Sunday, September 29, 2013

Langsir Hunting!

Assalamualaikum

Harini aku pegi cari langsir di nagoya. Fuh. Penat giler. Sebab nak kena main kejar2 dengan Rafif. Adoi. Tensen. Kain kemana. Rafif kemana. Langsir ni untuk bilik aku kat kampung. Aku pulak pegi dengan ayah, hurm mane boleh pegi lama2 woi. 

Disebabkan bilik kt kampung ni dah di cat dengan warna pink, so aku pening sikit nk cari warna langsir. Aku rase makin lama aku makin x suke pink. Heh. Tp bila cat color pink tu aku masih accaptable la. (sbb aku tak keluar duit sesen pon utk bilik ni, jadi klau ayah aku nk cat color apa pon aku terima lah dengan redha

So aku dok fikir nk color ape la langsir ni. Pastu teringat color baju raya along tahun ni. Mint green. Die pakai tudung pink. Lawa lah pulak. So aku dengan harapan langsir bilik aku tu color mint green la. 


Misi mencari langsir di Nagoya Kota Bharu. Banyak gak choice kt sini. Harga pon bagi aku berpatutan, sbb aku mmg nak cari yang muroh ajee. Hahaha

Pusing punya pusing hadoi susah weh nk jumpa color mint green. Nyampah aku. Rase dah fedup nk cari color tu. pastu selak2 cari kain jumpa lah color yg diingini. Pastu suh orang tu potong skali tak cukup pulakkk. Aku perlu 10 meter nak cukupkan 2 tingkap kat bilik aku tu. huuu. Pastu aku pusing2 area yang muroh pulak. Rm4 je semeter. Ada la jumpa. Aku malas nk pening kepala suh orang tu potong. Sbb mak aku dah jumpa yang langsir bilik adik aku. 


Ko tengok tu Rafif main lari2. Eii. Masalah btol la budak ni. Naseb la ada penjaga. Huhu. 

                                    

Antara kain yg ada. Aku pening nak pilih sebab rambang mata. Kahkahkah. Tp aku ni jenis tak cerewet. Mane yg ada aku amek je. Dan aku malas nk survey lama2. 

                                    

Yang ni untuk bilik adik aku. Bilik die purple, so mak aku pon amek purple. Act, adik aku nak damask hitam putih. Cari punya cari takde. So mak aku buat keputusan sendiri. Lol! Tengok la budak2 tu main kain. Darat! Nak2 lagi si Rafif. Tengok kain bertimbun pon die excited. Sbb kat rumah aku lepas angkat aku terus lipat. So tak pernah ada kain bertimbun. Balik rumah nenek bila angkat kain die lari2 pegi duduk tercongok atas kain. Huuu. 


    Ni kain langsir bilik aku. Act, ni color biru nak ke mint jugak. Tp tak nampak clear lak dalam ni. Lantok ler, nnt dah siap aku tunjuk hasil. Tp ntah ble la. Bilik aku tu dah 100% siap tp aku blom beli katil. So aku tak duduk lagi dalam bilik tu. Buat tempat semayang je. Dengan jadi bilik mainan budak2. 

                         

Atas tu bilik adik aku yg aku guna skrg. Bawah tu bilik aku color pink uolls. Hadoilah. 
    

Lepas ni misi aku mencari katil, aku teringin nak katil besi putih macam Ikea tu. tp mane nak cari la wei. Kat kb ni sume benda nk limited. Pastu ko jajak ke mane2 kedai pon pesen tu je. Nyampah aku. Aritu aku dah pegi survey katil, antara besi, kayu dan divon. Aku ni tetap berkenan dgn besi putih tu. tp takde wei. Tak pon ko beli la katil besi kang ko sembur je lah kan. Senang. Tp susah gak. Aduii. Tp yang pasti mmg aku nak color putih. Almari taknak beli dah, sebab aku dah cilok yang adik aku punya. Alah, dia dah ada set katil. So bg aku jela die punya almari tu. sedang elok color off white. 

Selain katil, sebab nak completekan blik tu kena beli almari tv. Bilik aku ada tv. Tv yg dari rumah aku dlu tu. masihkah kau ingat? Yg kotak tu. Tapi tv tu ko jangan main2, gambar die cantik okay. Aku beli kat tesco je dlu. Masa bujang2 dok rumah sewa. Aku angkut tv aku smp lah hubs beli tv 3d die skrg tu. tp takde nye ktorang tgk 3d. Sbb aku pening! 

Lagi aku nak beli carpet, sebab bilik aku tu ada papan yg tutup tempat mandi. Act, ayah aku la fikir camtu nk buat tempat mandi (macam tempat orang mandikan mayat tu) sebab nanti klau dah tua sakit2 senang nak mandi kan. Walaupon bilik tu dah attach toilet skali. 

Aku kan selalu balik kampung. So mmg aku perlukan bilik, skali dengan anak lagi. Macam2 barang aku punya je. Lagipon susah la takde bilik. So skrg cukup lah bilik kami adik bradik. Rumah ni ada 6 bilik, 5 bilik air. Phew. Kate buat rumah atas tanah milik atok aku kan. Sedap2 ayah aku je renovate ke kiri ke kanan. Pastu perli2 aku kenapa dok rumah kecik. Kahh. Bukan tak nak ayah. Tengok kemampuan lah. InsyaAllah klau ada rezeki lebih kami mmg nk pindah dok rumah besar. Skrg pon mcm nk survey rumah la. (walaupon selalu takde kat rumah). Sbb aku plan ngn laki another few years dah nak jual apartment kami 2 bijik tu. --insyaAllah. 
    
  

3 comments:

Cik Puan Rara said...

nk jual? apartment kat mana mimi?

SweetLikeWhat said...

untung pandai jahit..anez ni nak tukar langsir nak kena tempah..dahla mahal upah pakai kaki..jahit lurus plak tuh..rase nak belajar menjahit jer..bahahaha

Cik Puan Mimi said...

Rara- apartment dekat kajang. Ada dua unit. Satu aparment biasa. Satu lg penthouse. Dua2 pon nk jual la lepas ni.

Anez- meh blaja dgn aku. Aku bg free je ajar. Hehee