Pages

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Apr 25, 2016

Review FIKO-FIKO Handbag

Assalamualaikum

Harini saje nak mengreview handbag yang terhangat di pasaran iaitu SOMETIMES BAG, the perfect bucket bag FIKO-FIKO. Aku memula nak beli Niko-niko tapi terlepas peluang nak grab yang tu. Aku pon sebenarnya tak berapa paham kenape orang berebut sangat nak beli. Sampai aku pon sebok nak beli jugak. Biasalah aku ni, mmg suke sgt tumpang sebok. hihihi. Last 2 weeks kot SOMETIMES launch new collection dia. Name FIKO-FIKO. bezanya dengan niko-niko dia ada tutup flap atas tu.
Dengan penuh bersemangat aku click2 handphone aku ni sebab tak nak terlepas grab this time. Dan Berjaya jugak grab 1 fiko-fiko color amber (yellow) if I'm not mistaken aku order pink. Tapi ntah camane bila check emel die send amber color yellow. Aku tak kisah sebenarnya color apa asal ada je. And the best about this beg is the price mmg affordable sgt. and its semi-handmade!

Jom kita unplastic. lol nak tulis unbox tade box.

Lets!

Color AMBER. Aku suke details of this bag. very neat! inside color for amber is turquoise. Sebenarnya tak perasan pon color apa dalam ni. Bila dah beli baru perasan hehehe. And bahagian dalam tu ada lapik tapak. Apekenama dia dah lupa. Untuk kekalkan bag tu in shape lah. kate bucket bag kann

Bila dah cerut. Bag cerut je ni. hehehe. Aku suke tali dia,stud2 tu boleh adjust untuk panjangkan dan pendekkan. Tapi aku tak ubah pon. Cukup ngam2 dengan ketinggian aku.

Model tak berbayar. ekeke. Bila tengok cantik pulak color yellow ni sebab macam pop the color gituw. Dari segi size bag ni aku rasa dia dalam kategori besar. Hahaha itu bagi aku la. Sebab semua benda boleh sumbat dalam tu. air mineral pon boleh. Sekarang aku lebih suke kepada small handbag. Tapi itu lah klau mak2 ni eloknya bawak beg besar sebab senang nk bua semua mak nenek barang anak kan.

Overall review
Price RM189 - 5/5
Size - 4/5 prefer kecik sikit
Quality - 5/5

Bag ni dah sold out in 4 minutes je after launched. Kalau nak beli boleh check their Instagram. Ramai jugak yang jadi personal shopper tapi pls check dlu the price. Sebab ada orang amek untung terlebih smp rm280 pon ada. So pepandai check ye.


Apr 19, 2016

My new BABY LAPPY

Assalamualaikum

Wow gigih sgt entry berduyun2. kekeke. Saje nk review Lappy baru mak. Sebab ada yg suruh mengreview. Alhamdulillah skrg mak dah ada lappy baru. yang kecik lagi ringan dan murahh sajoo.
Haritu aku letgo dslr, so ada lah duit lebih. Memula macam terpengaruh nak beli compact dslr. Tapi kalau difikir2kan aku dah ada compact camera and gopro. Gopro hubs beli 3k lebih oii. Kang alih2 nak amek gambar, "bang,pakai phone jela. senang tak payah transfer" tak ke haru tu. camera sampai ada 3. alih2 pakai phone je. wakakaka.

Jadi aku beralih la nak beli laptop kecik. Memula survey2 laptop ape yang below 1k. tak nak la mahal2 kan. Sebab tujuan nak online saje. takde benda da nk buat dengan lappy ni. Plus aku pon mmg tak keje. takde nak buat report ke apa. Spec tak payah tinggi sgt pon takpe.

Survey punya survey berkenan lah LENOVO IDEAPAD ni. Ingat dalam kepala ni laptop ni kecik jela. Sebab tengok berat hanyalah 1.6kg sahaja! wow sgt! lagi ringan dari Rafif masa lahir. hahaha. Kejinya perbandingan. Hubs yang tolong pegi beli kt MidV. Kedai Lonovo btol la. Senang kan. Takut pulak nk pegi beli kt lowyat setelah macam2 hal berlaku. Nak secure beli jela kt kedai btol dia.

Harga? RM799 sahaja. murah kan? murah rupanya laptop skrg. baru ku tau. hehehe. Ada 4 color, silver, putih, biru dan merah. memula nak putih skali hubs cakap takde color putih. bedal jela merah pon. Keypad hitam. Aku suke gak keypad hitam ni. sbb tak cepat kotor. Tak cepat nampak kesan jari.

 comei tak?? Merah dia bukan merah menyala tu. Merah macam maroon pon ye.


 Perbandingan dengan tangan. sebenarnya tak kecik sangat pon lappy ni. Sedang2. Aku pon tak suke sangat klau kecik. Screen tak puas nak tengok. Hehehe. Yang ni ngam2 dan paling penting die ringannn.

Dan nipis gilers. and boleh bukak smp 180' Hinge. lipat bukak sampai leper. hahaha.

Haa ni dia punya spec. Baca lah lebih2. Aku nk terangkan pon tak berapa reti. Tapi klau untuk aku yang nak guna untuk online, untuk print2 je so takde masalah lah kot. InsyaAllah~ hehehe.

Setakat ni jelah review aku untuk LAPTOP LENOVO IDEAPAD 100S ni.

Dalam kenangan. Hehehe. DSRL 3100 terjual dalam 1 malam je. Ada lagi rupanya orang cari. NI lah dsrl yg aku jual tu. Sebenarnya ni hadiah hantaran kawen. Tapi setelah difikir2 baik aku letgo sementara dia elok lagi ni. Kang die dah rosak tak leh nk buat apa. Aku mmg tak guna da camera ni. So say bye2. and hope awak berkhidmat dengan cemerlang ye dengan tuan baru. Sobs.




Aug 26, 2015

Zoo negara 2015

Assalamualaikum!

Gituw tajuk ada tahun tau. Hahaha. Maklum la ada kanak2 riang ni ntah2 tahun depan pegi lagi. Lol. Sebenarnya rafif dah lama berzikir nk pegi zoo kt aku. Ibu nk pigi zoo nk pigi zoooo~~ bosan aku asyik dengar. Akhirnya ahad lepas berjaya jugak bawak rafif pegi zoo. Ini semua salah anez zamri. Hahah! Ko la dok ngajak. Dah alang2 sebelum hubs ke os baik kite pegi. 

Maka ahad tu pegi lah aku dgn muka lebam2 sbb jumaat tu aku baru bekam kt muka. Kikiki. Best jugak berbekam ni. Kitorang smp sana dah nk zohor. Sbb pagi ada hal bereskan insuran aku. Tukar agen dan upgrade baru. Smp2 je zoo whatsapp anez dia kt mana. Nk jugak jumpa tu hehehe. Smp je ktorang terus ke butterfly park tu. Eh kenapa aku dlu x pernah masuk situ eh? Aku rase dah banyak kali aku ke zoo. Tp x pernah masuk situ. Huhu

Suke sgt la si kecik tu. Ibu2. Butterfly. 18x dok ulang ayat sama. Aku rasa rafif ni sesuai pegi tgk serangga2 je. Sbb klau smp kt singa rimau tu menjerit ko. Hahaha.

Berjalan lagi keluar pegi tengok zirafah ni. Hai kwang soo! Takde recording running man ke harini? Hahaha. Tinggi btol. Aku pon excited. Cis cakap anak. Rafif mmg duduk je dlm stroller smp ke sudah. Tak kuasa aku nk bg die jalan. Ntah mana2 dia lari kang.



Haa yg 3 ekor ni semua rafif menjerit. Kikikiki. Takutt takutt. Haha. Mak pulak yg  excited okay2 rimau ayah rimau. Singa ayah singa! Mesti laki aku stress ikut pegi zoo. Hahahaha. 

Pastu tolak pegi kt gajah. Kemain suke rafif. Apo ko ingat gajah tak bahaya ke? Sekali die naik gila habis lah. Hai siti! Gajah ni nama siti. Dato K mane? Hahaha. Rafif berkali2 mintak nk tgk elephant lagi. Tak kuasa lah nk tolak balik.

Yeay! Yg ni dinanti2 nak tengok. Panda! Dah jd ayah ko kan? Congrats tau. Kikiki. Yg ni la kena tengok. Kang dah balik ke negara asal susah pulak kami rakyat marhaen nak tgk makhluk bernama panda ni kan? Walaupon masa mula2 smp tidur je. Tp lama aku dok dlm tu sbb nk tgu anez zamri and the geng masuk. Diorng kena dgr taklimat dlu. Amek gmbo2 dlu. Best ler. Aku main masuk je. Ekekeke. 

Bila tunggu2 akhirnya Fu Wa ni bangun get ready nk makan. Hari jadi katekan. Masa ni seronok pulak tengok panda ni. Lagi 1 seronok sbb tempat ni sejuk. Hahaha. Dok la lama2 sikit. 

Yeahh. Jmp jugak korang. Dan jmp lg beberapa ketul geng gojes seperti myzatul, allene, kak diya. Yg lain2 x kenal. Hahaha. Tgk la anez zamri gigih dukung anak tdo. 3x dah aku petik nama ko ni. 

Hari jadi kan. Tp xde la nyanyi lagu pong. Kek pon buluh. Kesian ko panda. Mahal2 kami sewa. Eh? Haha. 

Dan kami pon nk keluar da. Mkn dlu pau panda dgn cupcake panda. Pau sedap tp cupcake keras. X sedap langsung. Huu. Si rafif tu sebok wow wow yummy! Makan nya idokkk

Lepas keluar panda tu kami gi la jalan kt orang utan pulak. Sebenarnya aku agak cuak nak lalu sini sbb kan dlu pernah ada kes org utan terlepas pastu gigit tgn budak. Tp kt zoo melaka kot. Ke mmg org utan tu bergayut kt public gitu rasanya lah. Eii cuakk. Cepat2 aku tolak stroller. 

Pastu pegi tgk zebra, badak sumbu, burung2. Pastu kitornag patah balik jalan yg sama sbb x larat nk round ke sebelah sana dah. Masa berjalan balik ke gate tu tepat time org zoo nk bg burung ni makan. Ya Allah cuak aku wei. Aku dah ckp kt laki aku. Jalan cepat sbb burung ni berak merata. Lepasa tu aku ckp papppp taik burung jatuh kt lengan baju aku. Huwaaaa!! Cepat2 lap pakai tisu. Pastu g surau solat zohor mmg menggonyoh la aku kt situ kejap. Naseb baik sikit je. 

Yg ni cantiknyeee! Aku suke tengok kulit dia. Perghh. Dok elok2 tau. Kikiki

Pastu dah jalan pegi surau solat pastu pegi naik train kate rafif. Kikiki. Rm5 utk dewasa, rm3 utk kanak2. Naik la skali lalu. Tengok2 yg sebelah sane yg tak larat nk berjalan tu. Bg aku skrg zoo dah okay dah. Dah cantik. Xde la mcm dlu masa dok construction rumah panda tu. Menyampah aku. Skrg dah okay. So korang boleh la pegi pulak zoo. 

Lepas tu kitorang pon menuju ke ioi city mall utk makan. Wah kemain jauh makan. Kiki. Laki mak la ni sebok nk makan korea. Aritu bawah rafif naik train dlm ioi city mall tu perasan sebelah district 21 tu ada kedai mkn korea. First time nk try situ. Sebelum ni kami pernah makan kt gangnam station, kt empire x ingt nama dah. Yg ni kedai dia nama sopoong. Mmg korea habis la. Yg amek order pon ahjummi x brape fasih bercakap omputis. Huhuhu. 

Ni makan berdua. Rafif tdo je dlm stroller. Kemain penat ko nak. Padahal tak berjalan pon. Pastu balik rumah x habis2 best zoo ibu. Best. Mmg la best sbb ko tak berjalan pon. Ktorang ni smp sakit2 kaki. T_T ni aku order makan. Yg mee kt atas tu nama die jjangmyeong. Rasa die macam mee kicap manis gitu je. Bg aku so-so je. Tak berapa sedap sbb tak pedas dan kurang rase. Dia dtg set dgn teobokki. Yg sebelah die tu. Itu rice cake, dan fish cake tp masak pedas gitu. Fav aku! Kadang2 teringin nk makan teobokki, dan utk aku, aku order dosirak. Nasi putih dgn kimchi, telur mata, sea weed dan telur goreng hotdog. Satu set dia ada steam egg. Sedap! Hubs order 1 lagi kimchi jigea. Sup kimchi. Itu jadikan kuah. Aaa sedapnye! Aku rasa selepas mknn thai aku suke mknn korea. Huhu. Terpengaruh tengok running man dgn k drama la ni. 

Lepas makan shopping kasut utk menjelajah negara baru next month. Yeay! Dan balikk~~ 

Ni kitorang menguji kekuatan stroller baru rafif. Hahaah! Kuat giler wei. Stroller yg diberi nama KIDOPOTAMUS! Hahahaha jgn gelakkan nama dia. Walaupon harga dia jauh lg murah dr babyzen yoyo tu. Tp sgt2 bersesuaian dgn kegunaan aku dan poket aku. Hahaha. Best2 

Okay itu je. Baii

Dec 10, 2013

Big bad wolf is here again!

Assalamualaikum

Dah few days x update. Totally lost bila mak aku datang kl. Aku bukan la busy sgt. Cuma nak take time menulis tu macam takde masa sbb aku fikir baik aku spend my quality time with family. So sekarang baru ada masa nak update. Hehehe. Mak dah selamat balik sabtu lepas. And ahad smp isnin semalam aku joint familyday-inlaw. Meriah klau ramai2. Tapi arini aku nak cerita pasal pegi big bad wolf.

Aku pegi first day bukak lagi. Jumaat lepas. Pepagi lagi aku dah bangun siapkan Rafif. Adik2 aku sume mandi siap terus gerak dari klang pukul 8 lebih okay. Sekali lah tu jam dgn org nak pegi kerja. Haish! T_T tsk!
Sampai je sane parking masih ada. Aku siap pegi makan nasi lemak dlu kt kedai bawah. Siap breakfast sume aku naik atas bg Rafif pegi main kt playground die ada sediakan. Mak aku tolong jaga Rafif. Kesian mak kena kejar Rafif lari2. Prrff!


Aku cepat2 turun pegi book fair. Orang ramai jugak tp dikatakan tak sesak sgt la. Aku siap bawak troli ko. Tak mampu la nak angkut. Buku kan berat. Aku main tolak je.


Aku dok sane tak lama sangat. Dalam sejam lebih je. Mula2 tu aku mcm pening mata sebab bookssss is everywhere! Pastu nak pilih yg sesuai tu lagi satu hal. Aku jenguk je dlu bhgn child's book. Pilih2 mane yg nak bg Rafif, Rania and Hannan anak sendawa aku dua orang tu.




Orang semakin ramai. Penuh setiap ruang. Naseb lah Rafif dok main kat atas. Senang aku nak memilih.



Dah pilih2 aku dok tepi jap before bayar sbb nak calculate. Hehehe. Kira2 ok lg. Tak lebih bajet. Pastu aku beratur lah bayar tak yah tunggu. Terus masuk lane bayar.



This is mine! Tapi sedih sbb tak jumpa chicken soup for the soul tuuu. Rase macam nak pegi lagiii jee.


Total damage rm132!! Murah kannnn!! Wuhuu. InsyaAllah klau sempat nak pegi lagi. Klau tak tunggu jela next year bak kate Leenda. Hehehe.

P/s: bebudak kalau boleh dok atas la bg die main. Tp make sure kids and guardian sock in. Rm10/hour. Or rm30 for the whole day. Datang pagi atau lewat malam. Tp aku check ig #bigbadwolf tu pukul 2 3 pg pon ramai orang wei. Haish lah!

Oct 17, 2013

Shopping di Daiso

Assalamualaikum

Aku baru balik dari Jusco ni. Mcm biasa lah. Mall yg paling seronok utk aku skrg jusco je. Haha. Dan yg best dekat dgn rumah. Klau ke Jusco tak sah klau tak masuk daiso. Haa. Bila masuk tu. Adaa je tgn ni gedik2 nak amek masuk bakul kan. Tehehe. Takpe2 rm5 jeee. (ayat sedapkan hati)

Jom tengok barang ape yg best sgt tu kan. Kahkahkah

     

 Ini je barang yg aku beli td. Habis lah rm25. Errr. Kain lace pink tu langsir sebenarnya. Itu yg dah lama aku beli. Tp tak jugak aku gantung2. Aku nk gantung kt tingkap dapur. Tapi blom pegi cari rail die. Malas nk cari sebenarnya. Sbb mcm fikir dapur tu takde lah penting sgt pon. Tp tadi, aku tengok ada jual rod besi utk langsir wehhh. Giler lah klau tak beli. Mesti aku rembat punya. Pastu yg best die boleh adjust nak lebar mane. Awesome! Aku beli satu. Dok jalan2 aku jumpa lah bekas utk makanan rafif. Aku rembat color oren. Polkadot. Hentam je la nak oi. Haha. Yg lagi best!! Aku jumpa ni.....

                        
Bekas utk keep warm makanan Rafif. Tau lah rafif tak suke makan bubur sejuk. Haritu raya, aku bawak bekal lah g baraan kan. Takot die lapa. Naseb baik time die nk makan tu aku kat rumah cousin hubs. Mintak guna microwave kejap. Tehehe. Harap dgn bekas ni. Makanan die dapat panas sepanjang aku keluar. Td aku jumpa yg jenis besar tau. Mcm utk pegi picnic2 lah. Polkadot omei gak. Tp besau nauu. Pastu aku terkalih tengok beg ni. Comeinye! Dah la ada gambar eiffel tower. Anyonyonyo. 

      

Ni lah langsir yg modal rm10!! Hahaha. Kagum tak? Aku kagum ni. Cepat2 aku g pasang kat dapur. Sememtara tu aku double sided tape je. Lekat je aku tengok. Die boleh skru masuk dinding. Tp aku tak reti pakai drill. Laki lak takde. Hentam lah. Jom tgk hasil.

      

Awww. Langsir love! Byk lagi pilihan langsir di Daiso ni. Aku saje pilih color pink. Sweet lak dapur aku yg sekangkang kera tu. kahkahkah. 

Itu je aku nak kongsi. Daiso kan byk benda best. Syok shopping sebab murahh. Kalau sesapa nak kirim barang daiso kat aku, boleh je. Aku amek la upah double. Jadi rege rm10! Lol! 



  

Sep 29, 2013

Langsir Hunting!

Assalamualaikum

Harini aku pegi cari langsir di nagoya. Fuh. Penat giler. Sebab nak kena main kejar2 dengan Rafif. Adoi. Tensen. Kain kemana. Rafif kemana. Langsir ni untuk bilik aku kat kampung. Aku pulak pegi dengan ayah, hurm mane boleh pegi lama2 woi. 

Disebabkan bilik kt kampung ni dah di cat dengan warna pink, so aku pening sikit nk cari warna langsir. Aku rase makin lama aku makin x suke pink. Heh. Tp bila cat color pink tu aku masih accaptable la. (sbb aku tak keluar duit sesen pon utk bilik ni, jadi klau ayah aku nk cat color apa pon aku terima lah dengan redha

So aku dok fikir nk color ape la langsir ni. Pastu teringat color baju raya along tahun ni. Mint green. Die pakai tudung pink. Lawa lah pulak. So aku dengan harapan langsir bilik aku tu color mint green la. 


Misi mencari langsir di Nagoya Kota Bharu. Banyak gak choice kt sini. Harga pon bagi aku berpatutan, sbb aku mmg nak cari yang muroh ajee. Hahaha

Pusing punya pusing hadoi susah weh nk jumpa color mint green. Nyampah aku. Rase dah fedup nk cari color tu. pastu selak2 cari kain jumpa lah color yg diingini. Pastu suh orang tu potong skali tak cukup pulakkk. Aku perlu 10 meter nak cukupkan 2 tingkap kat bilik aku tu. huuu. Pastu aku pusing2 area yang muroh pulak. Rm4 je semeter. Ada la jumpa. Aku malas nk pening kepala suh orang tu potong. Sbb mak aku dah jumpa yang langsir bilik adik aku. 


Ko tengok tu Rafif main lari2. Eii. Masalah btol la budak ni. Naseb la ada penjaga. Huhu. 

                                    

Antara kain yg ada. Aku pening nak pilih sebab rambang mata. Kahkahkah. Tp aku ni jenis tak cerewet. Mane yg ada aku amek je. Dan aku malas nk survey lama2. 

                                    

Yang ni untuk bilik adik aku. Bilik die purple, so mak aku pon amek purple. Act, adik aku nak damask hitam putih. Cari punya cari takde. So mak aku buat keputusan sendiri. Lol! Tengok la budak2 tu main kain. Darat! Nak2 lagi si Rafif. Tengok kain bertimbun pon die excited. Sbb kat rumah aku lepas angkat aku terus lipat. So tak pernah ada kain bertimbun. Balik rumah nenek bila angkat kain die lari2 pegi duduk tercongok atas kain. Huuu. 


    Ni kain langsir bilik aku. Act, ni color biru nak ke mint jugak. Tp tak nampak clear lak dalam ni. Lantok ler, nnt dah siap aku tunjuk hasil. Tp ntah ble la. Bilik aku tu dah 100% siap tp aku blom beli katil. So aku tak duduk lagi dalam bilik tu. Buat tempat semayang je. Dengan jadi bilik mainan budak2. 

                         

Atas tu bilik adik aku yg aku guna skrg. Bawah tu bilik aku color pink uolls. Hadoilah. 
    

Lepas ni misi aku mencari katil, aku teringin nak katil besi putih macam Ikea tu. tp mane nak cari la wei. Kat kb ni sume benda nk limited. Pastu ko jajak ke mane2 kedai pon pesen tu je. Nyampah aku. Aritu aku dah pegi survey katil, antara besi, kayu dan divon. Aku ni tetap berkenan dgn besi putih tu. tp takde wei. Tak pon ko beli la katil besi kang ko sembur je lah kan. Senang. Tp susah gak. Aduii. Tp yang pasti mmg aku nak color putih. Almari taknak beli dah, sebab aku dah cilok yang adik aku punya. Alah, dia dah ada set katil. So bg aku jela die punya almari tu. sedang elok color off white. 

Selain katil, sebab nak completekan blik tu kena beli almari tv. Bilik aku ada tv. Tv yg dari rumah aku dlu tu. masihkah kau ingat? Yg kotak tu. Tapi tv tu ko jangan main2, gambar die cantik okay. Aku beli kat tesco je dlu. Masa bujang2 dok rumah sewa. Aku angkut tv aku smp lah hubs beli tv 3d die skrg tu. tp takde nye ktorang tgk 3d. Sbb aku pening! 

Lagi aku nak beli carpet, sebab bilik aku tu ada papan yg tutup tempat mandi. Act, ayah aku la fikir camtu nk buat tempat mandi (macam tempat orang mandikan mayat tu) sebab nanti klau dah tua sakit2 senang nak mandi kan. Walaupon bilik tu dah attach toilet skali. 

Aku kan selalu balik kampung. So mmg aku perlukan bilik, skali dengan anak lagi. Macam2 barang aku punya je. Lagipon susah la takde bilik. So skrg cukup lah bilik kami adik bradik. Rumah ni ada 6 bilik, 5 bilik air. Phew. Kate buat rumah atas tanah milik atok aku kan. Sedap2 ayah aku je renovate ke kiri ke kanan. Pastu perli2 aku kenapa dok rumah kecik. Kahh. Bukan tak nak ayah. Tengok kemampuan lah. InsyaAllah klau ada rezeki lebih kami mmg nk pindah dok rumah besar. Skrg pon mcm nk survey rumah la. (walaupon selalu takde kat rumah). Sbb aku plan ngn laki another few years dah nak jual apartment kami 2 bijik tu. --insyaAllah. 
    
  

Aug 15, 2012

Shopping baju raya iqi DONE!

Assalamualaikum

haa. smlm ktorang pegi Jusco kan. time tu dah dekat pukul 9 sbb ayah tak habes-habes reply emel, reply emel, reply emel. geram je nak jerit HANTUUU!! hantu kerja! erghh. tapi takpe. ibu get readykan iqi. time tu time tdo die. mesti la nk tdo kan. sbb iqi klau malam mmg tdooo je. until pagi. kesian die pulak bila bawak pegi jalan2.

turun kereta tu okay la. i letak dalam stroller. mula2 terlopong tdo. tapi kejap je tersedar. terus tengok kiri tengok kanan. masuk jusco die dalam stroller lagi. smp ktorang naik dekat bahagian baju pon die still dalam stroller. ku sangkakan panas ke petang, rupanya ribut petir die tengahari. die dah gelisah mak esah. takot die nanges beriya die tu. husband amek dukung. i lah pegi cari baju die. memandangkan tema ktorang merah tahun ni. nak jugak la cari baju merah. hahaha. mak die ponnn!! i terus ke bahagian Disney sbb i tau cutting baju disney kecik sikit. so mungkin padan iqi. i ingat nk cari baju biasa je la. tp husband insist nk pakaikan anak die kemeja. siap bawak dah 1 color hijo. eh laki ku ni tau tak tahun ni tema merah ni?? i pon kelam kabut la cari lagi baju merah. sudahnye 3 helai baju sume Disney. sbb iqi mengamuk!! brape kali i masuk baby's room menyusu die. tapi sudahnye. waaaaaaaa waaaaa!! habes satu section baju tengok ktorang. hahaha. bila die macam reda sikit husband nk jugak cari seluar jeans ke pants yang macam bawak pegi berjalan kan. i told him mane ade yg kecik bang oii. sume beso2. skali terpandang bahagian Poney. ada seluar kecik. 0-6m. baju Disney td pon 0-6m. seluar tu seluar pendek. tp mesti jadi seluar panjang jugak iqi nanti. hehehe.

ktorang main rembat je. macam menang peraduan plak kena amek suke hati kau nak. yang sales girl pon menggigil tangan nk buat resit. tengok iqi menangis. hahahha. seluar Poney tu i pilih2 jugak. mane yg ada discount. husband kate. takpe takpe. amek jeee! sambil menggelabah. i sempat tengok harga 1 yg kecik rm100 lebihhh. mak aihh! seluar kau nak. seluar mak 5 hengget je. baik ko jangan nanges. haha. rempat 3 helai pants sume Poney lah. sbb malas dah nk survey yg lain. pegi counter bayar dekat 400!! amboi nakkk!! huhu pastu letih mengamuk gamaknye. tertdo. tp i dukung laaa. taknak letak dalam stroller takot die terjaga karang waaa waaa balik. hahaha. sempat lah pegi potong tali jam i. masuk kedai jam i tengok lahhh harga jam i tu. wakaka.

moral of the story. tak nak dah bawak iqi jenjalannn smp die kurang sikit berpeel. bley plak td husband cakap. arini kte bkk puasa Jusco la ek. nk cari barang sayang plak. nk beli seluar ape sume tu. takpo laaa.. den sanggup tak berayo. asal anak den tak menangeh camtu. huhuhuh.


Raya pertama merah la kte. hehehe. seluar poney tu kan yang bestnye ada boleh level macam maternity pants tu. hehehe

p/s: sape tanya stroller tu nanti ye yang. stroller kat dalam kate dah. nk tunjuk function pon susah. nanti i buat entry simple2 je dlu okey.

May 23, 2012

Set Berpantang dan Set Breastpump. Settle!

Assalamualaikum

Fuhh!! settle dah 2 benda ni. Lega sikit hati. Set berpantang saya beli Set Tanamera. act, saya mmg blur giler la pasal post natal set ni. pastu bila Nadya bgtau Tanamera ada buat clearance sale sbb die nk buat new look. so diorang jual rm90 je. saya pon terus la order. tak fikir panjang dah. Thanks alot nadya. sabtu lepas baru pegi  amek kt rumah nadya. naseb baik tak sesat. huhu. tp sayang tak sempat nk jumpa nadya. die dah kuar. takpe nad, next tme kte jumpa k! =)


Bengkung : Bengkung ni yg ikat2 tali2 tu...Bengkung mmg kene pakai untuk kempiskan balik perut kite selepas bersalin

Cold Press Virgin Coconut Oil : Yang minyak ni boleh digunakan seawal pregnant 2 bulan untuk elakkan stretch mark n also lembutkan kulit

Massage Oil : Massage oil ni sedap sgt bau die....bile kite pakai untuk urut, aroma die mmg wangi..so xde la bau mcm minyak angin yg busuk tu..so, kalau mase beurut lepas bersalin....gune minyak ni sure kite rase mcm kat spa :)

Firming Herbal Blend : Yang ni herba campuran untuk kite pakai bersama bengkung kat perut. Herba die meresap dlm kulit supaya kite cepat bakar lemak2 yg tersimpan selama 9 months preggy tuh.

Feminine Herbal Wash : Yang ni pakai untuk mencuci miss V..ye la, bile lepas bersalin kan ade darah nifas, so die mencuci bakteria n elakkan bau2 yg kurang enak pade miss V.

Ylang- Ylang Body Spray : Bau die sangat la relax and sedap...nad spray kat bantal mlm td...so nad rase relax je bile tido tu...

Lavendar Face Mist : Yang ni mcm toner la..kite spray kat muke bg segar. Bau lavender die tu buat  kite calm n relax

Boreh Scrub : Scrub ni mengandungi herba so die boleh kecutkan balik urat2 yg tegang n buang daki2

Brown Formulation Body Soap : Sabun ni elok untuk menghilangkan kesan2 hitam kat leher, celah2 ketiak tu. Pastu kang mase pregnant ade org yg gatal kulit, so boleh pakai sabun nih, die antibacteria coz ade herba

************ayat di atas copy dari blog nad semata2. sbb haku malas nk menulis*********

then, semalam set breastpump yang ku order akhirnya sampai! comei wei. color putih pink! i loike.
nak tau keberkesanan tak ley ler skrg kan. kena tunggu lepas bersalin la. tp try dah motor sume berfungsi elok. try gak letak kat breast. kahkahkah. geli gler. siap bergelak ketawa. husband cakap. camne ni. asyik nk tegelak jeee. hahahaha. siap die breeepp breeepp. vibrate!!


 ini lah yang dapat. get ready nk pasang.

 taraaa!! comei kan? die ada 7 type sucking. yang 1 tu macam massage je kot. pastu yang 7 tu. alamak kuatnyeee. takot i. hahahha


sabtu lepas tu, lepas g rumah nad. saya g teman my sister shopping kt sogo. alahai menggila la kakak ku dua orang tu kan. yela. kelate mane ade sogo. kemain lagi shopping macam duit ada sejuta sorang2. saya tengok diorang shopping tak tahannn. terbeli gak baju baby lagi. ter taww..terrr..

For my junior! ^_^

May 18, 2012

Kisah Langsir

Hais. 2 jam tawaf dalam tewah mines survey2 langsir. finally! bukan pink pilihan ku. hahaha. sebab takde pink sangat. benci! disebabkan oleh saya malas nk pusing cari tempat lain dan nak yang murah. akhirnya saya memilih english style curtain. kuang3.

ntah ape la ropenye rumah aku nanti. dinding biru muda, langsir english style rose purple. ayya! harap it turn well lah. terpaksa pilih yang tu sebab die murah. rm4/meter. okay la. total2 kira with day curtain which is rm3.8/meter jadi nye. rm345.10. fuiii. dah siap upah jahit. 2 tingkap and 1 living hall. upah jahit biasa je. yang kedut2 tu la. tewah akan bg siap cangkuk tu.

awal2 pilih kain kosong je. tp takde pink. pilih purple. rm9/meter. kira2 total dekat rm500. gulp! pokai~ cancel terus. hahahaha

misi seterusnya cabinet dapur! kat mane yang murah? ada sape2 tau? ala. kabinet almari biasa tuuu. sape tau??

May 17, 2012

Blue living room + Pink curtain; Cantikkah?





Nak tempah langsir baru. Color pink matching tak dengan light blue? hurmm. pokai lagiiii!! dan2 la nk tempah jahit langsir time2 dah sarat ni. nak buat camne. daku tiada pilihan. sob3. esok nak pegi tewah mines. nk tengok langsir. klau okay nk terus tempah jahit. wuhuu!!
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com