Pages

Sep 21, 2015

Rafif and Food

Assalamualaikum

Wah gitu tajuk. Kami baru je lepas lunch. Sbb harini breakfast makan kek pisang je jd lunch kena cepat sikit. Klau breakfast makan berat lunch aku dah pukul 2. Gitu konsep aku cipta. >.<. Haa berbalik kepada tajuk, as you know anak bujang ku nan satu tu mmg ada MASALAH dgn makanan. For him makan itu torture. Hahaha. Die mmg picky eater. Tak tau mane salahnye aku membesarkan dia. Lol. Sedih sangatt. 

Dulu die minum susu dugro. Makan mmg tak nak. Tp aku ingat die mmg peel gitu la. Tak suke makan. Tapi walaupon die tak suke makan, idok la tak makan langsung. Sehari tu mesti aku akan suap nasi jugak kt dia. Atleast ada karbo. Tapi dah a few months aku tukar bg die S26 GOLD for PE (picky eater). Hmm nampak la sikitt perubahan nak makan tu. Cuma die addicted kepada telur pulak. Hahaha. Maciam maciam. Pening mak. Lantak kau lah nak. Asal ko nak makan aje. 

Jd disebabkan die bukan mcm budak lain yg suke makan macam2 tu jd aku TERpaksa lah SUAP. Dari die start makan 6 bulan tu sampai lah 3 tahun. Makan bersuap. Itu pon asyik ugut macam2 nak suruh dia makan. Aku bukan tak nak ajar die makan sendiri, tapi ko bayang eh. Yg aku suap ni pon die geleng2 pusing2 toleh2, klau makan sendiri tak ke langsung tak masuk makanan dalam perut tu. Aku sebenarnya tak suke ikut orang, apa yg jadi kt aku dgn anak aku, aku just follow the flow. Takde nak paksa2 die makan sendiri sbb budak baya die lain semua dah makan sendiri. Takpe, slow and steady. 

Dulu masa dirumah lama, ruang kami nak makan depan tv, tgk tv ofkos dekat sofa depan tv. Jd aku ingt aku ni pon tak disiplin makan harus di meja makan. Dan aku nekad, lepas pindah. Tv aku letak kt atas, jadi masa makan hanya makan sahaja. Tak boleh tgk tv, tak boleh ipad. And alhamdulillah. Setakat ni Rafif boleh makan sendiri kt meja makan! Wow surprise sgt kan? Rase macam nak sujud syukur. Huu. Haritu kami ke ikea beli baby chair, beli pinggan, sudu, alat2 utk dia makan sendiri tu. Alhamdulillah die suke duduk situ. And nak makan sendiri itu yg aku kagum tu. 

Surprise sampai rase nak update blog. Hahaha. 

Licin sepinggan. Siap cakap lagi lepas tu, best ibu nasi. Cuma! Makan wajib ada telur. Kikikiki. 

Klau korang perasan, Rafif klau nak makan mesti kena tengok ipad kan sebelum2 ni. Tapi sekarang rumah kami dah takde unifi maka bertabahlah. Ibu malas layan die bergaduh dgn internet ipad die yg slow tu. So ibu awal2 cakap, Rafif, no ipad while eating. Die nak menangis nak apa pon lantak la. Kena buat hati kering. 

The things yg aku suke ialah die tak picky eater sangat dah sekarang. Nampak perubahan die. Dulu klau TERmakan yg first suap tu pedas, die kompem tak nak makan dah. Lagi pulak ko nak suap paksa2 die mesti die ngamuk. Skrg okay sikit dah. Boleh accept klau terpedas sikit2. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Itu je boleh cakap. Sbb aku tau susahnye mak2 yg anak picky eater ni struggle nak bg anak die besar. 

Rafif skrg dah 12kilos. Yeay! 

Takpe nak, kita pelan2 ek. 

7 comments:

mrs kayrul said...

Yeaay lepas nie maknya kena rajin masak sbb rafif dah suka makan

Liyana said...

untung la rafif picky eater pun 12kg... faiq yg kuat makan itu baru 11kg? agaknye semua yg masuk perut jadi berak hahaha. yg bengangnya org sekeliling dok ckp anak ko ni tak makan ke? mulut tuuuu mcm nak kena cili sgt haha

MOMMYLIN said...

lain anak, lain ragam kan mimi.. anak2 lin plak makan sampai buncit. sampai muntah... tak thu kenapa. asal orang mkn dia nak gak... pastu mual muntah... uhuhuh pun masalah tau.

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah..faham sgt bkn senang nk deal dgn anak makan memilihkan...syabas sis..

Unknown said...

gitu ler klu anak masalah susah makan... dlu smpi aku stress nk suap dhia makan...tp xmkn jgk... skrg ok la.. elok je makan... cume nk mkn sndri tu xpndi lg... nk makan pun xsenang sbb dayyin kacau..haha.

Aznor Ibrahim said...

ok nk cuba gak wat gini la..jauhkan tv sume.aqeel bkn picky eater tp skrg ni die makin kurangggg nak makan.tah la knape.haih

anez zamri said...

alhamdulillah dah berat dah rafif..tumpang gembira weh sebab aku paham perasaan ko macam mana..memang sama yang ko lalui macam aku dengan hannah..berperang nak bagi makan..hannah telur nak..nasi taknak..paling banyak makan pun roti telur je..sekarang ni memang kalau hari cuti tu aku bawak pergi makan kat kedai sebab die banyak makan roti canai tu..dah macam-macam aku usaha ni nak bagi die makan..sebab hannah ni banyak minum susu je tu kenyang kot..kena tegas sikit lah kot kan..huhuhu sorii terpanjang lak komen..sbb memang terkesan sangat pada aku bila anak tkmo makan ni..hannah tu kurus je banding adik..tu yang macam sedih sikit tu

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com