Pages

Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Dec 10, 2013

Big bad wolf is here again!

Assalamualaikum

Dah few days x update. Totally lost bila mak aku datang kl. Aku bukan la busy sgt. Cuma nak take time menulis tu macam takde masa sbb aku fikir baik aku spend my quality time with family. So sekarang baru ada masa nak update. Hehehe. Mak dah selamat balik sabtu lepas. And ahad smp isnin semalam aku joint familyday-inlaw. Meriah klau ramai2. Tapi arini aku nak cerita pasal pegi big bad wolf.

Aku pegi first day bukak lagi. Jumaat lepas. Pepagi lagi aku dah bangun siapkan Rafif. Adik2 aku sume mandi siap terus gerak dari klang pukul 8 lebih okay. Sekali lah tu jam dgn org nak pegi kerja. Haish! T_T tsk!
Sampai je sane parking masih ada. Aku siap pegi makan nasi lemak dlu kt kedai bawah. Siap breakfast sume aku naik atas bg Rafif pegi main kt playground die ada sediakan. Mak aku tolong jaga Rafif. Kesian mak kena kejar Rafif lari2. Prrff!


Aku cepat2 turun pegi book fair. Orang ramai jugak tp dikatakan tak sesak sgt la. Aku siap bawak troli ko. Tak mampu la nak angkut. Buku kan berat. Aku main tolak je.


Aku dok sane tak lama sangat. Dalam sejam lebih je. Mula2 tu aku mcm pening mata sebab bookssss is everywhere! Pastu nak pilih yg sesuai tu lagi satu hal. Aku jenguk je dlu bhgn child's book. Pilih2 mane yg nak bg Rafif, Rania and Hannan anak sendawa aku dua orang tu.




Orang semakin ramai. Penuh setiap ruang. Naseb lah Rafif dok main kat atas. Senang aku nak memilih.



Dah pilih2 aku dok tepi jap before bayar sbb nak calculate. Hehehe. Kira2 ok lg. Tak lebih bajet. Pastu aku beratur lah bayar tak yah tunggu. Terus masuk lane bayar.



This is mine! Tapi sedih sbb tak jumpa chicken soup for the soul tuuu. Rase macam nak pegi lagiii jee.


Total damage rm132!! Murah kannnn!! Wuhuu. InsyaAllah klau sempat nak pegi lagi. Klau tak tunggu jela next year bak kate Leenda. Hehehe.

P/s: bebudak kalau boleh dok atas la bg die main. Tp make sure kids and guardian sock in. Rm10/hour. Or rm30 for the whole day. Datang pagi atau lewat malam. Tp aku check ig #bigbadwolf tu pukul 2 3 pg pon ramai orang wei. Haish lah!

Nov 20, 2013

Rafif; school, tantrum and balik kampung.

Assalamualaikum

Dah beberapa hari aku tak update blog. Selain dari aku tengah sebok baca blog sebagai panduan nanti, aku jugak ada 'hal' sikit dua tiga hari ni. So terpaksa la abaikan blog sikijap. Harini aku update lamsum je lah. 

Dari Rafif pegi playgroup utk trial second.
Aku booked slot awal dari teacher Watie untuk second trial. Naseb baik ada. Tapi bila teacher Watie cakap class pukul 3 aku agak cuak jugak la sbb waktu tu time nap Rafif. Dan betul la sangkaan aku, die mengamok waktu class. 

Aku gerak awal sikit sbb aku nak pegi warehouse mydear tu. Aku takde lak plan nak beli pape. Macam nak usha2 aje. Tapiii klau dah pegi tu kompem akan habis duit gak. Aku terbeli push car, drum set utk dak tecik tu

                         


Drum set ni rm10 je ko! Aku laju2 sambar. Hehe. Ok pastu aku terus gerak pegi class playgroup Rafif. Haritu ramai lak student, dalam 9 org. Kalau aritu Rafif the only one yang trial student. Skrg ada 3 yg trial. Rafif second trial lah. Jadi aku tambah cuak. Sebab? Bila ramai budak trial. Banyak la bunyi waaa waa. Jadi Rafif confirm tgk orang nangis die nak joint sekaki. Itu la beza budak yg dilatih utk dengar arahan dengan tak pernah dgr arahan. Atau x faham arahan. Huhuhu

Dan tekaan aku Rafif akan mengamuk kat class die mmg tepat sekali. Di tambah pulak dengan lepas nyanyi lagu good morning (walaupon waktu tu petang), teacher Watie terus keluarkan parachute. Bertambah la mengamok Rafif sebab die tak suke parachute. Sepanjang class tu die mengamok. Aku tau die lapar, nak tdo. Tapi ape nak dibuat. Aku teruskan jugak aktiviti die dengan die menjerit2! 

      
Tengok tu die tak nak jalan. Huuu. Tapikan aku ni macam takde perasaan sikit bila anak aku tantrum, nangis ape benda. Sebab aku dah kena setempek kt muka masa dalam pantang lagi bila Rafif jenis budak yg suke menangis. So skrg klau aku dengar die nangis pon telinga aku macam numb sikit. Hahah

     
Nampak pack la aritu sebab ramai kan. Yang bapak2 tunggu tu pon semangat dok amek gamba. Tapi xpe, aku teruskan jugak walaupon Rafif menjerit meronta2. Bunyi macam kejam kan? Jap lagi aku terangkan. 

Lepas habis aktiviti die, aku terus ketepi. Rafif terus nangis smp aku boleh dengar jelas die sebut "nak nenen". Aku masuk bilik blkg terus nyusu dan die tdo. Ye btul sangkaan aku die nak tdo. Lepas die tdo aku terus masuk bilik teacher utk discuss sikit pasal playgroup tu dgn nak bayar registration. 

Bila aku dengar teacher Watie terangkan kebaikan playgroup ni membuatkan aku berkobar2 nk register. Macam class aritu Rafif banyak meragam kan. So teacher Watie suruh aku observe sendiri mane yg tak kena. Die mungkin lapar, ngantok, nak tukar pampers. Standard la kan. Dan Rafif btol la die ngantok. Sepatutnya graf mesti naik memandangkan Rafif dah bagus utk class pertama tu. Tapi kali ni turun. Hurm. Takpe. Teacher Watie suruh tekankan penggunaan please bila kat rumah. Dan smp harini aku menaip ni. Rafif dah reti untuk letak tangan kt dada bila aku cakap "say please first". Nampak perkambangan die. Tapi Rafif ni aku takot kat playgroup die tak nak buat bila teacher suruh. Huu. 

Teacher Watie cakap, td awak perasan tak budak2 yg dah lama kat situ die tak rase terganggu pon dengan bunyi nangis budak lain. Sebab otak die dah set, bila teacher say something u must listen and look at the teacher. Mmg betul pon. Budak lain, mostly budak perempuan. Dia akan dengarrr je apa teacher cakap. Die sikit pon tak terganggu. (Tak sabar nak tunggu masa Rafif jadi camtu). 

Selain dari tu, paling aku perasan. Budak yg lain. Diorang dah pandai follow the instruction. Ada aktivit yang kite dengan anak je main. Macam haritu. Masukkan pencungkil gigi dalam bekas die. Benda tu untuk develop motor skill bby. Sambil kite sebut IN IN IN dekat anak kite. Bila die masukkan. Dan bila masa tamat, kite kena bagi balik kat teacher. Budak lain senang je pegi depan bagi. Sebab die dah tau. Habis masa main, kena bagi balik. Macam Rafif tak tau ape lagi. Aku suruh pegi depan, die g amek yang lain lak. Hahaha. Belum faham teacher cakap apa. Tapi klau jadi gitu, kite lah yang kena tunjuk kat die. Bagi balik kat teacher. 

Bila Rafif tantrum tu kan. Aku tetap main sebab teacher watie cakap. That is life! Bila kite hantar anak pegi tadika atau sekolah, kite tak tau apa die buat sebab kite takde kat situ. Klau die tak suke die tak boleh nak "lari" dari belajar. Die kena ada jugak di situasi tu kan. Sebab tu bila budak yang dah lama joint die tantrum. Mak die kena kuarantin dan die hanya kena main dgn teacher. Mesti la budak tu tak nak kan. InsyaAllah die dengar arahan. 

Lepas second trial aku dah register. Untuk part-time student. Cuma first month ni aku kena pegi everyweek sebab teacher nak tengok perkembangan dia. Mesti graf naik. Jarang budak yang graf turun. There must be something wrong klau turun. 

                                    
Dapat baju and few things lagi. Sticker kete tu aku laju2 g tampal. 

Cite pasal balik kampung pulak, aku balik kampung aritu sebab family aku ada buat suro. Atau lebih dikenali dengan bubur asyura. Tapi yang aku nak cerita pasal ada mulut2 berbunyi kenapa aku dah hantar Rafif sekolah. Hahha. Aku gelak je bila dengar tu. Actually tu bukan sekolah pon. 

Bagi aku gini jelah, aku percaya otak budak ni meresap apa sahaja yang kite ajar dalam masa die 0-5 tahun ni. So klau aku tak guna, rugi sangat! Sebab aku fikir Rafif dah la tak pegi taska. Dia hanya dok dengan aku. Mesti aku nak buat yg terbaik untuk dia. Tapi ada pulak orang cakap. Dah sekolah awal2, nanti besar tak nak sekolah. Lol! Nak guling lagi sekali. Aku rasa klau orang tu jenis suke membaca, belajar, klau dari muda dia dah suke membaca sampai besar die suke. Takde lak die rase bosan kan?? 

Haish la. Aku tau kadang anak aku ni sukar di ramal. Kadang die nak main. Kadang die tak nak. Klau aku ajar kadang okay. Kadang tak okay. Plus Rafif susah nak tunjuk perkembangan dia. (Mungkin sebab die masih bercakap dalam bahasa german) klau aku cakap. A! Die diam je. Die tak ikut aku cakap. Berlainan dengan anak sedara aku Hannan tu. Bila aku sebut A B C, die boleh follow satu2! Sampai mak aku cakap. Eh tak gi sekolah dah pandai! T_T sedas kena kat muka kan sbb anak aku tak sebut pape. Lol! 

Tapi takyah la nak berkecil hati dengan kate orang ni. Yang buat keputusan tu aku dan suami. Yang bayar tu kami, yang perabis duit tu kami, yang nak tanggung tu kami, sebab anak ni amanah Allah. Anak kite pelaburan di masa depan. Itu je pandangan aku buat masa sekarang. 


Nov 6, 2013

Install book shelf

Assalamualaikum

Haritu masa pegi IKEA tu kan. (tak habis lagi cite pasal IKEA aku ni) aku ada beli shelf LACK. Semata nak letak dalam bilik Rafif. Konon banyak sangat la tu bukunye. Hahaha! Bila husband balik dari os baru aku suruh die pasang. Aku haram lah tak berani nak pakai drill. Tengok macam senang je laki aku preengg sane preengg sini!

Sesi mengukur dulu kate lakiku.

Belum sudah lagi

Gigih ayah pasang.

Taraa! Di bawah lindungan canopy. hehe.
Tapi husband aku tanya, yang bukan nak letak buku ke? Eh! ngeee~! Lupa lah tu.
Terus hilang ingatan aku nak susun buku tadi. wakaka!

There you are! Omei tak monyet kite? Gambar mak mesti nk enterprem sikittt.

Susun je yang mane ada tu. Rafif tak banyak buku sangat la. Ada buku dari little reader tu banyak. tapi aku letak dalam bekas lain. tak susun sini sebab die lembik.

Ini buku dari little reader aku masukkan bekas ni. Senang sikit aku capai nak baca. (kak mimy tanya share buku dari mane. Kak mi, ni sume buku dari little reader set. Memang dalam ni kak. Buku ni sangat2 bagus sbb die boleh flip2.)

Susun sini je senang!


Lepas ni harapnya bertambah la koleksi buku Rafif. Aku nak banyakkan koleksi education toys dan books je sekarang. Nak beli toys pon fikir elok tak. Ape pekdah die. hehehe.


Nov 4, 2013

Rafif's first playgroup at Genius Baby On Board (GBOB)

Assalamualaikum

Nak introduce dulu lah macam mane aku boleh nak bawak Rafif joint playgroup ni. Actually, aku dah lama tau pasal playgroup ni. Dari aku mengandung lagi. Aku terbaca kisah kak watie ni kat majalah PA&MA dlu. Waktu tu aku macam tak percaya pasal anak dia. Qarissa and Quzayra ni can read at early age. Kagum punya pasal. Aku khatam blog kak watie ni. Hehehe. And dari situ aku tau die ada buat playgroup.

Pasal nak joint tak nak joint ni aku sebenarnya dah lama nak joint class. Tapi disebabkan distance untuk aku ke class tu agak jauh. Klang-Puchong. Dengan husband yang tak konsisten untuk joint maybe hantar la. Jadi aku tangguh lama sangat dah ni.

Playgroup ni ada banyak Level. Bermula dari;
1) Newborn - 6M
2) 6Months - 12Months
3) 12Months - 18Months
4) 18Months - 4 Years

Kiranya Rafif dah skip 2 level. Bila Rafif dah masuk 1 year tu aku dah usha bila la kak watie nk bukak trial class untuk level 3 ni. sebab biasanya mmg full. Pastu this week hari khamis kot kak watie post dalam Facebook dia ada bukak slot untuk trial class level 3. Aku cepat2 la booked slot untuk harini. Untuk harga trial class ni RM50 sahaja. (mungkin bila anak dah setahun mak2 sebok nak hantar sekolah. haha) dia akan utamakan yang enroll la. Sebab tu asyik full je kan.

So arini dapat jugak Rafif joint class. Aku punya lah berdebar nak hantar Rafif pegi playgroup wei. Perasaan tu macam aku nak pegi joint orentasi kat U dlu. lol! sebab Rafif kan tak pernah pegi taska, pegi rumah bs. Dia kan dok rumah dengan aku je. Cuak weh. Playgroup tu start pukul 1.30. Aku smp dalam pukul 1 lebih sikit. Saje datang awal. Sebab aku nk bg Rafif nak warm up dengan environment.

Punya lah hensem anak ibu nak g school ye. Aku beriya pakaikan die kemeja sebab aku takot teacher tengok selekeh lak pakai tshirt biasa. hahah. padahal ok je. Memula die macam tinjau2 keadaan dalam playgroup smp ke toilet nak masuk! *pasgrah*

 Class start aku tengok ada 6 je student. Die max 10 orang. Tapi bg aku bagus jugak. Kalau ramai pack lak. Tempat tu luas je. Mmg muat untuk 10 student. Teacher liya start dengan bg name tag. Die panggil sorang2 untuk gi depan. Waktu ni Rafif macam blur2. Tengok je kawan2. Pastu berlari2 kat belakang. Berpeluh aku nak mengejar. Sekali bila g depan teacher suruh say please sambil buat gaya tangan kt dada. Surprisingly baby lain sume buat! Rafif sornag je berlari kat belakang! T_T

Rafif berlari2 skali teacher amek die jadi model lak kat depan tu. Rafif mmg tak takot orang. 

Aktiviti kedua ke ketiga dah waktu ni. hahaha. Main ketuk2 kusi. Macam biasa kena g depan amek stick dengan teacher. Rafif menonong laju g depan. Nak amek macam gitu je. Teacher cakap "Rafif say please..." waaa. nangis terus lari kat aku. hahaha!. Teacher bagi stick kemain die ketuk2. Statik je duk ketuk. 

Antara aktiviti aku sahaja! Berlari kejar anak.

Yang ni aktiviti kenal ais, tau suhu sejuk dan movekan ais dari bekas ke bekas lain. Rafif suke lah klau main gini kannn. Kat rumah tu kemain die main ais. Ada sorang bby tu agaknye tak suke pegang benda sejuk. Meraung. Tapi i ok je. Sebab anak i tadi nangis lagi kuat. lol! Rafif focus je main ais. 

Kita kena tunjuk la dekat teacher kite main btol. Motor skill katenyee.

Yang ni pulak aktiviti parachute. Rafif tengah lari2. terkedu dia kena dok tengah2 tu. Mak2 yang gagah ni kena pusing benda tu sambil nyanyi. tapi aku miming je sebab aku mane lah tau lagu ape kan! hahaha. And ada dua budak nangis. sorang korang nampak tak tu. Sorang lagi anak aku! hahaha! 

Lepas letak anak atas. kena letak anak kt bawah pulak. Mak2 ni kena kipas2 parachute tu. Aaahh sudah! Kompem nangis. Sebab Rafif tak suke klau dok dalam selimut ke apa. Sekali btol! Nangis. hahaha. Aku bantai gelak je. 

Bubble time! aku ingat banyak jugak la aktiviti dia. Berjoget sume ada. Rafif sorang je tak ikut step. Aku main step sendiri. lol.

Dah habis class. Kena salam teacher. Student lain sume dah ada baju. Sebab die dah enroll kan. Rafif masih lagi trial. Lepas habis class aku bg die main2 dlu sebab ada nak tanya teacher klau nk register macam mane.

Bagi die main dlu sementara aku nak tanya teacher. 

Okay, klau nak masuk trial class kena fees- RM50. 
Untuk pendaftaran - RM150 (dapat tshirt and beg-kena pakai waktu class)
Untuk bulanan - Ada dua jenis which is Permanent student atau Part-time student. 
Kalau permanent, monthly RM200. Seminggu sekali jugak. Tapi tak boleh skip datang. tak boleh loop2. Kalau tak datang burn je. Kalau part-time. Boleh skip2. Datang class dlu baru bayar. RM55. Cuma kena tanya teacher la ada slot tak nak masuk. kena booked jugak la. gituw. Jelas tak mak2 sume?

Im one of them!

Review aku untuk playgroup ni. Bagus! untuk aku bagus la sebab nak bg anak2 kita berkawan, dengar cakap teacher, belajar untuk say please, develop dia punya motor skill. sbb setiap minggu belajar lain2. Aku still nk daftar untuk trial class sekali lagi untuk membolehkan aku enroll. InsyaALLAH aku nak register. Aku sebenarnya boleh je tunggu rafif 18m baru register di new branch klang. mmg dekat dgn rumah aku. Tapi aku takot die culture shock. boleh gitu? sebab level 4 ni budak dari 1 tahun sentengah - 4 tahun. Besar tu scale die. So aku nak jugak die belajar dgn kawan2 yang same level dia. Kalau aku dapat attend untuk sebulan pon takpe dah. Biar die biasa dgn environment tu dulu kan. Baru aku transfer die ke Klang. dekat wei dengan rumah. Bila tau nk bukak kt klang ni aku bersorak gumbira. Gituw! 

So mommies, nak joint? jom!

Oct 2, 2013

Phonic Song: education tools

Assalamualaikum

Aku baru je habis jahit baju utk raya haji ni. Kemain aku jahit sendiri. Aku buat peplum nursing. Pertama kali jahit ni. Baru belajar. Hasil? Hmmm. Nnt2 la aku kongsi dengan mengkome (ade ke orang nak tau mimi oi)

Tapi malam ni bukan nak cite pasal jahitan. Aku nak share pasal anak teruna aku tu dengan pencapaian die setakat ni. Pertama sekali, aku nak cakap Rafif masih lagi belum boleh bertutur dengan lancar, klau skala dok 10. Die mungkin 2??? Huhu. Tetiba nak nyanyi lagu rilek brother..brother rilek. Die baru 15 bulan. Eh anak mengkome 15 boleh sebut macam2 tak? (jangan bandingkan anak ko dengan anak orang lain mimi!) ok fine! Tp yang surprisenya die dah kenal a few alphabet. Dengan HANYA TENGOK VIDEO. Haa, ko jangan main2 anak teruna aku tu. hehe. 

Rasenya, aku intro video lagu PHONICS SONG dekat Rafif dari die dalam perut. Percaya tak dulu aku kt office, org lain dgr radio masing2 kt headphone, aku dengar lagu abc. Kadang2 klau orang tak perasan, aku letak headphone dekat perut. Dengan harapan Rafif dengar dari dalam perut. Hehehe. Kelakar lak ingat balik. 

Tapi yang terujanya aku, sebab hari2...errr lepas die dah setahun ni la. Die dah pandai tunjuk apa yg die paham dari video phonics song tu. rasenye, once Rafif dah duduk dalam anbebe seat die dlu. Aku dah start pasang video. Nak pulak die jenis layan wei video tu. 

      
Percaya atau tak, Rafif boleh duduk diam layan video macam ni hampir berjam2. Percayalah! Aku rase paling lama die duduk sejam lebih kot. 

Mak aku cite, dulu aku kecik2 aku pon jenis hantu cartoon. Asal cite cartoon aku tengok. Tp dlu cartoon mane ada alih bahasa mcm skrg. Skrg ni spongebob sume dah jadi orang melayu. Klau tv9 lah. Klau ko tengok channel 610-618 tu aku rase okay lagi. 

So skrg aku nak cite la sikit. Apa yg Rafif kenal alphabet tu. Kalau start dari mula, die akan sebut. EH! Instead sebut A. Sebab? Aku banyak bg die tengok phonics song instead kenal alphabet. Huuu. Kadang die sebut BEH. Kadang die akan sebut BALL. untuk B tu. C pon sama, die akan sebut KEH. Ala korang tau kan camne lagu phonics tu, 

A! ...eh eh. Apple!...
B! ...beh beh. Ball!..
C! ...keh keh. Cat!..

Gitu lah. Tp bukan la semua alphabet tu die kenal. And setiap masa die nk sebut. Bagi aku mak die yg berkepit dengan die 24 jam ni. Aku mmg nampak die tau cuma nk sebut tak reti. Klau F mmg dah lama fasih. Sbb die buat gini. ffffff....ffffff...  Haritu tengok babytv. Oliver discover tu. mula2 huruf O akan jatuh. Die terus sebut Oo! Aku terkejut, pastu bila ingat. Huruf O mmg sebutan die bunyi O. Hehe. Patut la sebut O.

Tp lepas pada tu, aku risau jugak. Takot die dah sebati dengan bunyi alphabet tu dari kenal alphabet. So aku introduce die dengan lagu We are the alphabet pulak! Hahaha. Korang boleh download dekat utube je tunjuk. Aku sume pon download utube je. Haha

       

Ha. Ni la rupa alphabet tu. tetiba aku rase creepy pulak huruf2 ni ada tangan dok lambai2. Bila habis lagu Rafif pon same lambai dekat ipad. T_T

         

Klau untuk lagu ni aku suke gak. Sebab die tak brape menyanyi. Die mcm sebut2. Yang tak best die ada gambar. Sah2 die akan tengok gambar lah dari nk kenal huruf. Tp dari lagu ni. Rafif kenal huruf N. die terus tunjuk NOSE! Surprise! 

Aku mmg banyakkk sgt download video dari utube. Aku doakan Allah bg padala setimpal untuk sape yg upload kt utube tu. heeee. Yg phonics song je asal ada baru aku download. Tp Rafif ni memilih jugak. Klau lagu jenis slow dan tak byk pergerakan die boo layan! Memilih sgt nak oi. Perangai sape ni? Eh. Tetiba!

Ok, selain dari abc. Aku introduce jugak kenal dengan numbers. Tp die mcm slow sikit nk catch up number. Pernah lah dlu dua tiga kali. Bila aku sebut. One! Die terus tuuu..tiii... (lawan tokey ni) pastu bila aku tanya banyak2 kali, die dah tak nak sebut. Cepat bosan kot. Asyik tanya je mak die ni, tehehe.

       
Ini video yg aku rase Rafif paling focus bila tengok. Sebab lagu die rancak. Dan catchy. Amboi kemain ko nak memilih lagu. Haha. Bila bab. Fourteen, fifthteen, aku dengar die sebut sipi2 je. Tinn tinnn. Boleh la tu nak. Hahaha. 

Ok, abc dah. 123 dah. Aku intro alif baa taa jugak. Act, lagu alif baa taa cartoon Sofea & Rayyan tu antara terawal aku intro kat die. Waktu tu die masih dok dalam walker kot. Punya lah banyak kali sgt replay. Skrg die boo layan! Tapi aku jumpa lagu baruuu. Yg die layan. Hahaha. 

       

Haa, yg ni korang search dekat utube. Arabic alphabet. Terbitan is1am productions. Plus die bukan lah sebut aliff baa taa semata. Die ada sebut..

Alif is for Allah. 
Bas is for Bismillah.
Taa is for Taqwa. 
....

Smp aku pon dah hafal. Hehehe. Tp mmg bagus. Cartoon die pon comei and HD. 

Errmmm. Setakat ni takde ikutan lagi, cuma khusyuk je tengok. InsyaAllah lepas2 aku nk tekankan lagi .

       
Selingan jap. Ni lagu penyelamat die untuk gosok gigi! Hahahha. Lagu ni mmg tempo kelaut. Tp sebab lagu ni Rafif senang gosok gigi skrg. Wakaka. Masuk je toilet aku dah nyanyi. 

Brush brush brush3x...
If you want a big smile then u need to brush brush brush...
Bla bla bla. 

Mesti rafif tensen dengar lagu ni. Aaaahhh. Gosok gigi time!! Tehehe. 

Tujela kot aku nk kongsi malam ni, aku kadang2 walau suri rumah tangga. Ponnn takde masa nk duduk amek pensel amek kertas nk kenalkan satu2 alphabet kat die. So dgn cara ni aku rase sgt2 bagus untuk perkembangan anak. Untuk aku la. Sbb ada setengah parents tak introduce anak diorang dengan gadget. Tp aku buat pilihan aku sendiri untuk anak aku. 

Dalam kereta skrg aku pasang je video ni. Klau tak nak bg die belajar aku pasang cartoon jugak. Bukan lah aku pasang phonics song semata. Rafif pon perlu rehat gak. Alaa die pon x tau die sedang belajar sebenarnya. Sbb lagu2 tu mmg catchy la wei. Heheh. Dan lagi satu, bila bab makan. Rafif tak lari sane lari sini. Die mmg duduk je makan. Tapiiii. Dengan syarat pasang video lah! Haha. Aku pon x tau nak cakap tahap kritikal ke tak anak aku ni. Cuma buat masa skrg aku buat apa yg sepatutnya. Dari die tak makan sebab membuas takde video. Baik aku pasang video ni bg die duduk diam. Aku suap suap suap. Settle bab makan. Sebab tu skrg nk makan kt luar no problem. Die mmg boleh duduk je dalam high chair die tu, makan smbl layan video. Kikikiki. 

        

Tapi klau masa terluang dekat rumah. Sehari tu aku curi2 gak la amek pensel tunjuk mane a b c. Gituww. Tp mesti Rafif cakap bingitnya suara mak aku ni. Jiran sebelah pon dengar dengan jelas. Dlu cita2 mak nak jadi cikgu nak. Tak kesampaian. Ko lah mangsanya! Muahaha.

Till then. Aku nak cerita pasal breastfeeding journey. Daaa..

   

   
  
    


Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com