Pages

Sep 11, 2018

Idea untuk GOODIES BAG

Assalamualaikum

Harini nak share idea untuk sesapa nak buat goodies bag untuk apa2 event. Macam aku haritu join family day GBSB, so ada la goodies bag untuk mak2 ni. Syok betul dapat byk barang dalam goodies tu. Meh sini nak share idea apa la yang boleh di letakkan dalam goodies bag tu.



Haaa gitu.... BANYAK BETUL~ Seronok kan kalau event kita dapat goodies macam ni

OK lets go tru yang mane sempat.

1. POPCORN



Popcorn bucket serendah rm1.20 untuk bucket size kecik dan sehingga rm2.50 untuk bucket size sederhana. Yang bestnya harga yang ditawarkan dah termasuk dengan thank you sticker. wow!
Jenis popcorn mushroom bulat2 berperisa caramel. Memang sedap la kan kalau caramel ni. Budak2 suka, mak ayah lagi suka. 

Lokasinya di LORONG HAJI SAID BATU 7 JALAN KEBUN. Dia beroperasi dirumah (homebase)
Kalau nk tempah boleh whatsapp 018202086 atau 0163685367
atau boleh follow ig dia @crunchysweetpopcorn


 2. BROOCH



Haa brooch ni paling sesuai untuk apa2 event. Macam kami haritu family day sah2 la ada anak2 kan? ni nk promote BROOCH COMEL PONY dari Nurul Nabilah. Boleh checkout dia punya FACEBOOK Nurul Nabilah CrafterHa'Na
Ada banyak lagi hasil kraftangan dia yang korang boleh tempah.
Boleh whatsapp dia di 01126216226


haa contoh pin dia. Comel kan? Sesuai sgt untuk dijadikan barangan goodies.

3. POMADE




Haa jangan tak tahu sekarang pomade pon boleh dijadikan barangan goodies. Sebab dia bersize comel2 je. Sesuai nak bagi ayah ke anak ke. Tak kisah. Yang penting pomade ni bukan sebarang pomade di pasaran tu. Ni pomade khas yang menggunakan EO. Ada 4 EO dalam pomade tu. ROSEMARY, CEDARWOOD, GERANIUM dan LAVENDER. Apa kelebihan EO dalam pomade ni?

Omg! Banyak la kelebihan dia. Elok untuk otak dan memory. Sesuai pakai kat anak2 yang nak pegi sekolah tu kan? Selain dapat rambut kemas ada kelebihan lain. wow!

boleh follow ig dia @bydolcerina
atau ws 0195205540

4. BEKAS BROOCH


Bekas brooch ni nampak ekslusif kan? yang ni kami dapat sponsor dari tokey cantik @dapurnanafarhana. Thank you nana. Semoga murah rezeki dan sentias sukses dalam bisnes baking nana. Korang klau nk merasa kek2, brownies ke apa yang sgt2 sedap boleh usha ig dia. @dapurnanafarhana. Nescaya tak nyesal. 

Ok setakat tu la nk review barangan yang boleh diletakkan dalam bag goodies. Barang pon berguna. Size kecik comel2 aje. Dah tu nak letak dalam apa yang nampak proper sikit utk barang goodies ni?

Haa kami dapat bag cantik dari @letsfunbox
Bagnya cantik, kukuh untuk letak barang banyak. Dan boleh recycle! yay



Ok setakat itu sahaja kalini. 
BYE~

Aug 14, 2018

Mandi manda di Hot spring sg Klah

Assalamualaikum

Harini nak cerita pengalaman pegi hot spring sg klah, sungkai perak. Actually aku ni jenis sakit2 kaki tau. Dah lama lenguh2 ni. Nk pegi rendam kaki dlm kolam air panas. Tak sempat2 pegi lg. Tapi bila last minit plan jadi la pulak pegi. 2 orang je dapat join. Kira ok lah tu. Nama pon last minit. Yg mane free jela pegi. Sebelum ke hot spring tu sempat la singgah makan di Nasi Bamboo sg klah! Wuu best btol makan kt situ. Elok la prgi2 lapar sbb bfast mengarut2 je.

Lepas makan baru terus ke hot spring. Bayaran masuk sini dewasa rm15, kanak2 rm8. Dlu kate anez murah je rm10 gitu kot. Tp bg aku ok dah utk family kecik mcm aku ni takde la terasa mahal haha. 1 family baru rm38. Dapat mandi kolam puas2. Rafif paling excited la. Mmg tujuan smbl2 nak bagi dia main pool tu.

Tapi skrg tempat ni strict sikit. Makanan sikit pon tak leh bawak masuk. Kesian si Anez penat2 goreng spageti haha. Aloyo bagai. Aku goreng tauhu bergedil je. Bila kena tinggal tu letak jela kt meja kaunter tu. Balik kang nnt amek balik.

Tempat dia ke dalam sikit dari pintu masuk tu. Tp takpe dia sediakan tram. Kejap je tunggu dah sampai. Syok jugak naik tram tu. Nampak ler advanture sikit haha. Tapi tak lama pon dalam 4-5min sampai dah kolam. Mula2 kami pegi kolam air sejuk dlu. Kolamnya landai mcm pantai. Lantai batu jadi x licin. Seronok situ siap ada slide. Lama jugak la lepak situ. Baru kami berpindah ke kolam budak.

Dah puas mandi kolam sejuk baru semangat g rendam kaki kt kolam air panas. Huu panassss. Tp bila dah rendam tu syok gila. Aku sampai pening2. Tp tahan yg suhu 35-40 je. Kt situ pon ada private jakuzi tau. Tp kena sewa lain. Kami rendam yg free kt luar tu je. Org pon x ramai. Mmg syok la.

Lepas dah mandi2 dlm pkl 5.30 masing2 dah salin baju solat nk balik dah. Tempat dia selesa. Kolam banyak. Surau bersih. Toilet pon byk pintu. Aku bagi 🌟🌟🌟🌟 jela sbb dia tak leh bwk makanan masuk haha. Lepas dah keluar masing2 kebulur lapar. Naseb baik aku dah makan kt nasi bamboo td. Takde la lapar sgt hahaah

Jom layan gambar...











Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com