Thursday, September 19, 2013

Kembara di bumi Scotland

Assalamualaikum

Baru lah berkesempatan nk update bercuti di Scotland. Memula dlu plan nk pegi London tu i tak plan nk pegi skali Scotland. Lepas dok baca berpuluh2 blog review europe tour ramai yg pegi Scotland. Bila baca and tgk picture tu rase macam this is a must visit place. Mmg betul i cakap. Scotland is soooo beautiful!!. 

Act, lepas balik dari Paris i menginap 2 malam di kota London sementara nk tunggu pegi Scotland. I nginap btol2 depan Malaysian Hall, so i suggest sape yg nk pegi London, survey awal2 any hotel depan Malaysian Hall. Sebab kat situ makanan halal die tersangat lah senang nk cari. Paling komang makan lah dekat Malaysian Hall tu. open everyday rasenya. Makanan die kira dalam kategori murah jugak la. Biasa sorg makan skali air dalam £6. Tp kt Kilburn aritu pon murah jugak. Cumanya Kilburn tu macam jauh sikit kot dr kota London. I dok hotel King rasenye, harga pernight £80 something kot. Ngeee. Asyik lupa je ni. Kt situ tube paling dekat boleh pegi Bayswater. 

Arini yg nak pegi Scotland tu mmg keluar pagi. Shuttel amek depan hotel gerak ke London Gatwick airport. Ya Ampun. Airport ni tersangat la strick. Ingatkan same la mcm airport touchdown London aritu skali teruk sgt. I fly with easyjet. Kira mcm tambang murah mcm AA jugak la. Segala mak nenek dalam beg tu kena bukak klau kite tak check in. Pastu segala bagai yg lebih 100ml kena buang. Selamba weh. Pastu ktorang ni bawak la periuk nasi. Die mcm pelik tgk kenapa nk bawak periuk nasi. Hahaha. Lantak la weh. Janji lepas. Hihi. Harga tix dr London ke Glasgaw klau tak silap i la utk 5 dewasa 1 infant rm1500++. murah je. 


Waktu ni baru je smp glasgaw and kt sini hubs sewa kete, sewa dengan Budget car rental. Harga i tak sure pulak. Tp mmg kena sewa kete kt sini, sbb ktorang touchdown Glasgaw tp nk balik ke London nnt naik kt Edinburgh. Bila smp Scotland tu sejuk sgtt. Sbb die lagi utara kan. Klau kt malaysia ni konon thailand la. And die pon masih lagi United Kingdom. So tak perlu cop pasport apa pon. 


Ni waktu on the way ke tempat menginap, ktorang singgah di Loch Lomond. Ktorang tak pegi pon Loch Ness yg tempat di katakan ada pernah nampak dinosour air ek. Haha. X tau la betul ke tak. Waktu ontheway dalam kete i tak tdo pon, terpegun dgn kecantikan bukit bukau die. Masa kt Long Lomond ni i tak habis2 cakap MasyaAllah, Subhanallah. Rase mcm u tgk painting bukit tp its real! Mmg breathtaking scenary. Rase mcm tak nak balik. Hee

Hubs teruskan perjalanan lagi ke Village Inn. I tak pernah survey any hotel sbb sume hubs uruskan dari malaysia lagi. I mmg bawak badan dgn anak je. Ekeke. Dari kl lagi hubs dah gtau hotel di Scotland cantik. I tak sangka yg die secantik ni. MasyaAllah. 


Our cottage for that night. Sangat la cantik. Depan ada tasik. Bilik die cantik, ada bath tub, toilet yg boleh tgk langit. Giler la klau tak berendam smbl tgk langit mandi air panas. Perghh. Terbaik! Harga per  night £200. Padan lah dgn rege. Klau convert pon dah makan ribu satu malam. Tp serius berbaloi. Orang kt sini pon baik2. And they all speak sebijik mcm dalam cite Brave tu. hehe. Kate scottish kan. 


Ini bahagian depan Village Inn tu. i dok sini semalam je sbb malam esok nak nginap di Edinburgh pulak. Hari yg smp tu kagum dgn cottage sendiri dah brapa jam asyik dok terkinja2 sbb lawa dan sebok masak. Lapaa. Hehe. Makan nasi bawak beras uolls. Lepas makan dah solat sume, haa jgn lupa bawak kompas kiblat ye. And sejadah kecik pon ok dah. I gerak jalan2 nk tgk bukit lagi. Mcm jakun gler tak pernah tgk bukit. Hehe


Waktu hubs driving i cakap stop je any RnR konon sbb kt mana2 pon cantik. Sini pon ktorang spend dalam sejam sejuk beku dok menghayati keindahan alam. Sedang molek smp Rafif tdo. Bagus la sbb its too cold for him. Hubs pon surrender. Pakai jaket smp tak nampak tgn. Sejuk sgt2. Sbb die berangin. Sini nama die pelik sini. Rest and Thank You nama tempat ni. Mcm kelaka kan. Hehe

Esoknya lepas bgn pagi kotrang masak lagi, and breakfast jugak kt hotel. Haha. Tp makan fruits, pancake jela. Rafif mkn cereal bekal. Waktu pagi tu sejuk die smp keluar asap ikut mulut. Jakun yg tu pon dah brape minit dok main "huhhhh", "fuhhhhh". Terus gerak ke castle. Klau melawat Scotland tak sah klau tak visit castle. Ktorang pegi Stirling Castle. Usia dah hampir 500 tahun. Mmg cantik. 


Gambar yg terlampau byk utk di tempek. Layan je beberapa keping. Tp i ni tgk2 tu reti la. Nk ingat nama2 raja diorng dlu2 tu masalah sikit. Sbb malassss. Hahha. Mil i gigih baca satu2. Hehe


Dari atas Castle, castle mesti la tinggi, ni naik tinggi lagi tgk permandangan. Tengok padang hijau, tu adalah battlefield diorng dlu2. Pastu nampak la sheep kecik2 je. Sayup2 je nampak. Kesian Rafif sbb sejuk. Smp die kena pakai glove, i dah prepare awal2. Hehe. Pusing2 castle ni smp letih. Entry kena bayar but tak sure pulak harga, takde la mahal sgt kot. 

Lepas dr melawat stirling castle kami terus gerak turun ke Edinburgh. Check in apartment. I dok apartment dua bilik, tp memula tu cari makanan dlu la. Ada jumpa kedai halal, orang tu siap tau ktorang dr Malaysia sbb abg die dok Johor. Hehe. Keje ape ntah, org arab la. Apartment tu i x sure lak nama apa, ( banyak gambar dah masuk ig) . 


Ini masa waktu melawat town Edinburgh. Memula tgk org main pipe ni jakun weh. Biasa dengar je kan, ni main live depan mata, and mesti nk tgk depe ni sbb diorang pakai skirt. Hehehe. 


Last day before we fly back to London tu habiskan masa di Royal Botanic Garden. Luas gler la, smp lenguh la kaki nk berjalan satu garden ni. Sesat2 cari exit. Haha. Kt sini Rafif paling suke la nk kejar pegion. Ngekek gelak. Adoii. Waktu ni kan die x leh jalan btol lagi. Lenguh nk kena pegang. 

Haa, lepas tu kitorang dah check in nk balik London utk 5 malam lagi, rase mcm lama lak percutian ni. Sbb pegi 2w, hubs dah cakap awal2. Klau nk pegi London mesti kena off 2w, rugi je byr flight tix mahal2 klau g kejap, tp bila dok lama ni banyak la pulak expenses nk kena pakai, makan je dah brape. 

Kadang i rase mcm rugi lak pegi Paris, ekeke. Better we spend masa kt Scotland. ( maybe i ni jenis suke country side, i tak suke town sebok2, sesak2 ramai org) for those yg nk prgi London tu keluarkan sikit duit je lagi melawat Scotland. Serius berbaloi percutian anda. Eh mcm iklan lak. Haha. 

Lepas balik ke London i dah nginap di rumah cousin hubs. Anak die pon dah baik dr ciken pox. Excited depe tunggu Rafif dtg. Diorng dah lama dok sane, about 8 years. Anak diorng pon dah membesar sane, dah dapat PR dah pon. Tp itu lah org kate, hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri baik negeri sendiri. Sonok jugak i sembang dgn wife abg hazmi tu. kak huzai, a very kind heart woman, supermom.. Hehe. Die pon sama mcm i fulltime housewife, anak die yg handle, tp ajaran die bagus. Anak2 hormat die, the smallest is six. Yusra, rajin melayan Rafif. Hehe. Blk school pegi masjid mengaji lagi. ( tetiba rase mcm kte kt malaysia yg negara islam ni pon tade buat gitu). And anak die yg sulong dah 14. Masuk Islamic school. Tutup aurat complete. Bagus sgt. Dalam bilik girls ( anak die 3 sume girls) mmg byk la doa2 tp sumenya comei2. Mane die beli ntah. Hehe. And unik is kak huzai cakap melayu, ang hazmi speak english. Anak2 boleh cakap english je. Ekekke. Cuma paham melayu. Bila nk cakap tak reti. Diorng plan to balik malaysia jugak tu. tak tau bila. Risau anak skolah jela. Yela, klau nk masuk skolah biasa confirm tertinggal sbb bm mmg x reti. Hehe. Hurm. Doakan diorng cepat2 balik sini. 

Waktu kt rumah diorng tu ada prgi carbootsale. Ya Allah mcm org gila, rase. Mcm nk amek sume benda. Sbb murahhh. Klau i tau lah ktorang masih free 30kg after timbang sume luggage, i nk beli je car seat. Maxicosi tu. murah je weh. Dah la baru lagi. Orang putih ni mmg jaga brg btol2 kan. I beli byk gak la. Set tea, frame, plate, table cloth, mcm2 la. Alang2 dah last minit nk shopping ni. Hehe.

Nnt klau i balik kl i nk tempat rumah diorng, tersangat la cozy. 

Till then...

7 comments:

yUmiE AzuRa said...

aku pn suka pemandangan bukit bukau ni mimi.sejuk mata hati.
#akuanakkampung

Jumria Alimuddin said...

salam...
enjoy sgt tgk pic2 dlm entry ni...
entah bila la da peluang g tempat2 mcm ni :)

hazlina azmi said...

Hai..blogwalking.bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Cik Puan Rara said...

ok noted.g london nk g scotland.hehehe.

Hijab Valley said...

Salam sis.. sy nk tnya ttg kdai uniq trading yang jual kad kawen tu. Dkt billion tu kt mne eh? If dr pasir puteh, kdai tu belah kiri atau belah kanan? Kena msuk ape2 simpang x dr main road dpn billion tu? Need ur help.. email me humaira_0401@yahoo.com

SweetLikeWhat said...

seronoknye mi..memang cantiklah scotland..

mrs kayrul said...

cantik2 nya pemandangan kat sana....