Pages

Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Oct 14, 2011

Alhamdulillah. sudah siap! :)

Assalamualaikum

dah 2 hari tak update blog.. rindu rindu rindu. eceh. rabu saya cuti. lagi! hehe. then smlm internet office ni ada sedikit masalah. :( tak dapat nak hapdet khennn. so ada yang sudah siap? ini cerita dari sabtu lepas lagi. saya pegi husband nye car wash grand opening tu. dekat shah alam. then saya pon memulakan langkah saya ke Wisma Jakel Shah Alam. sebab dah dekat kan. dan bosan dok lama2 dekat car wash tu. hehe

saya beli kain cotton viscose 1 pasang. then saya usha2 je kain lycra. survey harga je awal2 tu. skali tersangkut jugak 2 meter. huhuh. saya dah berjaya jahit maxi skirt! :) tapi takde gambar pulak. apa yang saya dah berjaya jahit skrg ni!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



baju kurung jahitan ku sendiri! yeay~ *clap2*

ahad ni ada date dengan mak mertua ku, nk pegi Jalan TAR. mama kate nak beli kain langsir, alang2 tu nak beli lagi kain untuk jahit baju kurung moden. yippie!! lepas baju kurung moden, insyaALLAH saya nak cuba jahit jubah dress. tak sabarrrr~ :)

Jul 5, 2011

Bengang bila blog pon kena block

Assalamualaikum

bengang memang bengang! saya dah brape hari tak dapat nak update blog sebab office saya ni da start block balik dah blogspot!
adoi. adoi. adoi. 
nak block, block ler semua. (ewah.over pulak aku kan?)

tengok! aku dah tak tau nak update ape skrg ni sebab 
banyak sangat simpan update dalam kepala je. 
so kepala dah tepu. 

tak pe tak pe!
aku dah bayar balik broadband!
so lepas ni more more more entry!!!


eh tadi nak cite pasal ape ek? 
ooo.tudung raya~


haha



dah beli tauuuu.




murah je..



malu nk tunjuk.
wakaka
(poyo lah kau)
eh ni bukan saya! ni si cantik manis penjual tudung.

Apr 8, 2011

My first D-I-Y shawl

Hey its me again.
memandangkan esok dan esok lagi satu. saya tak akan mengupdate anything, so i post more that one entry lah today. hahaha. ok! lepas cerita pasal rumah. mari cerita pasal fashion. before ni some of the people that inspired me alot tru fashion such like Yuna, or Hana Tajima. saya rasa fashion diorang ni fresh and outloud (tetiba bagi nama ni.haha) dan saya pon teringin la nak pakai shawl satin macam diorang-diorang ni dok pakai, terus pegi google blogshop yang mane ade jual. Omaigodd!! Mahal okey~! ade yang sampai rm50 sehelai..wuu T_T menangis i tengok harga. sebab saya fikir, satin je kot. I donno la apa yang best sampai mahal sangat. 

Nak beli tak mampu (miskin lah katekan) so saya mendapat idea, beli je kain satin dekat Tewah. hahaha. semalam pegi Tewah, sempat tengok-tengok kain satin yang agak berkualiti, harga tak mahal sangat satu meter tak sampai rm10. can you believe this? so, saya beli 1.5 meter, sebab klau semeter tak cukup kain nak belit-belit kepala tu. ;p 

otw balik kerja semalam, saya terus pegi jahit tepi color, dekat seri serdang, kedai nama apa ntah tak ingat dah, tapi dia lajur KFC, dia nampak macam kedai jual riben, barang kawen pon ade. dalam tu boleh kelim tepi warna, semeter rm2. color ape kau nak. semua boleh! so total cost of my DIY shawl, tak sampai rm15!!


dan hasilnyaaaa!! (harini terus pakai.haha)


..
..
..
..



pegi office kena wrap biasa-biasa je. karang orang office ni macem macem pulekk..

 sooo in love with this style. saya pernah cuba guna pashmina. adoi. panas-panas. dok London pakai guna pashmina tarak kisah punye. Malaysia cannot lah.


 Yes! I love this one too. but never get a change to buy any inner neck yet.wuuu T_T


p/s: Fashion is subjective, its up to individual to define whether is it okay and suitable with you or not. Dare to wear or not? ask yourself laa!

Apr 5, 2011

sushi ape? sushi king!

Salam semua
hai hai. ade berita gumbira!! saya selamat tak jadi pindah. encik tunang dapat posting dekat klang je. Tnb Power Generation kat situ je. yahuuu!! so semalam bagi meraikan kegembiraan di hati. saya kua jenjalan ke Mid Valley sambil mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya. (poyo je) makan dekat sushi king. seriusly saya tak pernah keluar makan sushi king. selama kenal 4 tahun pon kami tak pernah jejakkan kaki dekat sushi king. huhuhu. tapi semalam dah dia gtau ade pulak voucher rm20 yeay! terus pegi sana.

rupa-rupanya............

SEDAP!!! HAHAHA



muka konon serius tengok menu. tapi satu hape pon aku tak faham. T_T jakun kan.biasa la.


 Ini set semua nye kena maki. hahaha. nama pelik-pelik btol la. 

yang dipesan. tak ingat dah name ape T_T


 Kiri; Pembayar dan Kanan; Pemakan


 Tako Yaki dia sedappppp!! nakk lagiii..

Ni je sushi yang saya suke. crabroll rasenye. nama dalam Jepun memang tak ingat r. malas nak ingat. semak kepala je. hahahha. act, saya first time try wrap pashmina macam ni. selesa dan tak panas. ok la. may b because of my pashmina kot. tak panas dan lembut je. semalam encik tunang cakap la. ok gak pakai tudung camni. nampak mcm fashion baru (die memang tak tau fashion) hehe. pastu die ckp. beli pashmina la cantik dan murah. boleh pakai g office. saya dalam hati Gulppp!!~~ karang orang office cakap pelik pulak. sekali arini saya try la pakai g office. pagi hari dah kena tegur dah. adoiii!! c'mon! its a fashion yooo~ (tetiba hip-hop pulak dah) ntah la. tak faham btol. sentap hati mak nak. k lah. nak g tengok oh yeah. lol

Apr 4, 2011

Review on my weekend: Saturday

helo. its me again =)
saje nak mengreview weekend sabtu lepas. What's going on. so, last saturday saya dah gtau kan nak ke Chic Pop Street Market. dan berjaya ajak encik tunang pegi. Yeay! (sebab aku memang tak ingat jalan) T_T

first tu saya punya la bersemangat iron pashmina. konon nak mengwrap pashmina lah kan? pastu tak tau la kenape sabtu lepas oh! sungguh panas. tak tertahan. last-last saya pakai tudung express je. hahaha. 

first-first masuk Jaya One tu tercari-cari. mane laaa street market ni. mesti kat luar sbb STREET kan? hahaha. cari punya cari. naik atas turun bawah. Yeay jumpa! Fuh! ramai betul manusia2 gelojoh beli barang murahan. (termasuk la aku yang semangat gler). dan kedai pertama nak pegi mesti la depan Starbuck sebab nak jumpa nurulcakapcakap. hahaha.

dan saya berjaya jumpa dia! omg! she's so adorable! cute!

tengok la muka saya yang dah penat meround-round keadaan sekitar. baru pegi bergambar dengan nurulcakapcakap. dan sempat beli cardigan dekat booth die. hihihi. balik tengok gambar baru terfikir dalam hati.camane nurul ni wrap pashmina die kan? kemas je nampak.

nak jugak amek gambo orang sesak2 pon. >.<
Rania's stuff

 lepas menghabiskan duit membeli maxi dress yang-bila-balik-baru-tau-singkat dan cardigan. terus saya chow~ sbb takot nanti kehabisan duit.huhuhu. ktorang menghala ke times square pulak tengok wayang sekepam dua. cite Just Go With It. kelaka kelaka. sakit perut i. nanti nak tengok ade 2 lagi cite cartoon.

Apr 1, 2011

Yeay~ da boleh upload gambar

Salam semua~!
esok sabtu.esok nak pegi chic pop street market. yeay!


esok juga nak pegi amek gambar passpot. 
and menyebarkan kad kahwin kepada orang tertentu sahaja. hehe
selamat berweekend everyone!

Jan 28, 2011

Menghabiskan waktu

Hi! :) salam. Saje mengupdate tak tau nak buat ape since this January saya btol-btol tak tak de kerja kat office ni. Bosan teramat tak tau nak buat apa. Saya di bayar gaji semata-mata pegi office check emel. main tenet. tidur kat surau. Seriusly I am freaking bored!

Ble pagi, sampai office saya akan breakfast sambil bukak kosmo online. tengok apa berita terbaru.
Da sudah breakfast, saya akan check all the emel, bukak facebook, check blog, etc etc.

Tapi mostly my time terisi dengan surf all the blogshop. ehehehehe. naseb berkenan terus beli aku ni. Haiss. Tabiat tak ley buang. Sekarang ni saya gila nak beli skirt or long dress. Berkenan sangat dekat poplook.com

 Haisss. cute kan?

Jan 14, 2011

Tips untuk Online Shopper ;)

Hi Salam :) arini saya nk share experience saya tentang online shopping. Okay, mostly yang online shopping ni ofcourse la perempuan. Klau lelaki yang comment picture barang yang jual tu, kebanyakannya bukan nak beli pon tapi nak mengorat tuan jual barang tu. hehehe. ;p

Saya pon salah seorang online shopper yang memang hari-hari bukak website online shopping ni. Mostly website yang saya bukak TUDUNG. saya memang berhijab dan semestinya keinginan saya untuk cuba tudung atau shawl yang baru tu ada. Antara tips yang saya nak bagi;

1. Check the price; Selalu lah survey-survey dlu harga pasaran sebelum kamu kena tipu dengan penjual tu. Biasanya penjual akan cakap ini design baru atau what-so-ever sebab tu die mahal. tapi bila kte check ade lagi website online shopping yg lebih awal update dan harga lagiiii murah, kita rasa tension kan?

2. Custom made; Okay, biasanya saya memang suke tudung yang custom made. Maksudnya die memang direka khas oleh penjual tu. Bukannya di beli borong. Tudung custom made ni biasanya harga mahal sikit sebab die memang rare ade kt mane-mane. Tapi berbaloi la kan? and beware; klau penjual tu cakap tu custom made, jangan percaya bulat-bulat. Die jual harga mahal sebab die cakap custom made. tapi ble check web lain ade sebijik sejibun same. CUSTOM MADE ke tuu??

3. Check the quality; Yang ni susah sikit la nak bagi tips. Sebab kita mane tau dia punya quality unless kita tak try sendiri kan? Kalau rajin tanya la kakak-kakak office kita ke kot-kot die pernah beli. tak pon check facebook website tu tengok testimonial pembeli yang lepas-lepas. Tapi hujung post ini saya akan bagi link website yang saya pernah beli dan quality yang bagus :)

4. Do the calculation; Orait. Biasanya orang yang online shopping ni orang yang busy. Tak de masa nak pegi jalan TAR or Masjid jamek or Pasar tani dekat rumah die. So ramai orang fikir, klau online shopping ni tak yah kira duit minyak atau duit parking kan? Tapi kita kena ingat, jangan kita terlampau obses nak bli online shopping sampai kita tak tahu harga pasaran kat luar berapa. Misalnya, tudung kita tengok dekat website harga rm35 atau rm40. tapi harga sebenar dekat pasar malam rm15. Kalau die custom made tak kisah ;) so, do ur calculation girls.

Saya rasa setakat ni je kot yang saya boleh bg tips. Oh sebelum terlupa. saya nak bagi link website yang biasa saya jenguk. Silalah menjenguk jugak ye. Al-Humaira (Hani) ni paling saya berpuas hati sebab kain die quality sangat bagus. tudung die jarang ada tempat lain. Jahitan die kemas, ada sampai 3 layer :)





Ada jenama sendiri. Harga pon murah. tudung die cantik dan tak sampai rm40 pon.
 
  


Sugarscarf ni pon cantik-cantik shawl die. Nampak exclusive. Sape yang belum pernah berkunjung boleh click Al-Humarira Comtemporary dan Sugarscarf





Jan 6, 2011

Tengkujuh di January

Hello Hello. Lambat la update blog arini. Masalah teknikal dengan internet ni. Arrrggg! Tension tau. Huhu. Tapi sekarang ni perasan tak asyik hujan hujan hujan. Wuu. Sejuk woo. Nak nak lagi office ni memang ekon kencang betul, menggigil sume. Bajet kerja oversea la kan. Hahaha. Nak kerja oversea takde kelayakan. T_T Tapi sekarang nak bgtau! saya teringin nak beli Jacket! ^__^

 Alaaaa. Nak beliiii. Comel nyeee. >.<" pakai dengan dress labuh cotton pastu pakai shawl hoodie ala-ala Ayunar. Oh Ayunar! saya memang suke style anda. Anda memang pewwiittt =) (eh boleh ke camtu?)

Ini comel jugak!! nak nak nak. tadi bukak fesbuk, skrg da hilang link fesbuk tadii Alahai kecuaian melanda betol. ;(

note; google orang fesbuk tadi.
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com