Pages

Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Oct 16, 2013

Aidiladha kami

Assalamualaikum

Turn raya haji tahun ni mesti lahhhh...*drum rolllll!!......belah keyyel! Huwaa. Okok. Adil2 weh. Hahaha. Aku punya turn mcm gini. Klau raya puasa rumah aku. Raya haji rumah laki. Next year, raya puasa rumah laki. Raya haji rumah aku. Gituwww, adil dah saksama kate ko. So tak perlu lah nak tanya anak. Nak balik raya rumah atok belah mane tahun ni? Tak payah! Mmg kite ada rules ye anak2. Ok. Anak aku sorang baru. 

Dan tahun ni, baju raya aku..ko ingat tak aku cakap aku jahit sendiri? Feeling2 sgt nak pakai peplum tahun ni. Gigih aku jahit nursing peplum. Senang tak payah selak. Aku design ada zip sembunyi di princess cut. Nnt Rafif nak nenen je zappp tada! Lol! 

                                     
Ciptaan sendiri. Puas hati? Of course, modal aku beli kain, benang dgn zip je. Aku mmg sengaja pilih color lain2 baju dgn kain. Color block dah habis musim ke? Ade aku kisah! Kahkahkah. Dan tudung tu, feveret tudung aku. Halfmoon chiffon. Senang nak pakai dan tak panas. 

       

Rafif punya, yg hanya pakai pagi kejap je before aku tukar ke baju lain. Sbb gelebeh besau lak aku tengok. Baju tu aku beli kat H&M oxford street london nun. Kasut baru beli kt sunway itu hari. Aaaahh, baju budak laki mane ada murah weh. Kasut die sama mahal dgn kasut aku. Puii. Sudahnya, Rafif pakai baju seluar lain. Ekeke

Tapi aku rase best gak la raya tahun ni. Sbb aku baraan ke 4 buah rumah. Dari Kajang rumah fil, aku pegi lak puchong rumah cousin hubs, lepas tu smbg klang rumah arwah maklong hubs, akhiri dgn rumah baba hubs, (ayah kandung). Perut smp nak pecah makan. Jalan pon clear je. Best2! Sbb sume orang dok jam kt kb kan? Kahkahkan

                                    
Tak nak layan, die tengok pocoyo. Huu. 

So acaner raya korang? Best? Ada yg buat sate? Aku dapat gak daging dari org korban. Alhamdulillah dah selamat jadi daging goreng. Esok goreng lagi sbb adik aku cakap sedap. Lol! Nak puji pon nampak sgt pemalas nk masak. Puji lah aku suh aku masak lagi. Kahkahkah


  
 
   

Sep 23, 2013

Senang ke travel dengan anak?

Assalamualaikum

Haa, kerlas tajuk entry kan. Sebenarnya ramai yg tanya i (walaupon aku ni takde la banyak sgt berjalan)  senang ke nak travel dengan anak kecik. Dan jawapan yg aku bagi ofkos Bukan senang!! 

Ok, pertama kali aku travel jauh sikit la dengan Rafif, ktorang ke Jakarta bulan september tahun lepas. Waktu tu Rafif baru 2 bulan lebih. And that time fasa Rafif menangis pon belum habis. 

Serius weh. Letih. 

Dan yang paling TERPENTING IALAH SABAR!


Kahkahkah, rambut pon kena makan dek bantal lagi waktu ni. Ngee. Ktorang pergi Jakarta atas urusan adik ipar widusi. Atau lebih di kenali dengan konvo lah! Huu. 

Mula2, yg perlu fikir bila nk bawak anak ni mesti barang2 keperluan dia. Contoh
-Kite pegi Jakarta tu suhu negara Indonesia tu sama jela. So baju bajan tak perlu bawak yg jenis lain. Sama lah mcm kite kt sini. Tp kena bawak extra. Mane lah tau. Poo poo terlebih ke. Cirit ke. Banyak nak kena bawak (luggage mmg kena amek banyak okay!
-Pampers die kena kira btol2. Macam Rafif i estimated pampers paling komang utk 24 jam tu akan guna 4-5 keping. So darab lah brape hari kite nk bercuti tu. Tapi jangan risau, kalau bawak sikit pon masih boleh beli kat sana. 
-Disebabkan waktu tu Rafif masih lagi hanya menyusu badan, so tak perlu fikir makanan die. Mmg confirm2 aku bawak. Melekat kt badan. Lol! Masa pegi europe trip haritu i bawak nestum je utk Rafif. Klau ikut kudrat hati ni nak je hangkut dengan blender bagai. Tp.... Byk pulak lah kena fikir hai.
-Ubat ubatan die. Wajib! Especially, sedut hingus pegion kegemaran i tu. hehe. Ubat syrup demam. Minyak yuyi. Termometer. Cool fever! Vicks. Eh macam2 la. Kena bawak la. Nak2 lagi klau kite travel overtheriver ni. 
-carrier dan stroller. Penting! Klau masa pegi Jakarta dlu Rafif masih dua bulan. So i dukung je. Ala. berat die brape je waktu tu. Sekarang ni dah sekampit beras. Hmmp! 

Waktu pergi Indonesia tu kite ada pak supir. Bawak dari Jakarta ke Bandung. So takde masalah transport waktu tu.


Waktu Rafif dah menjangkau usia 6 bulan. (belum masuk) kitorang menapak ke negara jiran Singapore. Waktu ni Rafif very the behave. Aahh. Bestnya pegi Singapore siap masuk USS. Die rilek je kena tolak. (klau lah sekarang ni masih boleh behave macam tu)

Sekarang ni aku rase tinggal kenangan jela. Lol! Masa pegi singapore i bawak stroller je. Plus i pegi Singapore naik kete. So takde masalah luggage ape sgt. Berguna sgt la weh stroller ni. 


Waktu ni baru menjejak kaki ke dalam A380. Peringatan lah untuk ibu bapa nk travel jauh. Please lah booked bassinet skali. Masa dalam flight (waktu ni Rafif blom dapat kaki) Rafif hanya dok main kawasan itu je. Die tak memberontak sgt lah. Bagus! Plus satu bonus bg i bila Rafif jenis layan video karton2 ni. Phew. Selamat di situ ye. Klau ada smartphone ke. Kasi bukak la biar budak layan video. At least takde la ko nak kejar mengejar di langit tu kan. 


Tgk la die. Rilek je layan cite. Kahkahkah. Walaupon 13 jam nak smp London. Die sikit pon tak merengek pape. Rase mcm tak percaya lak anak sebaik ni. (apa punya mak la


Hanya tdo je dalam bassinet. Hehe. Sebelum beberapa hari Rafif nak sampai setahun. Die dah jejak kaki di London. Naseb lah ibu pinjam boba carrier dr ibu put. Dan bawak jugak buggy. 

Waktu ni dalam Primark. Menyoping lah ibu. Naseb la ada buggy ni. Sbb boleh la die tdo dgn nyenyak. Plan sebenar tak nak pon beli buggy. Tp bila mydear buat warehouse, terpaksa lah beli (alasan sangat)

Rafif klau tempat sejuk gini kemain die tdo. Die mmg banyak tdo je waktu awal2 smp london. Maybe die jetlag lama sangat. Hahaha. 

Penting!: Kalau ke negara sejuk, sila bawa sekali sweater, jaket, coat lebih untuk anak. (walaupon pegi waktu summer) extra bawak stokin yg panjang dan juga glove. Glove ni boleh beli kt daiso je murah2. 


Masa ke Paris bila Rafif setahun. Kami bawak jugak buggy die. Tapi tak praktikal sgt when we have to travel using Metro. (sebab kat Paris tak sewa kete). Dekat Paris ni Metro die underground dan takde life. So bayangkan penatnya husband nak angkat beg besar dgn buggy tu lagi. Waktu tu kesian giler la dekat hubs. Berpeluh2 angkat beg. (banyak bag sbb skali dgn Fil) fil i walau lelaki tp dia pon dah tak larat kan. So pepandai la korang fikir camane laki ku hangkut beg kami. (rase nak nangis--walau aku pon tolong angkat skali beg kecik2 dengan Rafif lagi) so buggy tak praktikal waktu ni.

Nota kaki: Kalau melancong ke negara 4 musim ni, tolong lah bawak vaseline dan krim sebamed. Setiap kali mandikan anak. Sapu minyak yuyi tu bagi panas badan die. Sapu seluruh badan termasuk muka dengan krim sebamed tu. untuk elakkan kering dan menggelupas. Setiap kali keluar dan terdedah dgn angin sejuk rase selamat sikit kulit kite. (amek iktibar dari percutian di Gold Coast)

Itu jela kot nak kongsi, bawak baby ni memang penat dan kite perlu sabar sabar sabar (aku pon kadang2 tak sabar gak). Tp percutian tu lebih bermakna klau kite bawak anak kite skali. Kira mcm klau tak bawak ni tak complete lah hidup. Bagi aku la kan. Ada jugak org suke tinggalkan anak dekat atok ke sape ke suh jaga. Hohoho. Not me! Jangan kusutkan fikiran, they deserved to go holiday jugak. Kesian woo tak bawak. Walaupon die bukan tau pape. Hihihi. Besar nanti tengok gambar jela. 

Till then...

Sep 10, 2012

Cerita Raya shaye!

Assalamualaikum

hoho. orang dah habis beraya aku baru nk update cerita raya kan. hahaha. whatever. ok. raya pertama saya rumah PIL dekat kajang tu. Alhamdulillah. sempat la balik kajang before raya. Rafif mengamuk gler2 that day. terkesima mak ayah mertua i. ;p baru tau ek cucu camni. ekekeke. Hari raya pagi salam2 kte gerak pegi klang rumah mak cik husband. sbb semua berkumpul kt situ.


tengahari ktorang gerak pegi kedah. ini first time dalam hidup i hari raya habis masa dekat jalan raya. blerghh. anak ibu pulak asyik berpeel dalam kete. mau nye ibu jadi org sawan dalam kereta. haha

Raya ke 2 kte g beraya rumah sedara husband. atok, makcik, kte ikut je kan Rafif. tapi awak tu la. segenap rumah pegi beraya awak mengamuk kan? adoii. penin ibu!! -__-

day 2

 day3 kte dah gerak blk kl. lagi skali ibu pening naik kete dengan awak rafif. -___-"" 
smp rumah je terbongkang sume tdo! kepenatan. ayah penat drive, ibu penat melayan rafif, rafif penat mengamuk. hahaha. i cakap dekat husband nk belikan rafif closet sbb baju dok dlam kotak je, kesian dia. (padahal napsu ibu yg nak.haha) ayah kate jom ikea. raya ke 4 pegi ikea. naseb baik la last2 dah nk abes shopping baru rafif mengamuk. hihihi. 

muka tensen je 

gitu jela cite raya i. raya tahun ni mmg la seronok sbb ada bby kan. tapi bby kecik lagi pon payah gak. nk beraya rmh org pon susah. i plak kena control2 makan lagi. org hidang air ais. mesti tak ley minum. terpaksa teguk air liur. hahaha. org bg teh pura2 minum. takot kecik hati. kte kan masih berpantang makan. nak2 lagi i bf. takot kembong perut anak. takpe! next time, i nak bajet betul2. next princess mesti raya kena dia dah beberapa bulan. ewahh!! laju nye ko plan. hahahah
aritu i ada buat mini open house. sbb ajak2 family je. ada jugak blogger datang, thanks mommy cha datang! bawak mikha comel. tp kesian pipi lebam kena smackdown kot. hehehe. 

Ini duit raye shaye! ibu cakap nak simpan Tabung Haji. ayah cakap ASB. tapi shaye nak beli toyssss!! nak lego, nk airplane, nak robottt! *ibu pitam*

masih lagi tak tau nk simpan mana. duit die kehulu kehilir ku bawak. tak decided2 pon lagi. ada la jugak 700++ duit dia. kemain lagi kau anak. kau mengamuk rumah orang pon orang bg duit kat ko. agak2 klau ibu mengamuk orang bg apa la. mesti lempang sedas. hehe.
btw, korang simpan mana? jgn cakap insurans tau! i dah sedia maklum pasal tu. hurmmmm..



May 30, 2012

My Hectic Weekend

Assalamualaikum

klau anda masih lagi boleh access to my blog. anda pembaca bertuah! lol. poyo je. haha. saya dah start privatekan blog. atas sebab2 tertentu dan hanya di buka kepada orang2 yang tertentu sahaja. This week my kandungan dan 36w. which is dah 9 bulan! pergh~! tp saya masih aktif okay!.

sabtu pagi saya ada appointment dengan doctor Jamil. result of my urine, kencing kotor dah takde. doctor scan my bby baru 2.2kg. sepatutnya dah 2.5 kate doctor. doctor cakap, u mungkin boleh bersalin normal memandangkan baby u tak besar. tp kena ingat yang bby kecik kemungkinan utk lemas dalam perut tu tinggi. gulp! saya makan banyak2 skrg!! hahaha. then, saya gerak pegi PD coz ada family day husband. seronok berkumpul ramai2. sometimes i miss my family. :( saya mmg jarang sangat luang masa dengan family sendiri. sbb dok jauh kan. klau balik kg tu heaven gler rasa. haha. we stay until ahad je. sbb isnin sume dah masuk kerja balik. and ahad my first year anniversary! OMG! dan setahun weh. kte tak celebrate macam orang lain pegi dinner, ada hadiah. no no. we really in tight of budget. saya pon tak teringin nk apa2 hadiah. so fine! celebrate dengan potong kek red velvet beli dengan hana. tq hana. sedap sangattt~

One year marriage life. we fight, we argue but we love each other. ^_^

Dalam setahun, ktorang baru nk fahami perangai masing2. before kawen lain. lepas kawen lain. orang kate 4 bulan kawen ada satu pergaduhan atau percanggahan pendapat dengan pasangan. yes! i admit it. hehe. biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit. so, sepanjang setahun. saya ingat saya argue 2x dengan husband. ini betul2 punya argue. tp lepas 10 minit. baik balik. hehehe.


penat gler pegi PD, saya siap buat bbq! amboi. tak sedar diri. sume makcik2 cousin suh rehat. baring2. alamak. saya memang tak boleh. tak reti dok diam. kesana kemari. pastu bila malam. sakit kaki masyaAllah! saya tak tau kenape saya jadi seorang yang cergas tak tentu pasal. mmg tak reti dok diam. dan paling worse lagi....................

we moving to our new house!! dan saya mesti lah sebok angkat barang. pasang langsir. sapu sane sapu sini. kemas sana kemas sini. at 36weeks! fuuuuu. husband tak bg pon saya mesti buat jugak. degil! baby, jangan tak ikut cara ibu. sbb ibu menolong ayah. hahahah. next time i will story mory about pindah rumah okey!

Apr 4, 2012

Hubs is awesome!

Assalamualaikum

Last few days saya mmg tidur dalam kepanasan. nak2 lagi rumah ktorang atas bukit. permandangan mmg cantik. tapi malam2 azabbb~! panas nk tdo okeh! so setiap malam saya akan mengigau *salahkan kepanasan* hahaha. husband slalu kejut. cakap saya membebel2. hahaha. di sebabkan saya selalu kepanasan. smlm husband balik kerja dan belikan ini! wuhuuuuu!!! ^__^

Thanks hubs!!! Love u to the max! se-max suhu yang ku tekan2 di remote ituww~

Portable air-cond!! weee~ smlm dua2 tdo masuk selimut. tak pernah2 okey masuk selimut. hahaha. tp bear in mind sape yang nak beli portable air-cond ni. die bukan macam cooler ye. cooler tu takde cerowong yang perlu sumbat keluar rumah sbb nk bg angin panas keluar. ini air-cond ye. so pandai2 korang la. macam sepandai2 hubs jadi engineer ada juga gunanya. lol. *pepatah baru*. memandangkan ktorang dok rumah sewa. tak kan nk tebuk rumah orang plak. ktorang just sumbat muncung tu ikut tingkap. dan tingkap tu ktorang buat lubang menggunakan kotak. aaa! susah nk cakap. hehehe.

saya mmg mengada2. tapi dengan husband je. orang lain tak berani. mak ayah pon tak pernah saya mengada2 camni. hehehe. awal tahun dlu. time husband dpat kerja baru tu. saya sedih sbb fikir die akan slalu tinggalkan saya kt rumah. smp skrg baru sekali je die tinggalkan saya kt rumah. haha. sbb kena pegi cameron. 5 hari gak la tinggal saya. pastu dlu, bertambah la sedihnye sbb saya takde laptop. takde pc. takde smartpong  yg boleh on9 kat rumah. then, husband tny. nk belikan apa? laptop or ipad or smartphone. memandangkan handphone ku sudah nazak. hidup segan mati tak mahu tu. saya nak smartphone. google punya google. choose between 4S or NOTE. saya pilih note. okay. husband belikan. *senyum* 

skrg plak!! kerja berlambak. asyik kena stay je after office hour. husband risau takot penat. then saya suh die baiki la pc die yg time belajar dlu. husband sebenarnya gembira jugak tu. elelele. boleh la main game balik kan? so husband baiki pc. total burn rm600++. T_T. bila nak kaya klau camni!! terima kasih husband! anda mmg baik hati. nanti blanja tutti fruitti okay! weee! 

p/s: birthday hubs June nanti. smp skrg tak kumpul duit lagi. wakaka. hadiah bby jela ye. duit takde. T_T

Feb 22, 2012

Unplanned Vacation

Assalamualaikum

lama oiii tak update blog. ape celup? eh ape cite ni. act, skrg keje banyak bertimbun2. nak update je malas. blogwalking masih rajin. huhuhu. last week saya terpaksa pegi vacation. wahh. kelas kau jah. terpaksa okey. act, kena teman husband pegi training. huhuhu. took 2 days off. ibu ayah dan bby berada di pd.

takde apa yang saya buat kt pd since husband training. i just lepakk je dalam bilik. tgk tb. order makanan hotel yg mahal. lol. petang sempat la mandi pantai jap. mandi pool. huhu. orang kate swimming ni good exercise utk preggy woman. pergh. masuk dalam pool terus rase ringan je badan i. lol. mmg lah! sbb dalam air. saya nak kate perenang hebat tu xde lah. tp boleh la berenang2 ke tepian tu. best je waktu berenang tu. tp bila naikkk. masuk bilik. adoi lahh. sakit dada oii. kenapekah??

malam aktiviti makan malam macam biasa lah. pastu jumaat petang ktorang dah bertolak balik kl. husband keje sabtu ahad plak dekat putrajaya. kesiannyeee. asyik kerja je.  ktorang stay kt Selesa Beach Resort. resort ni best. pantai die private. cantik. bersih sgt. cuma breakfast agak kurang makanan. mungkin sbb weekdays kot.

sea view 


babai pd. till we meet again =)

Jan 19, 2012

Panggilan nama kami.

Assalamualaikum

dah berapa hari tak update. life agak busy skrg. kerja pon banyak dan memeningkan. hais. takpe. itulah lumrah orang bekerja. *tak sabar nak dok rumahhh*. ok. back to topic asal sebelum saya membebel dengan lebih jauh. hehehe. topic saya arini tentang panggilan ibu bapa. =)

act, when u get pregnant. alottt of things comes out of your head. salah satu benda terpenting nenamakan baby. dan panggilan baby untuk kami. awww. *berdoa dapat bercakap cepat. hehe*. sbb ni kan anak pertama. so kita fikir panggilan ni. sekali je seumur hidup. ke ada org berubah2? hehe. so saya terfikir dan terfikir. kami nak jadi mama-papa kah! mummy-daddy kah! emak-ayah kah! ummi-abi kah! bonda-ayahnda kah! bla bla bla. banyak kott. tak terlist pair ni. hehe.

saya ni klau boleh. tak nak lain2 pair. maksudnya. klau mama mesti dengan papa. sbb syerasyi bersama lah katekan. klau mummy mesti dengan daddy. so on, so on. and then at first saya terfikir nak amek panggilan mummy-daddy since my name kan mimi. so mami dengan mimi tak jauh beza. wahh. kelas ko jah! *tetiba* boleh pulak fikir camtu. then when i think my kids will call my husband daddy. saya risau. sbb nye? sbb daddy macam untuk panggilan orang kaya2? hahaha. *imagine my kids will call my husband, "daddy, nk iphone! nk ipad! nak PS"* pitammm!! so cancel. haha. mmg sebab saya fikir panggilan daddy ni orang kaya2. lol. kami ni mane lah kaya pong. bersederhana je. *my 2sense jelah kan*

then mama-papa, mmg reject awal2. sbb? my sist dah guna. wahh! alasan tak munasabah. saya risau klau balik kampung. anak2 kami (adik beradik saya) akan confuse bila semuanya mama-papa. hahaha. diorang confuse. eh mana mama saya? nama papa saya? ekeke. so tak boleh. then lepas after all saya malas nk fikir. saya kate tunggu jela smp seru nak panggil apa kan.

akhirnya seru yang ditunggu smp jugak. eceh ayat. saya nk panggilan yang biasa dan simple. dann saya suke panggilan ayah since saya call my dad is ayah. then one day ni. my husband pegang perut dan panggil baby dalam perut pastu bahasakan diri dia ayah. i was shock. yes! u are absolutely ayahhh!! sepadannn. hahah. boleh ke? itu lah namanya seru dah sampai. LOL. saya rasa ayah ni seorang bapa yang tegas tp baik dengan anak2. ok. ayah dah di pilih. cop! *bila tengok iklan OREO comell je budak tu panggil ayah dia. "ayah, boleh bukakan oreo ini untuk saya?"* then next thing yang perlu fikir ialah panggilan saya!!

ok. memandangkan panggilan mestilah selari, ayah sesuai untuk emak atau ibu. fikir fikir fikir. saya pilih ibu!! sebab? bila anak saya nakal2. saya pasang lagu sudirman "ayah dan ibu....ayah dan ibuuu..itulah permulaan kami...." boleh? hahah. bagi anak insaf sikit. kuang3. dan baby kan mesti die boleh sebut "air" dan "abu" dlu. abu dengan ibu kan nak dekat2. so berharap bby dapat panggil ibu secepat mungkin dari ayah. lol. (berlumba pulak)

dan selesai lah pencarian panggilan nama kami. Alhamdulillah. harap2 bby dengar cakap ibu dengan ayah tau. jadi anak yang baik. =)

Ayah dan Ibu! =)

Jan 3, 2012

Babymoon

Assalamualaikum
2011 dah pergi meninggalkan kita. saya rasa tahun 2011 tahun terbest dalam hidup saya. *boleh ke terbest?* tak kira lah. dari;
2009 - single
2010 - engaged
2011 - married
2012- mommy! insyaAllah

berharap tahun 2012 membawa seribu makna lagi dalam hidup saya. amin! :) 
my new year's eve saya spend time with husband pegi mini holiday. act, tak plan pon pegi holiday ni. since my husband nak masuk kerja baru kena perabih masa dlu before he got less time for me lepas ni. husband tny. sayang, nak pegi mana? saya saje2 cakap bukit tinggi. then, terus ON. die mmg sentiasa on je. hihi. ktorang menginap di Colmar Tropicale. best sgt tempat ni. smp je kagum dengan bangunan hotel dia. feeling2 dekat france lah konon. hehe. cuaca pon best. cuma petang tu hujan kejap. menambahkan lagi sejuk. act, tak sejuk sgt pon klau nak compare pegi aussie aritu. 

dan paling saya suke bilik!!! cantik sgt dan luass. bilik paling best kot saya pegi holiday. ^_^. selitkan sikit gambo mak buyong.

 katil dia best sangat!!!. tak nampak sangat babybum. saya pakai baju longgar.
 ni ada lah secebis nampak perut sikit.

.
.
..
.

.
.
.
.
.






tada!!


p/s: nanti next update saya upload keindahan bukit tinggi okey. 

quote for today; i can't anticipate what people will talk about me, they can say we are proud. but who knows only me and the only one ALLAH swt. =)

Dec 22, 2011

Rezeki baby?

Assalamualaikum

entry ni entry kegembiraan bercampur kesedihan. here goes, last 2 weeks. husband saya dapat interview remaco. remaco ni anak syarikat tnb. mmg husband saya keje tnb. dan dapat pulak interview remaco klang. time tu saya dah tdo, husband kejut cakap dapat emel interview. dia tny okay tak? sbb nama dah terpilih untuk interview. dalam beratus candidate PEP, 10 nama yang dapat. including him. I said, as long as u think okay. mie ikut je. mie okay.

then smlm, office hour husband call kate dah pegi interview. HR call dari office remind arini *smlm* interview dekat remaco klang. dengan kereta buat hal. naseb baik dah inform datang lambat interview (selamba badak datang lambat) haha. pastu interview okay je.

then malam tadi, saya dengan husband discuss la. kot2 dapat kerja remaco ni. apa plan kitorang. for those who don't know. remaco ni kerja dia tak duduk office. serata malaysia la pegi nye. so makna nya. klau dapat kerja ni. saya kena tinggal la sorang2 kat rumah. :((( (sedih!!) tp saya takde nak menaruh harapan tinggi pon. sbb 1 position je remaco nak ambil. change 1:10.

tengah2 discuss, husband panggil. "sayang, meh baca ni" mata sambil tengok laptop. saya pon pegi lah baca. TERKEJUT! husband saya betul2 dapat position tu. saya dan2 sebak. dan kepala otak ni fikir macam2. pasni dah kena tinggal. Ya Allah, sepanjang saya kenal husband saya ni. saya tak pernah nk berpisah dengan dia. ada satu waktu tu je. time praktikal. saya praktikal kt kb. husband praktikal kat kl. berpisah untuk 3 bulan. ala.time tu kan couple. takpe je.

saya fikir, boleh ke aku sorang2 ni. klau dia outstation? saya cuma berharap saya boleh jadi isteri yang kuat dan ibu yang cukup tabah. InsyaAllah. tp since 2007. saya kenal husband saya ni. saya dah dimanjakan dengan lebih2. saya jadi lembik sbb husband terlalu manjakan saya. saya tak pernah nak bangun pegi amek sudu klau makan kat foodcourt sbb bila nak bangun je. husband saya dah amek. saya tak pernah nak bawak kete klau keluar. sebab kunci dah mmg ada dengan dia. klau nak angkat barang2 ke apa ke. jangan tny lah. mmg dia akan bawak.

dan lepas ni, saya kena independent lah. hurm. tak pe. saya boleh! yakin! waa.. (menangis dalam hati.lol) saya kena fikir jugak. tahun depan family bertambah. insyaAllah dan jadi 3 orang. duit banyak nak pakai nanti. rezeki bby la kot husband saya dapat kerja ni. ringan sikit la belanja bulan2 tu. cuma saya je kena sabar.

husband posting 9 january 2012. klau ikutkan PEP37 tnb tamat bulan 4. Alhamdulillah kira husband saya confirm awal. wee! :) dannn. yang paling saya suke (selain gaji banyak.kuang3) husband saya posting remaco klang jeee. skrg husband saya tnb klang. dan tnb klang bakal di shut down in 2014. so semua staff akan posting tempat lain. saya dah risau takot dapat manjung ke paka ke. waaa~! jauhnye nak pegi mid valley. (itu je dalam otak fikir ;p) skrg dah tak risau lagi. remaco tak shut down pon. Alhamdulillah. takde lah kami ni berpindah2 jauh2.



*wah.panjang tau luahan perasaan arini, smlm tdo mata bengkak nangis husband nk tinggal kita. wuu :(*

tadi bangun pagi husband cakap nk kena pegi holiday awal takot nanti posting susah. yeayyy! double joy.

3 bulan lebih preggy boleh naik flight tak kawan2?

Oct 25, 2011

sometime it's not that easy

Assalamualaikum

kembali lagi setelah tak update 2 hari. eh 2 ke? sbb smlm saya ada training flash cs5. arini pon ada, tapi habis awal. *berangan nk balik awal, tapi tak balik pon*  sebab teringat dekat baju nk jahit..aaaa..addictednye aku. kahkahkah.

saya rase jadi isteri yang bekerja ni tak dapat nk buat ape sgt kat rumah. sebab bila balik kerja dah penat. dalam otak ni fikir macam2, baju nak basuh. walaupon mesin yang basuh. ;p nak lipat baju. kemas rumah, masak lagi. aaaa.. saya paling fail bile masak. kadang2 punya lah bersemangat nk masak. balik rumah bkk pintu terus pegi dapur tung tang tung tang masak. husben biasanya lah. on9 kat depan. badan penat masyaAllah memang penat. last2, terus cakap kt husband. esok otw balik rumah beli nasi kukus ayam berempah kt depan tu lah. malas dah nak masak. hahahaha. luckily my husben mmg sporting bab2 ni. die on je. mungkin disebabkan dia dah biasa makan kat luar. my MIL teacher kindergarden, die mmg super duper busy. die owner kindergarden tu. dengan nak mengajar lagi. nak pick up budak lagi. so most of the time. my MIL mmg tak masak. jadi makanya, yang untung adalah saya!! hahaha. kenape? sbb saya kawen dengan anaknya!

ok here's the story, kadang2 saya terfikir, klaulah mak mertua saya tu macam mak saya, which is suri rumah tangga dan super duper pandai masak. *mak je pandai, anak tak pandai* T_T. mesti die tensen kan dapat menantu macam saya? mak saya pandai masak, mmg pengemas orangnya, pandai menjahit, pandai menyanyi (ok, yang bab menyanyi mmg turun temurun ke anaknya yang ini. hahahah) mesti die kaget kan dapat menantu yang serba tak tahu ni.. tapi nasib lah itu mak saya. mak lebih mengenal anaknya macam mana. :)

tapi so far stakat ni ok. klau saya tensen sangat. dengan rendah hati saya cakap je terus kt husben, nanti tolong2 la mie basuh baju, kemas rumah ni ek. lebih senang cite saya berleter lah. walaupon die dengar sipi2. *nampak sangat aku cakap sorang2*, resultnya Alhamdulillah, nampak dah la skrg die byk tolong saya kt rumah. tp biasa lah lelaki, bila nk buat kerja mesti mulut tak dok diam. menanya macam2. "sayang, sabun basuh letak byk mane?",  "softener letak byk mane?", "air gula letak banyak mane?", "hanger mane sayangg??". ok lah. at least die suke hati nak menolong.

marriage life is not that easy orang kate, same goes to us. bila saya bertunang boleh kata saya dengan dia tak banyak masalah, ktorang jarang argue. same macam dating2 dlu. boleh kata setahun tu sekali je ada benda nak argue, tapi bila kawen, kita akan lebih mengenali perangai masing2. kadang2 kta tak tahu pon die suke curik bantal peluk kte time tdo! *ok, ini mmg tak bleh blah*, bila husben i solat isyak dalam waktu maghrib. haha. *i'll get to that later* dan macam2 lagi lah kte akan tahu perangai dia. tapi same jugak dengan dia. perangai2 kurang sopan kte dia akan tahu. so dua kepala nak jadikan satu tu mmg susah, apa yang saya selalu ingat. bila ada benda nak argue, i just be silent. *like my mom*, byk bersabar, rumah tangga ni mmg byk pancaroba. eceh ayat! haha. so, pandai2 lah kita :)


eh2, tadi gigih tau saya scroll topik hangat dekat secret group BBF, penjagaan miss V. semangat ni nk pegi cari



ok, cerita husben saya smyg isyak dalam waktu maghrib tu mmg kelakar. *sori sayang, nk tulis gak*.
dekat rumah saya klau cakap mesti nk menang je. nk cepat je. kadang2 saya nak cakap "tolong amekkan kicap dalam peti ais", saya tercakap "tolong amekkan kicap dalam mesin basuh". T_T  mmg mengarut2 lah ayat yang keluar tu. mostly nya. akan tertukar2 camtu lah. so, husben ada bahan lah nak kenakan saya. grrr. geram btol. die mmg ulang2 cakap smp saya tensen.

tapi pada suatu hari, saya nk pegi ikea, gerak lepas maghrib. husben saya ni smyg maghrib awal. masuk waktu dia smyg. pastu saya siap2, dia tak tengok jam ke salah tengok ke tak sure lah. dia smyg isyak! tapi saya tak tahu la die smyg isyak tu. pastu ktorang gerak pegi ikea. then balik rumah, saya nk tdo cakap la. jgn lupa smyg dlu before tdo. dia dengan bangganya cakap. "abg dah smyg td, syg je belum smyg" i was like. T__T aik, kita kan kua lepas maghrib. smyg isyak bilanya. pastu dia tekejut. hahahaha. dengan itu, saya tahu la die smyg isyak dalam waktu maghrib. so, smp skrg sy ada point kenakan dia. saje tanya dia "abg dah semayang isyak dalam waktu isyak dah?" hahahha. die buat muka tensen. ekekeke. love u husben. u really make my day. hahah ;p

Oct 10, 2011

Semakin Lengkap

Assalamualaikum

kisah ni sambungan dari entry {ini}. Ok, first of all saya bersyukur sangat kepada Allah swt, saya dapat suami yang sangat supportive. ^_^ Alhamdulillah. husband saya mostly all the time akan setuju dan bg support je dengan apa kehendak saya. (tapi kehendak yang relevant la). skrg ni saya dalam mood2 designer.LOL. act, saya mmg bekerja sebagai designer. tapi multimedia designer la ye. tapi setelah difikir2kan, whats gonna happen to us next year or upcoming next year. so saya mesti ada something utk belajar supaya dapat dipraktikan masa2 depan. eceh. hehe.

so aritu saya feeling2 nak beli rack tv. (mesti husband saya baca blog ni.haha) beberapa hari lepas dia suarakan hasrat nak ke IKEA lagi. cakap nak belikan rack tv. first tu saya cakap "eh tak pe lah, next time jela" dalam hati "yeay!!" hahaha. hampeh punya bini. dalam2 tak nak saya tu. pegi jugak smlm.

cari punya cari rak tv. jumpa la sesuai dengan rumah saya dan within our budget lagi. then, husband saya cakap "kita beli meja la untuk syg menjahit". minggu lepas saya ada menjahit sikit2. pastu saya jenis cepat sakit belakang klau buat benda terbongkok2. sbb menjahit atas meja kopi je.hahaha. saya ingat nk beli meja fordable tu je. murah sikit la. pastu dah husband nak belanja, baik aku cakap ye. hehehe. *berhasil aku cakap aku sakit belakang" ;p

kesian encik suami penat.

lepas cari rack tv, cari meja utk menjahit, yang pelik tentang harga IKEA ni. meja lain harga, kaki meja lain harga. hahaha. kaki meja rm10 satu kaki. kadang terfikir, ada ke orang beli meja tak beli kaki. T_T, then dia siap belanja kerusi dengan lapik, rack utk car wash, and a few more things yang cikai2 tu mesti nk grab jugak. sbb comeii. encik husband belanja diri sendiri meja laptop je. rm19. 

kaki meja yang berharga rm10 satu. haha
then bila balik rumah, saya lah orang paling seronok nak pasang. eh salah, nak tengok je dia pasang. bermula lah misi pasang memasang. tapi smlm dah disebabkan penat sgt jalan2. siap sesat2 dekat IKEA tak tau parking kete kat mane. haha. ktorang pasang meja dengan kosi je. rack tv kte smbg malam ni lah. 
dah sudah pasang meja menjahit ku itu. senyum sorang2 tengok meja. hehehe. and I LOVE MY NEW WORKPLACE. thank you husband! :) *sbb dah melayang rm500* T_T


sabtu punya cite tak update lagi. Alex Car Wash Grand Opening!

Sep 23, 2011

Ini baru Free Seat

yeay! kan da cakap. tak ley tengok promotion2 ni. mesti menggelupur nak beli. 
agak2 kami kemana ye? 

ok lah. sebenarnya kami balik kb je. kahkahkah. yang ni je free seat. 
saya beli siap2 utk raya haji tahun depan.
hamek kau. raya haji tahun ni pon belum lagi. kemain over aku ni. hahaha.
yang penting dapat murah. klau tak dapat balik pon tak rasa terkilan sgt. murah lg dari tiket bas. wee :)

Sep 15, 2011

Surfer's Paradise Beach


i miss the moment ;(


cold water. like really cold. walaupon sejuk, ktorang cuba jugak untuk main air pantai. time ni sedey gler. we always said "gud bye beach, we will never be here again, but who knows?"



try to sketch "mimi was here" hehe


percutian honeymoon kami boleh dikategorikan dalam most achieve thing in our life. dulu time couple, we were still at university, we always said that. one day, after married we will going to holiday at Australia. but who knows, Australia is the county that we picked for our honeymoon. hehehe. sebab tu ada orang cakap "DARE TO DREAM"
 yup! dare to dream.
and the next is













































InshaAllah, one day.



Sep 14, 2011

Snapshot about my birthday

Assalamualakum
saya ingat arini saya dah tak nak update. tapi teringat cerita birthday aritu belum habis. why dont i just wrap all done. haha. my birthday pon dah lama berlalu. malam tu my FIL as usual akan celebrate birthday each member's. even saya ni menantu je dalam keluarga, lucky me that i have a great family in law. :) *bersyukur*

at first ktorang nak makan dekat Village View bangi. tapi tutup pulak. cuti raya tak habes2 lagi. huhu. terpaksa la pegi makan dekat Rimbun Klasik bangi. very near to Village View. besides SOHO je.


actually, everyone pon hungry tapi still can smile for the camera. even my dad in law tak tengok camera tapi dia senyum tu oi.hehe.cute!

 happy btol muka even though i know that im getting big big big now. no need to think about diet when ur birthday okay. haha


order. tapi i tak prefer sangat makan kat sini. sbb mostly service LAMBATTT! and the food not really taste good either. klau terpaksa tak pelah.


both is my sist in law. my husband is the only son so i dont have any competition (means menantu perempuan lain.haha). and look at the tesco plastic bag. my sist in law made special cheese cake for my birthday. how awesome!!.


my mom in law tu senyum je. she is really kind to me. klau saya balik kajang. she treat me like a guest! everytime!. kadang2 rasa bersalah ada. bangun pagi lambat. keluar bilik tengok mama dah masak. huhu. takpe nanti mimi try masak pulak okeh.hehe


till then!

Sep 6, 2011

Birthday Party for two :)

Assalamualaikum

orang lain sebok post pasal raya. saya mesti la sebok post pasal birthday. becauseee. today is my birthday~  pewitt pewitt. muda lagi ok. (lah sangat!) hahaha. syukur rasa dapat hidup selama 24 tahun ni. dilimpahkan kasih sayang, rezeki. Alhamdulillah, terima kasih Allah 


semalam balik kerja, husband kate nak masak. konon2 lah. ishh. sekali tertipu. pelik jugak ler. masak ape kebenda nye senyapp je kt dapur. haha. die cakap "sayang, after solat maghrib, dapur is kawasan larangan" haha. saya online kt depan. tup2 bawak domino pizza. hahaha. dah agak! mesti tak masak. ekeke

celebrate lah kami berdua. tahun ni special sikit la. klau dulu2 birthday husband bawak makan mane2. tapi tahun ni berdua dirumah.  awww :) tapi malam ni extra celebration. ada jugak lah makan kt luar with my FIL. haha. opss. kitorang every year pon mesti celebrate malam before besday. sbb ikut calendar islam. hehehe. mlm dah masuk hari baru.

surprise surprise! yg bawak kek pon senyum je. haha.

 4 slices of cake. :)
melantak. hehe, tak boleh dah candle light dinner. tak nampak. kang tercekik tulang ayam tu. tak ke naye.

after makan, saya masuk dapur la since dah tak jadi kawasan larangan. hehe. basuh2 pinggan. siap kemas. pegi depan. tadaaaa!! bila masa ntah husband saya letak. 
present! yang dinanti. hehe. 
every year of my birthday, i cried when i read my birthday card. its something special that come from his heart. wuuu. menanges2 baca. sob2.



isi dalam pon dinanti jugak. hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

 husband bagi gambar orang cekci tak pakai baju. hahaha. censored btol lah

♥ ai-sye-teru ♥
 thanks Mr Husband for the surprise. dinner. and present. :) love u more!

Aug 26, 2011

Ucapan raya suami isteri

Assalamualaikum
We would like to wish 
SELAMAT HARI RAYA
to every muslim in the world
esp our family, friends 
and not forget to our readers

Drive safely and 
dont eat too much. 
hehe 
:)

Happy raya everyone!

InshaAllah, if I still got time,
I will update okay ;)

Aug 24, 2011

Cubaan untuk menjahit baju raya

hahaha. don't believe me guys. saya tak pernah jahit baju sendiri. inikan pula baju melayu husband. memang jauh panggang dari api lah. tapi disebabkan nak alter kaki tangan baju melayu husband i. terpaksa lah tunjuk skill jahitan yang tak seberapa tu. hehehehe.

pls ignore my chubby hand ;(
isnin lepas saya pegi la kelim baju melayu husband, sbb dah nak balik raya ni. kelam kabut nak buat semua. aisshh. pastu kedai amoi tu tak boleh jahit pulak. kelim je boleh. saya pon pasrah lah balik rumah. fikir saya kelim tangan sendiri jela. jadi ala-ala tangan baju kurung ler baju melayu husband i. hahaha. kesian. (lepas ni kena belikan mesin jahit)

saya dengan gigihnye menjahit ler. ala. setakat simple sembat tu tau la. belajar dengan mak kat rumah. dah selamat dua-dua tangan. kaki sempat jahit 1. pastu malam td. husband tengok baju. die try. terus cakap

him: Sayang! orng kedai ni tak jahit siap lah baju melayu abg! satu kaki seluar tak jahit.
her: aik. bila masa orang kedai? mie jahit sendiri lah.
him: yeke? bukan antar kedai?
her: T_______T

nak marah pon ada. nak tergelak pon ada bila die cakap camtu. perasan kejap jahitan macam tukang jahit. hahhaha

adoi. husband i ni memang tak tau ape klau cite pasal jahitan ni. saya cakap kelim pon die blur. tapi klau cite pasal machine. mak aih. berbuih mulut. maklum lah, engineer. tapi saya pulak lah tak faham. hahaha. last2 saya akan cakap. mie tak faham satu benda pon. ekeke. :) (balas dendam)

update: baju both siap! satu lagi baju kurung mak jahit kat rumah. purple-licious!. baju T husband dah shopping haritu dekat Alamanda. fuh! lega. ingatkan takde baju raya dah tahun ni. satu lagi kain yg dapat hantaran kawen saya tak pegi anta tailor lagi. ingat nak bawak balik kb je. anta upah sana murah sikit. hehe

Aug 21, 2011

Raya Preparation

Assalamualaikum

camne sume preparation raya? saya so far ok je. preparation pon tak byk sgt buat. biasa-biasa je. 
insyaAllah jumaat depan saya dah bertolak balik kampung. tahun ni first time ni raya bersama suami. hehhe. kinda excited. tapi saya lagi excited sbb raya tahun ni dapat raya kampung saya. yuhuu! 
tahun depan kena gilir-gilir. T_T

baju raya beli dekat pkns shah alam. 

skrg ni baju raya adoi mahal btol kan? mmg susah dah nak dapat below hundred. saya beli ni pon rm1++. grrr. padahal biasa-biasa je. sbb saya nk grey. nk match ngn baju melayu husband. saya beli jugak. 
tapi husband siap cakap, tak pe tak matching pon. tapi saya insist nak matching. huhuhu. gedik pulak kan. hahahah. 

haa..bercerita balik kampung ni, saya balik naik train. act, saya ingat nk drive kete. tapi bila difikir-fikirkan faktor 
1- jalan jam
2- masa
3- penat
4- duit
terus tak jadi. hahaha. saya fikir klau balik drive sabtu baru gerak. mesti orang lain pon gerak sabtu. sume nk keluar pagi. jalan jammmm. mesti malam dah smp rumah. wuu~ so tak nak! mari kita naik pengangkutan awam. saya mmg lagi suke naik train. sbb saya amek tiket katil. so mmg boleh senang je golek-golek sampai kb. hehehe. lagi satu, selamat! insyaAllah :)

lepas ni nak packing barang. saya rasa 1 beg je dah souvenir dari Australia hati tu. pastu campur-campur sikit bju untuk family saya beli kt sini. penuh lah tangan nak bawak nanti. excited ni nak balik main bunga api

souvenir



Jul 6, 2011

Wordless Wednesday


  
2010 Birthday wishes turns reality...

Alhamdulillah.

who knows right?

Jul 5, 2011

Dont simply trust your husband. ini serius!

Kisah ini terjadi lebih kurang 2 atau 3 minggu yang lepas.
saya ni memang jenis percaya orang. 
dah nama laki saya, saya percaya dekat dia.


ok. ceritanya berbunyi begini.
selepas saya kawen, saya hanya tinggal berdua dengan husband di rumah kami
so segala dekat rumah tu saya la yang jaga, 
kemas rumah
makan minum
basuh baju

cerita ni berkaitan basuh baju, 
saya selalu pesan dekat husband, nak isi baju kotor dalam bekas make sure its empty first
baru campak masuk situ.
kot-kot ada important document ke
banyak kali saya pesan

setiap kali tengok bekas baju kotor, saya pesan.

ok.saya percaya. percaya.
bila tiba masa
saya dengan gembiranya hati nak basuh baju.
satu satu baju saya masukkan.
tiba-tiba.....


GEDEGANGGGG!!

bunyi dari dalam mesin basuh.
cepat-cepat saya tengok
cari-cari-cari 
apa bunyi tu sebenarnya.
selak selak baju.
tadaaaa!!

Handphoneee!!!!

and i was like T_______T
muka marah. garang nak mampos.
 pegi depan cari husband,
tengok-tengok dia tengah seronok gelak-gelak tengok tv!
T_______T

oh husbandku. 


tempat kejadian

moral of the story: dont simply trust ur husband kalu part-part camni. dia memang tak tau. so itu memang kerja si wifey la untuk check it first. hehehe
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com