Pages

Showing posts with label check up. Show all posts
Showing posts with label check up. Show all posts

Jun 8, 2012

Check up 37weeks and perineal massage

Assalamualaikum

smlm dah pegi checkup utk 37 minggu. doctor ada tny, ada tanda2 sakit tak? terus cakap ada jugak la. hehe. dan semalam tetiba rase macam nk datang period tu. senggugut. doctor scan tengok bby kejap. gitu je. doctor Jamil tu mmg gitu la sikit. diam. tak banyak cakap. die just gtau. Just a small baby. nothing to worry. weight 2.4kg je baru. tp still normal. huhuhu.

adakah bby kecik sbb ibu dengan ayah kecik je time lahir dlu2. or sebab awal2 pregnant dlu i control jugak makan? makcik saya la gtau. jgn makan banyakk. nanti bby besar susah nk keluar. lol. ntah ler labu. dah berat die ringan. saya makan banyak dah skrg. asyik nk mengunyah je mulut ni.

so next checkup lagi seminggu. 38w. mungkin baby dah engage? huhuhu

***********

after tau pasal perineal massage tu kan. saya cuba la untuk buat. wakaka. tak hampeh susah wei. perut menghalang. so last2. pegi spa ridzwan. lol. mintak tolong husband buatkan. mula2 mmg geli gler. tapi ku gagahi jua semata2 kerana baby. hahahhaha. mmg weirdddd!!!

apa petua orang kate bg cepat bersalin ni? yang pernah terbaca.
1. minum air kelapa muda
2. banyakkan berjalan. *saya hari2 panjat office tingkat 3 ni ha*
3. jangan tahan kencing. sbb kena sentiasa kosongkan pundi kencing.
4. make love! awwww *blushing*


***********
 
saya dah apply cuti 2 minggu sebelum due date. starting 18 june. time tu dah nk masuk 39w. ntah approve ke idok. belum check. mak nk datang rumah. teman saya. yeayyyy!! so, terpaksa packing balik barang2 dari rumah mak mertua ke rumah baru ituewww~ yeay yeay!! klau la saya ni jenis bersalin cepat macam mak saya. habeslah. sbb kemungkinan utk sampai KPMC tu samar2. beranak hospital Pantai lah aku. jadi bby, bg sign awal2 tau. ibu ngn ayah nk drift ke KPMC. hehehe

May 30, 2012

My Hectic Weekend

Assalamualaikum

klau anda masih lagi boleh access to my blog. anda pembaca bertuah! lol. poyo je. haha. saya dah start privatekan blog. atas sebab2 tertentu dan hanya di buka kepada orang2 yang tertentu sahaja. This week my kandungan dan 36w. which is dah 9 bulan! pergh~! tp saya masih aktif okay!.

sabtu pagi saya ada appointment dengan doctor Jamil. result of my urine, kencing kotor dah takde. doctor scan my bby baru 2.2kg. sepatutnya dah 2.5 kate doctor. doctor cakap, u mungkin boleh bersalin normal memandangkan baby u tak besar. tp kena ingat yang bby kecik kemungkinan utk lemas dalam perut tu tinggi. gulp! saya makan banyak2 skrg!! hahaha. then, saya gerak pegi PD coz ada family day husband. seronok berkumpul ramai2. sometimes i miss my family. :( saya mmg jarang sangat luang masa dengan family sendiri. sbb dok jauh kan. klau balik kg tu heaven gler rasa. haha. we stay until ahad je. sbb isnin sume dah masuk kerja balik. and ahad my first year anniversary! OMG! dan setahun weh. kte tak celebrate macam orang lain pegi dinner, ada hadiah. no no. we really in tight of budget. saya pon tak teringin nk apa2 hadiah. so fine! celebrate dengan potong kek red velvet beli dengan hana. tq hana. sedap sangattt~

One year marriage life. we fight, we argue but we love each other. ^_^

Dalam setahun, ktorang baru nk fahami perangai masing2. before kawen lain. lepas kawen lain. orang kate 4 bulan kawen ada satu pergaduhan atau percanggahan pendapat dengan pasangan. yes! i admit it. hehe. biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit. so, sepanjang setahun. saya ingat saya argue 2x dengan husband. ini betul2 punya argue. tp lepas 10 minit. baik balik. hehehe.


penat gler pegi PD, saya siap buat bbq! amboi. tak sedar diri. sume makcik2 cousin suh rehat. baring2. alamak. saya memang tak boleh. tak reti dok diam. kesana kemari. pastu bila malam. sakit kaki masyaAllah! saya tak tau kenape saya jadi seorang yang cergas tak tentu pasal. mmg tak reti dok diam. dan paling worse lagi....................

we moving to our new house!! dan saya mesti lah sebok angkat barang. pasang langsir. sapu sane sapu sini. kemas sana kemas sini. at 36weeks! fuuuuu. husband tak bg pon saya mesti buat jugak. degil! baby, jangan tak ikut cara ibu. sbb ibu menolong ayah. hahahah. next time i will story mory about pindah rumah okey!

May 21, 2012

Check Up 34weeks

Assalamualaikum

Macam biasa. sabtu kena g checkup. bila dah nak dekat2 due ni kena pegi banyak kali la. aduii. saya macam biasa. bertolak pagi sbb nk amek nombor 1. yang paling best KPMC, at least doctor dah ada dalam bilik dia. kita pon menunggu takde la lama.

First time jumpa doctor Jamil. mmg die macam yg pernah saya baca2 review orang lain. hehe. die senyap sikit. tak banyak bercakap. tapi, bila die check perut. die pegang je die tny baby kerap mengeras ye? byk kali tak buang air dalam sehari?. uii. terer doctor ni. skali check urine, saya infected kencing kotor. ayya! doctor takot saya kena bersalin awal. skrg baru 34w. bby masih kecil. bila scan pon die baru 2kg. dah agak! 2 minggu lepas die baru 1.6kg. yeay! at least dah 2kg. berat saya pon naik 0.5kg je dalam 2 minggu. macam tak percaya plak. rase makan kemain banyak aku ni. doctor just bg ubat antibiotik. then this saturday ada checkup lagi.

dannnnn. semalam, first time rase early contraction!! braxton hicks. uii. risau gler. 3 kali terasa. baby pon kerap mengeras je. dan2 la rase macam nk berlari pegi hospital. tp dah tau tu just braxton hicks je. tarik napas. jalan2. ubah duduk. tak rase sakit dah. skrg kena jalan berhati2. kaki sakit tok sah cakap la. smlm pegi urut kaki dekat Reborn kt Alamanda tu. sedapp gler die urut. lepas urut terus rase boleh berlari. hahaha. over. tp seyes best. husband tak mo plak die. die takot geli. husband sy mmg penggeli gler. haha. kadang2 terkena kaki die, die geli. ntah pape. hahaha. sejam rm55. okey jugak harga die. cina tu tanya. brape bulan mengandung. orang cakap 8 bulan setengah tak percaya die. "eh keciknye perut". T_T aku yang membawa ni penat gler dah. haha

Of topic checkup!
saya tak sempat2 lagi nk mintak melawat bilik dekat KPMC. memandangkan saya takde pegi class antenatal, saya tgk bilik di alam maya je. huhu. ntah betul ke tak macam dalam gambar tak tau ler.










saya decided utk amek bilik sorang je. sbb takot tgk orang lain. *boleh tak camtu?* hahaha. tgk la mane yang available waktu tu. klau ada yang VIP lagi bagus. at least husband ada katil gak. tengok dalam gambo takde la seram Labour room. real life tak tau ler camne.

Mar 20, 2012

Monthly CheckUp | 3D & 4D Scan | Detail Scan

Assalamualaikum

tup2 dah seminggu tak update blog. hehehe. takde perkembangan ape stakat ni. cuma perut je makin beso dan beso. *lemak sendiri ye*. Alhamdulillah, seronok baca sorang2 M2B dah selamat bersalin. minggu ni hana yorie plak ni. Jumaat ni kalau tak silap. chayok2 hana! hehehe. So last weekend, sabtu pepagi lagi saya menapak pegi az-zahra bangi, ada checkup. awal tau pegi sbb tak nak menuggu lama. saya orang ke-dua. okay la. appointment pukul 9am. 9.30 baru doctor datang. adoiii. doctor! janji melayuss betul la. masuk dalam bilik tak sampai 5 minit!! kejap gler. doctor just tny. ada rase pergerakan baby? yup. ada. terus die cakap nk inject kancing gigi! alaaa. saya tak bersedia mental dan fizikal la doctor. mau je saya cakap camtu. tp apekan daya. senyap jela. hahaha. pastu scan baby. dalam seminit! still doctor kate. jantina kita masih tak boleh tau. grrr. time tu rase dah nk marah dah. sabar jela. then doctor tegur. naik berat badan banyak. saya timbang kt az-zahra naik 4 kilo! tekejut eden! pastu saya turun dari scale tu. saya tgk 1 kilo mmg dah terlebih! warghh. ini mendatangkan marah ni. sbb kat rumah saya timbang mmg naik 3kilo je sepanjang 6 minggu. *padahal still berat tu* hehe

doctor kate, next appointment lagi sebulan. husband terus cakap "sayang, kte terus jumpa pakar la. next month dh 7 bulan lebih" hurm. okay la. aritu mmg tak best az-zahra. macam main2 je pegi checkup. terus tawar hati nk bersalin kt sana. hurmmmm. dah la cucuk kancing gigi tu sengal smp ke hari ni. grrr. >.<"

tp ahad adalah hari yang best! yeay~~! *mood ceria, ada background gambar pelangi* ;p
ktorang dah booking nk scan 3d dengan miss jeezlyn. saya google2 je. pastu ramai cakap best. murah. berbaloi2. saya ni kan tukang google pastu tukang report pape kt husband. husband tukang bayo je. ehehe. saya booking kt Facebook 3D 4D Scan Malaysia. ahad miss jeezlyn ada kt Hospital UMRA Seksyen 13, Shah Alam. slot saya pukul 10am. smp je diorang buat macam checkup plak. siap timbang, amek urine test. tunggu kejap. masuk la dalam bilik nk scan. cantik woo. spital dia. Miss Jeezlyn ni baik sangat. mmg best! scan je dia terus cakap. "oo. ini sula nampak dia punya jantina ni" *baca dengan nada slang cina. hehe. eh main2 plak. dan betul la kot........

boboiboy! 

pastu scan 3D baby tak mo tunjuk mukaaaa!! baby pemalu orangnye. baby macam ayah kot. tak suke orang amek gambo. klau baby macam ibu. sah2 baby sengih je tengok camera. kuang3. Miss Jeezlyn lama kot pujuk die suh tunjuk muka. dia tutup da. dua-dua tangan dok kat kepala. mesti bby cakap. takmo takmo! *ok. ibu over* haha,. 

saya budak pemalu! jgn tengok! hehe

 takmo takmo!

Lepas pusing2 scan nk tengok dia. die still dok pusing kedalam. taknak tunjuk muka. time tu dah lebih 20 minit. dah nk dekat sejam. Miss Jeez suruh pegi keluar makan something and jalan2 dulu. Mak buyong gagahkan diri jugak la. makan roti minum air sikit. pastu dalam 15 minit camtu. die call balik. masuk scan lagi. ok la sikit. baby at least tunjuk la sipi2 muka tembam die. hehehe. tembamm pipi nyee~ 

tadaaa! saya tengah hisap jari la ibu. lapar ye anak ibu. cian

lepas scan 3d. saya continue scan detail which is Miss Jeez buat dalam 2d. detail scan ni die check anggota badan. kira jari kaki cukup tak 10. kira jari tangan pulak. check semua2 la. otak. organ2 dalam. nk cakap lebih pon tak reti term2 doctor ni kan. hehehe.

jantung. penting utk tahu ada penyakit jantung berlubang ke tak. 

Miss Jeez cakap baby kecik sikit dari scale normal. tapi masih tak lari sangat. die kecik about 100g je. dalam graft pon nampak die ke bawah sikit. so far, kepala baby dah kt bhgian bawah. mintak2 jgn pusing ke atas ye baby. Miss Jeez tetap cakap, chances untuk baby tukar position still ada. tp kurang. Ya Allah, kau permudahkanlah semua.


doakan baby okay ye sume! harta dunia akhirat kami ni. so, next jumpa baby 14.4 plak. wee~ ^__^ 
I was thinking about delivered baby dekat KPMC plak. tapi doctor pakar dia doctor laki. hurmm. so far baca review macam okay je. plus bilik die agak besar and bil pon agak murah. what say you?

Mar 8, 2012

Finally!! my dear baby.

Assalamualaikum

cerianya arini. ceria sangat sbb hujan. pastu jalan jam. pastu kl banjir. ceria betul. hehehehe. semalam sempat la saya pegi scan bby for the 5th time. hehehe. selagi tak puas hati. selagi tu lah aku pegi scan. lol. semalam saya g clinic panel company ni je. Pusat Rawatan Mesra, Serdang. doctor mmg mesra sgttt. doctor Rahaya. baik nye. dah la comei. pakai tudung labuh. cakap lembut je. pastu cakap pelan. *ada gak la yang tak dengar. sbb pekak badak kan. hahaha*

masuk je terus macam biasa lah. cakap nk scan baby. masuk la dalam bilik scan tu. fuiyoo! mesin die canggih kot. compare tu az-zahra dan poliklinik medi-nur. tak perlu la ibu mengandung nak teleng kepala sbb nk tengok bby dalam computer ye. sbb ada dah kat atas kepala ibu mengandung. screen beso lagi. bagus! 5 bintang!

Macam biasa. doctor akan scan tengok keadaan baby la. saya sebok tak abes2 nak tau gender. "doctor, laki ke perempuan?".."boy ke girl doctor?". dalam hati doctor mesti berharap "jangan la die ni datang lagi clinic aku" hehehe. pastu doctor ukur kepala, badan, kaki. doctor cakap my bby a little bit small klau ikut kandungan. tapi die kate still normal. sbb baru 24 minggu. lepas2 ni makin besar dengan cepat. tp....saya dah gain weight byk ni. dlu time minggu ke 19 smp skrg naik dah 3 kilo. percaya tak? haa. nampak sgt aku gemok. tp bby tak gemok kat dalam peyot. hehe. pastu saya cerita la dengan doctor, "baca dalam internet kan, ada orang kate air ketuban sikit la. byk la. camne tu doctor?". pastu doctor ukur2. die kate "so far, normal". doctor tengok muka baby. doctor ni bagus. siap pujuk2 baby suh pusing. baby dengar cakap plak tu. die pusing. doctor check mulut takot sumbing. doctor kate. nampak takde pape. tak sumbing. saya dalam hati "alhamdulillah..alhamdulillah"

dan part yang di tunggu2 datang jua. doctor scan kat bawah tu. die cakap "nampak macam boy......hurm...tunggu die pusing2 kejap"....pastu lama doctor dok scan. "haa.nampak macam bebird dia la" pastu saya blur....mane satu niii??? doctor tunjuk kt screen nampak sikit la bebird dia. dalam hati............nak menangissss...waaaa!! teringat husband je waktu tu. sbb pegi sorang2. doctor cakap insyaAllah. ni boy la ni. saya tak abes2 bersyukur..act, tak kisah dapat bby girl or boy. tapi bila dapat tahu ni walaupon tak confirm sepenuhnya lagi. saya bersyukur yang amat. walaupon dapat tau bby boy. saya tetap tak boleh nk confirm. selagi tak scan 3d. atau selagi bby tak kua. hehe. yela. ni semua kuasa Allah. baru first time ni scan nampak. sebelum ni kemain guling bby.

masuk kete terus call husband..weeeee!!

so tema kita!

Feb 22, 2012

Meet Baby lagi!!

there you are my little baby.

budak ni suke tau tendang2 perut kite. ntah ape la die buat dalam tu kan?
sabtu lepas saya g poliklinik medi-nur. dekat je ngn rumah ni. semata2 nak tengok baby gerak2. hihihi.
act, ktorang tak sabar nk tau gender baby. masuk je dalam bilik doctor terus cakap saya nk scan
hehehe. doctor mintak buku merah. then saya cite scan kt az-zahra aritu cepat2. nk tengok baby pon tak puas. *jujur betul pengakuan aku ni*.
pastu tny doctor kot2 boleh tau gender. sbb dah masuk 5 bulan lebih kan. aritu time kt az-zahra dah tny doctor. tp die tak nak godek2 perut saya. die scan camtu2 je. mesti lah tak puas hati kan.
tp scan di medi-nur ni walaupon mesin scan die kecik je. tapi puas hati tengok baby. tengok die gerak2. pastu doctor pon cakap banyak. mungkin tak ramai orang. mmg tak ramai pon sbb pagi lagi. 

doctor try la nk tgk gender. die pusing2 alat kt perut tu. pusing situ. baby guling. pusing sini. baby guling lagi. 
doctor kate. eh aktif anak awak ni. hihihi. doctor cakap bby kecik lagi ni. tp dia tak dok diam. susah nk tengok. hehe. takpelah. masih tak de rezeki nak tau gender baby.

sepanjang mengandung ni. saya takde mengidam langsung! makan mmg same je macam dulu2. hurm.
dapat rase pergerakan baby time dah 20weeks camtu. baru lagi. first time rase. mmg confirm itu bby. bukan angin. bila rase je saya cakap "baby gerak!" husband sebok letak tangan. kesiannn. mane la rase bahagian luar. hehehe. ayah tunggu baby beso sikit ek. sian ayah. pagi petang siang malam pegang perut ibu nk rase baby. ;p


pesanan buat bby; ayah dan ibu nk pegi beli barang bby banyak tau weekend ni. so baik bby behave dalam perut ibu okey! klau tak. ibu majuk! hehehe. 

Dec 25, 2011

Buku Merah!

Assalamualaikum
yeay. dah pegi buat kad merah or buku merah. smlm ada appointment dekat az-zahra bangi untuk buat kad. appointment pukul 10 tp pegi awal sikit sbb takot ramai orang..naseb baik takde orang. terus boleh buat check up. first time buat check up takot jugak la. karang doctor tny macam2.heheh. *penakot nak jumpa doctor*

smp clinic terus amek tekanan darah. urine. dengan berat. Alhamdulillah. tekanan darah okay. berat mmg berat. hahaha. masuk bilik doctor, ada scan baby lagi. sbb az-zahra mmg akan scan every time pegi checkup. dapat tengok bby membesar elok je dalam perut ni. doctor kate bby kecil lagi. perut pon kecil tapi saya tengok perut saya ni macam besarrr je. lemak agaknya. haha tapi dah nampak kepala tangan dia. hehe. dan nampak heartbeat dia lajuu. dan doctor kate perkembangan baby normal which is mmg dah 13 minggu. perkembangan selari dengan minggu. doctor takot bby terlampau kecik atau besar. doctor pesan dont eat too much since I have to gain 1 kilo per month. wuu! risauuu. doctor cuma bagi obimin dan pil kalsium. tp saya still continue jugak dengan supplement salindah.
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com