Pages

May 10, 2015

Seminar cabaran mendidik anak alaf baru

Assalamualaikum

Minggu ni hectic week utk aku. Dari isnin sampai khamis aku bukak booth kt menara Tm. Takde promote beriya sgt pon kt blog ni. Kate blog suam2 kuku je -_____- , jumaat pulak pegi servis kete. Melayang duit. Tp memandangkan kete tu takde masalah pape, travel jauh pon okay jadi kite redhooo jela nk servis tu. Huwaaa.

And semalam! Aku joint seminar. Wahh gitu, dah sekian lama kau tinggalkan dunia seminar ni tetiba ko pegi seminar kan? Bagus2! Actually, ena yg gtau. Mcm berminat pulak nk joint since aku ni pon kena selalu ada org remind utk jd better mak, better parent. Tak fikir panjang aku bayo jela. Rm120 je. Ada 3 speaker hebat2. Serius aku ni kan dah lama tak jenguk blog. Jd aku takde la kisah sape speaker tu. Aku harapkan ena je. Lol! Speaker smlm ada parenting blogger Adlil Rajiah a.k.a jijie. (Saatkakukaupilih.blogspot.com), Dr. Afzan, dan Fynn Jamal.

Majlis start dengan kata2 aluan dr jijie dan tips2 dia. Aku serius tak kenal sape ni jijie. Sorry tak menyempat nk baca blog. Semua ena yg inform. Heheh. Kitorang bertiga smlm. Aku, ena dan nad.

Sebelum start selpiaq dulu seround.

Dan terus dengan speech dari dr. Afzan. Banyak sgt la tips yg aku tak sempat nk ingat semua. Tp ada few tips yg aku tulis sikit.
1) rakyat malaysia terlampau suka judge. dan sangat2 suke membandingkan anak. Aku pon kadang2 stress jugak bila org suke sgt nk show off kebolehan anak diorng. Talkative la, behave la, well trained la. Amvoii! Lepas ni aku nk tunjuk sign bagus je dan cakap TAHNIAH! Kikikiki. Setiap anak ni kan berlainan fasa2 dia. Sedangkan adik beradik yg sama mak ayah ni pon berbeda2. Inikan pula anak org lain. Dan boy and girl pon berbeza. Haa smlm aku lega sikit sebenarnya. Point no 2

2). Boy and girl sgt2 berbeza. Boy (1-6y) anak ibu! Anak mak! Jd die mmg sikit2 ibu la. Mmg boleh nampak dari rafif. Masuk 7y baru lah ayah idola die. Kikiki. Sabar ye bang. Lmbt lg. Hahaha. Dan boy sgt lmbt matured. Boy matured by umur 4 tahun. So bawah 4 tahun tu klau susah nk dgr arahan dgn btol, susah nk fikir logic. Itu normal! Jgn risau klau masih berlari tak tentu pasal. Haha. (Anak aku la tu) dan girl pulak 0-2 y ibu. 2-7y anak ayah. Dan die byk idola bila beso2 nnt. Jap aku cuba nk ingatkan aku dlu camane. Hahaha. Sbb tu kasih sayang tu kena selari mak dan ayah. Bagus la. Sbb aku slalu fikir ayah aku dlu garang. Semua benda tak kena. Jd aku boleh di katakan tak berape rapat la dgn ayah aku. Walaupon aku sygggg mak ayah aku. Sobs sedih lak. 

3) too much too soon. Eh btol ke ayat aku ni. Tp point dia nk cakap rakyat malaysia ni terlampau berlumba2 nk sekolahkan anak. Terlampau risau dgn org sebok cakap haa anak aku dah sekolah. Anak kau bila lagi? Anak aku dah boleh hapal mcm2. Anak kau bila lagi? Anak aku dah 5 tahun sekolah. Umur anak kau brape? 4 tahun! Pitams. Umur 4 tahun sekolah dah 5 tahun. Lol. Maksud aku kt sini, jgn sibok nk sekolahkan anak awal sgt. The first 4 years tu masa die maiiiinnnn je sebenarnya. And dr afzan cakap klau kt uk diorng bg anak lasak je dlu. Main panjat2, mainan fizikal je. Klau pegi klinik semua jenis patah kaki, calar sane calar sini. Kita? Semua demam dedor je. Balik2 viral virus. Aduii btol jugak kan? Boy lmbt matang, waktu sesuai utk die masuk alam sekolah ni seeloknya bila die ready, dah boleh duduk diam dgr arahan dgn btol. Phew lega jugak la aku dengar. 

Oh depan baju fink ni abg ben. Ben mano? Ben KBBA hehee

Ada la beberapa slide aku snap


Kahkahkah! Ini btulll


Ini sel otak. The first 24m tu kot. 



Di ambil dari pinterest. 

Lepas sesi dr afzan smbg ke fynn jamal pulak. Kak fynn ni mmg sempoi giler la. Nangis gelak nangis gelak aku dengar speech dia. 

Kak fynn. U are such an inspiration. Dari dia cerita dari awal amek juna as anak angkat tu aku tau die mmg akan sayangggg giler kt budak tu. Ada 1 video aku share kt ig aku. Sedih sgt. Bila kak fynn gtau die tak pernah sangka akan ada anak. Dan org panggil itu anak fynn. die cerita la juna ada masalah jantung berlubang dari kecik. Die dah redha klau anak dia takde lepas ni. Sedih sgt. Berat kan dugaan dia? Panjang sgt nk cerita pasal sakit juna tu. Aku rase klau org follow dia mmg tau la camane die selamatkan juna dgn minta derma dr rakyat malaysia. 40k dalam satu malam. Esok dapat operate juna.

Dan dugaan die tak berakhir. Juna di diagnose autisme. Skrg aku rase juna sekolah special utk autisme kids tu. Alah apa pulak nama dia aku x ingt. Itu kira panggil early child educator.

Ada sorg mak ni die kemukakan soalan utk fynn. Aku mmg tertarik sgt2 dgn soalan dia. Die ada 3 anak. Klau x silap semua boy. Yg first mmg dah di diagnos as autisme. Yg kedua normal. Dan ketiga tak silap aku baya2 rafif. Pon die nampak ada tanda2 utk ke arah autisme. Soalan dia tny camne die nk bahagikan masa dan tenaga dia. Sbb terlampau focus utk anak first which is yg autisme tadi. Sedangkan yg no 2 ni terasa dgn mak dia sbb terlampau focus abang dia je. Fynn jawab ringkas je. Die pernah dengar ada doctor gtau. Klau anak kita sorg dan autisme jgn serik utk cuba ada anak lain lagi sbb yg normal ni lah akan jd pengganti kita bila kita dah takde. Mmg byk sgt pengorbanan dia lagi2 kasih syg mak dari kecik. Tp mak dia kena amek inisiatif seminggu skali ke pegi luangkan sehari suntuk utk anak yg normal ni. Bg la sape2 jagakan anak yg autisme ni. Sbb anak yg normal akan seronokk sgt utk spend masa dgn mak die haritu. Dan masa tu la mak die kena jelaskan detail. Kenapa mak die kena focus utk abg, mcm mane klau mak die takde lepas ni. Kira bg aku terangkan tanggungjawab utk dia. Sedih sgt aku dengar. Syurga lah kamu buat ibu2 yang mempunyai anak istimewa. :')

 Pesanan yg sempoi sgt. Rase mcm kena dgn jiwa aku bila kak fynn bgtau apa yg dia rasa.

Kak fynn ada cakap satu benda yg mmg aku "tangkap" dan fikirrr sejenak. Ada uncle cina tanya dia masa die kecik2 skolah dlu. Awk bawak duit brape pegi skolah? Die jawab seringgit. Uncle cina tu cakap lagi. Ayoo itu sikit woo. Saya bg anak saya rm5. Bila ayah kak fynn tny kenapa byk sgt? Die cakap nnt budak tu tak meminta2 dan bila dia dah biasa dgn keadaan ada duit nnt die besar2 die akan jd work hard utk ada duit jugak. Tak tau kenapa aku setuju hal ni.

Okay selingan sekejap. Haritu aku pernah baca dan komen dalam satu status di group fb MTMA tu. Die sedih, risau, kecewa apa semua anak dia yg darjah satu pernah mencuri duit dia. Bawak smp 100 lebih pegi skola. Tak tau apa sebab. Tp bila die tulis, die bekalkan anak die duit belanja sikit. Siap bawak bekal, dan kadang2 dtg makan sama2 kt kantin sekolah. Pastu die ada komen cakap die mmg tak mewahkan anak dia sbb konon2 takot anak spoil sbb di mewahkan. Dr kecik anak die mintak pape, mesti akan tapis tapis itu x nk beli ini x nk beli. Aku cakap dalam hati. No wonder anak die amek duit dia. Aku pon comment skali. Klau kita ingat dgn tak bg pape kt anak kita, kita tak kan spoil anak kita. Itu kita silap. Sbb die tak mendapat dari kecik la dia berani nak curi duit mak dia. Sbb mak die x bg duit belanja yg cukup la die akan curi duit mak dia. Sbb apa? Sbb die rase kenapa aku x bole? Bila ada masa dan peluang mesti die amek. Klau katekan dari kecik ko ajar dah anak ko pilih2 mainan. Biar lah murah pon. Asal die rase nikmat membeli tu. Buat apa die nk curi lagi? Mesti dia rase klau aku mintak dgn mak aku mesti dapat ni. Aahh susah aku nk terangkan. But this is true. Jgn kedekut dgn anak. Itu je aku cakap.

 Ramai jugak yg joint aritu. Spot me! 

With dr afzan yg lembutt je bila berkata2. Best sgt. 

Sempat la kejap sebelum kak fynn balik.

Tengok la muka juna. Naseb baik nak tengok kt camera. Selpi jap. Hehe

Itu jela kot. Tp byk lg nk cerita pon dah x larat. Lenguh aku menaip pakai phone jeni. Hahaha. InsyaAllah klau ada seminar ibu bapa camni lg joint la. Tak rugi pon sbb kita kadang2 tau da semua tu cuma takde sape nk remind. Klau g seminar camni ada gak la pekdah nye. 

Okbai nk tdo

9 comments:

Unknown said...

tq sharing mak...juna ensem kan...yup lain anak lain perkembngan...no worries...

Hana Soffelia said...

Tq mi share ilmu ni. Aku sokong point2 ko..

norhidana said...

tq utk share yg sgt berguna nih...
yelah kan..kadang diri dana sendiri lah, sibuk nk aiyan belajar2 sedangkan dia baru nk msk 4thn...

sbb skrg ni mak2 sibuk nk kejar anak sapa paling pandai, sedangkan dulu2 kite masa kecik2 main mcm biasa je... insyallah bile dh msk sekolah tu n minat utk belajar tuh yg jadikan kite pandai n usaha utk pandai...

fynn jamal tu mmg artistik, juna jgk...

ameris said...

Tq mak.... cukup bermakna.

Liyana said...

ya Allah bestnye mimi dpt pegi semiar mcm ni... teringin sangat2. tq for sharing k :)

anez zamri said...

bestnye seminar gini..ade rezeki nk jugak join...tq share mi

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Tq mimi..rina stuju sgt point jgn kedekut ngan anak. Bagi rina kalau dia nak sesuatu kita jgn lah asyik nak ikut je tapi try to negotiate dgn dia. Cth skrg ibu ade rm10 je. Jadi kita beli yg under rm10..yg mahal2 bleh bagi tp as reward..sebab dlu my mom slalu jadikan mainan yg mahal @ kfc (lol) as reward. Tapi menan murah2 macam tora datang lagi tu still dia belikan..insyaallah x spoil mana lah kalau dididik dgn baik. Apepon thanks mimi for the very gud tipss

mummy said...

time kasih mimi sudi share sedikit sebanyak.. :)

mrs kayrul said...

bestnya bila baca yg mimi share nie...rasa banyak sgt kekurangan kat diri aku nie...selalu memaksa anak sgt..skrg, sila berubah ye kayrul...

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com