Assalamualaikum
Hari sabtu lepas kami geng2 GBSB sekali lagi dapat bergathering di taman viral terbaru iaitu 99 WONDERLAND PARK. Sebelum itu, jom aku cerita serba sedikit tentang Taman Viral di Kuala Lumpur ni. Berkeluasan 23 ekar. Termasuk tasik yang besar. Jadi kita ni berjalan di sekeliling tasik yg cantik. Bukan la berjalan sampai 23 ekar itu. Haha jangan salah faham pulak. Apa yang best tentang taman ni selain dari harga dia yang amat murah tu terdapat banyak tarikan2 menarik seperti petting zoo dan icity. But in one place! π interesting much?! Jom kita check brapa harga tiket masuk ke 99 Wonderland Park ni?
Pintu gerbang yang besar. Senang nak tengok
Kaunter tiket
Murah sajee harga tiket. Dewasa rm10 dan kanak2 rm5 (pemegang MyKad/MyKid). Kanak2 bawak 90cm masuk FREE!
Taman ni berkonsep open dimana pengunjung dapat berjalan sambil interact dgn haiwan2 yang ada disini. Dapat bagi makan. Dapat pegang2, belai2. Amboi syok sangat ni. Anak2 mmg teruja. Mak pon teruja. Haha! Haiwan2 ni termasuklah
swans, tortoise, ostrich, peacock, deer, parrot, mara, marmoset monkey, meerkat, rabbit, pheasant, flamingo, snake, iguana, toco toucan dan lain2. Banyak kan?? Best ke idokk?
Lain2 attraction selain dari haiwan tadi. Taman ni ada SKY FOUNTAIN naik tinggi sikit dalam tu ada arca binatang zirafah. Tempat tinggi dapat tengok bunga api cantik!
Dia ada TREX RING! Aduh ni memang main highlight untuk anak2. Nak2 lagi anak aku si Rafif yg gila dinosaur tu. TRex setinggi 3.5 meter. Bukan 1 ekor. Tapi 2 ekor! Wow. Dan bukanlah arca keras semata. Ada bunyi2 dan bergerak uolls. π tapi bukan la kejar korang. Dia masih tetap dalam ring dia. Haha!
Ni gambar dari malam hari.
Yang ni siang. Dua2 menarik utk dilihat.
MAGICAL BRIDGE. Masa kami sampai ke magical bridge ni waktu senja. Subhanallah permandangan yang sangat2 cantik. Semua berjalan slow2 je sambil tgk view dan lampu2 yang memukau.
Di magical bridge ni jugak korang boleh letak wishing lock. Boleh beli kt kaunter, gantung situ as kenangan. Aww sweetnya!
Kemain lah semua slow motion berjalan menikmati permandangan lampu yang cantik atas bridge ni. Haa kalau korang nak tahu sepanjang taman ni semuanya tanah rata, simen. Mesra stroller kekdahnya. Jadi jangan la risau kalau kita ni mak2 nak tolak stroller anak tu. Boleh sangat. Jalan smooth je. Yang best jugak pasal taman ni disediakan perkhidmatan buggy. Untuk orang yang tak nak jalan atau warga2 tua yang dah tak larat nak jalan tapi nak beriadah petang. Boleh aje tunggu buggy di depan kawasan pintu, then dia akan pusing tasik. Pin pinnn. Seronok kan?
Next ada GOLDEN WATERFALL. Sampai sini harus la kita bergambar di waterfall yang panjangnya 115 meter. Wow panjang!! Berkelip2 sinar gold tu. cantik!
Sepanjang golden waterfall ni ada air pancut yang keluar dari mulut dolphin. Aloh omei pulak dolphin kat situ.
Next dia ada ZODIAC WALKAWAY. Ada 12 arca2 binatang zodiak ni. Korang boleh la bergambar di arca ikut tahun lahir korang tuu. Kami ramai tahun 1987. Maka bergambar la di arca arnab ni hihi.
Rabbit2 tua tak sedar anak2 dah berlari ke mana ntah haha.
Selain tu ada BIRD ISLAND. Lama kami lepak di bird island ni. Tengok itik ayam burung merak apa semua. Kt pintu depan ada baby rabbit and baby raccoon. Alah2 comell. Boleh di pegang2 di usap2 lagi haa.
Yang ni memang baby lagi. Baru lahir bulan ogos aritu. π
Boleh bagi itik makan berhampiran bird island ni. Makanan itik dijual dengan harga yang amat berpatutan. Rm 3 sahaja. Rafif pon tak melepaskan peluang nak bagi itik makan. Budak kan. Mudah teruja. Hehehe.
Kalau berkunjung di taman ni jangan lepaskan peluang untuk naik 99 cruise. Cruise bukan kecik2 boleh memuatkan sampai 26 orang. Just enjoy the ride sambil menikmati angin sejuk di tasik tu. Dapat tengok itik angsa dengan lebih dekat.
Harga untuk naik cruise ni pon tak lah mahal pon. Rm10 sahaja untuk dewasa. Kanak2 bawah 12 tahun free aje. Boleh sangat la nak bawak anak2 merasa naik cruise pusing2 tasik tu.
Selain dari haiwan tadi, apa yang kita boleh bagi makan lagi? Allah banyakk. Aku amek peluang untuk bagi rusa makan. Itu pon alahaii takut2. Takut di gigitnya jari aku kang dah kudung. Hahaha!
Picture credit to Aznor. Alahai mukaaa. Maluuu..
Makanan dia beli depan kandang rusa ni aje. Rm5 sebekas
Selfie time!
Haa kat sini jugak korang berpeluang untuk bergambar bersama2 ular atau parrot. Bayaran dikenakan hanyalah Rm10 sahaja. Tapi aku takde la nak bergambar dengan ular. Masa pegi Perth aritu takpe lah kecik lagi pulak pegang ekor sikit je. Ini besau kemain ularnya. Hahaha. Ular ni katanya berat sampai 85kg! umak aihh.
Bagi kat keluarga berani ni jela. Kite tolong support dari jauh. Kahh
Di area2 kawasan gerai makanan tu ada tempat ride kereta kontrol untuk kanak2 tau. Jangan lupa naik for freeee je untuk 10 minit sorang. Laman kesian orang lain nak naik pulak. Kita gilir2 la. Okay la kan bagi seronok anak2. Lagipon banyak kereta yang disediakan. Jadi giliran tu cepat je.
******************************************************************
LANTERN FESTIVAL
Kebetulan masa kami bincang2 nak pegi tu terkena tarikh yang taman ni buat LANTERN FESTIVAL. Dah syok makin syok la sebab dapat tengok lantern cantik2 tergantung. Dan kami semua dapat enjoy beli dan main lantern di taman tu. Lantern di jual pon dengan harga berpatutan. Serendah Rm3 sahaja!
Ni la lantern Rm3. Cukup cantik dah tu kan? Suke sangat la budak2 bawak lantern ke hulu ke hilir. Bila lagi nak merasa pengalaman bermain lantern ni.
Pelbagai jenis lantern yang di jual. Kami beli yang paling simple paling murah. Itu pon dah habis seronok dah. Haha
Kami semua! Meriah walaupon ramai lagi yang tak dapat join.
Kat taman ni setiap hari sabtu pengunjung2 dapat tengok bunga api live depan mata pada pukul 9 malam. Kami pon dapat tengok la haritu.
***************************************************************
Apa yang aku boleh simpulkan 99 Wonderland Park ni sangat2 best. Macam2 boleh buat. Masa paling terbaik untuk pegi waktu petang2 membawa ke malam. Jadi boleh tengok2 binatang pastu malam boleh enjoy tengok lampu pulak. Jangan risau dalam ni disediakan kemudahan SURAU dan toilet yang cukup bersih!
Dan kalau korang lapar, jangan gundah gulana tak tahu nak makan mana. Gerai2 makanan dengan harga yang amat berbaloi pon ada. Meja tempat duduk pon disediakan dengan banyak. Jadi takde masalah untuk makan kat sini.
Gerai aiskrim, air pon banyak dijual.
Cik Leia sayang tunggu ayah beli air.
Okay itu aje lah cerita untuk harini. InsyaALLAH kita bertemu di lain kali pulak ye. Doa2kan aku dapat rentak untuk berblog lagi. Amin amin.
Thank you so much 99 WONDERLAND PARK!
InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi ok!
4 comments:
waaa...boleh cuba ni bawa anak-anak :-)
wahhhhh mcm2 aktiviti ada kt situ, mak pak anak2 sesuai join jgk...
ada dinosor tu udahla bsr... bkn anak2 je teruja...
mmg kene dtg jgk sbb ad mcm2 dlm tuh
Yee pegi la. Mmg best
Macam2. Klau nak prgi. Pegi ke ptg sampai malam
Post a Comment