Thursday, July 26, 2012

Kasih ibu kepada anak

Assalamualaikum
*cuba bayangkan*

Ko tengah pantang, tapi berpantang rumah mak mertua. Takde sape peduli tentang ko dengan anak ko. Mak mertua hanya tolong basuh baju je. Nk makan kena masak sendiri. Rumah takde dapur gas, dapur arang je. Tiap hari makan ikan rebus goreng yg sah2 bukan makanan org pantang. Menitik air mata stiap kali makan. Tp klau x makan lapar plak. Tp rumah tetap kena nampak bersih kemas. Anak pakai kain lampin bukan pampers. Tiap kali anak berak kena basuh sendiri kain tu. Turun plak jemur. Anak menangis berlari dapatkan anak.

Ya Allah besarnye pengorbanan MAK AKU!!

Bersyukurnya aku berpantang gler heaven. Tak patut aku nk merungut sikit pon klau nak dibandingkan cerita mak aku tu. Bila mak bercerita baru aku tau betapa peritnya kisah hidup mak aku. Bila skrg, kasih ibu kepada anak dah ada 2 maksud. Kasihnye mak aku kepada aku dan kasih aku kepada anakku.

Aku berpantang mungkin tak seheaven org lain. Bg aku proses pantang ni bila bab aku takpe aku telan je perit skali mana pon. Tp bila bab anak laju je mata ni mengalir air mata. Awal lepas melahirkan iqi, susu badan aku kurang. Aku admit aku bukan fully bf. Aku rela ketepikan ego nk fully bf bila aku x sanggup nk tgk anak menangis lapar. Yup. Susu fm jawapannye. Husband dah get ready S-26. Aku bersyukur tgk anak dapat tdo nyenyak balik. Tp bila iqi dah biasa dengan botol, die refuse direct feeding. Time ni aku rase kejam bila aku sua jugak breast nk bg die hisap sbb nk suh aku byk susu. Yg pam tu jgn cakap la. Setiap masa pam. Bg aku pam sgt membantu. Sbb awal2 aku x berurut lg. So pam la tukang urut aku.
Nk dijadikan cite. Aku pantang kt kb. 8jam perjalanan dr kl. Bila dah smp rumah nurse kk dtg melawat la kan? Boleh plak die ckp iqi slightly jaundice. Hati ibu ni runsing jgn ckp la. Dah org kate bg minum susu ibu baik kuning. Aku plak seksa nk kuakan susu. Bila aku cakap nk start berurut. Ada pulak makcik2 cakap jgn berurut lg sbb ada jahitan kt bawah tu. Bahaya. Tp aku tak kira. At least berurut utk banyakkan air susu xpe dah. Esoknye nurse dtg lagi. Pelik bila nurse ni cakap eh xde pun kuning ni. Or mungkin dok tepi langsir kuning yg reflect cahaya. Pulakk!! Aku ni punya la risau nk mati. Mak aku mandikan iqi dengan daun inai. Mmg bagus elak kuning. Orang kate, bby akan kena kuning dalam masa 10 lepas die lahir. Klau takde dalam 10 hari insyaAllah mmg takde la tu. Aku tak abes2 counting days. Alhamdulillah iqi tak kena kuning. Haa. Lepas cite iqi, nurse dtg check jahitan. Kena pulak nurse kk mcm singa dtg check. Yg baik tak check pulak. Geram aku. Die cakap jahitan tak cantik. Sbb aku tak jaga elok2. Tp makcik aku cakap sbb aku dudukkk je dalam kete 8 jam. Mmg ler. Plus aku lepas bersalin dan2 la batuk gler. Setiap kali batuk rase ngilu kt tempat jahitan tu. Jahitan aku pulih after 10 hari. Aku mmg tak lokek guna ubat luka tu. Aku main curahh je. Sbb tak sabar nk cepat baik. Mmg seksa nk duduk nk menyusu. Tkpe sabar mimi sabar.

Hari ke 7 dah aqiqah, cukur jambul dan menamakan iqi. So far so good. Esoknye husband dah nak balik kl. Sedih masyaAllah. Tau la bila aku ni manja nk mati dengan husband. Semua benda die buat. Bila die balik 100% bergantung dengan mak. Kesian mak. Then, satu lagi dugaan datang. Bila bgn menyusu iqi waktu malam, dengar perut die bunyi krukkk krukkk. Kembungkah? Tp die kentut ok. Berak lg ok. Bila perut die bunyi mesti die nanges. Sedihh wei bila tgk die nanges. Aku usaha la. Org tua cakap cari daun ape ntah rebus bg minum air kt die sikit. Mak aku pon buat la. Tak jalan. Rase macam seminggu jugak la perut die bunyi. Tp tak kuat. Paling aku tensen bila ayah aku ni jenis x suke g klinik. Nk mintak tolong mesti tak endah. Grrr. Last2 along belikan ubat. Hurm..

Sebulan dah masa berlalu. Sebulan menjadi ibu. Tak semudah yg disangka. Nak2 lg bila iqi asyik menangis je. Bila die menangis ofkos la aku pon meraung sama. Risau ya Allah. Aku nak yg terbaik utk iqi. Pegi klinik takde sakit pape. Last2 kita g jumpa ustaz. Kenapa die asyik menanges je. Aku ada google2. Biasa bby die nampak macam2. Die takot so die menanges. Betul la ustaz tu cakap. Mungkin die nampak apa2. Mungkin sahaja. Kita tak tau jugak ape masalah die. Aku try apa yg ustaz tu suruh. Mandikan dengan air yg die dah baca ayat quran. Dengan limau nipis. So far tgk die menanges kurang sikit la. Tp skrg aku pon dah kebas dengar die menanges. Dah takde ikut meraung skali. Huhu. Bila google jugak ada 1 sebab kenapa anak menanges. Ibu yang kelam kabut. Ye betul. Awal2 tu die menanges mesti la aku kelam kabut. Hurmm. Ada betul jugak la.

Pernah dengar tak orang cakap budak suke menanges cepat besar/gemuk? Yelah! Mane tak nye sbb tiap kali menanges mesti nk bg nenen. Sikit2 nenen. Huhuhu. Iqi timbang sebulan dah naik 1.4 kg. Jadi 3.74kg. Wuhuu. Anak ibu cepat besar. Huhuhu. Husband everyday call tny iqi buat ape. Iqi ape kabar. Huhu. Ibu tak nak tny ke? Haha. Ibu baru loss 10kg ni. Sob sob. Tp nampak sama je. Takde berubah pon aku ni. Yela. Makan menambah2. Hehehe. Abes laaa.

Lagi 2 minggu aku nak balik kl dah. Tengok la camne aku jaga sorang2. Chayokkk!!!


Monday, July 16, 2012

Kronologi bersalin

Assalamualaikum

Ok. First of all saya mmg bersyukur Alhamdulillah proses bersalin dah selesai. Syukur syukur syukur. Itu je yg boleh diucapkan. Pengalaman bersalin anak pertama bg saya mmg menyeronokkan walaupon sakit tuhan je yg tahu. Huhu.

Nak jadikan cerita. Saya sakit tak lama. Sama macam mak saya. Dah keturunan agaknye. Tp rase sakit contraction tu sama je rasenye dengan org lain. Saya tunggu punya tunggu bila la bby nak keluar ni kan. Time tu dah 39w. Saya punya la rajin pegi berjalan taman la, pegi shopping complex la. Nk cepatkan proses bersalin punya pasal. Ari2 husband dok cakap. Malam ni kot rase sakit. Heheh. Time tu saya mmg dah x g keje. Cuti awal. Hari selasa 26.6 tu saya bosan dok rumah. Cakap kt mak jom kte g tgk mael lambong. Hehe. Siap tgk movie dlu. Malam tu nak tdo macam biasa je perut.

Bermula kisah.
27.6.12 5.30am.
Perut saya mengeras je. Langsung tak rase sakit perut. Tak pecah air ketuban ke ape. Saya gtau husband, abg perut mie mengeras. Nk beranak dah ke? Huhu. Husband mmg semangat aje nk g spital. Saya g kejut mak bilik sebelah. Mak perut mengeras. Nk bersalin dah kot. Try jela g hospital. Klau doctor suh balik kte balik.
Saya mandi solat. Mak siapkan beg. Rebus telur buat milo. Saya makan. Sedapp. Hehe. Sempat saya rendam air akar fatimah. Cepat wooh akar kembang.

Lepas tu ktorang bertolak g KPMC. Husband bawak biasa je. X laju pon. Saya siap boleh menyanyi2 lg dalam kete. Now u just somebody that i used to know. Lol. Smp je KPMC saya cakap x yah bawak beg lg la. Kot2 kena balik plak. Pegi counter bg buku cakap perut saya mengeras. Die tgk lg 2 hari nk due. Saya tny doctor Jamil ada x? Saya nk dengab doctor Jamil je sbb saya mmg follow dengan die je. Naseb baik die mmg ada sbb doctor Mimi el.

8.50am
Nurse bwk pegi level 2. Pastu kt pintu bilik tu dah tulis labour room. Aikkk. Aku nk beranak dah ke? Rupanya nurse nk cek jalan. Jeng jeng jeng. Nurse seluk tgk dah 3 cm. Saya x sakit ape lg. Nurse terus pecahkan air ketuban. Mak aihhh. Panjangnye benda alah tu. Die masukkan tetiba rase panass je kt bawah tu. Air ketuban dah keluar. Pastu nurse masukkan ubat berak. Huhu. Nurse suh saya masuk bilik dlu. Saya turun katil siap boleh berjalan pegi bilik. Saya tny. Mane husband saya?. Dalam bilik. Mane bilik saya? Nurse tunjukkan bilik. Tgk ada my mom. Nurse pesan suh makan dlu. Husband belikan nasi lemak sotong. Pergh. Kali terakhir saya makan nasi lemak tu. Huhu. Then tunggu la dlu. Nurse dtg lg dalam beberapa minit. Check jalan lg. Dah 4cm. Perut mmg mengeras jee. Nurse cucuk masukkan air. Adoi sakit tau x? Lepas cucuk air tu saya siap makan menyembang2.

9-10am.
Dah rase contraction sbb die masukkan air tu. YaAllah sakit susah nk cakap. Saya just tarik napas dalam dalammmm. Hembus. Ada la nurse yg ajarkan. Saya ikut je rentak nurse tu. Pastu dah selang brape minit. Nurse dtg cucuk ubt ngantok kt bontot. Adoi mengantok gler lepas tu. Tp saket tu tetap sama. Tiap kali contraction tetap rase sakit. Bertahanlah wahai hati. Mak dok urut kaki bg kurangkan rase sakit. Husband teman kejap2 sbb tengah settlekan hal pmcare tu.
Dalam pkl 10lebih mil dgn fil smp. Saya mmg x bertenaga dah nk bercakap. Terbaring je. Haha. Contraction dah makin kerap.

11.30
Nurse dtg lg check bukaan. Yeay dah 6cm. Nurse kate dah bley tolak masuk labour room. Saya pon naik la wheelchair pegi labour room. Sempat cakap dengan mak. Mak doakan mie. Sob3. Tp xley sedih sgt. Huhu

11.30-12.
Husband mmg teman je dok sebelah. I keep teeling him. Abang, sakit bang. Biar die tau sakit nye rase nk beranak ni. Pegang tangan die punya la kuat. Tak lepas even sesaat. Takde nurse dtg lg. Smp pkl 12 nurse check lg bukaan dah fully bukaan. Kejap je doctor Jamil datang. Nurse dah suh push.

12.10
Proses push pushing. Hehe. Nurse suh push. Saya ada jugak la push terkeluar bunyi. Hehe. Nurse cakap jgn bunyi. Teran macam org nk marah. Terannn lah hai. Tetiba doctor cakap kepala bby senget sikit terpaksa vacuum. Dengar la mesin vacuum bunyi.

12.20
seingat saya lepas tu saya pushhh 2x dan terasa benda terkeluar. Dan bunyi waaaaa. Mak aih kuatnye suara. Hehee. Allahuakbar! Saya jerit. Huhu. Nurse dtg tanya baby boy ke girl. Saya cakap boy. Die x letak pon dekat saya. Terus bawak bby pegi. Doctor mula proses jahit menjahit sbb td die dah toreh. Seriously x terasa ape dah. Husband masih setia temankan saya. Sempat husband kiss kt dahi. Pastu die pegi amek baby. Bawak dtg kt saya. Baru dpt tgk my baby.
Weee. Comelnye baby. Terus cakap Assalamualaikum anak ibu. Baby diamm je.

Alhamdulillah. Pengalaman bersalin saya tak sesukar yg saya gmbrkan. Tp pengalaman menjadi ibu baru penuhhh dugaan. Nanti saya cerita next entry ye.

Sunday, July 15, 2012

Say Hi to Me! and my little prince!

Alhamdulillah. 
Saya selamat melahirkan baby boy pada 27.6.2012. 
tepat jam 12.20 tengahari. 
MOD: Normal
Weight: 2.7kg
Kajang Plaza Medical Centre. 

Syukur Syukur Syukur!

Muhammad Rafif Rifqi bin Ridzwan



Next update! kronologi bersalin! =)