Assalamualaikum
Hari ke 3 kami di Seoul, South Korea. Harini sil and fil akan balik kl flight petang. So kami tak dapat nak spend masa banyak pegi jalan2. Sebab husband nak naik bas sama2 hantarkan diorang kat airport. So pagi tu jela kami sekali lagi ke Namsam. Tapi kali ni naik bas ke bus stop Namsam Cable Car. Sepatutnya tujuan naik Namsam Cable Car ni nak pegi Namsam tower tu. Tapi kami dah pegi semalam and harini baru Ayah (fil) nak keluar berjalan maka pegi yg dekat2 aje la.
Cara yang sama, naik bas yg sama macam semalam. Cuma turun di bus stop Namsam Cable Car tu. Cable car ni tak lama pon geraknye. Naik dalam 5 minit. Turun pon sama. Kami mmg pilih tempat yang tak perlu nak berjalan banyak sebab Ayah dah tak larat nak berjalan sangat.
Rafif suka sangat naik cable car ni. Cuma cable car ni takde duduk2 ye. Berdiri je mcm dalam LRT. Sbb sekejap sangat naik dan turun. Bila naik tu pon sampai di kaki Namsam Tower yang smlm kami pegi je. Tapi tak naik la sebab dah pegi. Prrfff!
Itu jela aktiviti hari ke 3 dan lepas tu husband kena gerak cepat2 pegi airport dgn sil and mil. Naik bas. Aku duduk je kt bilik dgn Rafif. Mil di bilik dia. Semua rest je.
Facts about Korea
Sepanjang aku pegi sane mmg aku byk berjalan tengok culture dia, orang dia, and surprisingly aku mmg jatuh cinta dengan Korea. Walaupon ramaii jugak orang cakap Korea tak sebest Jepun. I went to Osaka last year and mmg admit Japan sgt best. Tapi bagi aku Korea pon best apa.
1) Orang die ramah dan suke buat joke. Alah mcm lah ko tak pernah tengok running man tu camane kelako diorang ni. And diorng pon helpful. Husband cerita masa dia sampai seoul from tokyo. Die bawak beg luggage yg besar tu. Semua orang sebok nak tolong die nk bagi die masuk lift dlu. Sampai ada ahjummi kena marah sbb sebok nk masuk dalam lift jugak. Hehe. Berbeza dengan orang Jepun. Sbb orang Jepun tak rajin nak tegur orang dan diorang mcm zombie beramai2 pegi keje. Lol.
2) Population diorang berkurang. Skrg ni orang2 Korea dah makin berkurang. Ini mmg dah di bagitau oleh husband sendiri sbb die byk deal dgn orang korea. Orang tu sendiri cakap sbb tu kerajaan dia byk buat kempen tambah anak, kan banyak skrg cite2 kt tv mcm oh my baby la. Yg cite kembar 3 tu nama apa ntah. Mcm nk menggalakkan pasangan utk ada anak lebih dari 2. Skrg ni ramai yg ada anak 1 atau langsung tak nak anak. Dah la bagi diorng 20an tu sgt muda utk berkahwin. Huu. Aku kadang kesian tgk ahjummi yg jumpa Rafif mesti tengok je kt Rafif pastu cakap giyowo. Mmg tgk betul2 tu. Ada masa shopping kt namdaemun. Makcik tu beriya tunggu depan stroller Rafif. Masa tu husband dok tolak stroller depan kedai missha, aku dok shopping. Die tunggu sampai aku keluar dr kedai. Pastu tny "omma? Omma? Tunjuk kt Rafif". Aku pon cakap jela "dey, omma" senyum2 je tgk Rafif. Eh kesian pulak aku tgk makcik ni.
3) Sport shoes itu wajib. Hahaha. Ko feeling2 kan nk pakai hells wedges bagai. Toksah la. Klau nak ke Korea pakai lah sport shoes sbb ko akan berjalan-berjalan-dan berjalan. Diorng mmg akan pakai walking shoes and running shoes. Naseb baik la masa aku nak pegi aku dah beli walking shoes. Sbb aku ni jenis tak tahan kaki berjalan lama. And alhamdulillah sepanjang holiday kt sana kaki aku sgt kuat utk berjalan. Klau sebelum ni pegi zoo setengah hari pon aku dah tak tahan. Klau flat shoes biasa tu pon tak payah. Pegi beli sport shoes.
4) Gilakan kecantikan. Haa yang ni aku rase semua orang tau. Diornag ni obses nak cantik. Sebab tu kt myeongdong tu semua orang ko tgk cantik. Haha. Klau masuk kedai kosmetik dia muka semua orang mcm retis2 korea. Tapi kt korea ni dah biasa sangat plastic surgery. Sampai mcm 1 tahap mak ayah akan bg hadiah birthday kt anak dia pegi buat muka. Haha. Jadi jgn percaya 100% itu muka asli. Sbb kt jeju ramai je muka buruk. Lol. < kejam!
5) Makan makanan yg sihat. Okay ni mmg aku sendiri pelik mula2 pegi makan kt kedai makan dia. Takde pon menu air. Semua minum air masak coway. Klau kita kt sini. Air apa ko nak? Mesti ada. Milo la, bandung la, dah la kita makan makanan berat yg tak seimbang pastu lagi order air macam2. Diorang tak. Klau order lauk mesti datang sekali dengan kimchi and sayur lain (timun kimchi atau seaweeds) air mmg air masak ye! Die bg free je. Refill je klau habis sebotol tu. No wonder orang dia semua kurus, kaki runcing, tua pon sihat tau!
6) Bad trafic. Kat Seoul semua orang bawak kereta mcm esok nak kiamat. Laju giler. Nak pegi mane ntah. Pastu hon2 itu biasa bg diorang. Nak2 teksi. Klau area aku duduk tu mmg jalan jam. Alah same mcm kl la. Tp seriau sbb diorang bawak kete laju dan lane kereta tu aku perasan dia kecik sikit dari kite. Eh ke orang lain tak perasan. Jd gap between kete lain tu dekattt je. Berbeza jugak kt Jepun. Jepun ni mmg negara aman sikit la. Cab driver pon berhemah, klau die tengok ko bawak barang banyak die mesti akan turun dari kereta dan tolong angkat barang2 tu masuk bonet. Dah smp tu arigato dalam 189 kali baru blah. Huu. Kat Korea tak dapat ye.
7) Windy country. Die mmg berangin yg tak boleh agak. Kadang kuat walaupon musim autumn still sejuk tak leh tahan. Dasar darah melayu btol. So klau nak pegi sediakan 1 helai cardigan nipis2 pon okay dah.
8) Broadcast weather selalu betul. Klau tgk weather esok hujan insyaAllah mmg akan hujan. Pastu hujan die bukan main2. Hujan dr pagi sampai ke malam tak brenti. Klau kl dah lama banjir. Huhu. Tp itu lah yg kami lalui haritu. Sehari hujan di Jeju dan sehari hujan di Seoul. Jd klau nak plan ke mana2 tempat rajin2 jugak check weather broadcast.
Humm setakat ni itu jela kot yg aku perasan pasal diorang.
Souvenir apa yang boleh dikirim utk orang yg pegi Korea. - hehe saje tambah cerita lagi.
1) Fridge magnet- klau ko memang pengumpul mcm aku itu wajib ye beli.
2) Barang kosmetik. Yang ni klau orang yg dah biasa dgn alat kosmetik ni kirim la apa2 nescaya murah dr kl. Tapi itu barang yg made from Korea la. Kosmetik ni mcm2 jenis ye dok?
3) Sudu! Klau orang slalu tengok KDrama mesti perasan yg sudu die panjang. Hehe aku pon ada beli mmg nk simpan sendiri2. 10 aku beli. Itu pon mahal. Prrff!
4) Baju running man. Haa kisah baju running man ni agak sedih sbb aku nak cari kedai yang boleh custome nama aku sendiri kt belakang. Alah mcm sama mcm yg running man pakai tu la. Boleh koyak2 tu. Mmg ada! Tapi setiap kali aku tanya tourist information diorang suruh g beli tshirt biasa yg tulis running man. Yg sama je dgn tshirt i love korea tu. Huwaa! Kedai tak jumpa so frust!
Boleh tengok harga tu. 3 helai 10,000w. Jadi 3 helai tu rm38 kite lebih kurang. Murah jugak la.
5) Sutera Korea. Haa yg ni pon aku tak sempat pegi beli. Sbb malam kitorang pegi Dongdaemun tu sejuk giler. Nak berjalan pon tak tahan. Fabrik2 ni boleh cari kt Dongdaemun ye. Ada 1 bangunan nama die ada tulis material2 gitu.
6) Stokin. Haa yg ni bersepah2 stokin comei ni. Mana2 boleh dapat. Aku mmg tak beli la. Kejadah aku nak pakai stokin kat rumah. Belikan utk Rafif je 2 pasang. Sepasang 1000w. Pororo. Hehe
7) Kpop stuff. Itu klau korang penggemar kpop la. Kat sane diorang jenis style jual lagi poster retis2 diorang. Mmg di agung2 kan betul. Mcm2 barang ada. Ada calendar, keychain etc2
Itu jela yg aku tau. Tapi klau nk terangkan details bab kosmetik tu sampai ke esok tak habis sbb terlampau banyak barang utk korang kirim. Hehe.
Okay till then, dah 4 ke Jeju island!
6 comments:
Sis...ni kalau anak sulong akk baca ni sure getik giler dia nak g korea..semua rancangan korea kat astro dia rekod...hadehhhh...RM tu mmg sllu akk deleted...hahahha
Adoi teruja plak baca pasal korea nie....baca pun jd la..nak g x tau bila la...hehehe
Seronok baca travelogue orang...tp nk komen kemain susah..line tenet ciput,,.dpt komen 1 pun happy sgt2 ni huhuhu...
Xsmpt nk kirim mse mimi open order br2 ni tu huhu
Seronok baca travelogue orang...tp nk komen kemain susah..line tenet ciput,,.dpt komen 1 pun happy sgt2 ni huhuhu...
Xsmpt nk kirim mse mimi open order br2 ni tu huhu
Bestnye p korea .. Nak g jgk sobs
bestnya mimi... bila laa dapat jejak.
rayyan mudah sgt demam. risau kalu gi obersi.
gi penang pun demam. huhuhu..
tp one day nak jugak jejak korea. doakan k.amy murah rzki deh!!
Post a Comment