Friday, December 7, 2012

hola december!

Assalamualaikum
Quick update. Dah pkl 12 mlm. I berada di tengah2 both my hero. Huhu.
Nothing much. Rindu nk berblog tp asyik tak sempat. Last weekend i pegi holiday pd. Again. Sbb mak dtg bercuti. So bawak ler makan angin. And this weekend pon masih mood holiday. Yippie.
Rafif dah masuk 5 bulan. And he started to eat! :) err. X makan pon. Hisap je lebih. Hahaha. Later2 la cite.
5 months 6.4kg. Tak berat mane pon anak ibu. Tp ok la tu. I tak kisah. As long as dia sihat. Aritu lepas jab die. Badan panas je. Takot die demam. Alhamdulillah. Anak ibu kuat. Die selamat tak demam.
Apa yg rafif pandai skrg? Menyembur!! Hahah. That one mmg fasih. And die nampak dah menyusur. Berganjak la jugak. Heheh. Rafif start meniarap when he was 2 and a half month. Mmg awal. Terkejut time die boleh pusing badan and control leher die. Skrg dah angkat dada. Then angkat bontot. Klau i tahan kaki die dgn tgn. Mmg dah kedepan.
Klau pandai merangkak lg ler penat ibu. Skrg ni pon. Lompat lompat! -_-. Penat! Malam tdo terbongkang ibu.

Lately mmg i byk habiskan masa dgn rafif. Kadang2 kesian hubs.
Hubs, i miss u. Even when u berdengkur sblh i. I miss u. :')

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 23, 2012

Perkongsian Jumaat. Flash card.

Assalamualaikum

Harini i nk kongsi satu benda yang penting untuk anak syurga kita. Early education. Org akan tny. Brape bulan? Boleh cakap as early as u can. Ok. Kita mulakan. Flash card ni satu denda yang mungkin di pandang gitu2 je oleh ibu bapa. Dulu pon i camtu jugak. Smp i tersedar bila u utube baby can read. I tgk baby from overseas ni parent diorng ajar anak dr kecik lagi. Padahal flash card tu just from paper yg buat sendiri je. Huuu.

So lepas i khatam baca blog kak watie. Baru i faham dan tau kegunaan flash card ni. Klau ada masa lebih kita buleh buat sendiri je. Sbb simple dimple je nak buat. Hanya perlukan a4 paper and marker pen. Everyone can do this. Yg i nk kongsikan dekat sini. Apa yg nak ditulis dekat kertas tu. I nk share words from little reader yg i beli. Mmg bagus sgt. Die ada action words, part of the body and common animals. Kenapa ayat2 ni je. Sbb ini ayat simple and daily used. Tak perlu mulakan dengan transportation, vegetables. Mulakan dgn ayat ni dlu.
Action words: clap wave kick point eat laugh
Part of the body: hair eye ear nose chin mouth
Common animals: horse duck pig dog cat bird

Cara utk tulis mestilah menggunakan tulisan seperti cikgu tadika. Tulisan doctor xmo. Kite nak mengajar doctor wannabe another 20 years. Hihi. Samaada guna huruf kecil atau huruf besar. Jgn campur aduk. Nanti confuse.

Cara utk apply dekat anak syurga kita x susah pon. Bg die duduk. Atau baring. Biasa i buat letak die atas riba i. Then i angkat card tu lebih kurang 2 jengkal dr pandangan mata die. Tp eye level kena sama dengan mata dia. I flip je card tu. First round i buat tak cakap pape. I flip flip flip. Lebih kurang sesaat kau datang. Eh. Salah. Satu card satu saat je. Sbb tulah di panggil flash card. Flash. Klau kita ambil gambar. Flash yg keluar tu sesaat je kan. Hihi. Second round i sebut sambil flip card. This one kena praktis sbb sebutan kena selari dengan card. Klau lari. Habis! Anak faham benda lain. Jadi kena careful. Third round i explain. It takes like 10 - 20 second each card. For example. Clap! Letak card. Tepuk depan dia. Jgn kuat sgt. Tekejut anak! Angkat card. Flip. Kick! Letak card. Pegang kaki die. Show kick. So die akan mengenal dgn menggunakan badan die je. Sbb tu lah perkataan yg simple je guna. Macam common animals. Like cat dog. Mane2 jumpa terus kita cakap. Dog! Sbb dog slalu lalu depan rumah i. Hehe. Gitu lah.

Flash card yg terbaik tak perlu gambar. Sbb apa? Sbb kita mengajar anak kita membaca. Org kata untuk mengenal. Ye betul untuk mengenal. Tetapi proses mengenal banyakkk lagi masa. Contoh: kita cakap. Rafif, stand up! Kita angkat die. Sbb die kan x reti bgn sendiri lagi. So die faham stand ni begini. Bangun. Untuk flash card. Bagus lagi klau kita focuskan untuk tujuan membaca.

Last year. I belikan flash card untuk Rania ank along i. Waktu tu xde ilmu lagi. Belikan flash card a for apple gitu la. B for ball. Ada gambar. Siap ada border cun lagi. Bila i apply dekat my niece. I flip card tu. Bila perhati mata dia. Dia tak tengok pon tulisan tu. Sbb gambar much more attractive kan. Tp bila i test. I cakap. Rania which one is umbrella. I letak dua card. Die pick btol. Tp mata die still tgk gambar. Bukan tulisan tu. Lebih bagus klau anak kita boleh membaca dengan mengenal tulisan dr gambar kan? Haa. Sbb tu la gambar tu later2 pon boleh ajar.

So mommies yg rajin boleh buat je. Klau nk beli pon make sure simple word and no picture. Hehehe. I pon tgh struggle ajar rafif ni. Anak kita mmg akan kalih sana. Kalih sini. Tp jgn give up. Flip je card tu smp lenguh. Hehe. And sebut je kuat2. Anddd... Jgn fikir. Dia x faham ni. No no. Sbb i pernah baca kt mane ntah. Dont think that ur baby cant understand bcos u r just underestimate ur baby.

Baby is genius!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 22, 2012

Tips letak anak dalam car seat.

Assalamualaikum

Tips die senang je. Masuk kete terus letak pastu ko buat2 pengsan. Jangan pegang die. Jangan sentuh pon!

Jangan! Sbb die mmg akan cakap dok atas riba ibu lagi best. Warmmm je rase. Mmg la warm nak oii. Tp kepala mak dah boil sbb lenguh kemain tgn ni. Hahaha. Yee. Letak je. Rafif mmg musuh ketat dgn carseat. Rase mcm tak berbaloi beli. Tp ibu buat hati kental. Mmg merengek. Lama2 surrender. Yuhuuu. Ibu boleh tdo dgn aman!

Ok. Tambah la sikit tips. Klau mcm rafif. Kena letak bantal atas kaki die. Baru tdo lama. X tau kenapa. Tp mmg btol tips ni. Aritu balik dr kuantan. Start je masuk kete terus letak. Die tdoo smp kl. Bagussss. Hahaha.

*mesti ada org kate. Ek eleh. Letak anak dalam car seat pon kena buat tips. Yee!! Kena. Klau anak ko macam Rafif mmg kena!. *

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 21, 2012

Friday, November 16, 2012

Tips untuk elak baby tido berbuai. apabila sudah terjebak dengan buai. lol

Assalamualaikum

Rafif mmg start tidur buai since he was 3weeks. Seperti yg korang tau Rafif ni susah utk dijaga. Maka pak nye kesian dekat mak asyik nk berdodoi je. Patah pinggang. Maka pak belikan buai dengan skali moto auto tu. Mak bukan main gembiranya sbb tak perlu dodoi sgt kan.

Waktu tu mak ingat bley la tdo bawah jugak. Sesekali je nak buai. Tp nan hado. Bila die dah sedap berayun. Mane nk yg bawah ni kan. Maka mak ayunkan aje si anak. Tp mak risau sbb ape. Susah nk kemana2. X nak tdo bawah. Mmg nk berbuai all time.

Ingat waktu raya aritu time tu rafif belum masuk 2 bulan. Kte balik kedah. Dengan buai pon check in hotel tau.

Tp last2 i berjaya tidurkan die kat bawah. Dengan syarat time die ngantok tu. I susukan sambil baring. Dan kain bedung dah get ready kt bawah die. Hehe. Bila die dah terlena. Terus bedung kemas2. Tepuk sikit. Mesti die akan lena. Cuba lah. *ala2 resipi plak*

Tapi kena ingt klau kita asyik susukan sambil baring nanti die x nak kite susukan beriba. Mesti nk baring. Ramai org jadi camtu. So kena buat dua2. Nanti nk g mall camne klau nk susukan baring. Xkan nk terbaring tgh org lalu lalang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 14, 2012

Baby's seat

Assalamualaikum

I dah lama berkenan dgn bumbo seat sbb comei. Heheh. Ade ke patut sbb comei. And x tau plak bumbo seat ni just jenama bumbo. Aritu i ada tny kt fb group sape nk pre-loved. Then etty bg link dekat satu web yg byk jual pre-loved baby stuff. I pon propose la dekat hubs sbb die yg nk membayo kan.

Me: bang. Ada org jual pre-loved bumbo seat ni. Nak beli tak?
Hubs: pre-loved??
Me: ala. Brg die dah guna. Die nk jual balik.
Hubs: pre-loved bagaii. Bundle sudeyy.

Adoii. Husband i ni mmg ler. Bundle tu kebendeee. Hahaha. Tp die x setuju nk beli pre-loved. Die nk yg baru je. Die ckp xpe mahal sikit lama lg nk guna. Adik rafif ada 5 lagi bley guna. Gulp!!!

Ktorang pon g la beli kt mydear warehouse aritu. Tp bukan jenama bumbo. Jenama anbebe. Heheh. Comei je nama. Seriously i loveee this seat. Sbb senang. Nk bawak kemana2. Skrg ni i asyik ikut husband g outstation. So seat ni mmg membantu la. Setiap hari bfast i bawak je g cafe. Letak rafif dalam tu. Bley la makan dua2. Klau x sorg kena pegang. Sorng makan. Gilir2. Then klau hubs g keje. I nk mandi ke solat ke. Letak je rafif dalam tu. Die tgkk je i. Haha. Sbb rafif ni jenis x suke baring. Nk berdukung jee. Klau dok dalam tu diam la kejap.

I beli dengan harga rm155. Klau bumbo mahal lagi rasenye. Seat ni bley duduk since baby 3mo. Once baby dah bley tegakkan kepala. Dont worry much pasal tulang belakang die. But kita kena kawal die. Tgk die jugak la. Jgn biar mcm gitu je.

Mmg berbaloi la beli. Rafif love it. And me loveee itt!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, November 3, 2012

Live from Grand Lexis PD

Hyep! Im here. Finally. After discuss dgn hubs utk weekend gateway. Hubs pilih grand lexis pd. It is super awesome resort where u can jump anytime to ur private pool. Actually. Diving is prohibited. Ekeke.

Rafif so far okay. Agaknye lepas pegi jakarta aritu die dah biasa berjalan2. So dalam dukung pon bley tertdo. X perlu dodoi beriya sgt. Anddd. He lovess pool. Wakaka. I tak masukkan die dalam pool pon. Sbb die cejuk. Tp meleleh air liur tgk pool. Hehe. Nanti rafif besar kita dtg lg ye. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 1, 2012

sudah berbulan dan berabuk

Assalamualaikum

Haishh. Ble tgk je blog aku ni terus rase bersalah pada kau blog. Kesian kau. Dah sebulan lebih di tinggalkan. Entah makan ke idak. Huuu. Maafkan ku blog. Aku takde masa nk menjenguk kau dengan lebih kerap skrg. Aku sudah mempunyai kekasih hati yg baru yg sgt jeles klau aku tidak meluangkan masa bersamanya. Ya. Rafif itulah. Huu.

Walaupon dah empat bulan. Begitu lah perangai nye. Tgh belajar elok2. Di berak pula. Hais. 5x naik flight 5x lah melalak gler2 dalam flight tu. Ggrr. Malu bukan main kepalang ibu ni. Benci tau!

*********************

Disebabkan hubs outstation lamos glos. I terpaksa la balik kampung dengan hati yg girang. I suke!! Di tunggu tunggu hubs datang amek kami 2 beranak ni tak kunjung tiba. Lepas sehari. Sehari lagi. Lepas tuu. X datang lagi. Sampai la ko sebulan lebih.

Dah nak pegi jakarta terpaksa balik. I pegi indon 4 hari je sbb sil convo. Congrats doctor! :) jakarta macet sekali. Tp driver die mak aih. Mmg power la bawak kete. X tergores pon ko. Dekat nk mampos kete.

Dan esok we are going to holiday lagi! Yeay. Sbb hubs tinggal kami 2 beranak lama. Maka hubs nk release tensen dok dalam hutan lama sgt. I jugak untung. Ngee~ this month hubs outstation jugekk. Benci! Tp takpe. Sbb i ikuttt. Wowie. Ikut kejap je kot. We are going to labuan end of this month. Rafif! Sila jgn menangis dalam flight. Ggrr!

Skrg rafif dah bley tdo bawah. Buai pakai jugak klau i ada benda nk buat lama. I letak dalam buai. Lama sikit la tdo. Makan masa betul la nk train rafif tdo bawah. Tp lama2 okey je. Skrg train tdo bawah tanpa bedung plak. Huhu. Hai la anak. Macam2.

Up gambar for october. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 21, 2012

Review Diapers

Assalamualaikum
Harini i dapat anak buah baruuu. Yeayy!! My second sister dah selamat bersalin petang td. I dapat anak awal dari dia. Rezeki Allah dah aturkan. Hihi. Alhamdulillah semua selamat. Diorang sume pegi hospital ni. I dok rumah dengan rafif sbb budak tecik tu tdo. Kesian plak nk kejut. Takot tak cukup tdo karang mengamuk ler die. Hehheh

Ok. Arini i nk review diapers i guna for my baby. Stakat ni i dah try 3 jenis. Mamy poko i pakaikan dr awal bersalin smp la 2 minggu lepas. Then i tukar ke huggies. Saje i nk try sbb i rase mamypoko mcm mahal la pulak nk pakai selama-lamanya. Pastu i ada try 1 je drypers wee wee dry tu. Amek yg my niece. Sbb kakak i cakap murah je. So tahap kepuas hatian i sama ikut mcm gambar. Heheh.

Ofkos no 1 i suke mamypoko. Walaupon mahal. Tp tak pernah beli guna duit i. Ada aku kisah mahal ke x. Eh?!! Hahaha. Seriously i suke mamypoko. Walaupon dah berat. Byk kali kencing masih lg mcm kering tau. Plus skrg rafif poo poo 2 hari sekali je. Klau arini poo esok tak. Tp ble dah poo tu penuh lah satu pampers! Panik la i. Hahaha. Stakat pakai mamypoko mmg tak pernah bocor.

Bila i tukar ke huggies tu sbb pampers mamypoko i pakai before ni saiz s. Pastu nk tukar i nk try yg baru. I pilih huggies sbb org kate huggies okay jugak. I pakaikan saiz m. Tp i kurang berpuas hati. Die nipis dah die x brape lebar. Since i dah bandingkan dengan drypers wee wee dry tu. Die lebih tebal. Lebar dan lebih murah! I tengok rafif pakai takde rashes dan tak ketat dah kat peha. Maklumlah. Drumstick sedap. Eh! Haha.

So lepas ni i nk continue mamypoko utk malam. Sbb i tak tukar pampers malam2 takot die buat muka ceria. Mampos i x tdo malam. Hehehe. Siang i pakaikan drypers. Pakai murah2 sudah la nak. Rafif pakai pampers satu hari dalam 6-8 psc. I mmg slalu tukar jugak la. Takot die gatal ke tak selesa ke kan

Sekarang ni rafif suke berdukung. Adoiii i risau gler. Sbb skrg takpe la dekat kg ramai yg boleh gilir2. Nanti i balik rumah sendiri. Pitam la ibu nak oii. Die tau klau kte duduk. Terus nanges. Bangun je mcm tutup radio. Senyap! Aaaaaaa. Tensen la ibu. Ada je akal baru awak ye rafif. Aritu rafif dah meniarap. Yeay!! Tp 2 kali je. Skrg ni tgk die bila mengiring nk angkat kepala. Tp mengamuk lah. Kepala berat! Heee. Mcm2 la dah ada anak ni. Seronok tgk perkembangan die seharian!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 17, 2012

Im fat and i know it! update berat mak and anak. wuu

Assalamualaikum

I kat kg skrg ni. Holiday. Kahh. Holiday lah sangat. My husband pegi outstation kt perak. So i balik kg la kan. Bila balik kg mmg sume heaven. Tak payah basuh baju. Tak payah masak. Sume makk. Heheh. Tp tak best sbb ramai sgt la concern about my weight. Hahaha.

Ok. Mari la update berat badan anak dulu. Hehe
Rafif's weight
Born: 2.7kg
1month: 3.74kg
2month: 4.9kg

My weight
Start pregnant: 54kg
End pregnant: 73kg. Gulp!! I gain 19kg okey! *pitamm
Current weight: 61kg. Lagi 7 kilo x berganjak. Benci!!

So klau lepas ni jumpa i kat mana2 x payah nk sebok cakap i gemuk or what okey! I dah tau dah. *warning smbl mata berapi* haha

Ada mcm nk control makan jugak. Tp production susu kurang. Stakat ni mmg i df je baby since im housewife kan. Jadi i mmg kena isi perut. Klau perut kosong mmg susu sikit. Mcm puasa haritu. Bila petang je i risauu. Anak mcm meragam sbb masih lapar. Huhuhu. Alhamdulillah dah abes dah bulan pose. I tinggal 16hari. Tunggu bila bby besar baru i nk ganti.

Korang nk ganti bila? Huuu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

Cerita Raya shaye!

Assalamualaikum

hoho. orang dah habis beraya aku baru nk update cerita raya kan. hahaha. whatever. ok. raya pertama saya rumah PIL dekat kajang tu. Alhamdulillah. sempat la balik kajang before raya. Rafif mengamuk gler2 that day. terkesima mak ayah mertua i. ;p baru tau ek cucu camni. ekekeke. Hari raya pagi salam2 kte gerak pegi klang rumah mak cik husband. sbb semua berkumpul kt situ.


tengahari ktorang gerak pegi kedah. ini first time dalam hidup i hari raya habis masa dekat jalan raya. blerghh. anak ibu pulak asyik berpeel dalam kete. mau nye ibu jadi org sawan dalam kereta. haha

Raya ke 2 kte g beraya rumah sedara husband. atok, makcik, kte ikut je kan Rafif. tapi awak tu la. segenap rumah pegi beraya awak mengamuk kan? adoii. penin ibu!! -__-

day 2

 day3 kte dah gerak blk kl. lagi skali ibu pening naik kete dengan awak rafif. -___-"" 
smp rumah je terbongkang sume tdo! kepenatan. ayah penat drive, ibu penat melayan rafif, rafif penat mengamuk. hahaha. i cakap dekat husband nk belikan rafif closet sbb baju dok dlam kotak je, kesian dia. (padahal napsu ibu yg nak.haha) ayah kate jom ikea. raya ke 4 pegi ikea. naseb baik la last2 dah nk abes shopping baru rafif mengamuk. hihihi. 

muka tensen je 

gitu jela cite raya i. raya tahun ni mmg la seronok sbb ada bby kan. tapi bby kecik lagi pon payah gak. nk beraya rmh org pon susah. i plak kena control2 makan lagi. org hidang air ais. mesti tak ley minum. terpaksa teguk air liur. hahaha. org bg teh pura2 minum. takot kecik hati. kte kan masih berpantang makan. nak2 lagi i bf. takot kembong perut anak. takpe! next time, i nak bajet betul2. next princess mesti raya kena dia dah beberapa bulan. ewahh!! laju nye ko plan. hahahah
aritu i ada buat mini open house. sbb ajak2 family je. ada jugak blogger datang, thanks mommy cha datang! bawak mikha comel. tp kesian pipi lebam kena smackdown kot. hehehe. 

Ini duit raye shaye! ibu cakap nak simpan Tabung Haji. ayah cakap ASB. tapi shaye nak beli toyssss!! nak lego, nk airplane, nak robottt! *ibu pitam*

masih lagi tak tau nk simpan mana. duit die kehulu kehilir ku bawak. tak decided2 pon lagi. ada la jugak 700++ duit dia. kemain lagi kau anak. kau mengamuk rumah orang pon orang bg duit kat ko. agak2 klau ibu mengamuk orang bg apa la. mesti lempang sedas. hehe.
btw, korang simpan mana? jgn cakap insurans tau! i dah sedia maklum pasal tu. hurmmmm..



Friday, September 7, 2012

Review Stroller: Silver Cross

Assalamualaikum

ok. i ada hutang review stroller. hehe. mari laksakan hutang ituw. tapi sori la entry cincai2 je. dah susah nk berblog macam dlu. memandangkan i ada kereta optima myvi je. jadi apa yang paling penting bila nk berjalan mesti nk sumbat stroller dalam bonet kete kan. jadi paham2 la bonet kete myvi ni alahaii. hidup segan mati tak mahu betul. hehehe. so mmg kena cari yang lipat jadi kecik. mari lah i listkan apa yang i nak pada stroller bby i. 

1. lipat jadi kecik. at least muat bonet kete
2. senang untuk lipat sbb i akan handle bby sorang2. so kena senang dan tak memerlukan tenaga batin
3. ringan. sbb biasanya i klau malas naik kete balik kb. i akan naik flight. so klau berat2 mati lahh. eh?
4. tayar die tak kejang macam trolly dekat giant. or carrefour or tesco
5. bley guna dari new born smp ke yang new born tu dapat adik dah. eh? haha

haa..tu jela kriteria2 yang i nak. time tu i kt kg lagi. pantang. husband yang carikan dekat mybabyworld. eh. ke onebabyworld ha? haha. xtau la. mula husband cakap nk beli yg maclaren quest 2012. tapi disebabkan orang jual tu cakap newborn tak sesuai. jadi cancel. orang jual tula recommend yg silver cross ni. kain die mmg sama macam maclaren. boleh laras tempat tdo tu jadi rata. eh paham x? haha. i mmg suke la. dah la canopy comei. tayar die mmg smooth sgt. bley lock. biasa la tu kan. lipat mmg jadi kecik. byk lagi space bonet kete. dannn. tempat duduk die tu kan. tempat lutut tu. boleh lipat ke atas klau new born. takde la kita risau anak kite terjatuh kebawah. dan bila anak kte besar. ada tempat bby letak tangan tu. tp die boleh cabut2. so klau nak bley letak. klau tak nak cabut je. sori takde gmbr. sbb stroller tu dok dalam kete je.




gini la jadi bila lipat. i cilok google. haha. die umbrella fold. so beli! harga murah je. rm499. rasenya waktu tu ada sale. from rm699 kot. i pon lupa la. eh. review ape aku ni. hahaha. naseb la i tak beli maclaren quest 2012 tu. sale pon rm999. half price tau! hurm.. tu jela kot. hehe

Thursday, September 6, 2012

Im turning 25!

Assalamualaikum

today is my birthday. my 25 birthday. arini ada masa sikit nk menaip sbb bby asyik tidur je. ok. first of all. dalam entry ni saya dengan ini akan tukar panggilan nama bby. korang tau before this i panggil my baby iqi right? disebabkan ramai org yang question kenape iqi? ada yang dengar ricky la. ada yang dengar nicky la. hahaha. so i stick to Rafif. walaupon dalam perut lagi i called him iqi. so settle. nama panggilan je pon. bagus jugak ada 2 nama ni kan. hehe

alright. skrg dah 2 bulan lebih i tak bekerja. termasuk cuti bersalin 2 bulan. haa. mesti ada yang pelik kan. kenape suddenly je i resign. yes. i resign with 24hours notice. kena bayar gaji sebulan dekat company. sebab? RAFIF! yup. of course sebab die. i tak rasa sapa2 pon sanggup jaga die. act, i berkecil hati. never mind! lupakan jela. i mmg happy dapat jaga anak sendiri. tapiii. bukan senang tau nak jadi fulltime housewife ni. yang susah bila ada orang menanya. tak bosan ke dok rumah? takpe ke takde pendapatan tetap? cukup ke gaji husband?. arghh! fed up nak jawab. but im happy with my life now. boleh tengok anak setiap masa. 24 hours dengan dia. anak manja? biarkan! die masih bby. of course die nak attention kita. klau nak cite pasal duit. camni jela. "semakin besar periuk tu, semakin banyak la keraknya" yup. kami ada 2 bijik kereta, rumah, bil itu ini. insurans. mmg semua jadi tanggungan husband. tp die lagi suke i dok rumah jaga anak. Alhamdulillah. its not about money actually. Rafif bukan senang nak jaga dia. die mmg kerap menangis. or suke menangis. i donno. tapi pening tau nk menjaga die. skrg ni dah biasa dah bg i. cuma nk keluar pegi rumah org or pegi mall im not ready yet. i sanggup tunggu die besar sikit. kurang menangis. then we go out. takpe. klau amek masa berbulan2 i sanggup. amek masa bertahun pon i sanggup. sbb die my baby. im his mother. pengorbanan tu penting. before raya, my mil cakap bley tinggal Rafif dekat rumah dia. boleh i pegi shopping pon i tak sanggup. i terbayang anak i menangis tp i pegi suke hati shopping. no. not gonna happen in a million years. 

dia adalah anugerah paling terindah. hadiah hari lahir ke 25 yang paling bermakna. =)

im always be with you my teddy boy. =)

Saturday, September 1, 2012

Short Announcement

YUP! IM A HOUSEWIFE!

haish. this is not easy decision to make. especially when im thinking about my money dalam maybank2u ku ituww. dah susah nak click2 online shopping!! huhu. now i have alot of time with my teddy boy. Alhamdulillah. petang2 boleh layan HBO, boleh tdo sesuka hati. anak tdo aku tdo. hahaha.


eh, pasal raya belum cerita. and i ada hutang nk review stroller. sori yanggg~

Thursday, August 16, 2012

LR for my LR

Little Reader for my Little Rafif


 
+



will pickup after raya with kak watie GBOB.
sape mommy berminat nk beli Little Reader skrg ada promotion.
RM1386 je. Little Reader with Little Math tau. bukan LR je.
klau berminat nk beli contact kak watie ye.



Wednesday, August 15, 2012

Shopping baju raya iqi DONE!

Assalamualaikum

haa. smlm ktorang pegi Jusco kan. time tu dah dekat pukul 9 sbb ayah tak habes-habes reply emel, reply emel, reply emel. geram je nak jerit HANTUUU!! hantu kerja! erghh. tapi takpe. ibu get readykan iqi. time tu time tdo die. mesti la nk tdo kan. sbb iqi klau malam mmg tdooo je. until pagi. kesian die pulak bila bawak pegi jalan2.

turun kereta tu okay la. i letak dalam stroller. mula2 terlopong tdo. tapi kejap je tersedar. terus tengok kiri tengok kanan. masuk jusco die dalam stroller lagi. smp ktorang naik dekat bahagian baju pon die still dalam stroller. ku sangkakan panas ke petang, rupanya ribut petir die tengahari. die dah gelisah mak esah. takot die nanges beriya die tu. husband amek dukung. i lah pegi cari baju die. memandangkan tema ktorang merah tahun ni. nak jugak la cari baju merah. hahaha. mak die ponnn!! i terus ke bahagian Disney sbb i tau cutting baju disney kecik sikit. so mungkin padan iqi. i ingat nk cari baju biasa je la. tp husband insist nk pakaikan anak die kemeja. siap bawak dah 1 color hijo. eh laki ku ni tau tak tahun ni tema merah ni?? i pon kelam kabut la cari lagi baju merah. sudahnye 3 helai baju sume Disney. sbb iqi mengamuk!! brape kali i masuk baby's room menyusu die. tapi sudahnye. waaaaaaaa waaaaa!! habes satu section baju tengok ktorang. hahaha. bila die macam reda sikit husband nk jugak cari seluar jeans ke pants yang macam bawak pegi berjalan kan. i told him mane ade yg kecik bang oii. sume beso2. skali terpandang bahagian Poney. ada seluar kecik. 0-6m. baju Disney td pon 0-6m. seluar tu seluar pendek. tp mesti jadi seluar panjang jugak iqi nanti. hehehe.

ktorang main rembat je. macam menang peraduan plak kena amek suke hati kau nak. yang sales girl pon menggigil tangan nk buat resit. tengok iqi menangis. hahahha. seluar Poney tu i pilih2 jugak. mane yg ada discount. husband kate. takpe takpe. amek jeee! sambil menggelabah. i sempat tengok harga 1 yg kecik rm100 lebihhh. mak aihh! seluar kau nak. seluar mak 5 hengget je. baik ko jangan nanges. haha. rempat 3 helai pants sume Poney lah. sbb malas dah nk survey yg lain. pegi counter bayar dekat 400!! amboi nakkk!! huhu pastu letih mengamuk gamaknye. tertdo. tp i dukung laaa. taknak letak dalam stroller takot die terjaga karang waaa waaa balik. hahaha. sempat lah pegi potong tali jam i. masuk kedai jam i tengok lahhh harga jam i tu. wakaka.

moral of the story. tak nak dah bawak iqi jenjalannn smp die kurang sikit berpeel. bley plak td husband cakap. arini kte bkk puasa Jusco la ek. nk cari barang sayang plak. nk beli seluar ape sume tu. takpo laaa.. den sanggup tak berayo. asal anak den tak menangeh camtu. huhuhuh.


Raya pertama merah la kte. hehehe. seluar poney tu kan yang bestnye ada boleh level macam maternity pants tu. hehehe

p/s: sape tanya stroller tu nanti ye yang. stroller kat dalam kate dah. nk tunjuk function pon susah. nanti i buat entry simple2 je dlu okey.

Tuesday, August 14, 2012

Home Sweet Home and Homesick!

Assalamualaikum

I dah sampai rumah. After 8 hour punya perjalanan. fuhhh! penat. penat sbb iqi meragam. my son ni mmg unexpected la. awal2 die nk duduk dalam car seat. fuhh. lega la I kan. siap tdo alas kepala dengan car seat die jugak. haha. smp bentong ke mane ntah. die buat muka ceria die kejap. pastu waaa waaa waaaaa. smp lah rumah nenek die kat kajang. I pegi letak stock EBM since mama yang nak jagakan iqi. masuk kete balik die dah waa waaa waaa balik. letak dalam car seat jap pastu bila nk bumping sikit terus terjaga. ayah cakap nanti ayah belikan merc lah camni. myvi mmg bumping. sambil perli sbb ibu suruh pelankan sikit bawak kete. tapi dalam hati ibu terus cakap. ibu nak AUDI plsss. wakaka. ok kelaut!

Sampai rumah kan. i tak brape nk happy sbb fikir OMG kena jaga anak sorang2. husband dah la gler kerja. asyik balik lambat. sedeyy sbb rindu mak. rindduuu sangattt. tahun ni raya kan balik kedah. tengok keadaan iqi klau die ok kte balik kb. klau x ok kte terus balik kl. waaaaaaa!! haa..amek kau! tu ibu punya tangisan tu. wakaka. semalam first day jaga sorang2. peratusan menangis iqi 50%. dah peratusan ketensionan ibu 30%. kelas kau. siap ada peratus. susah jugak la sbb iqi ni klau bangun mulut macam mulut anak burung. cip cip cip. terus nak nenen. smlm sidai baju smp teketar2 tangan takot die bangun. last2 berterabur hanger. hahaha.

ape yang best bila balik rumah, boleh buat suke hati. nk mandi pukul brape. tak nak kemas pon takpe. nk kemas lagi bagus. anak menanges lmbt sikit nk bg nenen pon takde orang marah. best2. hehe. ni la my simple home sweet home. bersyukur sangat2 dah ni dapat rumah gini. walaupon tak beso macam rumah orang lain. aku puas hati!! sbb aku tak perlu nk sapu rumah lama2. lol.

 Ye. aku tau tb rumah aku tb beso gebadak! bukan flat screen macam u olls. haha. Jarang kot tgk tb skrg ni. terperap dalam bilik je. abaikan play gym iqi. saje bkk sbb curik gantung2 letak kt buai. huhu

Tu je new furniture husband beli. lemari putih tu. katenye nak letak file2 keje senang. pergh. lemari gitu letak file? baik lah bini mu g cari set pinggan vantage. tayang dalam tu khen. kelas bini mu! 

haaa..tu jela yang mampu den tunjuk. dalam bilik agak bahaya ye. eh ke nak tengok gak? alaaa. malas la nk tunjuk kerajinan ku mengemas bilik plak. adoi jangan la paksa. *pangggg! lempang sedas*

hah! amek kauuuu!!!

kahhhh!! abaikan katil x sempat nk kemas tu. buai tu bergerak sbb iqi dok dalam tu. huhu. 


Malam ni insyaAllah klau husband balik awal. kte 3 beranak ni nk try outing. try tau! bukan betul2. hahaha. outing tempat paling dekat dengan rumah. Jusco. 5 minit je dr rumah. klau iqi ok. boleh la ibu pegi shopping2 dlu. klau iqi tak ok, mari balik!! hahaha. smlm husband ajak pegi shopping baju raya iqi sbb sepasang pon nan hado lagi anakku ini. maknye hover dah ada 3 pasang baju kurung. jadi makanya, malam ni nk shopping la baju anak. seluar mak. potong jam mak yang pak bagi adiah. tq husband! nk beli blouse mak. kasut raya mak. eh banyaknye barang mak! hahaha. malam ni jugak la kte try letak iqi dalam stroller. berdebar2 la hati ibu. sbb iqi kan tdo meniarap. acane nk meniarap dalam stroller. huhuhuh

nk tengok stroller iqi? merah membara semangat waja betul! murah jeee stroller iqi. hehe

 Taraaa!!! Puas hati dari segi function sama macam maclaren. lipat pon sama. umbrella fold. paling ibu suke, canopy comel lahaiii. tayar boleh pusing ligat. amboi ayatt. tapiii. nk duduk ke tak? kte nantikan episod shopping raya malam ini! hahaha. (tak bawak turun lagi la sbb tu bley posing dalam rumah. haha)

Next entry ibu cite pasal stroller nak? sape2 nk cari stroller bley la continue baca entry lepas ni plak. eh car seat belum cite lah. nanti ibu cite jugak ok. ibu nk pegi mandi sementara iqi tengah berayun tu. bagus nak! tidur lah. hehehe



Friday, August 10, 2012

Challenge accepted!

Sudah mau balik kl. Haa. Orang balik kampung beraya. I balik bandar. Kelas kau mimi! Mana2 jela. Asal dengan both my hero tu. I on jee. Haha.
Pantang dah tamat. So husband pick up esok. Ahad gerak balik rumah sendiri. Rindu weh rumah! Yg pasti husband ada tambah new furniture. Wohoo. And husband dah belikan stroller and car seat iqi. Tq hubster!

Paling i risau how can i handle iqi sorang2? Tp kt rumah mak ni pon dah praktis dah. Mandikan iqi. Siapkan baju die. InsyaAllah boleh! Huhu. Td lepas bkk puasa sementara iqi tdo i dah kemas barang balik kl. Mak aihh. Muat ke myvi aku ni. Hahaha.

P/s: tak sabar nk letak iqi dalam stroller and car seat. Nak ke die duduk. Iqi beli stoller x pemes pong macam orang lain. Sbb ayah dgn ibu ada invest benda lagiii bagus utkmu nakk. Hehe. Cant wait!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Puasa with iqi

Assalamualaikum

Puasa dengan iqi memang mencabar. Bila nk bkk puasa dalam pkl 6.30 i mmg akan mandikan die. Sbb 7.30 dah bkk puasa. Bila die mandi tu. Lepas tu tdo la kejap. Tp elok2 i nk jamah nasi. Tadaaa!! Bgn buat muka ceria kejap. Pastu dah meraung2 mcm sakit sgt. Cett!!

Camtu jugak ngn sahur. Die mmg akab bgn!! Walaupon pkl 4 dah bgn menyusu. Kot2 tdo la sejam kan. Nk makan pkl 5 tu mesti die bgnnn. Adoyaii. Pastu dah bgn susah dah ler nk tdo. Buat muka ceria lgi. Sudahnye makan beriba la. Meraung smbl i makan. Haha. Bila pagi i paling la tensen. Die xnok tdoo. I harapkan pagi tu lacnk tdo topup tdo i kan. Hampeh! Kejap je tdo nye. Bgn yg lebih. Iqi mmg budak x suke tdo la. Anak korang camtu ke??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

My little iqi: tidur

Tajuk tak nak la pelik kan. Huhu. Arini dah 39 hari pantang. Goshh!! Cepat lah habes. I dont like berpantang at all. Benci ada lah. Ewah. For now, still enjoying being a mother. Hari2 perkara paling best buat kiss iqi. Hehe. Best sbb pipi gomuk.

Ok. Nak cite lah kan. After a month. Little iqi pegi kk utk cucuk sebulan. Kan saya x pernah g kk even skali pon time pregnant kan. Sbb mmg dah decided nak delivere private. So langsung x jejakkan kaki pegi kk. After balik kampung, mak dah pesan kt ayah pegi report kt kk. So mmg ada nurse kk dtg rumah. Lepas sebulan g cucuk. Macam best la pulak kk ni. Much more detail la die check iqi. Smp meraung2 anak aku kt kk tu lama sgt. At least my husband satisfied okay la. Bila sudah cucuk nurse pesan yg ada dah tulis dalam buku tu la. Then, die tekankan bab tidur.
Klau boleh jangan tidurkan baby dalam buai. - tettt!! Iqi dah 2 minggu lebih tdo dalam buai.
Tidur telentang adalah yg paling bagus. Jangan tidurkan dengan cara meniarap - tettt!! Iqi all the time tdo meniarap. Tp iqi very good boy die pandai angkat kepala tukar position sendiri. Klau lenguh sebelah kanan. Tukar kiri plak. Kadang2 iqi meniarap angkat kepala lama macam budak besar je. Ellow. Baru sebulan lebih nak macam budak besar dah. Huhu

Pasal tdo dalam buai. Orang kate jgn ajar anak tdo dalam buai. Macam2 la. Susah nk travel la. Ape la. For us, what ever that make him comfortable dan paling penting tak menanges. We do it! Husband belikan buai skali ngn motor die la. Takde la i nak tunggu je die kat situ.
Tidur meniarap ni plak i yg start. Bila die menanges gler2, i terlangkup kt tangan ni kan. Die senyap. Smp tertdo atas peha. Bila i tdokan meniarap mmg lama die tdo. 2 jam. Lamaa dah tu. Biasa sejam lebih sikit je dah bgn. Mak risau takot kepala die bulattt. Hahah. Org kelate panggil butuk. I dont care jugak! Dari letak tdo telentang tp terjaga2 every 2 minutes. Camane tu. Baby kan perlukan tdo yg secukupnya. Huhu.

Raya ni insyaAllah i balik kg atok husband kt kedah. Malam raya tdo rumah tok baba. Next day kte check in hotel. Agak2 kena bawak x buai? Haha. Biar la husband bertukar jadi buai. I dah penat goyang badan ni dodoikan iqi. Sbb iqi x kan tdo dalam buai sewenang wenangnga klau mata die terbukak luas. Kena dodoi peluk2 dlu. I nak rehat!! Huhu.

Copp!! Apsal gambar akan terbalik bila update guna note ni!! Argghh.



Thursday, July 26, 2012

Kasih ibu kepada anak

Assalamualaikum
*cuba bayangkan*

Ko tengah pantang, tapi berpantang rumah mak mertua. Takde sape peduli tentang ko dengan anak ko. Mak mertua hanya tolong basuh baju je. Nk makan kena masak sendiri. Rumah takde dapur gas, dapur arang je. Tiap hari makan ikan rebus goreng yg sah2 bukan makanan org pantang. Menitik air mata stiap kali makan. Tp klau x makan lapar plak. Tp rumah tetap kena nampak bersih kemas. Anak pakai kain lampin bukan pampers. Tiap kali anak berak kena basuh sendiri kain tu. Turun plak jemur. Anak menangis berlari dapatkan anak.

Ya Allah besarnye pengorbanan MAK AKU!!

Bersyukurnya aku berpantang gler heaven. Tak patut aku nk merungut sikit pon klau nak dibandingkan cerita mak aku tu. Bila mak bercerita baru aku tau betapa peritnya kisah hidup mak aku. Bila skrg, kasih ibu kepada anak dah ada 2 maksud. Kasihnye mak aku kepada aku dan kasih aku kepada anakku.

Aku berpantang mungkin tak seheaven org lain. Bg aku proses pantang ni bila bab aku takpe aku telan je perit skali mana pon. Tp bila bab anak laju je mata ni mengalir air mata. Awal lepas melahirkan iqi, susu badan aku kurang. Aku admit aku bukan fully bf. Aku rela ketepikan ego nk fully bf bila aku x sanggup nk tgk anak menangis lapar. Yup. Susu fm jawapannye. Husband dah get ready S-26. Aku bersyukur tgk anak dapat tdo nyenyak balik. Tp bila iqi dah biasa dengan botol, die refuse direct feeding. Time ni aku rase kejam bila aku sua jugak breast nk bg die hisap sbb nk suh aku byk susu. Yg pam tu jgn cakap la. Setiap masa pam. Bg aku pam sgt membantu. Sbb awal2 aku x berurut lg. So pam la tukang urut aku.
Nk dijadikan cite. Aku pantang kt kb. 8jam perjalanan dr kl. Bila dah smp rumah nurse kk dtg melawat la kan? Boleh plak die ckp iqi slightly jaundice. Hati ibu ni runsing jgn ckp la. Dah org kate bg minum susu ibu baik kuning. Aku plak seksa nk kuakan susu. Bila aku cakap nk start berurut. Ada pulak makcik2 cakap jgn berurut lg sbb ada jahitan kt bawah tu. Bahaya. Tp aku tak kira. At least berurut utk banyakkan air susu xpe dah. Esoknye nurse dtg lagi. Pelik bila nurse ni cakap eh xde pun kuning ni. Or mungkin dok tepi langsir kuning yg reflect cahaya. Pulakk!! Aku ni punya la risau nk mati. Mak aku mandikan iqi dengan daun inai. Mmg bagus elak kuning. Orang kate, bby akan kena kuning dalam masa 10 lepas die lahir. Klau takde dalam 10 hari insyaAllah mmg takde la tu. Aku tak abes2 counting days. Alhamdulillah iqi tak kena kuning. Haa. Lepas cite iqi, nurse dtg check jahitan. Kena pulak nurse kk mcm singa dtg check. Yg baik tak check pulak. Geram aku. Die cakap jahitan tak cantik. Sbb aku tak jaga elok2. Tp makcik aku cakap sbb aku dudukkk je dalam kete 8 jam. Mmg ler. Plus aku lepas bersalin dan2 la batuk gler. Setiap kali batuk rase ngilu kt tempat jahitan tu. Jahitan aku pulih after 10 hari. Aku mmg tak lokek guna ubat luka tu. Aku main curahh je. Sbb tak sabar nk cepat baik. Mmg seksa nk duduk nk menyusu. Tkpe sabar mimi sabar.

Hari ke 7 dah aqiqah, cukur jambul dan menamakan iqi. So far so good. Esoknye husband dah nak balik kl. Sedih masyaAllah. Tau la bila aku ni manja nk mati dengan husband. Semua benda die buat. Bila die balik 100% bergantung dengan mak. Kesian mak. Then, satu lagi dugaan datang. Bila bgn menyusu iqi waktu malam, dengar perut die bunyi krukkk krukkk. Kembungkah? Tp die kentut ok. Berak lg ok. Bila perut die bunyi mesti die nanges. Sedihh wei bila tgk die nanges. Aku usaha la. Org tua cakap cari daun ape ntah rebus bg minum air kt die sikit. Mak aku pon buat la. Tak jalan. Rase macam seminggu jugak la perut die bunyi. Tp tak kuat. Paling aku tensen bila ayah aku ni jenis x suke g klinik. Nk mintak tolong mesti tak endah. Grrr. Last2 along belikan ubat. Hurm..

Sebulan dah masa berlalu. Sebulan menjadi ibu. Tak semudah yg disangka. Nak2 lg bila iqi asyik menangis je. Bila die menangis ofkos la aku pon meraung sama. Risau ya Allah. Aku nak yg terbaik utk iqi. Pegi klinik takde sakit pape. Last2 kita g jumpa ustaz. Kenapa die asyik menanges je. Aku ada google2. Biasa bby die nampak macam2. Die takot so die menanges. Betul la ustaz tu cakap. Mungkin die nampak apa2. Mungkin sahaja. Kita tak tau jugak ape masalah die. Aku try apa yg ustaz tu suruh. Mandikan dengan air yg die dah baca ayat quran. Dengan limau nipis. So far tgk die menanges kurang sikit la. Tp skrg aku pon dah kebas dengar die menanges. Dah takde ikut meraung skali. Huhu. Bila google jugak ada 1 sebab kenapa anak menanges. Ibu yang kelam kabut. Ye betul. Awal2 tu die menanges mesti la aku kelam kabut. Hurmm. Ada betul jugak la.

Pernah dengar tak orang cakap budak suke menanges cepat besar/gemuk? Yelah! Mane tak nye sbb tiap kali menanges mesti nk bg nenen. Sikit2 nenen. Huhuhu. Iqi timbang sebulan dah naik 1.4 kg. Jadi 3.74kg. Wuhuu. Anak ibu cepat besar. Huhuhu. Husband everyday call tny iqi buat ape. Iqi ape kabar. Huhu. Ibu tak nak tny ke? Haha. Ibu baru loss 10kg ni. Sob sob. Tp nampak sama je. Takde berubah pon aku ni. Yela. Makan menambah2. Hehehe. Abes laaa.

Lagi 2 minggu aku nak balik kl dah. Tengok la camne aku jaga sorang2. Chayokkk!!!


Monday, July 16, 2012

Kronologi bersalin

Assalamualaikum

Ok. First of all saya mmg bersyukur Alhamdulillah proses bersalin dah selesai. Syukur syukur syukur. Itu je yg boleh diucapkan. Pengalaman bersalin anak pertama bg saya mmg menyeronokkan walaupon sakit tuhan je yg tahu. Huhu.

Nak jadikan cerita. Saya sakit tak lama. Sama macam mak saya. Dah keturunan agaknye. Tp rase sakit contraction tu sama je rasenye dengan org lain. Saya tunggu punya tunggu bila la bby nak keluar ni kan. Time tu dah 39w. Saya punya la rajin pegi berjalan taman la, pegi shopping complex la. Nk cepatkan proses bersalin punya pasal. Ari2 husband dok cakap. Malam ni kot rase sakit. Heheh. Time tu saya mmg dah x g keje. Cuti awal. Hari selasa 26.6 tu saya bosan dok rumah. Cakap kt mak jom kte g tgk mael lambong. Hehe. Siap tgk movie dlu. Malam tu nak tdo macam biasa je perut.

Bermula kisah.
27.6.12 5.30am.
Perut saya mengeras je. Langsung tak rase sakit perut. Tak pecah air ketuban ke ape. Saya gtau husband, abg perut mie mengeras. Nk beranak dah ke? Huhu. Husband mmg semangat aje nk g spital. Saya g kejut mak bilik sebelah. Mak perut mengeras. Nk bersalin dah kot. Try jela g hospital. Klau doctor suh balik kte balik.
Saya mandi solat. Mak siapkan beg. Rebus telur buat milo. Saya makan. Sedapp. Hehe. Sempat saya rendam air akar fatimah. Cepat wooh akar kembang.

Lepas tu ktorang bertolak g KPMC. Husband bawak biasa je. X laju pon. Saya siap boleh menyanyi2 lg dalam kete. Now u just somebody that i used to know. Lol. Smp je KPMC saya cakap x yah bawak beg lg la. Kot2 kena balik plak. Pegi counter bg buku cakap perut saya mengeras. Die tgk lg 2 hari nk due. Saya tny doctor Jamil ada x? Saya nk dengab doctor Jamil je sbb saya mmg follow dengan die je. Naseb baik die mmg ada sbb doctor Mimi el.

8.50am
Nurse bwk pegi level 2. Pastu kt pintu bilik tu dah tulis labour room. Aikkk. Aku nk beranak dah ke? Rupanya nurse nk cek jalan. Jeng jeng jeng. Nurse seluk tgk dah 3 cm. Saya x sakit ape lg. Nurse terus pecahkan air ketuban. Mak aihhh. Panjangnye benda alah tu. Die masukkan tetiba rase panass je kt bawah tu. Air ketuban dah keluar. Pastu nurse masukkan ubat berak. Huhu. Nurse suh saya masuk bilik dlu. Saya turun katil siap boleh berjalan pegi bilik. Saya tny. Mane husband saya?. Dalam bilik. Mane bilik saya? Nurse tunjukkan bilik. Tgk ada my mom. Nurse pesan suh makan dlu. Husband belikan nasi lemak sotong. Pergh. Kali terakhir saya makan nasi lemak tu. Huhu. Then tunggu la dlu. Nurse dtg lg dalam beberapa minit. Check jalan lg. Dah 4cm. Perut mmg mengeras jee. Nurse cucuk masukkan air. Adoi sakit tau x? Lepas cucuk air tu saya siap makan menyembang2.

9-10am.
Dah rase contraction sbb die masukkan air tu. YaAllah sakit susah nk cakap. Saya just tarik napas dalam dalammmm. Hembus. Ada la nurse yg ajarkan. Saya ikut je rentak nurse tu. Pastu dah selang brape minit. Nurse dtg cucuk ubt ngantok kt bontot. Adoi mengantok gler lepas tu. Tp saket tu tetap sama. Tiap kali contraction tetap rase sakit. Bertahanlah wahai hati. Mak dok urut kaki bg kurangkan rase sakit. Husband teman kejap2 sbb tengah settlekan hal pmcare tu.
Dalam pkl 10lebih mil dgn fil smp. Saya mmg x bertenaga dah nk bercakap. Terbaring je. Haha. Contraction dah makin kerap.

11.30
Nurse dtg lg check bukaan. Yeay dah 6cm. Nurse kate dah bley tolak masuk labour room. Saya pon naik la wheelchair pegi labour room. Sempat cakap dengan mak. Mak doakan mie. Sob3. Tp xley sedih sgt. Huhu

11.30-12.
Husband mmg teman je dok sebelah. I keep teeling him. Abang, sakit bang. Biar die tau sakit nye rase nk beranak ni. Pegang tangan die punya la kuat. Tak lepas even sesaat. Takde nurse dtg lg. Smp pkl 12 nurse check lg bukaan dah fully bukaan. Kejap je doctor Jamil datang. Nurse dah suh push.

12.10
Proses push pushing. Hehe. Nurse suh push. Saya ada jugak la push terkeluar bunyi. Hehe. Nurse cakap jgn bunyi. Teran macam org nk marah. Terannn lah hai. Tetiba doctor cakap kepala bby senget sikit terpaksa vacuum. Dengar la mesin vacuum bunyi.

12.20
seingat saya lepas tu saya pushhh 2x dan terasa benda terkeluar. Dan bunyi waaaaa. Mak aih kuatnye suara. Hehee. Allahuakbar! Saya jerit. Huhu. Nurse dtg tanya baby boy ke girl. Saya cakap boy. Die x letak pon dekat saya. Terus bawak bby pegi. Doctor mula proses jahit menjahit sbb td die dah toreh. Seriously x terasa ape dah. Husband masih setia temankan saya. Sempat husband kiss kt dahi. Pastu die pegi amek baby. Bawak dtg kt saya. Baru dpt tgk my baby.
Weee. Comelnye baby. Terus cakap Assalamualaikum anak ibu. Baby diamm je.

Alhamdulillah. Pengalaman bersalin saya tak sesukar yg saya gmbrkan. Tp pengalaman menjadi ibu baru penuhhh dugaan. Nanti saya cerita next entry ye.

Sunday, July 15, 2012

Say Hi to Me! and my little prince!

Alhamdulillah. 
Saya selamat melahirkan baby boy pada 27.6.2012. 
tepat jam 12.20 tengahari. 
MOD: Normal
Weight: 2.7kg
Kajang Plaza Medical Centre. 

Syukur Syukur Syukur!

Muhammad Rafif Rifqi bin Ridzwan



Next update! kronologi bersalin! =)

Friday, June 22, 2012

Haii. Saya masih belum beranak

Assalamualaikum

Skrg dah 39w1d. Saya masih lg belum bersalin. Tak larat dah nk bawak perut. Smlm saya g checkup for the last time la i hope. Kena buat VE. For me tak sakit pon. Mungkin sbb saya dah biasa buat perineal massage kot. So kte blwy expect camne rase die. Hahaah. So far. Jalan dah terbuka 1cm. Tp saya tak rase sakit pon lg ni. Bby mmg kerap mwngeras. Time doctor jamil buat VE. Saya rilekkan badan. Jgn mengeras. Doctor said it could be a few days lg. So saya berharap esok pagi. Bby. Plssss dengar cakap ibu. Huhu.

Skrg ni perut saya dah kosong kt atas. Mmg bby skrg guling2 pon terasa dah kt bawah. Huhu. Sonok ye kamu. Mmg berat r perut. Klau jalan2 sikit bontot terasa berattt. Heheh.

My mom dah ada kt rumah skrg ni. Tunggu masa je kan. So saya tak risau pasal nk uruskan bby lepas bersalin. Yeayyy. Lepas bersalin insyaAllah hari ke 4 saya dah nk balik kg. Klau takde pape hal la. Sbb plan nk akikah bby hari ke 7. Itu rancangan je tu. X tau la camne. Harap2 sume dipermudahkan. Dan harap2 la pg esok aku sakit peruttt.

Friday, June 8, 2012

Check up 37weeks and perineal massage

Assalamualaikum

smlm dah pegi checkup utk 37 minggu. doctor ada tny, ada tanda2 sakit tak? terus cakap ada jugak la. hehe. dan semalam tetiba rase macam nk datang period tu. senggugut. doctor scan tengok bby kejap. gitu je. doctor Jamil tu mmg gitu la sikit. diam. tak banyak cakap. die just gtau. Just a small baby. nothing to worry. weight 2.4kg je baru. tp still normal. huhuhu.

adakah bby kecik sbb ibu dengan ayah kecik je time lahir dlu2. or sebab awal2 pregnant dlu i control jugak makan? makcik saya la gtau. jgn makan banyakk. nanti bby besar susah nk keluar. lol. ntah ler labu. dah berat die ringan. saya makan banyak dah skrg. asyik nk mengunyah je mulut ni.

so next checkup lagi seminggu. 38w. mungkin baby dah engage? huhuhu

***********

after tau pasal perineal massage tu kan. saya cuba la untuk buat. wakaka. tak hampeh susah wei. perut menghalang. so last2. pegi spa ridzwan. lol. mintak tolong husband buatkan. mula2 mmg geli gler. tapi ku gagahi jua semata2 kerana baby. hahahhaha. mmg weirdddd!!!

apa petua orang kate bg cepat bersalin ni? yang pernah terbaca.
1. minum air kelapa muda
2. banyakkan berjalan. *saya hari2 panjat office tingkat 3 ni ha*
3. jangan tahan kencing. sbb kena sentiasa kosongkan pundi kencing.
4. make love! awwww *blushing*


***********
 
saya dah apply cuti 2 minggu sebelum due date. starting 18 june. time tu dah nk masuk 39w. ntah approve ke idok. belum check. mak nk datang rumah. teman saya. yeayyyy!! so, terpaksa packing balik barang2 dari rumah mak mertua ke rumah baru ituewww~ yeay yeay!! klau la saya ni jenis bersalin cepat macam mak saya. habeslah. sbb kemungkinan utk sampai KPMC tu samar2. beranak hospital Pantai lah aku. jadi bby, bg sign awal2 tau. ibu ngn ayah nk drift ke KPMC. hehehe

Monday, June 4, 2012

Pindah Rumah

Assalamualaikum
skrg masih gagahkan diri nk update blog. huhu. mintak maaf kepada yang x dapat access tu. minggu ni dah 37w. sakit belakang yang amat. dengan nk tdo malam2 macam sesak nafas. pastu perut asyik mengeras je. Khamis ni ada checkup lagi dengan doctor Jamil. last time doctor said bby belum engage. so this time. aku berharap bby dah engage. haha. saya tak sabar nk jumpa baby. plus tak larat nk bawak perut. jalan mmg penguin habes dah skrg. huhu

so, back to pindah rumah pnya cerita. i move out from Puchong! Finally! babai LDP. kau kejam! hahaha. sedeh jugak nk tinggalkan rumah tu. banyak kenangan. first year kawen. first time puasa bkk puasa kt rumah tu. dan di rumah tu jugak la terhasilnya bby dalam perut ni. KOT! hahahaha. tp atas sebab2 tertentu we move out after one year. rumah tu quite okay. rental house. rm640/month with security. plus kejiranan baik2. except ada cina tua mane ntah yang suke karaoke kuat2 ble petang. hahaha.

barang2 ku yang tak muat pon lori 5tan. haha. ktorang sewa lori 5 tan + 4 tukang angkat. tak muat wei barang2 ktorang. ape kebenda yang byk sangat pon tak tau la. sewa lori skali tukang angkat dah burn rm400 kt situ. T_T. pastu cabut pasang balik astro dah rm150. T___T. bila dah smp rumah sana. beli langsir baru burn lagi rm350. pastu beli perabot dapur burn rm650 plak! sekian! aku miskin!! *walaupon sume duit husband*

so, saya bertekad. rumah baru ni akan jadi rumah yang macam rumah sikit. hahaha. maksudnya rumah family yang saya fikir my son will be growth up in that house. kesimpulannya, kena decorate cantik2. lol.

Corner lot house.paling best ruang tepi rumah. rase nk beli gazebo lepak petang2. sbb luas gler. so baby! u can play basketball. hahaha. mmg luas gler lagi kt tepi tu. dan klau ada kereta 6 bijik pon muat lagi nk parking dalam kawasan rumah. haha. tp jangan la over. 2 bijik ni pon semput nk membayo. jadi lepas ni husband boleh parking kete die dalam kawasan rumah. yeay!

 ini lah langsir saya tempah kt tewah tu. english style. konon! padahal langsir je baru english. benda lain takde pon ciri keenglishan. okay. ayat merapu.

puas hati! ^__^ jahitan cantik dan kemas.

 ini lah sebab kenape saya beli langsir baru. sbb, rumah ni ada sliding door! rumah lame takde. so tak kan rumah bogel takde langsir kan? kena la beli jugak. dan sofa tu. atau lebih dikenali sbg kusi kayu mak2 kte. adalah pemberian mak mertua ku. sbb die beli sofa baru. lol. jadi tak muat. bg kami. kami menerima seadanya mak. tp nanti akan ku cat putih kusi tu. ini serius! kan rumah english style! konon!!!

 This is masterbedroom yang tak macam pon. sbb sempit gler. dengan nk muat katil baby lagi. satu jela rumah ni takbest dari rumah yg lepas. sbb bilik sudah dicompress jadi 3 je. rumah lama atleast ada 4. walaupon 3 je guna. satu ktorang buat stor kotak2. hadiah kawen. 

Memandangkan saya ni mempunyai family yg besar. klau diorang datang dari kampung. of course la tdo rumah saya kan. nak tak nak kena jugak sediakan 1 bilik tetamu. katil mmg dah ada. katil 2+1 tu. yang single kt atas tu. so katil xde masalah. masalah lain plak. ntah muat ke tak nk sumbat katil tu. hahah. sbb ktorang laki bini tak sempat kemas lagi rumah ni.

next time saya cite lagi ye pindah rumah. ^__^

Wednesday, May 30, 2012

My Hectic Weekend

Assalamualaikum

klau anda masih lagi boleh access to my blog. anda pembaca bertuah! lol. poyo je. haha. saya dah start privatekan blog. atas sebab2 tertentu dan hanya di buka kepada orang2 yang tertentu sahaja. This week my kandungan dan 36w. which is dah 9 bulan! pergh~! tp saya masih aktif okay!.

sabtu pagi saya ada appointment dengan doctor Jamil. result of my urine, kencing kotor dah takde. doctor scan my bby baru 2.2kg. sepatutnya dah 2.5 kate doctor. doctor cakap, u mungkin boleh bersalin normal memandangkan baby u tak besar. tp kena ingat yang bby kecik kemungkinan utk lemas dalam perut tu tinggi. gulp! saya makan banyak2 skrg!! hahaha. then, saya gerak pegi PD coz ada family day husband. seronok berkumpul ramai2. sometimes i miss my family. :( saya mmg jarang sangat luang masa dengan family sendiri. sbb dok jauh kan. klau balik kg tu heaven gler rasa. haha. we stay until ahad je. sbb isnin sume dah masuk kerja balik. and ahad my first year anniversary! OMG! dan setahun weh. kte tak celebrate macam orang lain pegi dinner, ada hadiah. no no. we really in tight of budget. saya pon tak teringin nk apa2 hadiah. so fine! celebrate dengan potong kek red velvet beli dengan hana. tq hana. sedap sangattt~

One year marriage life. we fight, we argue but we love each other. ^_^

Dalam setahun, ktorang baru nk fahami perangai masing2. before kawen lain. lepas kawen lain. orang kate 4 bulan kawen ada satu pergaduhan atau percanggahan pendapat dengan pasangan. yes! i admit it. hehe. biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit. so, sepanjang setahun. saya ingat saya argue 2x dengan husband. ini betul2 punya argue. tp lepas 10 minit. baik balik. hehehe.


penat gler pegi PD, saya siap buat bbq! amboi. tak sedar diri. sume makcik2 cousin suh rehat. baring2. alamak. saya memang tak boleh. tak reti dok diam. kesana kemari. pastu bila malam. sakit kaki masyaAllah! saya tak tau kenape saya jadi seorang yang cergas tak tentu pasal. mmg tak reti dok diam. dan paling worse lagi....................

we moving to our new house!! dan saya mesti lah sebok angkat barang. pasang langsir. sapu sane sapu sini. kemas sana kemas sini. at 36weeks! fuuuuu. husband tak bg pon saya mesti buat jugak. degil! baby, jangan tak ikut cara ibu. sbb ibu menolong ayah. hahahah. next time i will story mory about pindah rumah okey!

Friday, May 25, 2012

Maternity Photoshot! ^__^

Last entry before i private my blog? perhaps. hehe. Just collect CD from OP. terus excited nak tengok gambar. so far, im sooo satisfied with myKhalish. gambar cantik. berbaloi-baloi dengan harga rm90. ke rm99. gitu la. sukenye! at least saya ada kenangan gambar cantik2 waktu mengandung anak pertama. anak kedua kita buat family shoot plak. opss. dah sampai ke situ. ;p












Banyakkkk lagi gambar saya dapat. pening kepala tengok. hehehe. I love it to the max! cant wait to meet our baby. he is miracle that always kicking me from inside. ^__^