Dec 13, 2017

Kronologi bersalin anak ke2

Assalamualaikum

Wow ada lagi ye entry lain utk tahun ni. Haha. Sebelum mak busy dengan anak2 membesar mari lah kite tulis siap2 untuk kenang kenangan mak di masa hadapan. Cerita bersalin anak no 2. Omg dah bersalin dah makkk. Macam tak caya lagi mak dah bersalin. Harini hari ke 11. Alhamdulillah. ok dah jom cerita saat2 hari nak beranak tu

2 dec 2017
Subuh hening. 
Malam tu mmg tdo tak berapa nk lena sangat sebab dok tunggu panggilan adik. Adik dengan mak dah on the way datang dari kampong. Sampai pagi tu turun bas kt Klang Sentral. Tetiba je masa tepat azan subuh tu, terasa ada POPPP. dan meleleh air keluar tau.Tapi tak banyak. Dalam hati cakap eh ketuban dah pecah. ALHAMDULILLAH. its the time! mak mmg cool je plus gembiraaa. Satu sebab dah berakhir dah penantian bila laaa baby nk keluar. Satu lagi sebab husband dah boleh balik. Hahaha. Terus call husband cakap air ketuban dah pecah. its the time for u to come home. Tapi mak cool siap solat pastu kejut Rafif jom kite nak pegi amek nenek kt stesen bas ni. Dia bangun siap2 masuk kete pegi stesen bas. Kalau ingat mcm kelakar lak. ketuban dah pecah boleh rilek2 lagi bawak kete. Dah mmg tak sakit boleh la buat gitu kan. 

9am
Husband pon sampai dari Kuantan. Alhamdulillah. Masa tu tak sakit lagi. Rasa la surge sikit2. tapi macam ada tak ada. Sempat dhuha dan baca surah maryam buat kali terakhir. Husband dah cuak dok tanya. ok tak ok tak. Lepas husband beli makanan, makan nasi lemak siap2 nak pegi hospital. Since hospital ni dekat je takde la kalut sangat. 

10am 
Sampai KPJ terus naik level 3A. Cakap saya dah turun tanda nk bersalin, harini sepatutnya checkup 39w dengan Dr Asmah. Dalam hati gembira la dah tau kompem2 doc ada kt spital. hihi. Sampai terus nurse mintak buat CTG. Pastu terus warded. Rilek2 saje la dalam ward sbb tak sakit. Nurse mintak utk check VE. Masa pagi tu baru 2cm. tunggu2 sampai lah ke petang. Husband siap balik anta mak apa semua dlu. Kesian pulak kt mak dok tunggu kt bilik bukan boleh buat apa. Masa husband balik tu sy siap mentdooo. Dah mmg suka tdo pon mengandong ni. kikiki. 

5.45pm
Nurse datang lagi check VE. Kalini dah 4cm. Nurse tanya sakit tak? Ada la rasa sakit tu tapi tak kuat lagi, dan masa dia pon tak konsisten. kejap 10min datang. kejap 5min. Husband la tukang tengok jam. mak tak kose nak tengok jam hahaha. 

6pm
Nurse dah tolak masuk labour room. Kitorang terpinga2, eh dah nak tolak masuk LR? Nurse tu terus cakap "doc risau bukaan awak makin cepat". Haa iakan aje lah. Sekali tu mmg btol bukaan sangat cepat. Bila dah masuk LR tu baruu lah sakit yang amat tu dah datang. Nurse bg gas suruh sedut tapi mak tak reti. kahkah. Rasa mcm tak leh nk sedut. Terus focus utk gentle breathing je. Masa tu mmg 3-5min surge dah la. Pejam2 mata klau datang surge tu. Nurse check lagi VE bukaan dah 7cm. Masa nurse nak check tu ketuban keluar lagi. Nurse tanya awak kencing ke? haha tak laa. Rupanya ketuban keluar sikit2 lagi.

7pm 
Husband mmg ada je dok teman kt sebelah. Dia asyik keluar masuk toilet je dlm LR tu. kahkah. Pastu dia mintak nak balik bilik nak solat maghrib kejap. Tapi risau takut mak terberanak lol. Mak cakap takpe2 blom lagi. Doc pon blom sampai lagi. Melayan jela contraction dalam LR sorg2. bila dah rasa nak terberak tu terus gtau nurse, rasa nak meneran la nurse. Dia ckp kejap ye doc ontheway. Okok. Takpe layankan aje. Then doc sampai saya cakap nak meneran la ni doc. Terus doc cakap "ok takpe, teran je klau rasa nak teran. Kaki nurse dah letak atas palang tu. Ingat tak ingat dalam 3 ke 4 kali teran semahu mahunya, splushhh keluar lah seorang lagi amanah Allah tepat jam 7.53pm. Memang meluncur laju dia keluar sekali dengan air ketuban lain. sy nampak doc tu terkejut sbb banyak sgt air keluar. Doc angkat baby rupanya baby dah terbelit tali pusat 2x round neck. Amazing dia boleh keluar elok. dan jantung dia takde tanda pelik2 masa CTG scan ada kt perut. Subhanallah. Kuasa Allah. sy tengok doc pusingkan badan bby 2x utk leraikan tali pusat tu. Doc mintak husband potongkan tali pusat. Husband mcm terkejut2 bila doc suruh dia. Heheh. Dr Asmah tu rilek2 je. 

Baby terus dia letak kt dada. Ya Allah masa tu rasa leganya weiii. Rasa mcm lepas berak taik keras. lol. Lega dia tak leh nk cakap. Alhamdulillah kalini doc tak potong episiotomy cuma ada koyak sikit. Then doc jahit jugak la sikit. Hari ke 7 haritu pegi checkup doc check jahitan dah elok Alhamdulillah. betol orang cakap klau terkoyak sendiri lagi cepat baik dari potong. Dulu masa Rafif lama jugak nak baik luka. 

Lepas tu nurse terus tolak pegi masuk bilik. Dengan baby skali masuk bilik. Nurse dah cuci dah timbang baby. Kalini besar sikit dari abangnya. 2.9kg. Ingat sampai la 3kg. Rupanya tak jugak. Perut kemain beso maknya. Hahaha. So malam pertama dengan baby, dia mmg tdo bawah ketiak mak. Jenis tak nak tdo dlm katil dia. Pengalaman breastfeed Rafif masih ingat so tak kekok sangat nk nyusu baby. 

Esoknya kita bangun pagi Husband dah pegi amek Rafif, mak, adik dtg Hospital. Seronok Rafif tengok adik for the first time. hehe. tapi dia cakap adik nampak pelik. hihihihi. Yela muka baby kan mcm bengkak2 lagi. Pukul 10 pagi tu dah get ready utk discharge. Alhamdulillah mmg puas hati sangat2 dengan servis KPJ Klang. Kalau ada rezeki lain, insyaAllah sy akan terus ke KPJ Klang je. dengan Dr Asmah. Dia mmg best sangat. 

Sebelum discharge, sempat bergambar dengan Dr Asmah. Baju biru tu midwife. 

Dalam Labour Room

Bilik single bed KPJ Klang. Wad bersalin. 

Kami dah nak balik. Yeay

So itu lah sedikit sebanyak kenangan hari bersalin. Alhamdulillah hari ke 11 ni rasa sihat, baby pon sihat cuma ada kuning sikit. Smlm nurse KPJ dah datang post natal visit dia cakap tinggal sikit je lagi kuning. Tak payah repeat hospital. Syukurrr. 

Anddd. meet our new baby...............

Leia Raeefa binti Ridzwan


Nov 27, 2017

Menunggu orang baru

Assalamualaikum

Tetiba je terasa nak menulis malam ni. Rupanya tahun ni langsung takde entry walau 1. kahkah. Memang karam betul  dah blog ni. Bismillahirahmanirahim. First entry untuk tahun ni dan mungkin last entry jugak. hahaha. 

Berbalik kepada tajuk. InsyaAllah tahun ni kami sekeluarga akan terima ahli baru dalam family in just one week. Woot woot! officially in 39weeks pregnant now. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt diberi rezeki untuk mengandung lagi. Dan Rafif is going to be Abang. Tak sabar tapi nervous weh. Abangnya dah 5 tahun lebih. Jarak jauh jadi semua pon kekok. 

Persiapan 

Kalau tanya persiapan dari segi barang2 tu insyaAllah dah siap dah kot. Kali ni bersalin dan berpantang di rumah sendiri je. Tak balik kampong pon. Harapnya semua dipermudahkan. Tapi kalau tanya persiapan dari segi mental dan fizikal tu alahaiii. Seram je fikir. Huu.
Dan nak dijadikan cerita, bila dah hujung2 nak beranak ni husband pulak sebok handle projek. Biasa dia hujung2 tahun mmg busy projek aje. so this time pon sama. Nak terkena gitu. So klau sakit perut baru gtau dia. (kalau i terasa nak bagitahu dia la. hiks) tapi insyAllah everything will be fine. kuantan dgn klang tak jauh sgt pon. Ada la 3 jam haha. Berdoa saje lah yg baik2. 

Pilihan Hospital

InsyaAllah kalini plan nak bersalin di KPJ klang ni aje. Dekat dengan rumah. tak sampai 20min pon dari rumah ni. And kali ni dah booking siap2 doc perempuan. InsyaAllah akan bersalin dengan DR Asmah. So far pegi checkup dengan dia best. Jenis tak serius sgt. Ramah la suka sembang2. Itu yang jadi lama klau checkup sorg2. haha. Setiap kali pegi checkup pon menunggu. Ramai booking dia kot. Camane boleh terfikir nak booking Dr Asmah ni, kakak tukang urut datang rumah aritu dia yg suggest Dr Asmah ni sbb katanya jenis jahit epi tu kemas cantik. hahahha. mak fobia btol pasal cite jahit2 ni. Sebab masa Rafif tu dlu jahitan tak cantik sgt. Nurse KK datang check kt rumah pon tak puas hati pasal jahitan epi tu. So this time tak tahu lah cmane. Harap2nya okay la
Gender Baby

Sepanjang kitorang pegi checkup and scan tak pernah lagi doc cakap lain gender. and kami pon berharap betul la tu. InsyaALLAH we will going to have a baby girl in the family. Kalau betul la. Kalau keluar boy tu ko pakai jela baju pink2 yg dah dibeli. kahhh. InsyaAllah girl lah kot. Kalini punya pengalaman mengandong sgt2 berbeza dengan Rafif. Kalini alhamdulillah langsung tak muntah. Loya pon sikit2 aje. takde macam Rafif dlu muntah menyembur2. Lemau aje. Kaki asyik krem. Tapi kalini Allah permudah semua. takde muntah, loya, kadang2 aje krem. Nampak sihat la pregnancy kali ni. Lain anak lain simpton tu kan.
Sekarang ni kira menunggu hari la. Due date haritu ingat 4 dec. Rupanya doc tulis 7 DEC. Diharapkan semua urusan bersalin, berpantang dipermudahkan Allah swt. Itu yang penting. 

Sempat la kite wat photoshot masa kandungan 32w. More to family photoshot je. Untuk kenang kenangan di masa hadapan.



Okay la. itu jela berita yang nak di coret dalam blog ni. hehehe.
Bai.
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com