Assalamualaikum
lama nauu amek masa nk update holiday ni. kahhh. malas lah. plus takde masa. plus internet slow. plus rafif tak bagi kerjasama. lol. macam2 alasan. harini macam nk qada sume je cite. takde ape sgt dah. *orang pon boring nak baca mimi oi. kahkahkah*
ok. the next day kite smp paris. harijadi rafif. anyonyonyo. besday kat paris. kemain kau nak. mak dlu besday kek pon takdo. hahaha. ktorang plan nk pegi disneyland. dah beli tix awal2 dr kl lagi. tix tu berharga klau tak silap lah. yang dah diconvert MYR. rm250 sorang. bagi i mahal!! hmm. pagi tu lepas siap2 i nk pegi tgk Eiffel Tower yg gah sangat tu. haha. dekat je dr hotel. jalan kaki kejap je smp. dekat paris tgk je sign atau tny lah orang die yg tak reti cakap omputis tu. ekeke. tp senang nk cari sbb tinggi kan. cari jelah. hahah. terteleng2 cari eiffel.
waktu ni dalam pkl 7 pagi. sejuk glerr. sbb hujan pagi tu. waktu i pegi ni. paris lagi sejuk dr london. saba jela i bedal pakai sweater sil. hehehe. masa mula nk smp tu i da terpegun mmg rase lain bila kite tgk eiffel ni depan2. menara besi ni mmg besi lah. takde benda lain. tp i x naik. just bergambar je. sbb pagi lagi. nampak sampah depan tu. diorang baru nk clean up. kotrang jumpa tourist dr US. mintak tlg amek gambar. dua orang tu je jumpa. haha. tp pagi waktu ni rase selamat je nk berjalan. sbb tak ramai orang lagi. bila nk smp eiffel ni jumpa homeless tdo dalam sleeping bag. mmg spoil betol! hahah
ok lah lepas tenung2. snap2. kitorang pon ke stesen metro terdekat sbb dah nk pegi disneyland. tanya la garbage man. adoii. bg arahan dalam france. mane lah haku paham. tp paham la die tunjuk tangan gitu2. lol. jalan lagi. jumpa la metro die. peringatan! jgn dedahkan bag anda. klau tak hilang kena pickpocket. huu. disebabkan kami ni awal lagi. counter tak bukak lg. pergh kena beli tix guna machine. susah gler! walaupon ada boleh pilih english. tp tak user friendly langsung. ktorang mintak cleaner belikan untuk pegi disneyland. tp kena tukar2 stesen. tix metro die boleh klau kite nk guna cc atau cash. canggih kemain. tp hampeh susah beno nk beli.
akhirnya smp lah Disneyland. review i. ceh awal2 dah review. haha. tak best mana pon. plus luas sgtt. nk tercabut kaki. still lagi sejuk cuma tak sesejuk bandar paris. bg i lah kan. antara disneyland. universalstudio. movieworld. paling best dan paling murah movie world. disneyland ni tak banyak streetshow. mcm boring pon ada gak. cuma deco die cantik la. ala.. untuk kanak2. sempat bergambar dgn snowwhite je seko. amek kau. seko aku bagi. lol. pastu kelaparan cari makanan. last2 ktorang makan epal. tabah gler. ada belikan rafif tshirt je selai. klau dlu dekat movieworld ada buffet makanan halal. siap tempat tu masuk rasa halal antarabangsa lagi.
streetshow die yg ni je olls. sediihh. ke yg lain aku x nampak x tau la. hahahah. *malas nk tempek gambar. nk tgk ada dalam fb*lepas dalam 3 jam dalam disneyland ni. ktorang gerak balik. tix dah beli siap2 dari sane td. pastu balik hotel dah. esok aktiviti bebas. takde nk pegi mana dah. cuma ada la nk cari barang2 sikit. souvenir takbeli lagi. target galaries lafayette.
depan galleries lafayette ni pon ada drama okay! peringatan jugak untuk sape nak ke sana. die bukak pkl 10 pagi rasenye. i smp awal. blom bkk lagi. mmg ada metro ke sini. ala2 sogo la kan. die kan underground. lepas i kuar dr bawah tu. ramai gler homeless datang serbu. die target tourist. die cakap speak english sir?? die dtg kat husband. suruh sain untuk persatuan homeless. kemain korang ada persatuan bagai. skali tgh husband dok tgk form die tu. ada indonesian datang dr belakang. die mungkin tau i dr malaysia. die terus cakap kuat2. hati2 mbak. awasi dopet kamu. terus i jerit kt husband. bang takyah sain. jom2. macam kena lari2 dari diorang ni. i lepak depan h&m dlu. beli souvenir yg org kirim sume. diorang ni jahat. fil i die siap nk seluk tgn dalam coat. sbb fil pakai coat. mayb nampak dompet sbb poket kembung kan. pstu fil i tempis tgn die. sebok nk suruh sign. ggrrr.
dah pkl 10 i masuk la dalam tu. i tgk ramai sgt tourist dari china shopping sini. i ni tak reti sgt nk shopping barang branded ni. cuma tgk longchamp ramai org i pon beratur gak la. haha. dapat la sambar satu beg. murah sgt dr orang jual online tu.
banyak die punya less tu. geram je tgk. tp i x minat sgt longchamp. hehe. pening tak tau nk beli apa. ada la sikit2 bajet nk shopping tu. kate datang paris kan. rugi la klau x beli sbb murah. eh kt sana makcik tua2 pon bawak longchamp okay. mostly mmg pakai longchamp la. dalam train asyik tgk orang je aku ni. haha. pastu beli furla puan nana kite. hehe. color yg nana nak takde less. tp still murah la. naseb baik ada wifi. cepat2 pm nana. die suh proceed beli i pon malas nk fikir. pegi beli je.
itu nana punya! dari paris. hehe. dragon fruit color. ce tengok yg belakang tu mcm neon tu ada 30% off. tak kose mak nk beli. walaupon dah telek2. hehehe. color nana punya paling cantik! harga? hurm. pm jela sape nk tau. hahahaha.
i punya dok search2. last2 pegi LV terjatuh cinta lak. lepas i hampir2 nk pecahkan lampu dekat butik LV. lol! i dok kt sofa chatting ngn nana. skali i ingat takde apa atas meja. terlanggar lampu! malu wehh. cover malu. pegi counter terus cakap nk neverfull satu. lol. amek yg paling murah jela. thank you hubster! LV sini murah la klau nk banding ngn kl. beza klau dah tolak2 VAT tu maunye 1k jimat. dah abess shopping. lapa gler. pegi cari kedai makan halal. ada jumpa jalan dlam 10 minit dr sana. kedai indian cuisine. sedap nak arwah die punya nan cheese. order punya order sampai bil telan air liur. lol. makan sampai 100euro, bersamaan 400++ duit kte. kahkahkah. pastu plan nk ke musee de lourve pulak. walaupon kaki lenguh gler nak berjalan. dalam tren ramai org. cuma untung berjalan di europe waktu i pegi ni. siang die lama. so kite xde masalah nk solat. waktu die panjang. waktu zohor panjang. asar pon.
sampai jugak i pegi musee de lourve. tu lepas da balik hotel jap. solat. pastu tukar ape yg patut. gerak pulak ke musee de lourve. hadoi. gigih tau tak. mula2 nk masuk tp mcm tak berbaloi lak nk masuk sbb gue bukan jiwa layan tgk painting2 bagai ni kan. tak jadi lah. kite bergambar je. hahah
kt sini kan banyak cite hollywood belakon. ramai orang waktu ni. klau nk beli keychain eiffel pon ada kt sini. tp i dah beli kt depan eiffel sikit dgn depan h&m td. cukup dah. kena make sure btol beli sbb ramai kirim. esok dah nk balik london.
pastu esok ktoran pepagi dah pack utk ke gard du nord stesen ketapi. walaupon train lmbt lagi tp x nak amek risiko. terus ke sana. i amek shutter dari hotel ke stesen sbb dah tak sanggup nk naik metro dgn beg yg besar2. takot kena copet lagi. i booked je dgn hotel. sbb hotel yg offer. perjalanan tak jauh mane. tp anggap jela die senangkan kite. dr hotel ke stesen kena dalam euro90. mahal kan. tp biar lah. kite pon tak penat. dalam kete sempat gak la tengok for the last time kota paris. ntah datang lagi ke tak. hummm. klau ada pilihan tak nak datang dahh. hahaha.
dekat paris i tak amek kete. sbb orang cakap parking susah. mmg btol! i check parking depan hotel takde. kena park jauh sikit. and macam gini lah rupanya. sempit nk mampos. hahaha. cane lah nk keluar. dekat paris pon x amek sim card mcm london. rase mcm tak berbaloi. sbb kejap jekan.
eh. rasenye kena seperate jugak la.. till next time ye lepas balik dari paris. duduk london dua malam sebelum sambung holiday scotland yang best gler!!
daaa
4 comments:
glamor hbag dragon fruit iols! hahahaha
nak jugak pegi paris nak tengok "besi tinggi" tu...hihi
Oiii sambung cepat.. Nk baca pengalaman org. Nnt one day dpt pegi blh refer sini. Hihihu
bestnya...
fuhhh~ menangis khatam uoollsss punya edisi london trip.kalo mimi nk terlanggar lampu kat kedai LV leh trus beli neverfull 1,kalau rara ni nk beli hape.mmg never lah.g kedai LV lalu depan je.hahaha.rara masa g aussie ritu.g dreamworld.mmg xbest nk mampus.suami rara je main sume menda.kalo tau baik g dream world.
Post a Comment