Tuesday, October 25, 2011

sometime it's not that easy

Assalamualaikum

kembali lagi setelah tak update 2 hari. eh 2 ke? sbb smlm saya ada training flash cs5. arini pon ada, tapi habis awal. *berangan nk balik awal, tapi tak balik pon*  sebab teringat dekat baju nk jahit..aaaa..addictednye aku. kahkahkah.

saya rase jadi isteri yang bekerja ni tak dapat nk buat ape sgt kat rumah. sebab bila balik kerja dah penat. dalam otak ni fikir macam2, baju nak basuh. walaupon mesin yang basuh. ;p nak lipat baju. kemas rumah, masak lagi. aaaa.. saya paling fail bile masak. kadang2 punya lah bersemangat nk masak. balik rumah bkk pintu terus pegi dapur tung tang tung tang masak. husben biasanya lah. on9 kat depan. badan penat masyaAllah memang penat. last2, terus cakap kt husband. esok otw balik rumah beli nasi kukus ayam berempah kt depan tu lah. malas dah nak masak. hahahaha. luckily my husben mmg sporting bab2 ni. die on je. mungkin disebabkan dia dah biasa makan kat luar. my MIL teacher kindergarden, die mmg super duper busy. die owner kindergarden tu. dengan nak mengajar lagi. nak pick up budak lagi. so most of the time. my MIL mmg tak masak. jadi makanya, yang untung adalah saya!! hahaha. kenape? sbb saya kawen dengan anaknya!

ok here's the story, kadang2 saya terfikir, klaulah mak mertua saya tu macam mak saya, which is suri rumah tangga dan super duper pandai masak. *mak je pandai, anak tak pandai* T_T. mesti die tensen kan dapat menantu macam saya? mak saya pandai masak, mmg pengemas orangnya, pandai menjahit, pandai menyanyi (ok, yang bab menyanyi mmg turun temurun ke anaknya yang ini. hahahah) mesti die kaget kan dapat menantu yang serba tak tahu ni.. tapi nasib lah itu mak saya. mak lebih mengenal anaknya macam mana. :)

tapi so far stakat ni ok. klau saya tensen sangat. dengan rendah hati saya cakap je terus kt husben, nanti tolong2 la mie basuh baju, kemas rumah ni ek. lebih senang cite saya berleter lah. walaupon die dengar sipi2. *nampak sangat aku cakap sorang2*, resultnya Alhamdulillah, nampak dah la skrg die byk tolong saya kt rumah. tp biasa lah lelaki, bila nk buat kerja mesti mulut tak dok diam. menanya macam2. "sayang, sabun basuh letak byk mane?",  "softener letak byk mane?", "air gula letak banyak mane?", "hanger mane sayangg??". ok lah. at least die suke hati nak menolong.

marriage life is not that easy orang kate, same goes to us. bila saya bertunang boleh kata saya dengan dia tak banyak masalah, ktorang jarang argue. same macam dating2 dlu. boleh kata setahun tu sekali je ada benda nak argue, tapi bila kawen, kita akan lebih mengenali perangai masing2. kadang2 kta tak tahu pon die suke curik bantal peluk kte time tdo! *ok, ini mmg tak bleh blah*, bila husben i solat isyak dalam waktu maghrib. haha. *i'll get to that later* dan macam2 lagi lah kte akan tahu perangai dia. tapi same jugak dengan dia. perangai2 kurang sopan kte dia akan tahu. so dua kepala nak jadikan satu tu mmg susah, apa yang saya selalu ingat. bila ada benda nak argue, i just be silent. *like my mom*, byk bersabar, rumah tangga ni mmg byk pancaroba. eceh ayat! haha. so, pandai2 lah kita :)


eh2, tadi gigih tau saya scroll topik hangat dekat secret group BBF, penjagaan miss V. semangat ni nk pegi cari



ok, cerita husben saya smyg isyak dalam waktu maghrib tu mmg kelakar. *sori sayang, nk tulis gak*.
dekat rumah saya klau cakap mesti nk menang je. nk cepat je. kadang2 saya nak cakap "tolong amekkan kicap dalam peti ais", saya tercakap "tolong amekkan kicap dalam mesin basuh". T_T  mmg mengarut2 lah ayat yang keluar tu. mostly nya. akan tertukar2 camtu lah. so, husben ada bahan lah nak kenakan saya. grrr. geram btol. die mmg ulang2 cakap smp saya tensen.

tapi pada suatu hari, saya nk pegi ikea, gerak lepas maghrib. husben saya ni smyg maghrib awal. masuk waktu dia smyg. pastu saya siap2, dia tak tengok jam ke salah tengok ke tak sure lah. dia smyg isyak! tapi saya tak tahu la die smyg isyak tu. pastu ktorang gerak pegi ikea. then balik rumah, saya nk tdo cakap la. jgn lupa smyg dlu before tdo. dia dengan bangganya cakap. "abg dah smyg td, syg je belum smyg" i was like. T__T aik, kita kan kua lepas maghrib. smyg isyak bilanya. pastu dia tekejut. hahahaha. dengan itu, saya tahu la die smyg isyak dalam waktu maghrib. so, smp skrg sy ada point kenakan dia. saje tanya dia "abg dah semayang isyak dalam waktu isyak dah?" hahahha. die buat muka tensen. ekekeke. love u husben. u really make my day. hahah ;p

3 comments:

Fariza said...

hik3. sweetnya. comel sgt kan :)
hari itu fariza ckp kat adik, '' tlg ambil bj kakak kat dlm peti ais''. adik fariza buat muka pelik pastu kata, mana ada bj angah dlm peti ais (adik i g buka peti ais tgk) hahahahaha.

* adik 5 thn layan kakak dia. ha3

amalina baharuddin said...

hehehe .. klakar part , kicap dalam mesin basuh .. ema pun penah jadi mcm tu , :)
cakap bnda yg mngarut .. tp sweet taw .. leh wat org gelak .. :)

kizzy tf said...

ngeheee comel je! oh ya thanks for the info pasal pregnancy tu. sgt membantu!

*ya life after marriage is not as easy we thought. banyak sgt cabaran nya kan. sy pun br kawin, baru sebulan tp dugaan punya la banyak. esp pasal perangai la haha.

God bless u & family. keep in touch on blog ^^