Pages

Sep 12, 2018

Berhibur di FARM IN THE CITY

Assalamualaikum

Isnin lepas kami ada event beramai2 di FARM IN THE CITY. Event bermesra dengan binatang2 tu la. Hihi, seronoknya. Kalini kali ke 2 pegi sana. Dulu pegi anak sorg. Sekarang pegi anak 2 dah. Huu.

Kami sampai dalam pukul 12 tengah hari. Ramai blogger yang terlibat. Seramai 28 orang. Darab dengan 2 sebab suami join. pastu tambah anak2 yg sudah semakin ramai tu. Allahu seronok. Pastu  pulak public holiday, bertambah2 meriah la orangnya. 

Bergambar di depan dulu sekejap

anak2 pon mahu juge

Dah jom la kita masuk ke dalam jumpa haiwan2 yang ada. Cik Leia dok dalam stroller. Jangan risau tempat2 gini ada je laluan stroller. Selamat la Leia ditolak jee. Hehehe.

Depan pintu masuk. Semua tengah semangat nak tgk binatang2 ni. Kami tak perlu beratur amek tiket pon haritu sbb semuanya under BLOGGER PASS. amek sticker je terus jalan. Alhamdulillah.

Pit stop pertama kita tengok kura2. Banyak ekor kura2 nyaaa. Nak masuk tu dah ada staff yang ready bagi kangkung. So enjoy la anak2 bagi makan kura2. Kami masuk pukul 1 tghari lebih kurang. Kura2 tu dah kenyang sampai sorok kepala pon ada. HAHAH. Punya la ramai bagi makan.

 Mak pon nak jugak bergambar dengan kura2 ni. Kura2 ni boleh hidup sampai 120 tahun. wuuu lamanyaa~~

Pastu macam biasa la anak2 gembira habis dapat tengok binatang kat sini. Sini kan petting zoo. Memang boleh  pegang, usap, bg makan segala mak nenek haiwan.


Dalam savanna ni kelako semua dok menjerit2 sbb kambing, biri2 terlebih peramah. Kejar orang hoii. hahahaha. Rafif terus pegang tangan takut ditanduk dek kambing.

 Bila sampai kt tempat ni anak2 mmg suke sangat la nak sauk ikan. Allah ikan lajuuu nau. Hahaha. Dalam hujan renyai2 pon saukk. Lantakkan hujan. Excited ni nak dapat anak ikan.

Dah lepas tu kami menuju ke tempat ular, anak ayam. Kat situ semuaa boleh pegang tau. nak pegang2 ular bolehhh. Anak2 ayam lari sebab takut. Kikiki

 Ular pon boleh usap2 gini. Aku tak pegang. Cukup la sekali pegang kat Perth dulu. huhu.


 Nak pegi tengok ostrich

 Leia pon minat tengok binatang2 ni.


Dapat tengok lembu albinooo. huuu lain macam lembu ni

Okay la itu sahaja entry kalini. Korang yang tak tau nak pegi mana untuk hiburkan hati anak2. boleh la datang FARM IN THE CITY NI. pasti teruja!

*******************************************************

Operating Hours:
Weekdays: 10:00am-6:00pm
Weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday,
excluding Public holiday & school holiday.
Our Address:
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Tel: 03-89412099/3099


 *******************
Normal Entrance Rates:
Adult: RM58
Children/Senior Citizen: RM48
MYKAD Discount:
Adult: RM39
Children/Senior Citizen: RM32
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old
** Child below 90cm in height is FOC.
*** Senior Citizen (above 60 years old)
 


*************************

Family Package (MyKad Promotion) – RM132 nett
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals
 


 

3 comments:

mummy said...

laju mak mimi terbaik laa..hehe

norhidana said...

anak2 suka mak pak pun hepi jgk....

Siti Yang Menaip said...

seronoknya sini yang dewasa pun kadang2 excited sekali tengok binatang2 tu semua =D

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com