Sep 16, 2018

Shopping di Kmart Australia

Assalamualaikum

Bersiaran lagi harini. Hee. Saje je nak share experience shopping di KMART Australia. Alhamdulillah bulan 5 tahun ni dapat pegi lagi skali ke Australia. Ini dah kali ke 4 pegi down under. 2x pegi goldcoast, first pegi masa honeymoon, second time pegi bawak Rafif. 2016 pegi lagi sebab transit nak ke New Zealand. Sempat explore Melbourne. Dan tahun ni berpeluang lagi ke oz tapi kami pegi Perth pulak. Tapi! Ini kali pertama pegi kmart! Kahhh. Dulu2 tak tau pon apa tu kmart. Meh la nk cite sikit pasal Kmart ni. Just utk panduan sesape nak dtg oz simpan duit sesiap nak habiskan dalam ni je. Hehehe.

Kmart ni nak cakap macam tesco pon tak jugak sebab dia takde jual makanan pon. Nak kata macam kaison pon tidak sbb dia jual baju bajan. Lantak lah macam apa pon janji seronok nak shopping. Kahh! Kami pegi KMART dalam shopping mall. Hari first sampai terus nak pegi Kmart skali hari minggu dia tutup awal. Pukul 5 dah tutup. Bagus tau negara mat salleh ni, diorang pentingkan masa spend ke family. Tapi yang tak bestnya bila aku nak pegi shopping dia tutup awal la. hahaha! takpe next day kami pegi lagi seawal pagi sebab lepas tu nak pegi tengok kangaroo pulak. Ok lah dah jom tengok apa yang seronok sgt Kmart ni

 Dari pakaian, barang deco, mainan budak2 sampai ke basikal pon ada jual. Haha! dan yang paling aku suka ofcourse lah harganya yang amat murah kalau nak compare dengan barangan kita. 


 Barang deco antara yang best tapi mikirkan susah nak bawak balik tu. ku tahan jebatt. Tak boleh nak beriya membeli sangat. 


Rafif punya pilihan. Semestinya dinosaur. Kalini dia amek raptor BLUE yang dalam cerita Jurassic Park tu. Harga $20 boleh bunyi dan boleh scan di tapak kaki dia. Scan di apps kat IPad dia nanti keluar la macam.2 Haih la mainan budak2 sekarang canggih2 kan? mak dlu main teng teng je

Sequin bag ni adik beli dia berkenan sangat. Haha amek la upah jadi bibik. $20

Hahaha senget2 cik Leia naseb tak jatuh teman mak try kasut boot. Naseb la takbeli. Kat sini boots diorang cantik2. and the price mmg reasonable. 


Basikal ada scooter ada. Hahaha! semua adaa

Hahaha dah tdo Leia. Lama sangat ni shopping. Mak tengah pening nak amek tea set yang mana. Last2 amek yang $9 tu. berbaloi2. baru rm27


 Kasut budak2 semua rembat yang murah. 2dollar, 3 dollar. Kena tengok ada yang harga diorang potong sampai jadi 2 dollar. Rezeki anak2 sdara dapat selipar baru.


Yang ni souvenir untuk adik2 ipar. Banyakk pilihan. Kalau korang pegi OZ beli jela souvenir dalam KMart ni sebab berbaloi dengan harga. Kalau beli tshirt bodo2 tulis Australia kat kedai souvenir paling murah pon Rm50.. Huuu.

Ok lah tu banyak dah beli barang. Geleng2 kepala jela encik suami tengok mak shopping. Naseb la bonet kereta sewa tu besar.

Gini kejadiannnya. Hahaha! Sekali dengan shopping di COLES tuuu

Barang sape la paling banyak tu??

..
..
..
..


Harus la barang budak ni. Sampai ayah kena beli luggage baru kt sana sebab banyak sgt mak shopping barang dia. Hahaha!

Kalau korang ke Australia jangan lepaskan peluang untuk pegi shopping di Kmart ok! seronokk sangat. Rasa tak nak balik. (overnyaaa) atau sapa2 pegi OZ kirim la barang dari Kmart sebab kalau nak beli dari Personal Shopper mahal! Harga barang darab dua. tak masuk postage lagi. 
 

Kalau nak kesana boleh la usah2 website dia KMART AUSTRALIA and boleh check location mana yang paling dekat dengan korang. Ataupon korang boleh waze je bila dah sampai sana. Senang hidup!

*********************************************************

Nanti ada masa nak review tempat makan HALAL DAN SEDAP di Perth ok!

1 comment:

anez zamri said...

Wahhhhh lagi mi!tak puas baca HAHAHA

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com