Pages

Jun 30, 2013

London Holiday: Perjalanan KL - London

Assalamualaikum.

Harini hari rehat sikit. So boleh la sikit2 update blog. Karang berkumpul byk benda pulak nak cite. Habis sume benda dah lupa. Hehe. Okay. Kite mulakan dengan tahun lepas bulan september. Actually, on my birthday. Hubs surprise me dgn belanja tiket ke London. Waktu tu ingat die main2. Tapi sekali btol2 die nak beli tiket. Mmg ktorang aim London after honeymoon Australia. Sbb hubs ada cousin tinggal sini. So konon nak saving bab penginapan la. Tp lain pulak jadinye. Nanti later cite.

Seingat i waktu tu matta fair kt kl. Tp ktorang beli online je. Tak pegi pon matta fair. Pastu kelam kabut sbb Rafif takde passport sbb klau naik MAS kena ada passport. Esoknye pegi buat la passport utk Rafif. Kesian muka x comei langsung. Hahaha. Rupanya takpe je nk beli tix takde passport. Letak dlu IC NUMBER. karang update. Call je hotline die. Huhu. Kitorang x tau. Buatkan Rafif passport 5 tahun terus sbb ada diskaun. Brape ek harga. Lupa dah. Rm150 rasenye.

Ok. Settle passport kitorang. Hubs belilah tiket. Ada org kate beli hari christmas murah. Tp x nak amek risiko. Beli je waktu matta fair. Kitorang beli 2+1 infant Rm7900++. (lepas pada tu i check hari christmas december lepas tak dapat harga ni). Settle lah hal tiket. Fly with MAS. Two ways. And i bookedkan skali Bassinet lah. Senang Rafif nak tdo. Mmg kena booked. Camne nak pangku smp almost 13hrs. Penat tau. Waktu tu x tau naik A380. Dalam sebulan gitu MAS call cakap tukar flight. Dapat terbang with A380. Fuh. Seronok ni. (walaupon tak tau apa beza dia. Haha)

Peram punya peram. Dapat jugak datang London. Kota yang terserlah dengan kemahalan dia. Haha. Flight kitorang pagi pukul 10.10am. Kitorang ada kt KLIA dari pukul 7. Settle luggage. Eh. Sebelum terlupa. Memula kiotrang plan utk bercuti bertiga je. Tp lepas hubs gtau fil. My mil nak joint sama. So jadi la bercuti berenam. Hehe. Takpe. The more the marrier. But i warning u. Bercuti dgn bawak baby and org tua dalam satu masa mmg penattt. Takpe. Pelan2. Atleast merasa skali seumur hidup pon takpe dah. Pukul 10.30 berlepas lah ke Heathrow London. Seat kitorang tengah2. Kompem la kan. Lagi skali tak dapek nak feeling2 tgk awan. Haha. Sbb bassinet tu mmg kt tengah je. Row tengah tu muat 4 org. Tp naseb lah takde org sebelah kitorang. Mil and sil dok tepi tingkap. Fil dok sebelah kami. Satu seat kosong utk Rafif main2. Hehe. Tp A380 ni besar sikit la seat die. And selesa jugak.



Seat kitorang mmg luas la sbb dok kt bassinet tu. Malaysian sikit je. Yg lain mat salleh luar. Bukan british pon. Kemain bercuti mat salleh ni.



Dapat tgk view dr ekor kapal. Mcm gayat pon ada memula tu. Hehe. Tp best dapat tgk kapal terbang terangkat tu.




Sekejap je berlepas FA datang pasang bassinet. Naseb baik Rafif muat tdo dalam tu. Ngam2. Tak boleh lebih dr 10kg. Naseb baik anak ibu baru 7.5kg. Hehe. Lena die tdo. Berjam2.



Lepas Rafif tdo. FA dah bg lunch. Membedal la smbl layan cite. Ada byk cite dalam flight tu. Mmg best. Ada katon utk kanak2 riang seperti Rafif. Hehe. Makanan die sedap gak la. Yg penting ulang alik dok mintak air. Kering tekak wei. X tau nape.



Dalam flight ni kite boleh tgk la kite dah smp mana. Tp jgn tgk kerap sgt sbb lg lah terasa lama. Huhu. Tp sepanjang 13 jam tu x dapat nak lelap mata kejap pon. Time Rafif tdo bantai tgk cite. Bila Rafif bgn x dpt dah tdo. Orang lain sedap je terlopong tdo. Huu.

Bila smp London pukul 11 malam waktu Malaysia. Tp petang pukul 4.15 di London. Tp alahai jetlag la wei. Kite sepatutnya dah tdo. Tp terpaksa celik luas2. Rabak mata.

Act. Kitorang mmg bawak bekal makanan mcm mee pama kegemeran tu. Pastu lauk2 sardin. Ayam yg dalam pack tu. Tp tak bawak masuk any meat. Sbb mmg tak boleh. Org cakap Heatrow airport paling strict. Tp hahahampeh. Takde custom pon jaga. Smp je amek bag. Tolak la ke lane merah nak declare tu. Kot tak declare karang die check bkk ada makanan satu hal pulak nak menjawab. Skali takde org. Ktorang teruss je tolak ingtkan ada la checkpoint custom tu. Takde weh. Terus je pintu. Apa lagi. Laju2 tolak bag. Haha. Rugi pulak tak bawak serunding daging. Makan dgn roti sedap tu. Huhu. Cuma part nk cop imigresen tu die strict sikit la. Tny ni sape. Ape relation. Satu hal nk cite salasilah keluarga. Haha. Tp kitorang dah prepare file sorg satu. Incase tny byk2 hamek kau. Sume dalam tu. Hehe.

Lepas dah settle imigresen. Luggage. Hubs terus call kete sewa pickup kt airport. Haa. Yg tu sambungan la ek. Penat menaip ni. Hehe

Adios.

Jun 26, 2013

Rafif high fever and warded

Assalamualaikum

Sebelum mood blogging aku kelaut. Baik cepat2 dayung ke tepi. Ewahh. Perumpamaan. Hahaha. Skrg ni sape yg dah tau tu i dah selamat tiba di london. Tp nk update cerita Rafif warded sbb high fever. Sedihh :'(

Tepat pg isnin last week. Rafif dedar. Badan panas je. I ingtkan die kena ekon sejuk sgt. Bila check pampers takde la berat sgt. Maksudnya kat situ menunjukkan die takde la panas badam sbb sejuk ekon. Bila check pkl 10 gitu badan panas lg. I pon amek la ubat die. Paracetamol tu. Bg makan. X jalan. Tp still bg.

Haritu elok lg main tolak2. Tghari okay. Bila masuk malam dah panas sgt. I dah la dok sorang2 jaga Rafif. Actually i dah prepare mental and fizikal apa nak buat klau terjadi emergency gini. Pgi subuh2 hari selasa. I bawak die pegi clinic 24jam dekat bukit tinggi tu. Amek ubat ikut montot die. Suhu waktu tu 39.5'. Mmg panas. Balik rumah kebah kejap je. Pastu the whole day ari selasa tu panas. Malam tu mmg panas sgtt. Smp die nyusu pgg perut i rase pedih sbb panas tgn die. So i tekad. Pagi rabu pegi clinic lg.

I check suhu pg rabu still panas. I bawak pegi clinic yg sama. Mintak refer letter pegi pakar. I drive kete sorg2 pepagi. Lepas amek refer letter. I drive lg pegi columbia sendiri. Sume kena buat sendiri. Husband takde. Sedih mmg sedih. Tp i klau dok sorang2 sendiri jiwa kental je. Takde apa. Sume boleh buat. *sbb tu kot laki aku asyik os je*.

So rabu pg columbia asia ni. First time pegi. So far rase services die bagus. Sbb hospital die baru. Ingt nnt nk cuba demc. Eh! Sedap2 main cuba. Doctor yong paed rafif baik gler. Lembut je dan detail. Which i like.




Bila dah smp hospital. Baru fil datang. Sbb diorng dr Kajang kan. Take time sikit. Plus fil bawak slow je kete. Hehe. Kite dapat masuk bilik lepas settle hal GL. Pmcare ni slow btol.

Rafif kena amek darah. Utk tgk apa jangkitan die. Alhamdulillah takde apa yg tak kena. Cuma dctr cakap dari darah die tu boleh tau die kekurangan zat besi sikit. Hurm. Faktor pemakanan la tu. Yg lain sume ok. Check denggi takde. Hepatitis takde. Bakteria takde. Sume okay. Dctr assume die viral fever. Or mungkin berjangkit dr org lain. Setahu i waktu tu jarang dah bawak die keluar sbb i puasa. Tp dah nak kena kan. Naseb baik die dah x cirit. So tak perlu drip water. Lega.

Malam baru hubs smp dari labuan. Tdo malam tu badan rafif tetiba panas balik pukul 4 pg. Mmg tak tdo lah. Nurse datang lap2 badan. Tp nurse tu cakap pakai air suam. Jgn pakaikan ape baju. Dah la ekon sejuk.



Khamis pagi rafif bangun ok. So far tgk perkembangan ok. Tp masih panas la. Suhu dalam 37-39 lg. Sentiasa lap2. Pastu i mcm tak puas hati pakai air suam. Mcm kata hati ibu ni cakap rafif patut jerlum air sejuk dan pakai baju. I ikut je kata hati. Lepas mandikan die. I pakaikan seluar skali tutup kaki tu kan. Tgk die terlena. Dan berpeluh. Lega sgt. Die dah tak panas badan. Tp still nk tgk malam kang camne. Mmg lena die tdon smp ke pagi. Suhu turun turun. Smp la 36. Pg jumaat tu dah 36. Alhamdulillah syukur. Risau sgt. I terfikir klau Rafif demam mmg x nak la prgi london. Postpone jela. Naseb baik die ok. Sbb hubs call Mas tny klau postpone. Kena about 3k sorg. Gulp!

Tp pape pon sume dah ok. Rafif back to normal. Dah segar bugar. Alhamdulillah. Dapat datang london. Skrg i nak tdo jap.

Adios!
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com