Pages

May 31, 2016

Happy 5th anniversary to us

 Assalamualaikum

Hari jumaat lepas bersamaan 27 mei, genap lah 5 tahun usia berkahwinan kami. Alhamdulillah. Baru 5 tahun and many more years to come! InsyaAllah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni Allah swt kurniakan kami seorang anak, Rafif Rifqi. Dah cukup utk membahagiakan kami. And insyaAllah akan dtg ada pertambahan ahli jemaah. Hehehe. Doa2kan. 

Suka duka dalam alam rumah tangga ni mmg susah nak cakap. Kena banyak bersabar dan saling memahami satu sama lain. Muda sangat aku nak bg nasihat/tips. Macam ye ye oo je dia ni kan? Baru 5 tahun kawen. Hehe. Tapi Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yg baik, penyayang, dll. Malas nak tulis eh. Haha. Semua yg baik2 sahaja lah senang cite. >_< sebagai wahm, aku hanya mampu utk berkhidmat di rumah jela. Buat sehabis baik. Moral support je la utk husband klau die busy keje. Takde apa sgt yg aku boleh nak support memandangkan aku keje sikit2 dr rumah. 100% economy rumah tangga aku di tanggung oleh husband. Aku bersyukur~ suami tak pernah lupa tanggungjawab dia. Dan aku bersyukur die benarkan aku hanya duduk rumah "je". Walauponnn. Hehe. Jadi membuatkan aku lebih hormat husband aku dan cuba utk menjadi isteri yg solehah. InsyaAllah. 

Anniversary tahun ni jatuh pada hari jumaat, disebabkan jumaat aritu aku dah nk drive balik kg, so kami plan utk early dinner. Adik pulak ada dtg dari kg so dia boleh la jagakan Rafif while me and hubs pegi dating. Hehehe. Tq machik! 

Aku sebenarnya tak tau husband nak bawak pegi mana aritu. Die just gtau surprise aje. Then pagi tu dia cakap siap2 gerak lepas mgrb. Reservation at 9pm. Aku mcm biasa jela siap2. Then masuk kete tengok2 die bawak pegi sampai puncak sane nun! Menara KL! Hahaha. Kitorang ni dua2 blom pernah sampai KL tower tu. Punya lah seronok mcm orang bercinta2. Eh mmg bercinta pon. Lol. 



Dari dalam kete terus dapat tangkap. Yeay! Dinner in the sky~ hubs terpaksa lah mengaku dia nak bawak pegi menara kl. 



Aku rasa ni menara paling tinggi aku naik. Lol. Tower banyak dah aku naik. Kat japan, korea, mane lagi ntah. Malas nk recall. Tp this one paling tinggi aku rasa. Gayat! Husband pulak tau aku jenis gayat die saje nak menyakat. Ketor2 lutut. Allah village people kan mmg gini. Haha. 



Sebelum masuk ke restaurant tu boleh la pegi level bawah dia. Dia panggil ape ntah. Observation deck ke apa wei? Hahaa. Tak ingat la. Situ mmg ramai org. Ada kedai souvenir. Tapi idok ler membeli kat situ kan. Aku beli fm je kat bawah. Sempat lah pusing tower sambil ketor2 lutut. Klau lantai tu see thru mmg aku merangkak dgn baju saloma aku. Hahaha



Then pkl 9 kami masuk ke tingkat restaurant. Namanya atmosphere 360. Kenape 360? Sebab lantai floor tu berpusing mengelilingi tower. Tapi lantai yang tempat meja tu je tau. Yg buffet makanan, dinding kaca tepi pemandagan tu semua tak bergerak. So makanya, masa amek makanan tu kena ingt no meja. Sbb aku sendiri pon rasa dia gerak pelann je. Tapi bila pegi amek makanan, then nak patah balik meja, eh dah ke sana dah meja. Hahaha. Melilau cari meja. And yes kt situ hanyalah buffet semata. Takde order2. So kalau nak pegi make sure perut kosong! Haha. 



Review food! Wow kat situ macam2 ada. Nasi putih, nasi beriyani, lauk bermacam2, salmon, kupang, udang galah, ketam bakar, spageti carbonara ada, bolognese ada, salad mcm2 jenis, sate, desert mcm2 kek, pulut dan serawa durian. Omg! Sedappp! Aku amek lauk2 jela. Tp pulut dgn serawa durian tu giler tak amek? Sedap kottt. Haha. Taste lauk die sedap. Tp terasa banyak rempah. Mcm indian style sikit. Tapi bagi aku okay je. Aku suke. Air yang free hanya air kosong, tea and coffee klau tak silap la. Tp aku bantai order air lain. Padahal lupa kena minum air masak je. 



Lauk sedap~ nyum. Makan sambil rasa bersalah. Haha. (Still on diet)



Dok tengah makan sedap2. Tetiba ada org datang bawakkan plate and slice of cake. Siap tulis happy anniversary. Rupanya husband yg request. Cis aku ingat free. Lol. 




Time meja lalu cahaya, cepat2 snap gambar. Haha



There you are! My anniversary gift! Aku terkejut ape ke kecik nau. hahaha



Rupa2nya~~~ aww so sweet. Aku mati2 ingt org menara tu bg certificate kejadah ni. Husband ckp die print sendiri. Just bagi tu je utk mengelakkan dari beli hadiah yang aku tak suke. Kahkahkah. Good idea bang. Next time buat lg ye. Hahaha. Bila aku cakap wow leh tmbh collection lv. Terus die cakap, alamak lupa nk tulis max amount. Hahaha. Too late!




Sambil2 dok melayan alunan suara penyanyi, sambil tengok permandangan mmg tenanggg je rasa. Rasa lupa kejap ada anak kt rumah. Haha. Tp topik yg dok berbincang alih2 pasal anak jugak. Haha. Rafif itu la rafif ini laa. Tak habis2. 

Jam dah pkl 11. Last call utk amek makanan, tapi kami dah tak larat. Kenyang sgt. So mintak bill then gerak balik ke pangkuan anak. Hehe. Its a fun and romantic night. Setahun sekali tinggal anak pegi dinner dengan aman. Wuu seronok jugak. 

Esoknye jumaat tu aku dah gerak drive balik kg. Husband going back to work. And aku tinggalkan die surprise! Haha. 




Tiup belon love banyak2. Letak hadiah and letak our love book. Biar die terkejut lepas balik keje. Hehe.




A piece of remember tu buku kitorang dari zaman dok berkawan dulu lg. Anything wishes buh dalam tu. So senang boleh baca ulang2. Hehe. Buku tu dah tebal sbb kami dok deco2 mengarut situ. Hahaha. Then i left all these sebelum balik kg. Husband balik keje terkejut tengok tu mesti die nangis2 baca buku tu hehehe. Tapi saje lettew tak nak ngaku kan abg~ kikiki. 

Alhamdulillah, sambutan ulang tahun ke 5 memberi seribu makna. Kadang kite terlampau busy dengan urusan keje rumah, uruskan anak, husband busy dengan keje. So masa ni lah utk kami curik masa berdua ingt balik saat "aku terima nikahnya" itu. Alhamdulillah



*info: atmosphere 360 buffet style kira /person. If im not mistaken the price is rm207/person for adult. And rm140 for child. And additional rm50/person utk amek meja side permandangan. Trust me! The view is awesome! 

4 comments:

Fathiyah Jamaludin said...

happy 5th anni..
so sweet :)

Liyana said...

comel sgt siap ada expiry date tu hehehhee

happy anniversary mimi & hsbnd :)

Orked said...

happy anniversaryyy (though wish lambat)

moga bahagia, kekal setia sampai bile2.

eh, tantek la baju dieee :)

Nadya Zahid said...

happy anniversary,,apsal u dh kurus skang?nad gak yg makin membesar dgn jayanye nih

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com