Monday, April 18, 2016

Review hadiah dan sponsor

Assalamualaikum

Family day haritu memang kami terima banyak sangat hadiah sponsor. Alhamdulillah, syukur ramai yang sudi mengsponsor kepada kami. Walaupon kami ni semua bukanlah orang kenamaan ke apa. hehehe. Sebelum tu aku nak review hadiah tukar2. Hadiah tukar2 ni macam wajib pulak ada kan setiap event. Dengan bajet minima Rm15 kami diwajibkan beli hadiah untuk kami tukar2 kepada mak2 gojes yang lain. Haritu Yatie yg dapat nama aku, dan aku dapat nama Sue.

 Harap sudi lah Yatie terima hadiah aku.

Hadiah ni yang aku bg Yatie! Storage box with zip skali. Tahan lama dan sesuai untuk kita simpan selimut, cadar dll. Pastu letak atas almari kan. Takde lah semak sangat permandangan.

Hadiah from Sue,


dapat tikar picnic! tq sue~ suke sangat.

Haritu aku mmg tak dapat nak main games sebab dok jadi MC kan. Sekali nak balik Fizah bg hadiah kt aku. Alololo sweet sgt pijah bg hadiah kt mak. Dapat tupperware, ada 3 dalam tu. 1 dah guna buh sambal hitam ciknaa. hehe


Review Sponsor

1. Rempah mee bandung MakPon dan MEE SIPUT

Hadiah ni Jasmin yg bawak dari Johor. Jauh die merantau sampai ke morib. hehehe. Pes mee bandung Makpon tu aku belum sempat nk buat. Sekarang masih on diet walaupon kelaut banyak. Hehehe. InsyaAllah nnt aku akan buat mee bandung tu. Tapi ramai dah yang buat dan cakap memang sedap! dan sangat mudah sebab tak perlu tumis tau. senang kan? masukkan pes tu je. pastu tambah lauk sikit dan perasa garam ke sikit bg balance rasa. nyum! tak sabar nk buat. Tunggu berat ideal muncul dlu. Ya Allah cepatlahhh.

and mee siput tu benda baru bagi aku. Aku tak pernah makan dan goreng mee siput ni. Rupanya sedappp dan senang je nk sediakan. Just goreng gitu je dalam minyak yang panas dan agak banyak bagi dia tenggelam.

Sedapp. Rangup krup krap

Kalau korang berminat nk beli. pegi follow instagram die sekarang!
@jjmakpon_official @jjmakpon_official @jjmakpon_official
Utk order boleh ke FB (Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung)
*Mee siput pula boleh contact Gorgelicious 01126819391

confirm dua2 ni puas hati!

2. Bawang goreng dan perfume dari @projectniaga
Bawang goreng ni dah kali berape ntah makan. Sebelum ni pon dah pernah order mmg sedap memang terbaekk. Tak sama lah dengan bawang2 goreng lain. Yang ni mmg confirm sedap.

Bawang goreng MT dari @project niaga ni mmg terbaik. Nak makan dengan apa pon boleh. Campurkan sekali. Rasa dia tak pahit dan mmg rangup. Anak si Anez tu makan cenggitu je. krup krap mmg sedap! and project niaga nak jugak bg 1 lagi hadiah utk kami. tq projectniaga! dapat perfume pencil. Wangiii.

kecik je kan?? klau nak kemana2 boleh letak dlm bag dan tak berat langsung. dah la wangi tahan lama, jimat space bag mak. haha.

Kalau nak mendapatkan barang ni terus ke ig @projekniaga @projekniaga @projekniaga

Review bersambunggg.........





8 comments:

safurara said...

PM pic kurus dan sexy. kofkofkof. ni try update pakai lappy baru ke cm ne ni?

CikNaa said...

mak mmg gigih ambik gambo siap selpie oiii

mrs kayrul said...

terliur tengok mee siput..dah start diet nie mampu tengok je la...huhuhu

Ibu Dilah said...

mee siput mmg sedap mimi.. makanan org johor tu..

luvira said...

Gambo yang dgn real perfume tu mmg macam model sebenarlah...hahaha

achiek anis said...

Ala sambung plak..btw best kan bila ada event2 gini ada plak yg murah hati nak sponsor itu ini

anez zamri said...

terbaikk review mak dengan lappy baru ke hehehe

ameris said...

giler ahh makk kurus sungguh.