Pages

Sep 23, 2013

Senang ke travel dengan anak?

Assalamualaikum

Haa, kerlas tajuk entry kan. Sebenarnya ramai yg tanya i (walaupon aku ni takde la banyak sgt berjalan)  senang ke nak travel dengan anak kecik. Dan jawapan yg aku bagi ofkos Bukan senang!! 

Ok, pertama kali aku travel jauh sikit la dengan Rafif, ktorang ke Jakarta bulan september tahun lepas. Waktu tu Rafif baru 2 bulan lebih. And that time fasa Rafif menangis pon belum habis. 

Serius weh. Letih. 

Dan yang paling TERPENTING IALAH SABAR!


Kahkahkah, rambut pon kena makan dek bantal lagi waktu ni. Ngee. Ktorang pergi Jakarta atas urusan adik ipar widusi. Atau lebih di kenali dengan konvo lah! Huu. 

Mula2, yg perlu fikir bila nk bawak anak ni mesti barang2 keperluan dia. Contoh
-Kite pegi Jakarta tu suhu negara Indonesia tu sama jela. So baju bajan tak perlu bawak yg jenis lain. Sama lah mcm kite kt sini. Tp kena bawak extra. Mane lah tau. Poo poo terlebih ke. Cirit ke. Banyak nak kena bawak (luggage mmg kena amek banyak okay!
-Pampers die kena kira btol2. Macam Rafif i estimated pampers paling komang utk 24 jam tu akan guna 4-5 keping. So darab lah brape hari kite nk bercuti tu. Tapi jangan risau, kalau bawak sikit pon masih boleh beli kat sana. 
-Disebabkan waktu tu Rafif masih lagi hanya menyusu badan, so tak perlu fikir makanan die. Mmg confirm2 aku bawak. Melekat kt badan. Lol! Masa pegi europe trip haritu i bawak nestum je utk Rafif. Klau ikut kudrat hati ni nak je hangkut dengan blender bagai. Tp.... Byk pulak lah kena fikir hai.
-Ubat ubatan die. Wajib! Especially, sedut hingus pegion kegemaran i tu. hehe. Ubat syrup demam. Minyak yuyi. Termometer. Cool fever! Vicks. Eh macam2 la. Kena bawak la. Nak2 lagi klau kite travel overtheriver ni. 
-carrier dan stroller. Penting! Klau masa pegi Jakarta dlu Rafif masih dua bulan. So i dukung je. Ala. berat die brape je waktu tu. Sekarang ni dah sekampit beras. Hmmp! 

Waktu pergi Indonesia tu kite ada pak supir. Bawak dari Jakarta ke Bandung. So takde masalah transport waktu tu.


Waktu Rafif dah menjangkau usia 6 bulan. (belum masuk) kitorang menapak ke negara jiran Singapore. Waktu ni Rafif very the behave. Aahh. Bestnya pegi Singapore siap masuk USS. Die rilek je kena tolak. (klau lah sekarang ni masih boleh behave macam tu)

Sekarang ni aku rase tinggal kenangan jela. Lol! Masa pegi singapore i bawak stroller je. Plus i pegi Singapore naik kete. So takde masalah luggage ape sgt. Berguna sgt la weh stroller ni. 


Waktu ni baru menjejak kaki ke dalam A380. Peringatan lah untuk ibu bapa nk travel jauh. Please lah booked bassinet skali. Masa dalam flight (waktu ni Rafif blom dapat kaki) Rafif hanya dok main kawasan itu je. Die tak memberontak sgt lah. Bagus! Plus satu bonus bg i bila Rafif jenis layan video karton2 ni. Phew. Selamat di situ ye. Klau ada smartphone ke. Kasi bukak la biar budak layan video. At least takde la ko nak kejar mengejar di langit tu kan. 


Tgk la die. Rilek je layan cite. Kahkahkah. Walaupon 13 jam nak smp London. Die sikit pon tak merengek pape. Rase mcm tak percaya lak anak sebaik ni. (apa punya mak la


Hanya tdo je dalam bassinet. Hehe. Sebelum beberapa hari Rafif nak sampai setahun. Die dah jejak kaki di London. Naseb lah ibu pinjam boba carrier dr ibu put. Dan bawak jugak buggy. 

Waktu ni dalam Primark. Menyoping lah ibu. Naseb la ada buggy ni. Sbb boleh la die tdo dgn nyenyak. Plan sebenar tak nak pon beli buggy. Tp bila mydear buat warehouse, terpaksa lah beli (alasan sangat)

Rafif klau tempat sejuk gini kemain die tdo. Die mmg banyak tdo je waktu awal2 smp london. Maybe die jetlag lama sangat. Hahaha. 

Penting!: Kalau ke negara sejuk, sila bawa sekali sweater, jaket, coat lebih untuk anak. (walaupon pegi waktu summer) extra bawak stokin yg panjang dan juga glove. Glove ni boleh beli kt daiso je murah2. 


Masa ke Paris bila Rafif setahun. Kami bawak jugak buggy die. Tapi tak praktikal sgt when we have to travel using Metro. (sebab kat Paris tak sewa kete). Dekat Paris ni Metro die underground dan takde life. So bayangkan penatnya husband nak angkat beg besar dgn buggy tu lagi. Waktu tu kesian giler la dekat hubs. Berpeluh2 angkat beg. (banyak bag sbb skali dgn Fil) fil i walau lelaki tp dia pon dah tak larat kan. So pepandai la korang fikir camane laki ku hangkut beg kami. (rase nak nangis--walau aku pon tolong angkat skali beg kecik2 dengan Rafif lagi) so buggy tak praktikal waktu ni.

Nota kaki: Kalau melancong ke negara 4 musim ni, tolong lah bawak vaseline dan krim sebamed. Setiap kali mandikan anak. Sapu minyak yuyi tu bagi panas badan die. Sapu seluruh badan termasuk muka dengan krim sebamed tu. untuk elakkan kering dan menggelupas. Setiap kali keluar dan terdedah dgn angin sejuk rase selamat sikit kulit kite. (amek iktibar dari percutian di Gold Coast)

Itu jela kot nak kongsi, bawak baby ni memang penat dan kite perlu sabar sabar sabar (aku pon kadang2 tak sabar gak). Tp percutian tu lebih bermakna klau kite bawak anak kite skali. Kira mcm klau tak bawak ni tak complete lah hidup. Bagi aku la kan. Ada jugak org suke tinggalkan anak dekat atok ke sape ke suh jaga. Hohoho. Not me! Jangan kusutkan fikiran, they deserved to go holiday jugak. Kesian woo tak bawak. Walaupon die bukan tau pape. Hihihi. Besar nanti tengok gambar jela. 

Till then...

14 comments:

safurara said...

ok.Bossinet! kena ingat tu~ hehe.kalau g tahun depan.princess boleh ke lg duk dlm carrier? mau patah pinggang.ok pampers kena bawak banyak.huaaaa takut lak rasa.kalo rara mmg nangis dh.salute kat mimi!

mama leen said...

nasib rafif sorang.. macam saya ni dua org.. lagi nangis kot.. hehe

Aty Fared said...

Iyer ar mimi...yg pnting adalah kesabaran ngn anak tu...huhu

anez zamri said...

berseri mimi gambar pakai shawl hitam tuh..
bestnyaa..teringin nak pergi negara orang pulak..

Nadt said...

kesabaran dengan anak tu yang penting. budak yang pengasuh jaga sama ni pernah kena tinggal seminggu ngan pengasuh sebab mak paknye nak pi cuti2 ke indon. alasan tak nak bawak anak sebab nanti anak cranky, susah nak shopping. alahaii..ntah la, lain orang lain pendapat kan..

DYatie ABakar said...

terima kasih! terima kasih! tapi tah bila tah nak pergi jauh2 gitu? hahahaha.

Cik Puan Mimi said...

@rara--insyaAllah. Carrier masih lg boleh bawak. Plus carrier boleh guna lama kan. Smp budak 2 3 tahun.

@mama leen--klau dua saya pon xtau camane lak nnt. Hehe

@aty--ye aty, itu kuncinya

@anez--awwww. Malu la iolss..

@nadt-- tula, tau ada org buat gitu tp kesian kan kt budak2, lain org lain pendapat

@yatie--insyaAllah one fine day. :)

fifi said...

hebat rafif ni tau sebab dah dapat jalan sana sini dari baby..

Chekgu Azrine said...

Kata kunci bila holiday dgn anak kecik is sabar kan?akk pun jenis kdg2 kurang sabar gak..hahaha

yanamib said...

yey sama la kita..pi memana wajibbbb angkut anak! lantak la org nk ckp x enjoy..apa x cukup lg ke enjoy zaman bujang tuh??grr~

yups klu travel nek flight jauh2 better amek bassinet seat..sgt membantu..

lg 1 kelebihn bwk ank, kita sentiasa dpt priority..esp bila time kena beratur2 ni..mcm nek flight..smpi lmbt, tp dpt msk flight awl..kahkah best!! ^_^

sarah shamsyul said...

Sama ngn i.g memana pn sgup angkut ank skali even bsusah pyh pn xpe.mmg rs x complete klu xda ank bsama.cuma klu g tmpat y x sesuai tu,mgkin akan tinggalkn ank tp xda la nk enjoy2 smata then x bw ank.xleh xleh.pnyeri y suke ngamuk xda.hihi

Unknown said...

Org cakap, jgn ajar anak tido pakai buai. Nanti nak berjalan susah. Pernah gak jumpa kawan2 yang anak dia tidur buai, nak pergi mana2 pun kenalah bawa buai. Rasanya kalo holiday yg naik flight lagi la susah citer. Kena tunggulah baby tu betul2 dah besar.

Unknown said...

akum,ujung thn ni kmi sekeluarga nak ke london tp nak tye ble ka anak umur dkm 8,5,2 thn dduk dlm 1 blik dgn mak ayah

Cik Puan Mimi said...

Emelda-maksud awk tdo dalam hotel ek? Depends on hotel tu kot. Tp klau biasanya hotel tak boleh lebih dr 2 kids kot,

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com