Assalamualaikum
*cuba bayangkan*
Ko tengah pantang, tapi berpantang rumah mak mertua. Takde sape peduli tentang ko dengan anak ko. Mak mertua hanya tolong basuh baju je. Nk makan kena masak sendiri. Rumah takde dapur gas, dapur arang je. Tiap hari makan ikan rebus goreng yg sah2 bukan makanan org pantang. Menitik air mata stiap kali makan. Tp klau x makan lapar plak. Tp rumah tetap kena nampak bersih kemas. Anak pakai kain lampin bukan pampers. Tiap kali anak berak kena basuh sendiri kain tu. Turun plak jemur. Anak menangis berlari dapatkan anak.
Ya Allah besarnye pengorbanan MAK AKU!!
Bersyukurnya aku berpantang gler heaven. Tak patut aku nk merungut sikit pon klau nak dibandingkan cerita mak aku tu. Bila mak bercerita baru aku tau betapa peritnya kisah hidup mak aku. Bila skrg, kasih ibu kepada anak dah ada 2 maksud. Kasihnye mak aku kepada aku dan kasih aku kepada anakku.
Aku berpantang mungkin tak seheaven org lain. Bg aku proses pantang ni bila bab aku takpe aku telan je perit skali mana pon. Tp bila bab anak laju je mata ni mengalir air mata. Awal lepas melahirkan iqi, susu badan aku kurang. Aku admit aku bukan fully bf. Aku rela ketepikan ego nk fully bf bila aku x sanggup nk tgk anak menangis lapar. Yup. Susu fm jawapannye. Husband dah get ready S-26. Aku bersyukur tgk anak dapat tdo nyenyak balik. Tp bila iqi dah biasa dengan botol, die refuse direct feeding. Time ni aku rase kejam bila aku sua jugak breast nk bg die hisap sbb nk suh aku byk susu. Yg pam tu jgn cakap la. Setiap masa pam. Bg aku pam sgt membantu. Sbb awal2 aku x berurut lg. So pam la tukang urut aku.
Nk dijadikan cite. Aku pantang kt kb. 8jam perjalanan dr kl. Bila dah smp rumah nurse kk dtg melawat la kan? Boleh plak die ckp iqi slightly jaundice. Hati ibu ni runsing jgn ckp la. Dah org kate bg minum susu ibu baik kuning. Aku plak seksa nk kuakan susu. Bila aku cakap nk start berurut. Ada pulak makcik2 cakap jgn berurut lg sbb ada jahitan kt bawah tu. Bahaya. Tp aku tak kira. At least berurut utk banyakkan air susu xpe dah. Esoknye nurse dtg lagi. Pelik bila nurse ni cakap eh xde pun kuning ni. Or mungkin dok tepi langsir kuning yg reflect cahaya. Pulakk!! Aku ni punya la risau nk mati. Mak aku mandikan iqi dengan daun inai. Mmg bagus elak kuning. Orang kate, bby akan kena kuning dalam masa 10 lepas die lahir. Klau takde dalam 10 hari insyaAllah mmg takde la tu. Aku tak abes2 counting days. Alhamdulillah iqi tak kena kuning. Haa. Lepas cite iqi, nurse dtg check jahitan. Kena pulak nurse kk mcm singa dtg check. Yg baik tak check pulak. Geram aku. Die cakap jahitan tak cantik. Sbb aku tak jaga elok2. Tp makcik aku cakap sbb aku dudukkk je dalam kete 8 jam. Mmg ler. Plus aku lepas bersalin dan2 la batuk gler. Setiap kali batuk rase ngilu kt tempat jahitan tu. Jahitan aku pulih after 10 hari. Aku mmg tak lokek guna ubat luka tu. Aku main curahh je. Sbb tak sabar nk cepat baik. Mmg seksa nk duduk nk menyusu. Tkpe sabar mimi sabar.
Hari ke 7 dah aqiqah, cukur jambul dan menamakan iqi. So far so good. Esoknye husband dah nak balik kl. Sedih masyaAllah. Tau la bila aku ni manja nk mati dengan husband. Semua benda die buat. Bila die balik 100% bergantung dengan mak. Kesian mak. Then, satu lagi dugaan datang. Bila bgn menyusu iqi waktu malam, dengar perut die bunyi krukkk krukkk. Kembungkah? Tp die kentut ok. Berak lg ok. Bila perut die bunyi mesti die nanges. Sedihh wei bila tgk die nanges. Aku usaha la. Org tua cakap cari daun ape ntah rebus bg minum air kt die sikit. Mak aku pon buat la. Tak jalan. Rase macam seminggu jugak la perut die bunyi. Tp tak kuat. Paling aku tensen bila ayah aku ni jenis x suke g klinik. Nk mintak tolong mesti tak endah. Grrr. Last2 along belikan ubat. Hurm..
Sebulan dah masa berlalu. Sebulan menjadi ibu. Tak semudah yg disangka. Nak2 lg bila iqi asyik menangis je. Bila die menangis ofkos la aku pon meraung sama. Risau ya Allah. Aku nak yg terbaik utk iqi. Pegi klinik takde sakit pape. Last2 kita g jumpa ustaz. Kenapa die asyik menanges je. Aku ada google2. Biasa bby die nampak macam2. Die takot so die menanges. Betul la ustaz tu cakap. Mungkin die nampak apa2. Mungkin sahaja. Kita tak tau jugak ape masalah die. Aku try apa yg ustaz tu suruh. Mandikan dengan air yg die dah baca ayat quran. Dengan limau nipis. So far tgk die menanges kurang sikit la. Tp skrg aku pon dah kebas dengar die menanges. Dah takde ikut meraung skali. Huhu. Bila google jugak ada 1 sebab kenapa anak menanges. Ibu yang kelam kabut. Ye betul. Awal2 tu die menanges mesti la aku kelam kabut. Hurmm. Ada betul jugak la.
Pernah dengar tak orang cakap budak suke menanges cepat besar/gemuk? Yelah! Mane tak nye sbb tiap kali menanges mesti nk bg nenen. Sikit2 nenen. Huhuhu. Iqi timbang sebulan dah naik 1.4 kg. Jadi 3.74kg. Wuhuu. Anak ibu cepat besar. Huhuhu. Husband everyday call tny iqi buat ape. Iqi ape kabar. Huhu. Ibu tak nak tny ke? Haha. Ibu baru loss 10kg ni. Sob sob. Tp nampak sama je. Takde berubah pon aku ni. Yela. Makan menambah2. Hehehe. Abes laaa.
Lagi 2 minggu aku nak balik kl dah. Tengok la camne aku jaga sorang2. Chayokkk!!!