Assalamualaikum
skrg masih gagahkan diri nk update blog. huhu. mintak maaf kepada yang x dapat access tu. minggu ni dah 37w. sakit belakang yang amat. dengan nk tdo malam2 macam sesak nafas. pastu perut asyik mengeras je. Khamis ni ada checkup lagi dengan doctor Jamil. last time doctor said bby belum engage. so this time. aku berharap bby dah engage. haha. saya tak sabar nk jumpa baby. plus tak larat nk bawak perut. jalan mmg penguin habes dah skrg. huhu
so, back to pindah rumah pnya cerita. i move out from Puchong! Finally! babai LDP. kau kejam! hahaha. sedeh jugak nk tinggalkan rumah tu. banyak kenangan. first year kawen. first time puasa bkk puasa kt rumah tu. dan di rumah tu jugak la terhasilnya bby dalam perut ni. KOT! hahahaha. tp atas sebab2 tertentu we move out after one year. rumah tu quite okay. rental house. rm640/month with security. plus kejiranan baik2. except ada cina tua mane ntah yang suke karaoke kuat2 ble petang. hahaha.
barang2 ku yang tak muat pon lori 5tan. haha. ktorang sewa lori 5 tan + 4 tukang angkat. tak muat wei barang2 ktorang. ape kebenda yang byk sangat pon tak tau la. sewa lori skali tukang angkat dah burn rm400 kt situ. T_T. pastu cabut pasang balik astro dah rm150. T___T. bila dah smp rumah sana. beli langsir baru burn lagi rm350. pastu beli perabot dapur burn rm650 plak! sekian! aku miskin!! *walaupon sume duit husband*
so, saya bertekad. rumah baru ni akan jadi rumah yang macam rumah sikit. hahaha. maksudnya rumah family yang saya fikir my son will be growth up in that house. kesimpulannya, kena decorate cantik2. lol.
Corner lot house.paling best ruang tepi rumah. rase nk beli gazebo lepak petang2. sbb luas gler. so baby! u can play basketball. hahaha. mmg luas gler lagi kt tepi tu. dan klau ada kereta 6 bijik pon muat lagi nk parking dalam kawasan rumah. haha. tp jangan la over. 2 bijik ni pon semput nk membayo. jadi lepas ni husband boleh parking kete die dalam kawasan rumah. yeay!
ini lah langsir saya tempah kt tewah tu. english style. konon! padahal langsir je baru english. benda lain takde pon ciri keenglishan. okay. ayat merapu.
puas hati! ^__^ jahitan cantik dan kemas.
ini lah sebab kenape saya beli langsir baru. sbb, rumah ni ada sliding door! rumah lame takde. so tak kan rumah bogel takde langsir kan? kena la beli jugak. dan sofa tu. atau lebih dikenali sbg kusi kayu mak2 kte. adalah pemberian mak mertua ku. sbb die beli sofa baru. lol. jadi tak muat. bg kami. kami menerima seadanya mak. tp nanti akan ku cat putih kusi tu. ini serius! kan rumah english style! konon!!!
This is masterbedroom yang tak macam pon. sbb sempit gler. dengan nk muat katil baby lagi. satu jela rumah ni takbest dari rumah yg lepas. sbb bilik sudah dicompress jadi 3 je. rumah lama atleast ada 4. walaupon 3 je guna. satu ktorang buat stor kotak2. hadiah kawen.
Memandangkan saya ni mempunyai family yg besar. klau diorang datang dari kampung. of course la tdo rumah saya kan. nak tak nak kena jugak sediakan 1 bilik tetamu. katil mmg dah ada. katil 2+1 tu. yang single kt atas tu. so katil xde masalah. masalah lain plak. ntah muat ke tak nk sumbat katil tu. hahah. sbb ktorang laki bini tak sempat kemas lagi rumah ni.
next time saya cite lagi ye pindah rumah. ^__^