Pages

Showing posts with label Geng gojes. Show all posts
Showing posts with label Geng gojes. Show all posts

Sep 12, 2018

Berhibur di FARM IN THE CITY

Assalamualaikum

Isnin lepas kami ada event beramai2 di FARM IN THE CITY. Event bermesra dengan binatang2 tu la. Hihi, seronoknya. Kalini kali ke 2 pegi sana. Dulu pegi anak sorg. Sekarang pegi anak 2 dah. Huu.

Kami sampai dalam pukul 12 tengah hari. Ramai blogger yang terlibat. Seramai 28 orang. Darab dengan 2 sebab suami join. pastu tambah anak2 yg sudah semakin ramai tu. Allahu seronok. Pastu  pulak public holiday, bertambah2 meriah la orangnya. 

Bergambar di depan dulu sekejap

anak2 pon mahu juge

Dah jom la kita masuk ke dalam jumpa haiwan2 yang ada. Cik Leia dok dalam stroller. Jangan risau tempat2 gini ada je laluan stroller. Selamat la Leia ditolak jee. Hehehe.

Depan pintu masuk. Semua tengah semangat nak tgk binatang2 ni. Kami tak perlu beratur amek tiket pon haritu sbb semuanya under BLOGGER PASS. amek sticker je terus jalan. Alhamdulillah.

Pit stop pertama kita tengok kura2. Banyak ekor kura2 nyaaa. Nak masuk tu dah ada staff yang ready bagi kangkung. So enjoy la anak2 bagi makan kura2. Kami masuk pukul 1 tghari lebih kurang. Kura2 tu dah kenyang sampai sorok kepala pon ada. HAHAH. Punya la ramai bagi makan.

 Mak pon nak jugak bergambar dengan kura2 ni. Kura2 ni boleh hidup sampai 120 tahun. wuuu lamanyaa~~

Pastu macam biasa la anak2 gembira habis dapat tengok binatang kat sini. Sini kan petting zoo. Memang boleh  pegang, usap, bg makan segala mak nenek haiwan.


Dalam savanna ni kelako semua dok menjerit2 sbb kambing, biri2 terlebih peramah. Kejar orang hoii. hahahaha. Rafif terus pegang tangan takut ditanduk dek kambing.

 Bila sampai kt tempat ni anak2 mmg suke sangat la nak sauk ikan. Allah ikan lajuuu nau. Hahaha. Dalam hujan renyai2 pon saukk. Lantakkan hujan. Excited ni nak dapat anak ikan.

Dah lepas tu kami menuju ke tempat ular, anak ayam. Kat situ semuaa boleh pegang tau. nak pegang2 ular bolehhh. Anak2 ayam lari sebab takut. Kikiki

 Ular pon boleh usap2 gini. Aku tak pegang. Cukup la sekali pegang kat Perth dulu. huhu.


 Nak pegi tengok ostrich

 Leia pon minat tengok binatang2 ni.


Dapat tengok lembu albinooo. huuu lain macam lembu ni

Okay la itu sahaja entry kalini. Korang yang tak tau nak pegi mana untuk hiburkan hati anak2. boleh la datang FARM IN THE CITY NI. pasti teruja!

*******************************************************

Operating Hours:
Weekdays: 10:00am-6:00pm
Weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday,
excluding Public holiday & school holiday.
Our Address:
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Tel: 03-89412099/3099


 *******************
Normal Entrance Rates:
Adult: RM58
Children/Senior Citizen: RM48
MYKAD Discount:
Adult: RM39
Children/Senior Citizen: RM32
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old
** Child below 90cm in height is FOC.
*** Senior Citizen (above 60 years old)
 


*************************

Family Package (MyKad Promotion) – RM132 nett
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals
 


 

Sep 11, 2018

Idea untuk GOODIES BAG

Assalamualaikum

Harini nak share idea untuk sesapa nak buat goodies bag untuk apa2 event. Macam aku haritu join family day GBSB, so ada la goodies bag untuk mak2 ni. Syok betul dapat byk barang dalam goodies tu. Meh sini nak share idea apa la yang boleh di letakkan dalam goodies bag tu.



Haaa gitu.... BANYAK BETUL~ Seronok kan kalau event kita dapat goodies macam ni

OK lets go tru yang mane sempat.

1. POPCORN



Popcorn bucket serendah rm1.20 untuk bucket size kecik dan sehingga rm2.50 untuk bucket size sederhana. Yang bestnya harga yang ditawarkan dah termasuk dengan thank you sticker. wow!
Jenis popcorn mushroom bulat2 berperisa caramel. Memang sedap la kan kalau caramel ni. Budak2 suka, mak ayah lagi suka. 

Lokasinya di LORONG HAJI SAID BATU 7 JALAN KEBUN. Dia beroperasi dirumah (homebase)
Kalau nk tempah boleh whatsapp 018202086 atau 0163685367
atau boleh follow ig dia @crunchysweetpopcorn


 2. BROOCH



Haa brooch ni paling sesuai untuk apa2 event. Macam kami haritu family day sah2 la ada anak2 kan? ni nk promote BROOCH COMEL PONY dari Nurul Nabilah. Boleh checkout dia punya FACEBOOK Nurul Nabilah CrafterHa'Na
Ada banyak lagi hasil kraftangan dia yang korang boleh tempah.
Boleh whatsapp dia di 01126216226


haa contoh pin dia. Comel kan? Sesuai sgt untuk dijadikan barangan goodies.

3. POMADE




Haa jangan tak tahu sekarang pomade pon boleh dijadikan barangan goodies. Sebab dia bersize comel2 je. Sesuai nak bagi ayah ke anak ke. Tak kisah. Yang penting pomade ni bukan sebarang pomade di pasaran tu. Ni pomade khas yang menggunakan EO. Ada 4 EO dalam pomade tu. ROSEMARY, CEDARWOOD, GERANIUM dan LAVENDER. Apa kelebihan EO dalam pomade ni?

Omg! Banyak la kelebihan dia. Elok untuk otak dan memory. Sesuai pakai kat anak2 yang nak pegi sekolah tu kan? Selain dapat rambut kemas ada kelebihan lain. wow!

boleh follow ig dia @bydolcerina
atau ws 0195205540

4. BEKAS BROOCH


Bekas brooch ni nampak ekslusif kan? yang ni kami dapat sponsor dari tokey cantik @dapurnanafarhana. Thank you nana. Semoga murah rezeki dan sentias sukses dalam bisnes baking nana. Korang klau nk merasa kek2, brownies ke apa yang sgt2 sedap boleh usha ig dia. @dapurnanafarhana. Nescaya tak nyesal. 

Ok setakat tu la nk review barangan yang boleh diletakkan dalam bag goodies. Barang pon berguna. Size kecik comel2 aje. Dah tu nak letak dalam apa yang nampak proper sikit utk barang goodies ni?

Haa kami dapat bag cantik dari @letsfunbox
Bagnya cantik, kukuh untuk letak barang banyak. Dan boleh recycle! yay



Ok setakat itu sahaja kalini. 
BYE~

Apr 20, 2016

Baju family day dan Photographer

Assalamualaikum

Harini kerja nk mereview baju tshirt family day aritu dan jugak photographer.
Kalau korang nk buat family day ke, rewang day ke, sports day ke mesti la nak kena ada tshirt kan? Baru nampak seragam, seiya, sekata, sehati dah sejiwa. >.<"

Ni nak promote tshirt family day yg aku rasa paling best! Sebab kain dia lembut sgt, tak panas walaupon kami pakai merah menyala aritu. Hahaha. Yang penting 100% cotton, serap peluh. Dan harga diaaa. Murahnye Ya Allah. Ni baju yang aku pakai ni. Lengan pendek Rm15 je kot satu. Murah kan? Kain kualiti ni nak cite. Bukan cikai2 punya kain. Kalau yg cikai panas tu boleh ler kurang dari rm10. Ni kain elok. Malas nk taip panjang sbb tak tau nak cakap ape selain dari best je. kahkahkah.


Nak mintak owner dia design pon boleh. Nak design sendiri pon boleh.
Design yang di cetak tu insyaAllah tak cepat pudar atau tercabut. Memang terbaik. Mane nak tau tak cabut kan? Haa nk cite kami ni family day dari tahun lepas lagi order dengan orang yang sama je. Sebab kualiti dia okay jadi kami stay je order dengan orang yang sama. Kite pon dah tau kualiti hasil dia camane kan.

Design baju family day tahun lepas. Kalau korang nk tau kenapa aku order lengan pendek, sebab aku nak jadikan baju tu baju basahan aku kat rumah. Baju buat exercise, masak. pendek kate mmg aku sentiasa pakai. Dan alhamdulillah design dia sikit pon tak cabut tau.

Kalau korang nak order tshirt family day ni boleh lah pegi jenguk ig
 @allaboutprinting @allaboutprinting @allaboutprinting
Whatsapp: 013-5405540

Photographer
Untuk photographer pulak kami amek khidmat NINJAKLICKZ as our official photographer
Memula macam tak nak amek, skali fikir hari games tu sape lah yang rajin nk keluarkan camera nak snap gambar kan? sebab semua sebuk nak main games aje. Sebuk kejar anak lah, sebuk borak lah. So better hire lah photographer sorang. Untuk kenangan. Lagipon Photographer ni murah aje cas dia. Dengan die pegi sampai ke Morib tu. Kami tong2 je bayar. Lebih 3 jam die dok snap2 aritu. hehehe. Berbaloi2, tahun depan nak hire lagi ye bang. Yang penting gambar pon cantik!

Untuk tempahan photographer family day ni korang boleh ke ig
@ninjaklickz @ninjaklickz @ninjaklickz
Whatsapp: 0164702726


Okay baii~
Review bersambung......

Apr 18, 2016

Review hadiah dan sponsor

Assalamualaikum

Family day haritu memang kami terima banyak sangat hadiah sponsor. Alhamdulillah, syukur ramai yang sudi mengsponsor kepada kami. Walaupon kami ni semua bukanlah orang kenamaan ke apa. hehehe. Sebelum tu aku nak review hadiah tukar2. Hadiah tukar2 ni macam wajib pulak ada kan setiap event. Dengan bajet minima Rm15 kami diwajibkan beli hadiah untuk kami tukar2 kepada mak2 gojes yang lain. Haritu Yatie yg dapat nama aku, dan aku dapat nama Sue.

 Harap sudi lah Yatie terima hadiah aku.

Hadiah ni yang aku bg Yatie! Storage box with zip skali. Tahan lama dan sesuai untuk kita simpan selimut, cadar dll. Pastu letak atas almari kan. Takde lah semak sangat permandangan.

Hadiah from Sue,


dapat tikar picnic! tq sue~ suke sangat.

Haritu aku mmg tak dapat nak main games sebab dok jadi MC kan. Sekali nak balik Fizah bg hadiah kt aku. Alololo sweet sgt pijah bg hadiah kt mak. Dapat tupperware, ada 3 dalam tu. 1 dah guna buh sambal hitam ciknaa. hehe


Review Sponsor

1. Rempah mee bandung MakPon dan MEE SIPUT

Hadiah ni Jasmin yg bawak dari Johor. Jauh die merantau sampai ke morib. hehehe. Pes mee bandung Makpon tu aku belum sempat nk buat. Sekarang masih on diet walaupon kelaut banyak. Hehehe. InsyaAllah nnt aku akan buat mee bandung tu. Tapi ramai dah yang buat dan cakap memang sedap! dan sangat mudah sebab tak perlu tumis tau. senang kan? masukkan pes tu je. pastu tambah lauk sikit dan perasa garam ke sikit bg balance rasa. nyum! tak sabar nk buat. Tunggu berat ideal muncul dlu. Ya Allah cepatlahhh.

and mee siput tu benda baru bagi aku. Aku tak pernah makan dan goreng mee siput ni. Rupanya sedappp dan senang je nk sediakan. Just goreng gitu je dalam minyak yang panas dan agak banyak bagi dia tenggelam.

Sedapp. Rangup krup krap

Kalau korang berminat nk beli. pegi follow instagram die sekarang!
@jjmakpon_official @jjmakpon_official @jjmakpon_official
Utk order boleh ke FB (Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung)
*Mee siput pula boleh contact Gorgelicious 01126819391

confirm dua2 ni puas hati!

2. Bawang goreng dan perfume dari @projectniaga
Bawang goreng ni dah kali berape ntah makan. Sebelum ni pon dah pernah order mmg sedap memang terbaekk. Tak sama lah dengan bawang2 goreng lain. Yang ni mmg confirm sedap.

Bawang goreng MT dari @project niaga ni mmg terbaik. Nak makan dengan apa pon boleh. Campurkan sekali. Rasa dia tak pahit dan mmg rangup. Anak si Anez tu makan cenggitu je. krup krap mmg sedap! and project niaga nak jugak bg 1 lagi hadiah utk kami. tq projectniaga! dapat perfume pencil. Wangiii.

kecik je kan?? klau nak kemana2 boleh letak dlm bag dan tak berat langsung. dah la wangi tahan lama, jimat space bag mak. haha.

Kalau nak mendapatkan barang ni terus ke ig @projekniaga @projekniaga @projekniaga

Review bersambunggg.........





Apr 13, 2016

GBSB Fun Day Volume 2 (full entry)

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita sebab tengok semua dah sebok update blog. Ini tidak boleh jadi, aku pon kena bersemangat sikit. Okay kite go thru sekali harung jela ye. Sabtu tu aku ada nk pegi wedding dlu, so aku tak plan untuk pegi awal sebab aku  tau dah klau aku pegi awal, maka awal lah Rafif nak mandi pool. Sekarang cuaca panass. so aku x sanggup nak berendam lama2 dalam kolam. takpe ngam2 jela pegi. Yang si anez tu pulak punya lah datang dari jauh pkl 11 lebih die dah check in. akemahin dia tu. Over! semua dalam group menggelupur nak check in sama. hahaha. Aku mmg tak nak check in depan waterpark. because u know, klau check in depan sane. kang 2 minit skali budak kecik tu ajak pegi mandi kolam. adoihaii.

aku gerak dari meru dah pukul brape ntah. siap singgah jusco dlu tapaukan nasi rafif. beli snek sikit. hihi. sampai2 sane dah nak dekat pkl 3. skali btol aku tak dapat bilik ngadap waterpark, tp mak is okay sbb mak mmg tak nak! kikiki. oh lupa. kami booking atas egen jadi kami dapat harga bilik yg jauh lebih murah dari agoda atau web. klau korang nk plan buat family day kt gold coast morib ni booking la thru egent. kami dapat harga rm220 utk 1 mlm bilik. include breakfast dan 2 tiket waterpark. 

sampai2 anak bujang terus nak berendam dalam jakuzi. jakun nye ko nak. tapi takpe lah. baik die berenang situ dari dia ajak aku mandi pool panas2 tukan. Kali ni aku bwk baju ngam2. aku malas nk bawak banyak sbb tak nak beratkan bahu nk pikul segala mak nenek. 

dok sekejap si anez dah datang dengan hulubalang dia. alololo nampak dah perut anez. mak yong bakal anak 3 ni. sempat la menjemah dlu dengan anez tu.

dalam lepas asar je aku solat, pastu terus turun pegi mandi pool. time tu yg ada anez, rara, leenda, eira je stahu aku. yg lain dah puas main agaknye. 



semakin lama semakin ramai lah yg datang. pijah! ko tengok mana??

banyak sgt gambar nk di tempek. tapi takpelah kite tapis la yg mane boleh aje lah ye. time ni mmg x nmpk ciknaa, kak ami. pastu dah ptg sikit baru lah jumpa jasmin dan najmi mimi. org baru tapi bagus diorang ni. nak jugak joint family day kan.

pastu dah habis mandi manda. rafif pon dah kesejukan. naik lah atas nk siap2 nk pegi dinner pulak. dinner kt juvita seafood. aku ikut je kete aznor. agak jauh la bg aku kedai tu dengan hotel. 


aku orang yang paling awl sampai ke meja jadi ofkos aku pilih dok tepi dan dok tepi kipas. hahaha. tp aku rasa tempat tu sesakk. sempit dan panas. anak2 semua dah takde mood. bapak2 pon kepanasan. berpeluh2 makan. 

menu malam tu:
nasi putih, tomyan campur, pepahat, sotong celup tepong, kailan ikan masin dan telur dadar
air sirap berjug2. 

review makan kedai juvita seafood: bg aku makan die so-so je. idok ler sedap sgt. tapi kami deal dengan owner awal. siap mmg booking tempat siap2 dah. jadi pegi tu makan je. bayaran pon dah settle. aku duduk skali leenda and sue and husband. semua cukup makan meja kami. siap lebih2 lagi. haha. siap pass ke meja belah sane lagi ha. kami makan bayaran rm7 je per person sbb dah di sponsor separuh bayaran oleh my dan yatie.

Okay dah kenyang tu balik bilik. Rasanya pkl 9 tu semua dah chow. hahahah. aku balik la bilik. pastu continue jemah dengan anez and khai kt bilik. maklum la bilik aku takde laki. syok sembang smp pkl 11 lebih. berlari diorang balik ke bilik masing2. hahaha. 

Day 2

Hari ke dua busy and pack sebab nk main games dan banyak acara aritu. masa pulak setengah hari je. pkl 7.20 gitu aku turun dah pegi breakfast. siap bawak semua dah baju2. buat turun dengan beg2 dah sbb aku malas nk naik atas lagi. tinggal check out je. so pkl 8 gitu dah gerak pegi pantai. Dengan penuh confident kami semua berkumpul di bawah pepohon siap bentang tikar semua. skali tempat tu kena booking dlu dengan pihak hotel. ek eleh. takpe lah. kami bergerak je kedepan sikit dan alhamdulillah aritu mmg redup x panas sgt. jd senang la keje kami. semua dok setting tempat, dok bukak banner. kitorang tetiap tahun ada banner. mesti! wajib! sbb bila ada banner nampak la proper sikit kan family day kita tu. dan tema kite tahun ni color merah. kalu tahun lepas color biru tahun ni merah. tahun depan oren pulak lah! ke kuning ke?

okay aktivit pertama warming up ciken dance. diketuai oleh anak khairul. comei ngatt. rasa nak penyet2 anak ko khai. pandai sgt. aku bawak speaker tp x kuat sgt lah sbb dok open space camtu kan. tp still leh dengar dengan jelas. hahah. pastu aktiviti bergambar then bahagi hadiah tukar2 sbb anez tu yg datang awal smlm tu sebok nk balik awal  gak. eii. geram la die ni. hahah jom layan gambar jela ye



aku sebagai mc aritu agak kelam kabut la sbb takpernah2 nak jd mc tetiba kena menjerit2 tepi pantai tu. haha.



kita ada 21 family in the house yooo! havoc giler. alhamdulillah semua sporting. 

lepas dah menari ciken dance, kite ada exchange gift, pastu celebrate birthday anak2. pastu games dan penyampaian anugerah dan lucky draw last skali. tp bergambar kena first sbb sebelum semua ntah mane2 hilang baik bergambo dlu lah. 

Exchange gift min rm15 (sama je bajet mcm tahun lepas)
games ada - isi air dalam botol, bwk bola pingpong ayah anak, mok cun, suamiku pocong, permaidani ajaib, balang beracun, tiup belon smp pecah. ape lagi ntah.
anugerah ada 5 klau tak silap. semua hadiah ni disponsor oleh mak2 ni la. klau ada rezeki lebih sediakan hadiah dan boleh create 1 lg anugerah. gitu je. hadiah games pon semua masing2 nk sponsor. alah bukan hadiah mahal sgt. kite nk suka2 je. 







aku rasa permainan yg paling syok permaidani ajaib. pasangan kena stay atas kotak selama yg mungkin. x kisah la nk dukung ke angakt ke. janji kaki jgn lebih dari kotak tu. hahaha


tengok2 dah kt atas tu dah si rara ni. hahahahaha. obernyeee. ena menjadi juri.


lepas settle games semua dah kelam kabut nk naik bilik nk kema dan check out. masa tu lin baru smp bersama makan dia. hahah lin tq tau masak sedap2. aku mkn beriya sbb lapo. 

aku, khai dan lin org last keluar dari pantai tu kembali ke pangkal jalan. haha. semua dah say bai2. sedih pulak bila dah habis. alhamdulillah everything went well. kite semua bersatu padu utk jayakan family day kite. tq to all the sponsor. goodies byk sgt wat balik. hahah

tq utk semua niii. korang mmg the best. nnt next entry aku nk cite pasal sponsor pulak. tungguuu.

tak sabar nk next family day. kali ni nk 3 hari pulak sbb tak sempat hoiii 2 hari tu. sbb klau kira kita baru 24 jam je kt hotel tu. insyALLAH. mari menabung dr sekarang utk masa depan yg lebih cerah. hahahaha


Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com