Wednesday, August 26, 2015

Zoo negara 2015

Assalamualaikum!

Gituw tajuk ada tahun tau. Hahaha. Maklum la ada kanak2 riang ni ntah2 tahun depan pegi lagi. Lol. Sebenarnya rafif dah lama berzikir nk pegi zoo kt aku. Ibu nk pigi zoo nk pigi zoooo~~ bosan aku asyik dengar. Akhirnya ahad lepas berjaya jugak bawak rafif pegi zoo. Ini semua salah anez zamri. Hahah! Ko la dok ngajak. Dah alang2 sebelum hubs ke os baik kite pegi. 

Maka ahad tu pegi lah aku dgn muka lebam2 sbb jumaat tu aku baru bekam kt muka. Kikiki. Best jugak berbekam ni. Kitorang smp sana dah nk zohor. Sbb pagi ada hal bereskan insuran aku. Tukar agen dan upgrade baru. Smp2 je zoo whatsapp anez dia kt mana. Nk jugak jumpa tu hehehe. Smp je ktorang terus ke butterfly park tu. Eh kenapa aku dlu x pernah masuk situ eh? Aku rase dah banyak kali aku ke zoo. Tp x pernah masuk situ. Huhu

Suke sgt la si kecik tu. Ibu2. Butterfly. 18x dok ulang ayat sama. Aku rasa rafif ni sesuai pegi tgk serangga2 je. Sbb klau smp kt singa rimau tu menjerit ko. Hahaha.

Berjalan lagi keluar pegi tengok zirafah ni. Hai kwang soo! Takde recording running man ke harini? Hahaha. Tinggi btol. Aku pon excited. Cis cakap anak. Rafif mmg duduk je dlm stroller smp ke sudah. Tak kuasa aku nk bg die jalan. Ntah mana2 dia lari kang.



Haa yg 3 ekor ni semua rafif menjerit. Kikikiki. Takutt takutt. Haha. Mak pulak yg  excited okay2 rimau ayah rimau. Singa ayah singa! Mesti laki aku stress ikut pegi zoo. Hahahaha. 

Pastu tolak pegi kt gajah. Kemain suke rafif. Apo ko ingat gajah tak bahaya ke? Sekali die naik gila habis lah. Hai siti! Gajah ni nama siti. Dato K mane? Hahaha. Rafif berkali2 mintak nk tgk elephant lagi. Tak kuasa lah nk tolak balik.

Yeay! Yg ni dinanti2 nak tengok. Panda! Dah jd ayah ko kan? Congrats tau. Kikiki. Yg ni la kena tengok. Kang dah balik ke negara asal susah pulak kami rakyat marhaen nak tgk makhluk bernama panda ni kan? Walaupon masa mula2 smp tidur je. Tp lama aku dok dlm tu sbb nk tgu anez zamri and the geng masuk. Diorng kena dgr taklimat dlu. Amek gmbo2 dlu. Best ler. Aku main masuk je. Ekekeke. 

Bila tunggu2 akhirnya Fu Wa ni bangun get ready nk makan. Hari jadi katekan. Masa ni seronok pulak tengok panda ni. Lagi 1 seronok sbb tempat ni sejuk. Hahaha. Dok la lama2 sikit. 

Yeahh. Jmp jugak korang. Dan jmp lg beberapa ketul geng gojes seperti myzatul, allene, kak diya. Yg lain2 x kenal. Hahaha. Tgk la anez zamri gigih dukung anak tdo. 3x dah aku petik nama ko ni. 

Hari jadi kan. Tp xde la nyanyi lagu pong. Kek pon buluh. Kesian ko panda. Mahal2 kami sewa. Eh? Haha. 

Dan kami pon nk keluar da. Mkn dlu pau panda dgn cupcake panda. Pau sedap tp cupcake keras. X sedap langsung. Huu. Si rafif tu sebok wow wow yummy! Makan nya idokkk

Lepas keluar panda tu kami gi la jalan kt orang utan pulak. Sebenarnya aku agak cuak nak lalu sini sbb kan dlu pernah ada kes org utan terlepas pastu gigit tgn budak. Tp kt zoo melaka kot. Ke mmg org utan tu bergayut kt public gitu rasanya lah. Eii cuakk. Cepat2 aku tolak stroller. 

Pastu pegi tgk zebra, badak sumbu, burung2. Pastu kitornag patah balik jalan yg sama sbb x larat nk round ke sebelah sana dah. Masa berjalan balik ke gate tu tepat time org zoo nk bg burung ni makan. Ya Allah cuak aku wei. Aku dah ckp kt laki aku. Jalan cepat sbb burung ni berak merata. Lepasa tu aku ckp papppp taik burung jatuh kt lengan baju aku. Huwaaaa!! Cepat2 lap pakai tisu. Pastu g surau solat zohor mmg menggonyoh la aku kt situ kejap. Naseb baik sikit je. 

Yg ni cantiknyeee! Aku suke tengok kulit dia. Perghh. Dok elok2 tau. Kikiki

Pastu dah jalan pegi surau solat pastu pegi naik train kate rafif. Kikiki. Rm5 utk dewasa, rm3 utk kanak2. Naik la skali lalu. Tengok2 yg sebelah sane yg tak larat nk berjalan tu. Bg aku skrg zoo dah okay dah. Dah cantik. Xde la mcm dlu masa dok construction rumah panda tu. Menyampah aku. Skrg dah okay. So korang boleh la pegi pulak zoo. 

Lepas tu kitorang pon menuju ke ioi city mall utk makan. Wah kemain jauh makan. Kiki. Laki mak la ni sebok nk makan korea. Aritu bawah rafif naik train dlm ioi city mall tu perasan sebelah district 21 tu ada kedai mkn korea. First time nk try situ. Sebelum ni kami pernah makan kt gangnam station, kt empire x ingt nama dah. Yg ni kedai dia nama sopoong. Mmg korea habis la. Yg amek order pon ahjummi x brape fasih bercakap omputis. Huhuhu. 

Ni makan berdua. Rafif tdo je dlm stroller. Kemain penat ko nak. Padahal tak berjalan pon. Pastu balik rumah x habis2 best zoo ibu. Best. Mmg la best sbb ko tak berjalan pon. Ktorang ni smp sakit2 kaki. T_T ni aku order makan. Yg mee kt atas tu nama die jjangmyeong. Rasa die macam mee kicap manis gitu je. Bg aku so-so je. Tak berapa sedap sbb tak pedas dan kurang rase. Dia dtg set dgn teobokki. Yg sebelah die tu. Itu rice cake, dan fish cake tp masak pedas gitu. Fav aku! Kadang2 teringin nk makan teobokki, dan utk aku, aku order dosirak. Nasi putih dgn kimchi, telur mata, sea weed dan telur goreng hotdog. Satu set dia ada steam egg. Sedap! Hubs order 1 lagi kimchi jigea. Sup kimchi. Itu jadikan kuah. Aaa sedapnye! Aku rasa selepas mknn thai aku suke mknn korea. Huhu. Terpengaruh tengok running man dgn k drama la ni. 

Lepas makan shopping kasut utk menjelajah negara baru next month. Yeay! Dan balikk~~ 

Ni kitorang menguji kekuatan stroller baru rafif. Hahaah! Kuat giler wei. Stroller yg diberi nama KIDOPOTAMUS! Hahahaha jgn gelakkan nama dia. Walaupon harga dia jauh lg murah dr babyzen yoyo tu. Tp sgt2 bersesuaian dgn kegunaan aku dan poket aku. Hahaha. Best2 

Okay itu je. Baii

Monday, August 24, 2015

Rafif's milestone

Assalamualaikum semuaaa

Lamaaa sgt dah tak cerita pasal rafif kt blog ni. Huuu. Alhamdulillah dah 3 tahun 2 bulan anak bujang ku. MasyaAllah dia lah satu2 harga yg tak ternilai bg aku. My best buddy. Hari2 bergaduh. Hahaha. 

Sepanjang die 2 tahun ke 3 tahun tu takde byk beza sgt. Berat pon naik sekilo je. Hahaha! Dari segi fizikal dia semakin meninggi je. Aku tak pasti tinggi dia berapa. Cuma perasan seluar semua dah senteng. Tp klau ikut graf die ofkos lah underweight. Dan tak tinggi mcm budak lain baya dia. 

Whateverrrr~~~ 

Malas layan mak. Tdo sambil berjalan lagi bagus. Kikiki. Nnt awk besar nnt awk baca blog mak. Jgn marah tau mak tunjuk muka awk cenggini hahaaha

Sekarang makin banyak akal. Hari2 buli mak die ni. Hari2 ajak pegi jenjalan. Prrfftt! Dan sekarang ayat die makin bertambah. Fyi, rafif ni late talker. Tak sama mcm budak lain yg slalu pot pet pot pet tu. Dan dia bertutur 3 bahasa, melayu, omputis dan german >.<" kikiki. Kadang2 german tu ada lagi. Ntah la, tak hilang2 german. Tp boleh nmpk la skrg vocab die dah bertambah. 

Smp skrg dia obses dgn thomas and friends tu. Dia punya collection tuuu. Wuu~ aku jugak yg kena beli sbb setiap kali terrrrlalu kt toyrus ke aeon ke. Mesti kena pow. Sobss.

Rafif ni mmg peminat setia ipad la. Sbb die mmg itu jela entertainment die kt rumah, tp jgn lah salah sangka. Die bukan obses smp tak suke main kt luar, tak suke main dgn budak baya dia. No! Die sgt2 suke outdoor dan sgt friendly dgn strangers pon. Huuu menakutkan pon ada budak ni sbb klau g mane2 sebok haii haii T_T


InsyaAllah tahun depan baru nk hantar school. Hmm takut pulak mak memikirkan die nak pegi sekolah. Tp die masih la on diapers. Aritu aku dah start potty train. Pastu dilanda kesakitan yg amat kt belakang. Byk terbaring je. So dah tertangguh smp ke skrg. Nnt kita cuba lagi ek nak. 

Klau nk cite dr segi tahu alphabets, numbers apa semua tu dia dr 2 tahun dah kenal semua. Yg tu takde masalah sgt, cuma bercakap je baru2 nk pandai. Hahaha. 

Makan masih lagi memilih. Tak suke langsung pedas, fav dia nasi eggs. Kikiki senang keje mak. Susu masih lg minum, aku mmg nk die minum susu smp ke besor. Skrg minum s26 gold for picky eater. Hmmm nmpk selera makan tu makin bagus. Tp tak tau la. Budak ni tak leh ramal. Tak makan mak ko ni, demam menggigil pon nasi tetap nasi! Hahaha

 
Skrg rafif masih lg anak tunggal. Blom ada rezeki nak beradik. Klau cite pasal nk pregnant lg ni haihhh, ramaiii yg tanya bila rafif nk ada adik ni. So far, aku mmg enjoy membesarkan rafif dulu! Bukan aku menolak rezeki, sbb aku percaya rezeki tu semua datang dari Allah swt. Tp memandangkan hidup aku yg selalu "solo" ni. I have to. Kena pandai2 jarakkan anak sbb laki aku bukan mcm org lain yg pkl 5 start enjin kete balik. Ptg2 siap boleh basuh kete depan rumah. Tak! Dia bukan camtu. So kita kena byk sacrifice. Tp aku okay, aku pon x nak tergesa2 sbb aku pon tau condition badan aku ni camane. Tahap mana aku boleh handle. Sbb sememangnya aku lah yg nak mengandung. Buatnya aku mabuk sama mcm pregnant rafif dlu? Aku smp ke hospital mintak ubat tahan muntah, pastu nk beranak buatnya anak aku yg lain pon peel abang dia yg suke menangis time kecik tu? Tak ke haru aku. Jd jgn pertikai kenapa aku nk jarakkan ank. Klau islam menghalalkan kita utk merancang bilangan anak. Sape kite nak sebok2 tanya? Ada masa, ada la. Aku pon x pernah pulak kecoh org lain beranak setahun sorang. Buat apa nk sebok, die bukan mintak duit dgn kita pon, die bukan mintak ko jaga ank dia pon. Kann? Mind ur own bisnes la. 

So itu lah sikit sebanyak cite rafif rifqi yg belum beradik tu. Hahaha. 

Luv u Rafif. 

Thursday, August 20, 2015

Progress cat rumah

NiAssalamualaikum

Semalam ke rumah lagi sebab nk terangkan toilet bowl. Smlm ptg toilet bowl dgn sinki dah sampai rumah. So takot tukang rumah tu x tau nak pasang kt mane. Kang main hentam pulak die pasang. Skali mmg btol die hentam aje hahaha.

Aku ni x tau rumah tu dah cat habis bhgn dalam. Ingtkan baru undercoat. Rupanya dah siap yg bhgn dalam. Weee! Cepat jugak la buat keje sbb die start buat sabtu lepas. Bhgn dalam same je dgn luar. 1 lapis undercoat, 2 lapis cat. 

Masa smp tengok dalam rumah nampak ikut tingkap pinknyeee! Oh em gii. Haha sbb malam. Pastu tukang tu mmg dok situ. Die bukak downlight living room tu color kuning. Lagi nampak pink! Haha. 


Aku mmg pilih color ni. Husband pon takde kata pape, jd on je. Pink kan warna  lembut aku mmg sukeee~~ itu pon aku dah pilih color yg lembut dr chart. Buatnye aku pilih pinkkk lagi. Tak ke dah jd hello kitty town pulak rumah aku. Hahaha. 

Dining area ni downlight bercampur. Ada kuning ada putih. Haha. Dr owner lama. Bila tengok2 balik eh takde lah pink mana pon. Maybe sbb depan lampu kuning jd nampak lagi lah kepinkan ( ada ke ayat ni) dinding tu. 

Jom kita tengok before and after:

Dari orange jigga ke pink! Yeay! Grill tu nanti cat putih saje. 

Haa bab tangga ni. Bila die cat pink tu kan. Jd sama color dgn tiles tangga! Hahah. Dah sekata je warna die. 

Ni dari pandangan family area atas. Rasanya owner lama ni die cat sendiri kot. Nampak tak sekata color cat. Tu tgk sebok la rafif nk turun pulak. Saboo jelaa. So far, aku puas hati hasil cat dia. Bila aku masuk rumah tu pon x berbau sgt cat tu. Takde la pening dgn bau cat kan. 

Gambar rafif kt atas tu family area. Tempat lenjan tengok tv! Bahaha. Cuba tengok yg gambar bawah, takde lah nampak pink sgt pon kan? Sbb family area ni lampu kalimantan putih biasa tu je. So btol lah. Mata aku tak kero >.<

Sorry yg ni gambar x kena pulak. Pening pulak lepas ni mikirkan langsir. Rumah ni pelik. Dah ada sliding 3 pintu, ada lg tingkap, baru pintu. Banyak ler nk kena potong kain ni. Huwaa. 

Ni dr family area, ops ternampak bilik tetamu. Color purple! Diorng ni malam2 pon ngecat. Patut lah laju je buat keje. Sofar tengok hasil kerja okay dan cepat. Tu dok cat pintu, pintu asal color grey gelap. Semua tukar putih. Bilik sebelah tu bilik rafif. Yg kelakor kisahnye. Aku nk cat hitam putih bilik tu sbb tengok rumah nani idayu tu cantik giler cat hitam putih. Aku lmbt pulak bgtau yg dinding hitamnye satu je. Die cat hitam seluruh bilik! Hahaha. Tp dia dah betulkan dah. Phew! Orang yg cat ni sub kepada kontraktor aku dok deal la. Orang acheh. Ckp pon slang2 org sana la kan. 

Nnt aku tunjuk yg dalam2 bilik pulak. Bilik air pon smlm dah siap 2 toilet pasang tiles. Hmm agak cepat la die buat keje. Tp keje masih banyak. Cat luar rumah blom lg. Suiz tak habis tukar lagi, lampu tak pasang semua lagi. Go go go! Hehe

Okay bai! 

Wednesday, August 19, 2015

Store bawah tangga

Assalamualaikum

Harini nk cite lagi pasal tangga. Haih letih memikirkan tangga ni. Maklum la rumah skrg takde tangga. Rumah nanti dah kena memanjat lah pulak. Huhuhu. 

Memandangkan owner lama rumah ni tinggal gitu je. Takde buat pape bawah tu, jd aku plan nk buat store bawah tangga. Lagipon ruang lain dah takde tempat utk buat store! Nak tak nak kena buat bawah tangga tu. Ko x tau camane banyaknya barang kitorang yg perlu sumbat dalam store! Luggage kitorang pon ada brape byk jenis. Dr besar gedabak, sederhana besar, kecik, beg galas keras, beg galas kecik. Haha. Husband la ni suke beli luggage. Sbb die slalu travel. Mmg pakai semua tu. 

Ni lah ruang bawah tangga tu. Ruang tak berapa besar pon sbb tangga bukan naik straight gitu. Die naik belok naik belok. Pitams. Aku ni x biasa dgn tangga. Pastu rafif pulak ingt tu mainan ke apa. Dok turun naik turun naik. Eii geram btol klau bawak die pegi rumah tu. Blom pape aku dah pening. T_T

Aku dah mintak kontraktor yg sama jugak buatkan store bawah tu. Pakai playwood je. Yg paling muroh. Hahaha! 
Contoh tak menahan! Hahaha. Rumah omputis mana la aku amek contoh ni. Tp konon2 gini lah idaman hati tu. Pintu bukak keluar gitu je. Senang aku nk sumbat mcm2 dalam tu. Tong air pon situ jugak la aku sumbat. Huhu


Best giler kan yg mcm gini. Drawer gini. Tapi aku tetap tak nak buat sbb aku mmg perlukan ruang yg besar utk letak barang besar.


I like these too. Cantiknyee~ ������


 Hehe ni lagi bagus ada toilet siap. Haha. Tapi serius aku ckp tak praktikal langsung klau nak buat. Kang dok berak org lalu atas tangga berbau. Hahahaa! 

Tak sabar nak tengok hasil store bawah tangga tu. Store tu pastinya akan di cat warna putih sahaja. Tak yah pening2. Huhuhu. Aku nk tgk rumah siap je dlu. Tak nak fikir nak tambah pape lagi. No more new furniture, no deco2, no! Nada! Bahaha. Aku pening nk pindah ni pon x habis lagi. Brape beso lah lori aku perlukan ni. 

Nanti dah siap insyaAllah aku akan share hasilnya. Err nk tambah satu lg. anak tangga tu skrg hanya tiles biasa, lantai atas bawah marble. Aku mmg suke marble tu, tp aku tak suke tiles tangga tu. Ingt nk pasang vinyl kat tangga, bila tny org buat die quote rm180/anak tangga! Oh mannn. Kite tunggu dlu lah. Duit banyak lagi nk pakai. Xpe dekat tangga kite bukan letak pape. So next time bila dah pindah pon boleh buat. (Sedapkan hati)

Oh tangga idaman~~ cat warna pemegang aku tiru yg ni. Pemegang dan tiang besar warna coklat gelap. Tiang kecik2 tu cat putih. Harapnya satu hari nanti boleh la pasang vinyl color sejibik camtu. Lawanyeee! 

Okay itu je baii~ 

Sunday, August 16, 2015

Toilet Renovation

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita harini ye? Hehe. Arini nk sambung entry pasal toilet renovation. Maksud reno di sini ialah tukar tiles dgn tukar toilet bowl aje. Bukannye pecah dinding pong. Hehe. 

Kitorang mmg dah plan akan tukar tiles toilet rumah tu sbb rumah kami beli tu dah lamaaa. Dah 15 tahun usianya. Kikiki. Amek PMR tahun ni. Jd mmg plan nk tukar buat bilik air baru sikit la. Misi mencari tiles dah settle utk tiga2 bilik air tu. Sini aku nk kongsi jugak la kos utk reno toilet. Bukan apa, jenuh aku google bajet dan kos utk buat reno ni. Jarang yg nak share. Takpe lah, aku share lah yg aku. 

Tiles aku beli kt meru ni je. Dekat giler dengan rumah. Pegi la cari kt meru klau sapa2 nk beli tiles. Mmg harga murah. Aku beli utk 3 bilik air, kira termasuk skali lantai dan dinding. Tapi dinding bukan smp atas tau. Agak2 6 kaki je. Takde bajet nk buat sampai atas. Tapi okay dah tu 6 kaki. Kosnya Rm1300. Tiles dah settle, pegi cari la toilet bowl lagi.

Yg biasa aku tgk toilet bowl ni jenama american standard, jonhson suisse, clayton, inno. Aku pegi cari kt puchong, dekat tepi highway sebelum sampai houses lighting tu. 3 bijik kena beli. So harga bercampur2 dan tak sama jenama. Klau nak beli toilet bowl ni kena check jarak antara dinding dan lubang najis. Ukur baru beli. Jgn main hentam keromo je. 

Untuk bilik air bawah beli yg ni sbb yg ni jarak kena pulak. Jenama ape ntah. Aku pon lupa. Tapi yg jenis jatuh smooth tu. Idok ler bila tutup penutup tu gedebang jatuh. 

 Utk sinki pon kami cari kt kedai ni sekali. Ada mcm2 pilihan. Dan mcm2 harga. Untuk bilik air bawah, dan bilik air rafif pakai yg biasa je. Takde storage bawah mcm ni. Takde bajet! Haha 

Aku pilih yg biasa mcm gini je utk master bedroom. Sinki dan storage bawah tu. 1 set jela beli utk bilik aku. Aku nk sinki yg agak besar sbb nnt senang kot2 beranak kecik nk mandikan bby dalam tu hahaha. Dan bilik air aku hanya warna hitam dan putih sikit. Nampak tak "rajin" menyental toilet? Kikiki. Harga utk sinki ni rm399. Blom masuk paip dan saluran2 bagai tu. 

Ni pulak satu hal, water heater! Dlm bilik air rafif dah ada water heater peninggalan owner lama. Masih elok boleh guna. So kite topup satu jela utk bilik aku. Nk beli nanti2 pon susah jgak sbb klau boleh nk pasang skali arong dgn tiles apa semua tu. So beli jela. Jenama Rubine tu. Inventer, ada paip shower biasa dgn rain shower. Rm800. Harga asal rm900 lebih. Tapi sbb kami beli dah byk jd ada less. 

Paip sinki dapur pon beli jugak kt sini. Husband nk beli yg elok sikit katenye. Sbb sinki dapur la paling byk kite dok guna. Bukak tutup bukak tutup. So klau beli yg biasa2 takot loose la, karat la. So beli jela kt sini terus yg elok. Jenama serius tak ingt. Huhu. 

Itu je setakat ni progress membeli barangan bilik air. 
Haa ni dah berlonggok semua barang dalam living room. Itu toilet bowl semua blom sampai sbb kena order dlu. Dlm masa 2-3 hari sampai. Takpe lah sbb proses pasang tu semua lmbt lg.

Smlm kontraktor dah start datang buat keje, datang2 je terus melulu pegi toilet. Prengg prengg ttttrrrr tttrrr pecahkan tiles toilet. So babai toiler lama. 

Aku dapat harga dr kontraktor yg sama yg nak cat rumah ni. Die charge utk 1 bilik air, tukar dan pasang tiles pasang toilet bowl, sinki apa semua. Rm1500 utk 1 bilik air. So darab 3. Dah Rm4500. Mintak2 kurang dapat Rm4300. 

Dah habis2 cite pasal pecah sane pecah sini, timbul pulak satu benda pulak. Frame pintu toilet! Frame pintu toilet tu kayu, yg dah lama. Jd kayu dan air ni kan x serasi bersama. Haha. Jd alang2 die pecahkan tiles tukar aje frame pintu baru. Skrg frame pintu dah pakai aluminium. Aku pulak nk pintu semua color putih. Hmm ape jd ntah nnt. Cat aje la kot frame pintu tu nanti.

We will see.

Okay itu aje. Baii