Assalamualaikum
Sambungan hari ke 2. Semua semangat berkobar2 nak pegi jalan2 pusing seoul. Pepagi aku kena masak dulu. Prepare apa yg patut. Kenyangkan perut sebelum keluar bilik. Tp biasa lah pepagi kalut dgn anak lagi, masak nasi lg, kumpul baju kotor nak basuh. Wah mcm kt rumah sendiri pulak kan? Haha. Naseb baik Anna Guest House ni dia bagi semua. Boleh masak, basuh baju. So senang sikit kan.
Okay berbalik nak pegi namsam tower ni. Sepanjang kami kat korea ni hanya skali je kami naik metro dia. Yg kt seoul mmg kami naik bas dan cab sahaja. Kata husband bas lagi senang sbb tak perlu nak lipat bukak stroller. Turun naik tangga. Dari apartment tu jalan kaki 2-3 minit je bus stand. Tunggu situ bas bersepah2, mmg sgt2 senang. Just kena tau bas nombor berapa je. Kami naik bas ke namsam tower kira2 15-20 minit je. Stop byk tempat jd boleh la tengok permandangan sikit2.
Dah sampai bus stand namsam tower. Orang dia pon ramai bukan tourist je. Sbb diorng ni rajin nau bersenam. Ingatkan sampai tu mmg dah kaki tower rupanya kena memanjat jalan curam giler. Huu. Berpeluh2 aku nak sampai kt atas. Hihi. Nampak sgt kurang bersenam.
Sorry makcik. Saya selfie sekeping. Haha. Kat sini jalan kita sebelah kanan ye. Klau ko jalan ke kiri ramai je org tgk muka pelik. Lol.
Dekat Namsam Tower ni ada jugak padlock banyak2. Maka bergambar lah kami kt situ dulu. Sambil tunggu husband belikan tiket masuk tower tu. Ingatkan tinggi sangat lah tower ni. Rupanya tak tinggi pon cuma dia dibina di atas bukit. So jadi lah tinggi. Hehe. Permandangan bagi aku so-so je kt atas tu. Maybe sebab aritu berkabus jd langit pon tak nampak biru sangat. Cantik lagi permandangan kt atas Kyoto Tower, Japan.
Disebabkan permandangan so-so maka aku sebok shopping souvenir je. Haha. Aku ni gila fridge magnet. Dah banyak kt rumah. Tapi koleksi kami belum habis. Kena tambah sikit2. Misi mencari fm. Rafif sebok main lari2. Asyik kena tegur dengan ayah die. Kikiki. Anak kite tu kan aktif orangnye abang. Sabo jela.
Dah turun tu kami beli aiskrim dan bergambar lagi di padlock wall tu. Aku tak buat pon. Sebab rase mcm membazir. Pastu mcm ntah apa2. Haha. Dan aku x sentuh pon padlock tu. Klau tengok dekat nampak kotor padlock tu sebenarnya. Yela dah berape juta tangan dok sentuh2. Eii tak berani aku nak pegang.
Dah habis bergambar kami nak turun kt bawah tapi tengok banyak mainan traditional dia. So brenti main kejap. Gigih main walauponnnn. Kelauttt.
Jalan yg curam kami daki tadi kami turun dengan senyum aje. Kesian tengok orang panjat jalan tu. Hehehe. Kat jalan ni mmg redup dengan pokok. Tapi sayang, belum fully autumn. Klau autumn betul mesti dah kuning je semua dedaun. Cantiknyeee~ fyi, korea lambat sikit masuk autumn. Katanya mid october baru nak kekuningan. Kira aku datang ni belum nampak lagi lah autumn walaupon suhu dah semakin sejuk day by day.
Dah lepas tu kami ke Hanok Village. Tapak kampung lama yang dikekalkan dalam bandar tu. Bila bas brenti tekejut kami sbb dekat giler dgn apartment sebenarnya. Haha. Tak ku tau, sbb peta pon mcm x reti nk baca sgt, maklum la saya baru sampai. Hanok Village masuk free je. Takde bayaran apa. Cuma klau nak pakai hanbok dan buat kimchi tu kena bayar la. Kami decided tak buat kimchi kat situ. Plan buat kimchi hari terakhir before balik. Nnt update entry lain ye.
Pasangan baru kAwen. Tengok kurus lagi tu. Haha.
Masuk2 je dapat tengok pertunjukan Taekwando dari student Universiti mane ntah. Tak ingat.
Rafif sebok dengan mainan dia. Tengok rumah2 lama dia je. Ada la nama setiap rumah tu. Tapi aku takde la nak hafal pulak kan? Haha
Cuaca haritu panas. Tapi biasa la negara2 gini panas tak berpeluh unless ko berlari. Haha.
Banyak tempayan kat tepi rumah tu. Digunakan untuk menyimpan bahan2 asas dan arak. Dulu2 la. Skrg dah takde. Haha
Sini ada taman dan belakang2 tu ada jugak show2 yg die sediakan, tapi kami tak pergi pon sbb tak gigih nak daki jalan tak rata, haha.
Lepas habis pegi namsam tower kami terus je pegi ke Myong-Dong. Walaupon malam tadi je pegi tapi pegi lagi. Takde hal sbb apartment kami mmg dekat je dengan myeongdong tu. My sil nak shopping kosmetik sebab die dah nak balik esok hari. Dia ikut sama datang seoul tapi disebabkan tarikh exam terkena pulak tarikh holiday so terpaksa balik awal. Shopping lah die sepuas hati kt myeongdong tu.
Okay brief sikit pasal Myeongdong ni. Sini adalah SYURGA KOSMETIK! Klau korang jenis gila mekap, skin care apa semua tu. Wajib datang sini! Bagi aku harga die biasa2 je. Tak murah dan tak terlampau mahal. Sebab currency kita jatuh yg jadi mcm tu. Klau jarak tak berbeza sgt mesti aku rase barangan dia harga affordable. Errr... Ke atau disebabkan aku mmg tak pakai mekap mahal? Hahaha. Aku pakai skin care lueniey natasha wife apek tu je. Local mari. Tak payah susah2 nak cari sampai ke korea. Atau pon ko nak senang lagi amek air wuduk je kata kak nitaaa. >.<
Sini etude house sgt2 banyak kedai dia. Klau korang tak mengirim kan aku mmg tak tau nk beli apa. Tapi sebab korang la ni. Kirim tu kirim ni. Aku belek2 aku pon beli. Haha. Habis duit mak. Haa kan korang cakap korea mask murah. Tapi aku kira2 murah tak banyak mana pon. Dah currency ko kena darab 3.8 weii~ bawak mengucap. Aku asyik tekan calculator je. Aku ada jugak la nak cari pencuci muka. Sebab banyakkk sgt choice jd aku pening. Last2 aku tak beli pon hari tu. Beli mask je kt innesfree. Dan hand cream kt etude. Klau kita tengok Kdrama atau artis kpop dia tu semua cantik2 kan? Kt myeongdong ni ramai jugak la yg cantik2. Especially promoter makeup tu, tapi! Bila pegi dekat tengok bedak 4inci. Hehe.
Lepas habis shopping day 2 kami terus balik bilik. Malam pulak husband, mil and sil pegi Itaewon. Nak cari makanan halal banyak kt itaewon tapi banyak makanan Pakistan, India, gitu la. Aku tak ikut sbb nk rest je. Hubs tapau kan nasi. Haa sepanjang aku kat Korea aku rase mcm tak pernah jumpa dengan Pak hitam. Rupanya hubs gtau diorng ramai bersepah kt Itaewon tu. Oo patut ler.
Berakhir lah episod day 2. Day 3 bakal bersambung tapi kami takde byk aktiviti day 3 sbb my husband ke airport nk hantar Sil and fil balik KL. Tapi nnt day 3 aku selitkan fun facts about korean.
Till then,
3 comments:
Bestnya...sampai ke korea ko masak nasi....mak2 sgtkan ..pergi mana pun tetap kena masak...hehehe
Mimy suka running man ek..hehehehe
Bestnya kalai dpt sopink brg makeup...ahkak suka giler...tp klu tgk pelakon korea mcm xmake up sgt kan..natural je lawa...
Hehe..sana pun kanan ye mak jalannya..mcm cni la..salah laluan je kena jeling..
Post a Comment