Last week kita dah datang pd tiga beranak ni. Macam biasa lah hubs keje. I cakap. Hubs jom pegi singapore before hubs pegi labuan. Sambil2 gelak. Konon mcm tipu2 lah. Saje je. Hubs cakap. Aah lah. Nnt nak pegi labuan sebulan. I ngn Rafif balik kg sebulan. Act, nk ikut g labuan. Tp disebabkan hubs keje smp mid night. Mesti bosan nk mati sebab sebulan terkurung dalam bilik. So i tak pergi. I siap pesan. Nnt abg duduk hotel bajet. Wakaka. Duit bley simpan. Then boleh claim 10k. Wakaka. Kira bini akauntan konon2. Padahal matematik berterabur. Eh nak cite pasal apa sebenarnya ni? Ni aku malas nak update blog ni. Haihh
I pegi singapore naik kete. Mmg kena naik kete pon. Susah wei brg penuh kete. Barang Rafif dah separuh kereta. Camne? I plan nk beli buggy. Konon jimat space la kan. Rupanya tak sempat nk g beli. Bawak jugak la stroller. Tp serius berbaloi bawak stroller. Hurm. Act. Senang je masuk singapore dgn kete.
Ada lesen.
Roadtax hidup
Bawak geran. Incase mintak tp tak pon.
Pasport.
Isi minyak penuh2 kt Johor.
Kita kan first timer. Kena isi borang putih. Die cek kt imigresen gitu je. Tak perlu nak turun kete bagai.
And kena beli autopas untuk pay parking. Mcm kita touch n go. Beli dekat bangunan B. harga x sure brape dollar. Tp imigresen nnt akan cakap masuk mana. Dont worry.
And u must hv gps. Kena lah update yg baru ye.
Klau masuk singapore sabtu untung. Sbb takde tol. Die panggil apa ntah. Tak amek tahu. Weekend xde tol. So bley masuk bandar. Yippi.
I masuk singapore terus ke uss. Walaupon i x naik ride. Konon nya bawak bby lah kan. Klau tak bwk bby pon i tak naik gak. Hahah. Penakot!.
Kita jalan2 je. Masuk ambil gambar and shopping. Mcm 4d shrek i masuk. Tp duduk dekat stationary seat. Hahah. Keras je kusi tu. Org lain punya lah. Turun naik kusi dia. Kitorng klau naik yg tu mmg terbalik lah Rafif. Dah la die mcm takot tgk screen tu. Org lain pakai spec. Die nampak yg blur lah. Hehehe. Pastu i naik yg madagasca. I yg beriya. Yang2, jom sini. Yang. U amek gambar. Haha. Naseb hubs mmg tak suke bergambar. Muka i dgn Rafif jelah. Hurm.
Ok. Sebelum terlupa. I nak cite pasal stroller. Kali ni mmg i guna btol stroller. Klau i beli buggy i tak rasa buggy bley tampong berat semua brg. Beg storksak i dah berat gler. Macam2 ada dalam tu. And i shop kt sana. Sume gantong je. Berat nak pegang. I tgk mat salleh sume pakai stroller. Muka asian ada lah sikit je buggy. Mungkin x boleh nl buat lasak sgt. And most stroller yg ada maclaren. Tempat pertama la tu. Tp stroller i bestt. Kanopi die bley cover btol. Yg maclaren anak mat salleh sume tutup pakai kain. Panas wei. Rafif tertdo panas gitu je. Naseb tak mengamok. Sbb die bergerak je kan. Klau stroller brenti haaa. Problem. Hehehe.
Masuk uss 75 dollar kot sorang. Tak ingat. Bby tak kena la. Child 4 y baru kena. Lepas g uss i balik rumah mak lang. Makcik hubs dekat ang mo kio. Jimat hotel dah. Kita tdo rumah makcik. Malam tu abg aki bawal jenjalan tgk marina bay. Merlion. Seronok. Singapore malam2 mmg happening. Tp i dah tak larat. Rafif pon.
Next day kita pegi sentosa island lagi. Memandangkan nk pegi ocenaria tu. Gagahkan kaki lagi. Oh lupa. First day pegi uss. Parking kena 26dollar. Phew. Ko darab lah sendiri. Masuk ocenaria best jugak. Tgk ikan. Tp sama je macam aquaria. Kita keluar. Parking kena 15dollar. Masuk ocenaria tak sure plak brape dollar. Huhu
Kita gerak terus ke singapore flyer. Alahai gayat. Masuk 33dollar sorang. Sekali pusing je. Dalam 40 -45 minit. I mmg takot gayat sikit. So i dok diam je. Anak cina tu main lari2 plak. Grr. Permandangan cantik sgt. Kagum tgk. Tp i tgk gitu2 jelah. Haha. Gayat weh.
Lepas naik tu i tak solat lg. I tny ada x prayer room. Takde. Sedih. Takpe lah cari masjid. Taip je mosque dekat gps keluar masjid sultan. Cantik. Cuma tempat amek wuduk kt luar. Leceh. Amboi. Komen kan. Hahaha.
Pastu dah solat beli souvenir depan tu je. Kita pon makan malam sekaligus. Dekat bushra cafe. I tgk menu ikan siakap tomyam terus duduk je. Lenguh kaki. Kena dalam 50dollar. Makan utk 2 org. Tapi Alhamdulillah sedap. Baru kita balik ang mo kio balik.
Dua hari berjalan mmg tak cukup. Malam tu sembang ngn mak lang. Baik sgt makcik hubs tu. Die cerita camne didik anak. Rumah die pon i tgk byk poster yg zikir tu kan. Cara sembahyang. Ala. Yg kita tampal tu. Dah lama. Maksudnya mmg dr anak die kecik die ajar gitu. And ada artwork anis anak dia dr anak die umur 10 tahun. Ingt kata2 dia. Anak buat camni. Puji die. Tp kita cakap klau next time buat cantik sikit lg bagus. So anak akan berusaha lebih. Byk lah nasihat dia. 1 pg baru tdo.
Esok kitorng dah gerak balik johor. Mak lang ikut skali masuk johor pegi makan je. Then ktorang check in hotel. Penat sgt. Tertdo je dgr firework tp malas nk bgn tgk. Esoknya gerak awal nk g jpo pulak.
Ada la beli sikit2 je. Butik mahal2 tak brani nk masuk. I nak belikan hubs wallet. Tp die ckp xpe. X pakai sgt. So belikan die kasut je. Nk pakai nnt holiday june. Yippi. I cari jugak kasut kt clark. Dah berkenan takde size plak. Adoi. I beli jeans je kt levis. Murah. Dapat seratus lebih je. Beli shirt Rafif 1 kt poney. Dpt 30++. Lg shop sikit kt padini. Tu jelah. Then gerak balik pd balik. Hubs smbg overhaul.
Skrg terpaksa terdampar tepi pantai lg. Sabtu ni i dah balik kg. Sebulan lah tak jumpa hubs ye. Huuu. Mesti rindu. :(
posted from Bloggeroid