Pages

Showing posts with label Little Rafif. Show all posts
Showing posts with label Little Rafif. Show all posts

May 5, 2016

Rafif's Milestone

Assalamualaikum


Lama dah tak update pasal anak bujang kesayangan. Next month he will turn 4 years dah! amagadd. cepatnya masa wei. 27 Jun genap lah 4 tahun. Masih single (means anak tunggal bukan single married. duhh) Hmm, kesiannya Rafif mak dia tak tau nak update apa pasal dia. hahaha >.<" Okay lets start with school! yeah. School is a good topic. -___-

School

Uuu, budak tu mmg suke sangat school. Suke pegi school. Setakat ni dia ponteng 2 hari je kot. Itu sebab Chinese new year aritu balik kg. So cuti lah seminggu. Padahal da start school. Hehehe. Pukul 10 am tu dah ajak. Ibu, lets go to school. Kau rasa?? kelas yang pagi pon belum habis. Hahaha. So dia tak pernah ada drama nangis nak pegi. Agaknye seronok school ramai kawan. Balik rumah friends ibu je. hehe.

Little Boy, Rafif

Gambar ni masa dia pegi lawatan ke petrosains and menara kl. Kerlas tadika skrg dia punya trip. Fuu. Naik 2 bas haritu pegi. Mak tunggu sampai die naik bas, mak panggil2 rafifff rafifff. dia boleh buat derkk je panjat tangga bas. Hahahaa! punya lah semangat naik bas tak tengok dah mak kt belakang.

Dari segi perkembangan belajar tu dia dah boleh la baca sikit2. memula mmg tak expect pape since he just 4 kan. not even 4 yet. Tapi bila die menunjukkan perkembangan positif dah boleh baca ayat2, esp huruf vocal A. so mak assume genius aulad ni sesuai la dengan Rafif. dia pon pegi kelas enjoy walaupon kadang terkencing depan toilet. boys biasa lah. Never mind sbb school tu ada Kak Yus. Pembantu yang akan clean up all the mess. hihi. Rafif pon dah terbiasa panggil Kak Yus. lol. itu mak cik lah. Teacher class dia skrg tgh pregnant and due is coming very soon I think. So mak berharap Teacher tu still sabar la dengan kerenah Rafif. hehehe

Diaper Free

Haaa bab ni, hmm. Siang tu lepas la. Memang dah tak perlu pakai pampers pon kan. Cumanya malam mak still tak gigih nk kejutkan die bangun pegi toilet. hahaha. my bad. Memang malasss sangat2. Aduhaii. Kadang dia tak kencing pon. Malam bila dia dah tdo baru pakaikan pampers. Kalau pakaikan awal2, dia tak nak. huuu


Sleeping

Rafif dah lama tidur sendiri sorang2 dalam bilik dia. Since kami pindah rumah ni. HUbs decided to beli katil king utk master bedroom which is our room lah. Then, katil lama tu kami pindahkan ke bilik Rafif. Settle masalah.kahkahkah. So since kami pindah and beli katil tu dia terus tidur dalam bilik dia. Tapi mak sikit2 hati tisu,
"boleh ke bang dia tdo sorang?"
"alamak nnt dia sejuk ekon kuat"
"nanti die meracau cari ibu pastu turun smp ke bawah camne?"

and persoalan tu ditepis oleh laki ku. lol.
"he will be fineeee"

"okay fineeeee. will see"

Skali smp ke pagi die tdo elok je. kahkahkah. Drama betul mak ni.

Anak yang baik. Bila nak tdo tu je dia suruh bacakan doa budak pandai. Semoga jadi budak pandai Rafif. amin.


Makan sendiri

Haha, ini pon menjadi isu kepada kami tau. kikiki. Sebelum ni Rafif ni mmg makan bersuapp aje. Sampai tahun ni bulan brape ntah. Mak cakap "no enough, this is the time u have to eat by urself". "ibu taknak suap lagi" tapi macam biasa la wei. Alasan Rafif penat la. Rafif ngantok la. itu biasaaa. Tapi apa yang buat die Berjaya makan sendiri tu kami cuba untuk sogok dia. lol. I know this is not right, but we don't have a choice. Aku malas nk suap dia since nasi aku selalu sejuk sbb bg die makan dlu. hahaha. So kami sogok,
"Kalau Rafif makan sendiri, ayah belikan toys"
"Makan sendiri baru ayah bawak pegi tgk Thomas"
Thomas kt johor nun. Mampuih jauh nau. -__-
then puji2 dia.
"Rafif makan sendiri la, baru big boy"
"Budak pandai mmg makan sendiri tau. use your spoon"
and so on punya sogok and idea mak bg. hahaha

Until now die mmg makan sendiri. Tapi mak mesti ada kt tepi nak tolong cubit lauk ke telur ke.
hmmmm. but its okay! still have improvement. lol

all time fav. Kalau keluar dengan hubs aku benci tengok kedai ni! hahahah. no! I don't wanna eat at ciken rice pls. take me somewhere else.! hellppp!! 3 tahun dah wei jemu aku dok ngadap ciken riceee aje. hahahaha

Social life

Rafif suke berkawan. Memang suke sangat. And Alhamdulillah dia mmg suke beramah mesra dengan sedara mara. Kalau bawak die kenduri dia boleh je pegi kawan dengan kakak2, abang2 lain. dengan makcik yg suke melayan die. So mak free! phew. boleh makan lauk kenduri dengan aman. kikiki.

Tapi dia ni more to kawan2 dengan kakak2. sbb die tak suke melasak. Kalau berebut barang pon die akan nangsi dan cakap itu rafif punyaaa. huwaa. itu jela. Hihihi. Yelah kt rumah sorg2, and almost the time main dengan ibu je. takkan la ibu nk ajak main wrestling pulak. haha

itu jela kot perkembangan Rafif 3 tahun 10 bulan.
ALHAMDULILLAH




Sep 25, 2015

Membina Komuniti Ceria dengan Play-Doh

Assalamualaikum

Klau cerita pasal PlayDoh ni memang ramai yang tau kan? Jarang orang tak tau apa itu PlayDoh. Ni nak cite sekarang PlayDoh dalam perancangan untuk mencipta Malaysia Book of Record! Di mana? Di One Utama Shopping Complex. Bila? Esok! 26hb september 2015. Korang boleh pegi OU utk sama2 memeriahkan event ni okay! Untung2 menang hadiah PlayDoh tau~ 

Okay berbalik cite pasal PlayDoh dan Rafif. Actually, dari Rafif umur berapa tahun lagi memang aku dah belikan die PlayDoh ni atas sebab nak suruh die berimeginasi dan be creative orang cakap. Dengan PlayDoh ni kite boleh cipta macam2, create macam. Budak2 confirm suke sebab texture die yang best dan color2 yang die ada tu semuanya ceria2. (Sebenarnya mak bapak pon suke main gak kan?. Hiks) 

Sebelum ni Rafif dah ada ice cream maker. Ya Allah suke sangat! Masa memula dlu mmg hari2 buat icecream yg tak boleh makan tu. Kikiki. 

And Alhamdulillah rezeki Rafif kite dapat free PlayDoh aritu. Dah la banyak giler color die bagi. Mmg menggentel la kitorang haritu. Hehe. Excited si kecik. Siap dgn pisau ikea tu potong2. Cantum2. Pastu gigih mak siapkan a few items yang bertemakan Malaysia! Yg pertama terlintas of course bendera Malaysia! 



Rafif tengok tu "flag! Flag!, nak amek ibu". Apo ingat bole angkat ke? Heheh. Tgk la imeginasi budak2 ni kan? Tak terjangkau dek akal kita. Diorng ni sebenarnya sgt2 creative. But in their own way. Aku pernah baca articel about parenting. Dalam umur die yg masih kecil ni, die tak faham dan tak boleh digest apa yg kite suruh. Ada benda yg boleh, ada yg tak boleh. Tp dalam hal be creative ni, kite jangan paksa dia untuk buat tu buat ni. Maksudnya masa kita main dgn die tu, kite yang beriya "ok anak2, kite skrg buat tugu malaysia" tak ke haru budak tu. Biar diorang create apa yg die nak. Let say yang paling senang die nk buat snake, atau bila kite gelek PlayDoh tu jadi panjang kan, automatik die akan cakap "wow snakeee" and then kite terus iyakan "yes, this is snake. What color is your snake?" Kite tanya2, pastu puji pujian tu jangan lupa okay. "Pandainyee, cantiknyee" 

Kenapa kena camtu? Sebab kita tak membataskan apa yg die nak fikir. Klau die just nk gelek2, nak potong2, okay sgt2 dah tu. Atleast they have something to play. Instead of diorng langsung tak nak pegang disebabkan diorang geli! Yes jgn tak tau ye ada kids yg lemah motor skills, langsung tak nak pegang benda lembik2, kasar2. Die tak boleh accept benda2 camtu. Sbb tu dari kecik ni lah kite ajar diorng bermain PlayDoh! Atau any other option nak main kinetik sand (or just sand-which is very good). 

Sebelum anak jadi creative, ibu bapa yg kena BE CREATIVE dulu! 

Jangan lupa ye esok! MEMBINA KOMUNITI CERIA dengan PLAYDOH~ 

Sep 21, 2015

Rafif and Food

Assalamualaikum

Wah gitu tajuk. Kami baru je lepas lunch. Sbb harini breakfast makan kek pisang je jd lunch kena cepat sikit. Klau breakfast makan berat lunch aku dah pukul 2. Gitu konsep aku cipta. >.<. Haa berbalik kepada tajuk, as you know anak bujang ku nan satu tu mmg ada MASALAH dgn makanan. For him makan itu torture. Hahaha. Die mmg picky eater. Tak tau mane salahnye aku membesarkan dia. Lol. Sedih sangatt. 

Dulu die minum susu dugro. Makan mmg tak nak. Tp aku ingat die mmg peel gitu la. Tak suke makan. Tapi walaupon die tak suke makan, idok la tak makan langsung. Sehari tu mesti aku akan suap nasi jugak kt dia. Atleast ada karbo. Tapi dah a few months aku tukar bg die S26 GOLD for PE (picky eater). Hmm nampak la sikitt perubahan nak makan tu. Cuma die addicted kepada telur pulak. Hahaha. Maciam maciam. Pening mak. Lantak kau lah nak. Asal ko nak makan aje. 

Jd disebabkan die bukan mcm budak lain yg suke makan macam2 tu jd aku TERpaksa lah SUAP. Dari die start makan 6 bulan tu sampai lah 3 tahun. Makan bersuap. Itu pon asyik ugut macam2 nak suruh dia makan. Aku bukan tak nak ajar die makan sendiri, tapi ko bayang eh. Yg aku suap ni pon die geleng2 pusing2 toleh2, klau makan sendiri tak ke langsung tak masuk makanan dalam perut tu. Aku sebenarnya tak suke ikut orang, apa yg jadi kt aku dgn anak aku, aku just follow the flow. Takde nak paksa2 die makan sendiri sbb budak baya die lain semua dah makan sendiri. Takpe, slow and steady. 

Dulu masa dirumah lama, ruang kami nak makan depan tv, tgk tv ofkos dekat sofa depan tv. Jd aku ingt aku ni pon tak disiplin makan harus di meja makan. Dan aku nekad, lepas pindah. Tv aku letak kt atas, jadi masa makan hanya makan sahaja. Tak boleh tgk tv, tak boleh ipad. And alhamdulillah. Setakat ni Rafif boleh makan sendiri kt meja makan! Wow surprise sgt kan? Rase macam nak sujud syukur. Huu. Haritu kami ke ikea beli baby chair, beli pinggan, sudu, alat2 utk dia makan sendiri tu. Alhamdulillah die suke duduk situ. And nak makan sendiri itu yg aku kagum tu. 

Surprise sampai rase nak update blog. Hahaha. 

Licin sepinggan. Siap cakap lagi lepas tu, best ibu nasi. Cuma! Makan wajib ada telur. Kikikiki. 

Klau korang perasan, Rafif klau nak makan mesti kena tengok ipad kan sebelum2 ni. Tapi sekarang rumah kami dah takde unifi maka bertabahlah. Ibu malas layan die bergaduh dgn internet ipad die yg slow tu. So ibu awal2 cakap, Rafif, no ipad while eating. Die nak menangis nak apa pon lantak la. Kena buat hati kering. 

The things yg aku suke ialah die tak picky eater sangat dah sekarang. Nampak perubahan die. Dulu klau TERmakan yg first suap tu pedas, die kompem tak nak makan dah. Lagi pulak ko nak suap paksa2 die mesti die ngamuk. Skrg okay sikit dah. Boleh accept klau terpedas sikit2. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Itu je boleh cakap. Sbb aku tau susahnye mak2 yg anak picky eater ni struggle nak bg anak die besar. 

Rafif skrg dah 12kilos. Yeay! 

Takpe nak, kita pelan2 ek. 

Aug 24, 2015

Rafif's milestone

Assalamualaikum semuaaa

Lamaaa sgt dah tak cerita pasal rafif kt blog ni. Huuu. Alhamdulillah dah 3 tahun 2 bulan anak bujang ku. MasyaAllah dia lah satu2 harga yg tak ternilai bg aku. My best buddy. Hari2 bergaduh. Hahaha. 

Sepanjang die 2 tahun ke 3 tahun tu takde byk beza sgt. Berat pon naik sekilo je. Hahaha! Dari segi fizikal dia semakin meninggi je. Aku tak pasti tinggi dia berapa. Cuma perasan seluar semua dah senteng. Tp klau ikut graf die ofkos lah underweight. Dan tak tinggi mcm budak lain baya dia. 

Whateverrrr~~~ 

Malas layan mak. Tdo sambil berjalan lagi bagus. Kikiki. Nnt awk besar nnt awk baca blog mak. Jgn marah tau mak tunjuk muka awk cenggini hahaaha

Sekarang makin banyak akal. Hari2 buli mak die ni. Hari2 ajak pegi jenjalan. Prrfftt! Dan sekarang ayat die makin bertambah. Fyi, rafif ni late talker. Tak sama mcm budak lain yg slalu pot pet pot pet tu. Dan dia bertutur 3 bahasa, melayu, omputis dan german >.<" kikiki. Kadang2 german tu ada lagi. Ntah la, tak hilang2 german. Tp boleh nmpk la skrg vocab die dah bertambah. 

Smp skrg dia obses dgn thomas and friends tu. Dia punya collection tuuu. Wuu~ aku jugak yg kena beli sbb setiap kali terrrrlalu kt toyrus ke aeon ke. Mesti kena pow. Sobss.

Rafif ni mmg peminat setia ipad la. Sbb die mmg itu jela entertainment die kt rumah, tp jgn lah salah sangka. Die bukan obses smp tak suke main kt luar, tak suke main dgn budak baya dia. No! Die sgt2 suke outdoor dan sgt friendly dgn strangers pon. Huuu menakutkan pon ada budak ni sbb klau g mane2 sebok haii haii T_T


InsyaAllah tahun depan baru nk hantar school. Hmm takut pulak mak memikirkan die nak pegi sekolah. Tp die masih la on diapers. Aritu aku dah start potty train. Pastu dilanda kesakitan yg amat kt belakang. Byk terbaring je. So dah tertangguh smp ke skrg. Nnt kita cuba lagi ek nak. 

Klau nk cite dr segi tahu alphabets, numbers apa semua tu dia dr 2 tahun dah kenal semua. Yg tu takde masalah sgt, cuma bercakap je baru2 nk pandai. Hahaha. 

Makan masih lagi memilih. Tak suke langsung pedas, fav dia nasi eggs. Kikiki senang keje mak. Susu masih lg minum, aku mmg nk die minum susu smp ke besor. Skrg minum s26 gold for picky eater. Hmmm nmpk selera makan tu makin bagus. Tp tak tau la. Budak ni tak leh ramal. Tak makan mak ko ni, demam menggigil pon nasi tetap nasi! Hahaha

 
Skrg rafif masih lg anak tunggal. Blom ada rezeki nak beradik. Klau cite pasal nk pregnant lg ni haihhh, ramaiii yg tanya bila rafif nk ada adik ni. So far, aku mmg enjoy membesarkan rafif dulu! Bukan aku menolak rezeki, sbb aku percaya rezeki tu semua datang dari Allah swt. Tp memandangkan hidup aku yg selalu "solo" ni. I have to. Kena pandai2 jarakkan anak sbb laki aku bukan mcm org lain yg pkl 5 start enjin kete balik. Ptg2 siap boleh basuh kete depan rumah. Tak! Dia bukan camtu. So kita kena byk sacrifice. Tp aku okay, aku pon x nak tergesa2 sbb aku pon tau condition badan aku ni camane. Tahap mana aku boleh handle. Sbb sememangnya aku lah yg nak mengandung. Buatnya aku mabuk sama mcm pregnant rafif dlu? Aku smp ke hospital mintak ubat tahan muntah, pastu nk beranak buatnya anak aku yg lain pon peel abang dia yg suke menangis time kecik tu? Tak ke haru aku. Jd jgn pertikai kenapa aku nk jarakkan ank. Klau islam menghalalkan kita utk merancang bilangan anak. Sape kite nak sebok2 tanya? Ada masa, ada la. Aku pon x pernah pulak kecoh org lain beranak setahun sorang. Buat apa nk sebok, die bukan mintak duit dgn kita pon, die bukan mintak ko jaga ank dia pon. Kann? Mind ur own bisnes la. 

So itu lah sikit sebanyak cite rafif rifqi yg belum beradik tu. Hahaha. 

Luv u Rafif. 

Aug 4, 2014

Review Birthday Rafif

Assalamualaikum

Cak cak cak! Sebelum aku kena kick dr group2 mak blogger baik mak update blog sekepam dua. Haha! Sorry ya mak update birthday punya cerita pulak time raya ni. Mihmihmih. 

Okay pendek cite. Ramai sebenarnya tny mak beli kt mane tu, tempah kt mane ni, katering sape, khemah sape. Jadi mmg tujuan nk berkongsi lah dengan sesape saje nk buat event birthday party. Hehe. 
Planning mmg baik punya sebulan awal tu dah siap booking catering, khemah, cake. Punyalah semangat! Bukan apa, takot sume pon fully booked tak ke nganga je. Ok biar gambar pulak berbicara. 


Okay boleh tgk sini semua contact number utk event birthday party rafif tu. Hehe. Senang cite! Catering tu boleh call je. Tny quot harga. Masa mula2 boy tu dah listkan dekat mak yg makanan sume dan harga. Mula2 die quot rm10/head. Tp husband die mintak tukar dgn mee kari. Jadi rm11/head. Pastu mak pulak ngada2 tmbh teh tarik hehe. Last2 confirm rm12/head. Dan mak order utk 100 pax je. Catering ni based andalas klang ni je. Taman sebelah je. Haha. 

List makanan.
Mee kari
Nasi goreng cina
Kentang goreng
Nugget
Buah 2 jenis
Kuih
Air cordial
Teh tarik
*rasa mcm ada 1 lg tp lupa dah menu*
Harga rm12/head. Okay la kan? Sume pon cakap sedap. Alhamdulillah. 
Itu yg kite nak dengar as tuan rumah. Serve makan sedap2. 

Ok next! Khemah! Ni sebenarnya boy tu yg tukang cari. Mak ok je. Wakaka! Tp review mmg terbaik! 

 Ni hari die pasang khemah. Sehari sebelum majlis pepagi dah settle. Budak2 khemah datang sume ontime! Pasang pon kemas je. Lapik meja siap ada plastik dan centre piece bunga. Hehe. Mak order khemah 1. Meja bulat 4, kerusi 40, 2 meja catering dan dua kipas industri. Meja catering tu 1 utk letak mknn catering lah. Satu lagi utk candy buffet dan doorgift. Tp dua2 letak bawah porch tepi rumah tu. Harga utk sume2 tu rm500. Bg mak ok je harga tu. Sebab bila kite tgk service dia ok. Barang2 pon ok. Berbaloi lah rasanya. Kipas atas dah ada bawah khemah, tp tmbh lagi 2 kipas takot tetamu mak kepanasan. Tp mmg panas aritu. Naseb baik! 

Ok next candy buffet. Dari pelangi manis. Boleh check fb. Masa tgh cari candy buffet tu, mak nak yg die datang bawak barang skali dgn bekas2, sekali deco bagai. Senang kan. Sebab ada yg kite beli barang je. Bekas kena sediakn sendiri. Mane lah mak ada bekas cantik2 camtu. Haha. Okay la amek package yg rm300. 


Ape ntah pakej2 makanan dia. Hihihi. Mak lupa dah. Boleh tgk kt fb dia ye. 

 Dia bagi sekali board besar ni. Boleh la utk deco2 kan? 

Cake! Ok cake pulak dr Sedap sedap belaka. Mmg sedap! Wakaka. Design mak google je cake pocoyo kt internet. Pastu tunjuk je kat aunty. Nnt aunty buatkan. Saje order cake fondant. Barulah ada seketul pocoyo atas tu kan. Haha. 


Ni cake pelangi. Rege rm150. Terpaling murah dah kot. Dan yg pasti rasa dia sedappp!! Berbaloi baloi! 

Ok next ape ek? Tambahan makanan yg ada mcm biasa apam polkadot dgn maksu, lasagna dgn kak ami. 


Eh aah! Mak ada order la yg deco2 bagai tu dengan gifts comel 4 u. Mcm cucuk2 tu. Haha! Lagi ada la mak order sticker lah board stand lah. Ape ntah! Lupa dah. 

 Haa sticker ni! Ada lagi sticker utk air mineral. Ni doorgift yg termampu mak sediakan dgn kurma satu tupperware kecik. Siap ikat riben utk efek cute! Ko rase? Hahaha. Dalam doorgift ni ada airmineral jugak, dgn pocoyo coloring book. Mak DIY je. Smp habis ink printer okay! Kena pegi beli baru ni. Dan apam satu set dalam bekas. Mmg dah siap packing. Maksu buat satu set gitu rm2.20. Pastu ada biskut aiskrim tu. Mak packing kecik2. Hehe. Rajin nau! Klau ada bajet lebih nk je mak order gula2 kapas lah! Popcorn lah! Tp bajet dah habis! Wakaak. Ni mak bajet satu doorgift habiskan dalam rm5 tp buat utk 50 pax je. Alhamdulillah cukup. Siap sape ntah amek byk giler 8 pax utk dia je. Bahaha. Identiti tak dikenali. Lol. Sempat postkan satu utk admin gojes dalam pantang hehehe. Hi mak leenda! 

Air mineral ni pon beli order ikut phone je. Kang die hantor. Hehe. Yg kelakar sticker lagi mahal dr air mineral. Hahaha! Air dalam 30sen je. Sticker 70sen! Mihmihmih


Macam yg belon2, helium gas bagai tu beli online jugak! Hahaha! Dasar suke beli online. Byk gak deco yg beli online. Mihmihmih. 

Tunggu malam sebelum majlis. Gigih la laki bini siapkan preparation 

Sambil berperang dgn birthday boy! Sebok ajee lah budak tu. Aduii mmg penat tau. Rase mcm next sambut hari jadi 10 tahun lagi lah! Hahaha

Baju dia dah lama beli. Tshirt biasa je sbb tau dah klau ari panas kesian dia nk pakai kemeja bagai. Tp mak jahit no 2 dekat baju. 


Gigih ko! Pkl 2 tdo jahit no 2 tu je! Sobs! 

Majlis start pkl 2 sebenarnya. Tp ada family datang awal sbb dalam rumah buat majlis doa selamat. Mil rajin bawak nasi kandaq jamu2 family. Huhu. Mmg huru hara lah dalam rumah. Mula2 mmg feeling2 mak x nak usik dalam umh konon x nk mengemas beriya sgt lah. Sekali! Dua hari ngemas rumah. Wakaak. Bilik rafif siap ada bedak byk giler tumpah. Sape main ntah ler labuu. 

Tp alhamdulillah yg ditunggu2 tetamu sume datang. Dan ada jugak yg sesat. Mintak ampun semua! 

Geng gojes yg super havoc! Seriusly masa nk buat birthday party tu org pertama terfikir nk invite mmg gojes jela. Sbb bg aku kan? Aku lebih menghargai org yg sentiasa dekat dgn aku. Sape lg klau bukan geng gojes. Org lain tu yg mane aku ingat aku invite jugak. Jgn lah kecik hati ke apa. Sbb aku buat kecil2an je. Tak sangka ramai geng gojes dapat datang. Boleh lah kite kenal2 yg mane x kenal lagi tu. Tp tak terlayan sgt sbb masa pkl 3-4 tu pack org! Naseb lah laman luas. Ada jugak yg berdiri dlu. Sorry lah sgt2 ye. 


Props utk photobooth! Senang je buat ni. Percayalah. Download je app line camera. Dalam tu mcm2 boleh buat. Perlu kreatif sikit je. Rafif punya invitation pon buat guna apps je. Canggih btol skrg!


Utk photographer mak tny kak eja owner pelangi manis tu. Ada x photographer murah2 utk birthday party. Bajet mak 200 je. Hahaha! Tp naseb lah ada Hafiz. Baik sgt. Ikut je kami dok posing2, gambar die snap pon cantik2. Atleast kite bayar sikit utk kenangan di masa tua. Masa rafif first birthday takpe lah buat kt kg kelate nun ramai yg nak tolong petik amek gambo. Sini nk mintak tolong sapeee? Hire jela photographer. 

Bff! Dr uniten sampai sekarang. Alhamdulilah. 

Family! Tq for coming! :) 

Family baba. Rafif ada 3 atok 3 nenek ye. Hehe meriah! 

Kemain rafif suke sgt cake dia! Sbb tak habis2 nk kerat kepala pocoyo! T_T

Itu jelah kot! Panjang berjela dah ni. Ikhlas dr kami 3 org. Mintak maaf klau ada terkurang ape benda ya. Yang mane yg kurang dtg dr kami. Yg baik dr Allah swt. 
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com