. At least die faham masuk dr atas. Pandai!


Hah. Yg ni stack yg dah kurang korum tu. Lamaa dah beli. Rasenye first education toy Rafif. Tp smp skrg die masih x reti stack ikut turutan. Huhu. Xpe. At least tau masukkan dr atas. I beli kt mydear warehouse. Rm15 ke brape ek. X sure. Yg xylophone tu sebenarnya education toys ye. Jgn x tau. Cuma stick je hilang mane ntah. I ketuk. Rafif nk ikut. Last2 ketuk lantai. Xpe la nak. At least tau benda tu utk die ketuk2. Huhu. Beli kt cameron highland harga x pasti. Tp murah je.


Okay. Ni pulak yg jenis zaman skrg. Sume budak nak ada ipad ni. Kemain kan. Mak dgn bapak android user je. Ko sorang je apple user. Hahaha. Ipad smp ada dua. Satu utk doa2. Surah lazim. Ayat qursi. Beli dgn Laila. Rm29 ke brape dah. Ok la utk die kenal surah lazim sume. Yg putih tu function die x de la best mana. Ada utk kenal few animal. And sound. Numberic jugak. Ada org bg hadiah. Ty! :) and i phone tu lagi la skali pakai je. Rafif ketuk2. Terus bunyi die hidup segan mati tak mahu. Haha.


Utk flash card. Education toys jugak. Toys jugak ni. Haha. Sbb main campak je dalam bekas menan die. So far Rafif ada 3 jenis kecuali yg little reader die. Word with picture. Card word only. And doa harian. Yg doa tu mmg la die x reti baca. I yg bacakan sbb i sendiri pon x ingt doa2 tu. Haha. Kejinyeee mengaku. Klau die xde hasutan luar seperti tv Rafif mmg akan focus dgn flash card die. Smp kerut kerut dahi. Huhu. Klau yg bergambar tu mmg mata die akan tgk gambar je. Die dah x tgk word. Klau i tutup pon die mesti pgg tgn i nk tgk kebenda tu. Haha. Hai la anak.


Utk books. Ni je yg die ada. Sedih kan? I ingt lepas ni klau bigbadwolf ada lg. Gue mau terjah. Biar anak gue minat membaca. Jgn jd macam gue. Eh apsal mcm rempit sgt ayat ni. Hehe. Dua buku tu org bg hadiah lahir. Hebat sgt uncle kuch ko. Belum pape dah bg buku. Hehe. Dan lagi dua. Ibu belikan. Satu di mph alamanda yg abjad tu. Rege x smp rm10. Yg foam tu beli dekat kedai buku johor bharu aritu. Mall ape dah lupa. Hehe. Pon x smp rm10. Murah je buku budak ni.

Itu jela kot mainan Rafif yg i rase ala2 education. Terfikir lepas ni apa lg ek. Ehhh. Ada satu lg. Bubble. Haa. Jgn x tau ye bubble ni pon bagus utk minda bayi. Die tengok nanti dapat resap dalam minda die. Ooo. Bubble ni nnt akan pecah dan bg renyah rumah aku. Kesian mak aku kena mop pulak lepas tu. Hahaha. Jadi main lah kt luar rumah ye. Lagi bagus. Rumah i ni perumahan lama. So taman die ala2 taman rumah hantu je. So xde harapan la petang2 nk tolak Rafif dalam stroller nk jenjalan. Baik gue jenjalan mall. Hehe

Ape pulak anak2 korang punya toys? Share lerr

11 comments:

Hana Soffelia said...

Banyaknya mainan rafif..

Hana Soffelia said...

eh..tertekan publish, padahal ada nak ckp lagi. haaha

hana suka belikan buku kat naurah pun buku tu bakal dikoyakkan tp suka tgk dia tatap lama2 buku tu. bola2 pun ada gak. pastu sume longgok dlm pool sbb i is malas mengemas. hahaha

ctmah said...

alisha pun byk mainan gak..tp i xtau ape yg dia suke..main kejap jek pastu laju jek campak tepi.bila i bangun sikit, mula lah merengek2 nak ikut..adui laaa...hihihi

norhidana said...

amboi3.... dh gaya mcm nursery dh, seronok kan time beli brg menan bdk2 nih... tak kisah la yg mahal ke yg murah

nnti kang sedar2 dh ada 1bakul penuh ngn menan je

Puan Ida said...

Salam,
Banyaknya mainan
sama macam elman anak ida
tapi elman main jap je pastu campak dah huhuhuhuhu
jom r meriahkan blog kite lak
kite ni newbie blogger
nnati boleh share pasal anak-anak ni hehehehehehe
umielman.blogspot.com

Cik Puan Mimi said...

Hehe. I pon ada balls tp x longgok. I simpan dalam case die. Nnt rafif baling2. X sukee

Cik Puan Mimi said...

Sama jugak mcm Rafif. Nk ikut. So pepandai la bg die leka tgk tv ke kan. Huhu

Cik Puan Mimi said...

Itulah. Sedar x sedar dah penuh mainan die. Itu x smp setahun lagi tu. Adoyaii

Cik Puan Mimi said...

Okay nnt kite jenguk ye. Ty for dropping by.

SUHAIDA said...

mahal2 jugaklah buku rafif..hihi..su beli buku aqilah semua bawah rm5..hihi.beli kat my DIY tesco setia alam.mase big wolf hari tu semua buku aqilah rm3..hihi..nasib uncle dia yg bayor...hihi..buku2 lain hadiah mase besday..tu byk buku..

Cik Puan Mimi said...

Best jugak hadiah besday dapat buku kan su. X payah kite nak beli. Hehe. Ni asyik mainan je

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com