Aug 14, 2018

Mandi manda di Hot spring sg Klah

Assalamualaikum

Harini nak cerita pengalaman pegi hot spring sg klah, sungkai perak. Actually aku ni jenis sakit2 kaki tau. Dah lama lenguh2 ni. Nk pegi rendam kaki dlm kolam air panas. Tak sempat2 pegi lg. Tapi bila last minit plan jadi la pulak pegi. 2 orang je dapat join. Kira ok lah tu. Nama pon last minit. Yg mane free jela pegi. Sebelum ke hot spring tu sempat la singgah makan di Nasi Bamboo sg klah! Wuu best btol makan kt situ. Elok la prgi2 lapar sbb bfast mengarut2 je.

Lepas makan baru terus ke hot spring. Bayaran masuk sini dewasa rm15, kanak2 rm8. Dlu kate anez murah je rm10 gitu kot. Tp bg aku ok dah utk family kecik mcm aku ni takde la terasa mahal haha. 1 family baru rm38. Dapat mandi kolam puas2. Rafif paling excited la. Mmg tujuan smbl2 nak bagi dia main pool tu.

Tapi skrg tempat ni strict sikit. Makanan sikit pon tak leh bawak masuk. Kesian si Anez penat2 goreng spageti haha. Aloyo bagai. Aku goreng tauhu bergedil je. Bila kena tinggal tu letak jela kt meja kaunter tu. Balik kang nnt amek balik.

Tempat dia ke dalam sikit dari pintu masuk tu. Tp takpe dia sediakan tram. Kejap je tunggu dah sampai. Syok jugak naik tram tu. Nampak ler advanture sikit haha. Tapi tak lama pon dalam 4-5min sampai dah kolam. Mula2 kami pegi kolam air sejuk dlu. Kolamnya landai mcm pantai. Lantai batu jadi x licin. Seronok situ siap ada slide. Lama jugak la lepak situ. Baru kami berpindah ke kolam budak.

Dah puas mandi kolam sejuk baru semangat g rendam kaki kt kolam air panas. Huu panassss. Tp bila dah rendam tu syok gila. Aku sampai pening2. Tp tahan yg suhu 35-40 je. Kt situ pon ada private jakuzi tau. Tp kena sewa lain. Kami rendam yg free kt luar tu je. Org pon x ramai. Mmg syok la.

Lepas dah mandi2 dlm pkl 5.30 masing2 dah salin baju solat nk balik dah. Tempat dia selesa. Kolam banyak. Surau bersih. Toilet pon byk pintu. Aku bagi 🌟🌟🌟🌟 jela sbb dia tak leh bwk makanan masuk haha. Lepas dah keluar masing2 kebulur lapar. Naseb baik aku dah makan kt nasi bamboo td. Takde la lapar sgt hahaah

Jom layan gambar...











Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com